Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Wednesday, January 12, 2011

Pilihan yang Mudah, tp Sukar untuk Memilih

..:: Assalamualaikum ::..
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan S.A.W
Para isteri, para sahabat dan ulama2 sekalian.

Pertama sekali, mohon maaf jika penulisan ini akan menyinggung mana2 pihak yang tersinggung. Bukan niat menyinggung, tp dengan sengaja aku menulis supaya kalian tersinggung, mudahan apabila tersinggung, kalian akan sedarkan sesama sendiri.

Menurut tajuk, untuk memilih. Setiap hari kita perlu memilih.. Dari bangun dari tidur, kita sudah mula memilih, sehingga ingin tidur kembali, masih perlu memilih. Lebih kurang 2000 pilihan perlu dilakukan dalam sehari.

Di sini aku khususkan tentang pemilihan sekolah untuk anak2 yang baru lepas UPSR, PSRA atau apa2 nama ujian sekalipun.. Kira yg abes darjah 6 tu la. Yang nak masuk Tingkatan 1.
Bagi pandangan aku la, anak2 hari ni kalau di bg pilihan, mereka nak yang senang je kan?? So kalau suruh mereka pilih sendiri, kalau boleh, tak nak sekolah dah.

Aku nak tegaskan, ni apa yang aku sendiri alami dari aku habes darjah 6 dulu.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memilih sekolah untuk anak2.

1. Kalau anak2 memilih untuk ke Sekolah Agama Menengah atau Sekolah Berasrama penuh Integrasi, atau Sekola Menengah Kebangsaan Agama atau apa2 sekolah yang bertunjangkan agama. Maka, ibu bapa janganlah sibuk2 nak bantah anak tu, nak suruh masuk Sekolah Sains ke, atau mana2 pusat pendidikan.

2. Kalau anak kata, taknak sekolah agama la Ibu.. Sebab bahasa arab susah..
Ok fine, jika situasi mcm ni. Mak ayah kena la bantah anak2 tuh.... Cuba la nasihatkan untuk meyakinkan bahawasanya, sekolah agama ni untuk akhirat, dalam hidup ni kita tak lama, yang penting jalan menuju akhirat.

Kalau mak ayah kata, nk bg anak buat pilihan sendiri. Boleh, tp bukan pada semua tempat. Kalau untuk melihat anak berjaya semata2, teruskanlah. tp kalau mak ayah nk lihat anaknya berjaya dunia akhirat, ikutilah ajaran Islam...

Bukanlah Sekolah Kebangsaan tu tak bagus, Bukan MRSM tu tak baik. tp banyak perkara dan masalah2 hari ini bersebabkan ajaran Islam itu di tinggalkan.. Bala yang menimpa umat pada hari ini dengan tiada penghayatan agama sebaiknya.

Aku sendiri tak la pandai... semakin kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu.

Tu sebabnya menuntut ilmu agama itu fardhu ain. Maka, sebaiknya. anak2 yang akan masuk ke alam sekolah menengah ni, pimpinlah tangan mereka, bukan lepaskan mereka.

Pengalaman aku masa masuk tingkatan 1, nak jgk masuk SMK, sebab kawan ramai ma kt situ, tp alhamdulillah Allah pilih utk sekolah agama, walau takde kwn. tp kuatkan jgk hati.
kalau ikutkan dekat, dekat lg SMK, penat oo kayuh beskal ke hujung pantai tu nak skola pg2 bute plak tuh. kalau SMK, dekat je.
Tak kesah la, skola jgk.. sampai PMR, PMR aku hampeh jgk la. main banyak...
Mase PMR bahasa arab aku C, haha. aku pun nak angkat kaki g SMK la. kwn2 lain da banyak g SMK, sbb bhsa arab lingkup mcm aku.haha

Semua yang nk pindah lepas, kecuali aku. Sebab ape??
aku lewat sket mohon nak blah tuh, member lain da skola kt SMK tu, baru aku nk mintak pindah.
Elok plak time nak mohon tu, ade ustaz ni dok ajak aku besembang (penolong kanan) Ustaz Khirul Anuar. Ustaz ni sembang mmg mcm member dah.

Dia tarbiyahnya aku.. smpi aku yg bersungguh2 nak pindah ni dengan harapan dpt sokongan, kena blame.. wahh, menyirap darah kot mase tuh... Yela, member2 dah blah kot.. Dia siap ckp lg, ko nak g SMK tu nape, nak amek Sains subjek sgt?? Ko tu boleh ke bawak? mak aih, kena perli kot, padahal Sains aku top kot kat kelas, cume mase exam mcm hampeh je jwb.hahaha....Adoi, pastu mmg setahun tu aku x belajar, yang aku follow Matematik Tambahan je, tu pun hampeh, sbb x paham.haha

Smpi exam petengahan thn, semua subjek hampeh, pastu ape lg, aku pun kena marah la dengan abg2 aku semua.. Aku diam je, x melawan ko, baik la konon, padahal dlm hati, sapa yang tau masalah aku. aku x minat la kunun nak blaja kt situ..

Pastu, ade la sedar sikit, cube la nk blaja, tp yela, bayangkan, semua nak kejar dlm mase bape bulan je, hahaha, SMA lg.. Mmg hampeh, tp Alhamdulillah SMA aku lulus, mmg betol2 lulus je.. Fuh, selamat aku..
Exam akhir thn, smpikan perdagangan yang senang pun aku fail kot... Hah, siap kena denda salin 1 BUKU TEKS tu.. Perghhh, sakit kot tgn... tu pun buat time awal thn tingkatan 5.. haha..

Cuma aku nak bg tau, mase mule2 aku bengang sebab tak dapat pindah tu, memang aku taknak belajar.. Yang aku nampak, ustaz yang halang aku nk pindah ni dia sibuk sket, yela GPK kn.. mana ade masa  sgt nk ade dengan pelajar, pelajar plak ramai..

Yang orang lain bukan ade nak dtg kt aku tanya masalah ke ape ke.. Yang tau nk marah, nak marah. Ingat semua benda bile di marah boleh bejalan ke.. Kesedaranku agak terlewat, bukan agak, mmg lewat sungguh..

Orang sekeliling kena support kalau anak2 tak minat tu, bagi dia minat, insyaAllah. Yang aku memang xde sape nk support. Mak mmg bg aku wat pilihan sendiri mase ni, sebab tgk da besar kot. tp Mak kata, blaja jela elok-elok, nanti ade la rezeki kat mana-mana.

Pastu aku ingat pesan Tok Su, Belajar je agama, Ilmu ni Allah punya, Allah tahu la nak letak kita kat mana nanti.

Anak2 kalau di bagi pilihan, mmg nak yang senang je.
Mcm aku jgk, kalau bg pilihan skrg, nak belajar ke nak makan, mmg aku pilih makan la..haha..
Tu sebabnya, Ibu bapa kena tolong anak2 tu pilih.. Tolong kat sini maksud aku, tolongla pimpin ke jalan yang benar. Bukan tak boleh utk anak jadi doktor, nak jadi engineer, nak jd angkasawan.. semua boleh.

Bukan sekolah agama tak boleh jadi semua tu. Bukan kah Doktor yang beragama tu lebih baik, sekurangnya dapat nasihatkan pesakit dengan pesanan2 al-Quran.
Sapa kata kalau sekolah agama tak boleh jadi doktor, sapa kata skolah Asrama penuh semua jadi manusia?

Jangan salah, banyak yang sekolah pandai tp maruah dah tergadai. Banyak yang sekolah bagus, tp bile outing, mencuri kat shopping mall... Bukan aku nak hina sapa2, bukan nak burukkan mana2 sekolah. Cuma nak tegaskan la, banyak orang tersalah tafsir, banyak org tersalah pilih....

Kalau dulu, mase mule2 masuk skola, aku nak jd akauntan la kononnya.. Smpi makcik aku siap tanya lg, nak sambung blaja mana pas SPM, aku relax je jwb, nak g australia la.. haha, gile demand..kahkah.. mmg nk sgt, tp alhamdulillah rezeki aku kt malaysia lg buat masa ni...

Dan Alhamdulillah, ustaz aku berjaya menyelamatkan aku, terima kasih ustaz.
Bukan nak kata sekolah SMK tu tak bagus, tp banyak implikasi nagetifnya drpd positif. Dan bukan semestinya aku nak kata yang sekolah agama tu baik. Ada jugak masalah, tp kes-kes terpencil la.

Sekadar renungan untuk yang sedang dilema membuat pemilihan, tak kira anak-anak yang membaca atau Ibu Bapa. Semoga pemilihan kita di berkati Allah.

Dan 1 lagi, solat istiharahlah sebelum membuat pilihan tu.

Nantikan sambungan dengan............

Sekian, Wassalam. Sayonara.

1 comment:

Naza said...

ak agak trse gk la...sbb adik ak sek ting 1 smk..terpakse...sbb smthg happen yg menyebabkn adik ak msuk sek SMK...
ylh..klu x blh je dpt sek agama..tp adlh problm ni..(mlas nak ckp)...wt skit hati jew..
ap yg ak harapkn...harap adik ak dpt jge sgle tingkh laku nyerr lh...kt sek tu...
mmg org sllu pndg serong kt sek SMK ni..cz byk mslh sosial kn...
tp ap blh wt kn..:)