Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Saturday, November 5, 2016

SEMENTARA PINTU SYURGA ADA DI RUMAHMU

SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA. BERBAKTILAH!

Menziarah seorang kawan yg kematian ibunya yg dijaga selama ini, dia berbisik kepada saya semasa kami bersalam, "Telah hilanglah pintu syurga dirumah saya."

Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dgn ajakan untuk bersabar.

Apakah maksud pintu syurga dirumahnya telah hilang? Saya tersentuh dgn kata kata sedemikian.

Ini satu perkataan orang berilmu, orang yg mengetahui.

Apa yg disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi’in  Iyas bin Mu’awiyah, yg menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya, maka ditanya pada beliau :
“Mengapa engkau menangis sedemikian rupa?"



Maka beliau menjawab,
“Tidaklah aku menangis kerana kematian, kerana yang hidup pasti akan mati, akan tetapi yang membuatku menangis kerana dahulu aku memiliki dua pintu ke syurga, maka tertutuplah satu pintu pada hari ini dan tidak akan di buka sampai hari kiamat, aku memohon pada Allah Ta’ala agar aku boleh menjaga pintu yang ke dua”.

Apa yg disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda nabi dari Abu Darda Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
Orang tua adalah pintu syurga paling tengah. Kamu boleh sia-siakan pintu itu, atau kamu menjaganya. (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua ibubapa kita adalah ibarat pintu syurga bagi setiap anak, dgn maksud jika kita berkhidmat kpd keduanya, berbuat baik kpd keduanya, maka Allah akan beri ganjaran syurga. Tetapi sesiapa mensia-siakan peluang ini, tidak berbuat baik kpd ibubapanya, akan terlepas peluang ke syurga bahkan mereka itu celaka. Rasulullah SAW bersabda :"Celaka, celaka, celaka !".  Lalu ditanyakan pada Baginda, siapa (yg celaka) wahai Rasulullah?,
Maka Baginda bersabda :
"Siapa saja yg menjumpai kedua orang tuanya, baik salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia, akan tetapi (perjumpaan tersebut) tidak memasukkannya ke syurga. (HR. Muslim)

Saya nak mengajak anda semua agar tidak mensia-siakan peluang pintu syurga yg ada dirumah anda, lebih lebih lagi jika usia kedua orang tua telah lanjut, melangkahlah ke pintu  itu dgn berbuat baik kpd keduanya. Sebelum kita meninjau keluar untuk mencari syurga, jangan abaikan pintu syurga yg diibarat kpd ibubapa, yg Allah jadikan di rumah kita.



Dalam hidup kita, Allah buka banyak kesempatan untuk ke syurga, samada kita sedar atau tidak, mahu merebutnya atau tidak. Kemudian Allah ambil balik satu demi satu peluang ini, maka tertutuplah satu lepas satu kesempatan untuk ke syurga. Mereka yg lalai dgn dunianya tidak akan terasa apa-apa dgn tertutupnya pintu syurga untuknya, tetapi mereka yg mengetahui, seperti sahabat saya ini, akan melihat kembalinya ibu atau bapa sebagai tertutupnya pintu syurga dirumahnya.

Santunilah ibu bapa kita, hingga kita mati, sementara kita bernyawa.

No comments: