Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Saturday, November 12, 2016

KASIH IBU TIADA PENGHUJUNGNYA.

Setelah ayahnya meninggal dunia, seorang anak telah menghantar ibunya ke rumah orang tua. Dia menziarahi ibunya dari satu waktu ke waktu yang lain.```

Pada satu hari dia menerima panggilan daripada pusat jagaan orang tua berkenaan memaklumkan ibunya dalam keadaan nazak. Dengan pantas dia datang untuk berada di samping ibunya pada saat terakhir begitu.```

```Dia bertanya kepada ibunya: Apakah yang ibu ingin saya lakukan untuk ibu.```
```Ibunya menjawab: Aku mahu kamu sumbangkan kipas angin untuk pusat jagaan ini, kerana tidak punya kipas angin.``` ```Letakkan juga peti sejuk, tukang masak dan makanan kerana sering kali aku tertidur dalam keadaan lapar tidak makan.``

```'Ibu kenapa pada saat seperti ini baru ibu pesankan perkara ini ?' Anak itu bertanya kembali.```

```Ibunya memberi alasan: Tidak apa anakku, ibu sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan panas tanpa kipas dan lapar. CUMA IBU BIMBANG NANTI SAAT ANAK-ANAK KAMU MENGHANTAR KAMU KE SINI KAMU TIDAK DAPAT MENYESUAIKAN DIRI'.

Renung2kanlah
Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?

Anakku.

Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

Anakku.

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"

Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA.



Anakku.

Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

Anakku.

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

Anakku.

Bila aku tua,
Sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

Anakku..
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku.

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku.
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.

🔴 *Menjadi ikhtibar pada kita kalau masih ada ibubapa dan postlah posting diatas kepada WA group keluarga atau WA peribadi keluarga sendiri sebab kita taknak kita atau anak2 kita sentiasa berdosa dengan ibubapa kita atau ibubapa mereka...*

RENUNG2 KAN LAH..
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA  NANTI KITALAH EMAK/AYAH*

Ingatan untuk kita, kalau Ada tersilap terpandang , sila tegur. Kadang-kala kita terlupa....🌹🌹🌹

Saturday, November 5, 2016

SEMENTARA PINTU SYURGA ADA DI RUMAHMU

SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA. BERBAKTILAH!

Menziarah seorang kawan yg kematian ibunya yg dijaga selama ini, dia berbisik kepada saya semasa kami bersalam, "Telah hilanglah pintu syurga dirumah saya."

Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dgn ajakan untuk bersabar.

Apakah maksud pintu syurga dirumahnya telah hilang? Saya tersentuh dgn kata kata sedemikian.

Ini satu perkataan orang berilmu, orang yg mengetahui.

Apa yg disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi’in  Iyas bin Mu’awiyah, yg menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya, maka ditanya pada beliau :
“Mengapa engkau menangis sedemikian rupa?"



Maka beliau menjawab,
“Tidaklah aku menangis kerana kematian, kerana yang hidup pasti akan mati, akan tetapi yang membuatku menangis kerana dahulu aku memiliki dua pintu ke syurga, maka tertutuplah satu pintu pada hari ini dan tidak akan di buka sampai hari kiamat, aku memohon pada Allah Ta’ala agar aku boleh menjaga pintu yang ke dua”.

Apa yg disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda nabi dari Abu Darda Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
Orang tua adalah pintu syurga paling tengah. Kamu boleh sia-siakan pintu itu, atau kamu menjaganya. (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua ibubapa kita adalah ibarat pintu syurga bagi setiap anak, dgn maksud jika kita berkhidmat kpd keduanya, berbuat baik kpd keduanya, maka Allah akan beri ganjaran syurga. Tetapi sesiapa mensia-siakan peluang ini, tidak berbuat baik kpd ibubapanya, akan terlepas peluang ke syurga bahkan mereka itu celaka. Rasulullah SAW bersabda :"Celaka, celaka, celaka !".  Lalu ditanyakan pada Baginda, siapa (yg celaka) wahai Rasulullah?,
Maka Baginda bersabda :
"Siapa saja yg menjumpai kedua orang tuanya, baik salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia, akan tetapi (perjumpaan tersebut) tidak memasukkannya ke syurga. (HR. Muslim)

Saya nak mengajak anda semua agar tidak mensia-siakan peluang pintu syurga yg ada dirumah anda, lebih lebih lagi jika usia kedua orang tua telah lanjut, melangkahlah ke pintu  itu dgn berbuat baik kpd keduanya. Sebelum kita meninjau keluar untuk mencari syurga, jangan abaikan pintu syurga yg diibarat kpd ibubapa, yg Allah jadikan di rumah kita.



Dalam hidup kita, Allah buka banyak kesempatan untuk ke syurga, samada kita sedar atau tidak, mahu merebutnya atau tidak. Kemudian Allah ambil balik satu demi satu peluang ini, maka tertutuplah satu lepas satu kesempatan untuk ke syurga. Mereka yg lalai dgn dunianya tidak akan terasa apa-apa dgn tertutupnya pintu syurga untuknya, tetapi mereka yg mengetahui, seperti sahabat saya ini, akan melihat kembalinya ibu atau bapa sebagai tertutupnya pintu syurga dirumahnya.

Santunilah ibu bapa kita, hingga kita mati, sementara kita bernyawa.

Friday, November 4, 2016

JOM MASUK POLITEKNIK

❗KEMASUKAN WALK IN PERDANA POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)❗

✅ Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM/Sijil yang layak
➡www.politeknik.edu.my/esemak/index.asp



✅ Program yang ditawarkan
➡Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)
➡Diploma Kejuruteraan Alam Sekirar (DAS)
➡Diploma Kejuruteraan Elektronik Komunikasi (DEP)

✅Akan di adakan diseluruh Politeknik Malaysia termasuk PSIS pada 5.11.2016 (Sabtu), bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSIS

❗Jika anda layak, kami akan terus menawarkan tempat pengajian kepada anda. Jom Masuk Poli!

🌩Jika terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi En Mohammad B. Muda di talian 03-32806200

Thursday, November 3, 2016

GOLONGAN MELAMBATKAN KEMENANGAN

Golongan Ruwaibidhah melambatkan kemenangan Islam.

سيأتي على الناس زمان سنوات خداعات: يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق، ويؤتمن فيها الخائن ويخون فيها الأمين، وينطق فيها الرويبضة. قيل يا رسول الله وما الرويبضة؟ قال: الرجل التافه ينطق في أمر العامة
"Akan datang kepada manusia suatu zaman yang padanya tahun-tahun kekeliruan, Orang-orang yang penipu dipercayai, orang-orang benar dikatakan penipu, Orang-orang yang khianat diberi amanah, orang-orang yang amanah dikhianati, dan manusia menyebut dengan perkataan Ruwaibidhah. dikatakan kepada Raulullah, apakah itu Ruwaibidhah? Nabi berkata : Orang-orang yang bodoh berkata-kata dalam perkara umum (hal-hal pemerintahan)" (HR Imam Ahmad)

Antara tanda kita sedang menghadapi tahun² kekeliruan apabila banyaknya ruwaibidhah. Lebih malang sekali bagi umat ini yang menginginkan kemenangan Islam apabila golongan ini diangkat menjadi pimpinan akibat dan hasil persepsi media dan kelancaran percakapannya sedangkan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit.

Sedangkan antara perkara yang penting dalam menyusun Harakah Islamiyyah adalah pembudayaan ilmu dalam organisasi tersebut. Ilmu yang dimaksudkan disini ialah ilmu yang menjadi jalan untuk memahami sesuatu bermula dari dasar yang menjadi pegangan juga melaksanakan sistem yang diperjuangkan disamping menyampaikan apa yang diperjuangkan.

Ilmu yang sebenarnya ialah daripada Allah SWT, daripada sumbernya dan hendaklah digali oleh pimpinan dan pengikut sehingga jamaah itu dapat mengusai segala peraturan tabi'i dan menggunakan segala kekuatannya. Sebagaimana firman Allah SWT yang menceritakan kepentingan ilmu dalam organisasi :

(وَلَقَدْ آتَيْنَا دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ عِلْمًا ۖ وَقَالَا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَىٰ كَثِيرٍ مِنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ)
[Surat An-Naml 15]

Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".

Begitu juga dalam ayat :

ِ ......قَالَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ ۖ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ)
[Surat Al-Baqarah 247]

........Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Bukan sahaja untuk memahami dasar yang diperjuangkan tetapi juga dapat memahami telatah pengikut, kefahamannya dan apa yang mesti dilakukan. Menterjemahkan situasi, dasar dan tipudaya musuh. [Bab 8 : Kearah Pembentukan Harakah Islamiyyah dan Organisasi. Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah-Tg Haji Abdul Hadi Awang]

Bahkan antara sifat wajib seorang rasul itu mestilah memiliki sifat fatonah bagi memimpin umat Islam dan menyebarkan Islam. Umat Islam dan pemimpin mereka hari ini juga mestilah berusaha memiliki sifat tersebut supaya dapat membawa Islam dan Gerakannya dengan baik

Oleh kerana itu, pimpinan dan kesemua umat Islam mestilah meneliti ungkapan saidina Umar r.a seperti berikut :

ﺗﻔﻘﻬﻮﺍ ﻗﺒﻞ ﺃﻥ ﺗﺴﻮﺩﻭﺍ

Hendaklah kamu mendalami ilmu (agama) sebelum dilantik menjadi pemimpin.

(Ibn Abu Shaybah, Kitab al-Musannaf, jil. 8, hal. 540)

Jangan sampai dengan sebab kejahilan kita Islam mengalami kerugian.Semoga Allah membebaskan kita dari belenggu kejahilan dan kesesatan. Amin


Nukilan dan adaptasi oleh,
Mohamad Bazli Badarudin

Tuesday, November 1, 2016

BANYAK HUKUM ISLAM YANG DI PAKAI OLEH BUKAN ISLAM.

BANYAK HUKUM ISLAM YANG NON-MUSLIM GUNA, KENAPA MASALAH DENGAN HUDUD.

NOTA: Terdapat suara2 yang menakutkan2 masyarakat non-Muslim dengan hukum hudud. Mereka mempropagandakan bahawa hukum hudud akan memberikan ketidakselesaan kepada non-Muslim dan ia bakal akan dilaksanakan untuk semua rakyat Malaysia. Biarpun buat masa ini, enakmen yg diluluskan di Kelantan dan Trengganu itu hanya untuk orang Islam sahaja, tetapi lama kelamaan ia akan dilaksanakan di seluruh negara termasuk  non-Muslim.  "Mahukah berada di bawah hukum agama?" Ini di antara kata-kata yang berunsur hasutan yang diajukan kepada non-Muslim untuk menakutkan mereka dengan hudud. Isu ini dimainkan bagi memastikan non-Muslim tidak menyokong sebarang usaha yang berjuang untuk melaksanakan Hudud.



JAWAPAN:
Buat masa ini kekeliruan banyak sangat berlaku tentang Hudud. Ia bukanlah sesuatu untuk ditakutkan tetapi untuk lebih dihargai lagi kerana ia menjaga keamanan rakyat. Oleh kerana banyak kekeliruan yang sengaja ataupun tidak sengaja, Hukum ini dianggap negatif. Dengan pelaksanaan ini yg dimulakan untuk orang Islam sahaja akan menampilkan contoh yang terbaik dalam menegakkan keadilan kepada rakyat.

Sebenarnya, banyak hukum Islam yang dilaksanakan dan diterima dengan baik oleh semua masyarakat di Malaysia, sama ada Muslim dan non-Muslim. Antaranya:

Bank Islam dan bank compatible dengan prinsip Islam. Pengurusan kewangan yang tidak berteraskan kepada riba merupakan hukum Islam. Setelah 30 tahun ia dilaksanakan di Malaysia, ia diterima dengan baik, malahan sangat ramai  non-Muslim menggunakan khidmat bank ini. Barangkali lebih ramai dari orang Islam.
Berkhatan adalah sebahagian dari hukum Islam. Ia telah diterima sebagai cara untuk menjamin kesihatan lelaki, malah keenakan dalam hubungan suami isteri. Bukan sekadar orang Islam berkhatan, tetapi juga  non-Muslim pun berkhatan. Kalau makan pisang, monyet pun pandai buang kulit.
Koc komuter khusus untuk wanita - Sejak dahulu lagi, Islam menginginkan hubungan lelaki dan perempuan ada sedikit batasan. Ia bukan berbentuk diskriminasi tetapi ia adalah untuk menjaga kesejahteraan semua pihak. Rakyat Malaysia selesa apabila ada koc yang khusus untuk perempuan sahaja dan pemisahan ini adalah menepati kehendak Islam kerana boleh mengelakkan dari perkara yang buruk.
Sembelihan adalah hukum Islam dan ia merupakan cara yang terbaik untuk mematikan haiwan. Mengeluarkan darah menerusi sembelihan akan menyebabkan daging yang lebih sihat kerana memakan darah bukanlah suatu yang baik dari sudut kesihatan. Sebelihan bukan sahaja diterima oleh orang Islam, tetapi juga oleh non-Muslim.

Empat contoh di atas merupakan antara hukum Islam yang turut diterima oleh non-Muslim kerana semua itu perkara yang membawa kemaslahatan kepada manusia. Sekiranya hukum Islam membawa kesejahteraan kepada masyarakat, kenapa kita tidak boleh terima hudud? Pelaksanaannya mungkin ada kelemahan pada peringkat awal, tetapi dalam masa lima tahun, ia akan menjadi semakin baik. Seperti mana bank Islam, di peringkat awal dahulu memang ada masalah, tetapi selepas 10 tahun ia stabil dan bertambah baik selepas 30 tahun (1985-2015).

Kenapa masalah dengan hudud, kerana hudud adalah hukum untuk orang yang sangat jahat. Berzina yang boleh dilihat oleh 4 orang saksi, agaknya mereka berzina di mana? Kalaulah perzinaan itu sehingga boleh dilihat oleh 4 orang, maknanya mereka memang orang jahat dan melawan hukum Allah.

Dr. Muhamad Faisal Ashaari.
Pensyarah Kanan,
Jabatan Dakwah,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
1 November 2015.

Monday, October 31, 2016

KEMUNCULAN BLOK IRAN

KEMUNCULAN BLOK IRAN

Ramai menyangka bahawa kewujudan Republik Islam Iran adalah hasil dari kejayaan Revolusi Iran 1978. Kejayaannya adalah hasil dari konsep kepimpinan Syiah yang disebut al-Imamah dan juga hasil dari ijtihad Presiden Khomeini yang membawa 'Wilayah Ulama' iaitu gandingan padu para ulama Syiah. Kebanyakan cerita banyak diselangi retorik sehingga tidak tahu benar ataupun salah.

Namun, pendedahan Foreign Affair dalam tulisan Ray Takeyh (2014) mengenai peristiwa sebalik pembentukkan negara Iran itu adalah perancangan Central Intelligent Agency (CIA). Berita yang dipaparkan menunjukkan kemegahan CIA bagi mengawal hubungan antarabangsa dunia. Tujuan pendedahan secara tersurat adalah perancangan Amerika bagi membendung negara Sosialis Iran ke arah pro-Amerika.



Pendedahan Foreign Affair ini juga menunjukkan secara tersurat bahawa Amerika-Iran berkonflik panjang kerana Iran menunjukkan sikap tidak bersama Amerika sejak
awal penubuhan Republik Islam Iran. Namun, itu secara tersurat adakah secara tersirat sedemikian?

Henry Kissinger (2015) dalam 'World Order' pernah menyebut bahawa negara-negara Timur Tengah meminta bantuan Amerika untuk menjadi rakan sekutu. Adakah Iran bukan rakan sekutu Amerika? Hanya Arab Saudi sahaja yang disebut rakan sekutu. Tetapi, benarkah?

Pembacaan strategi politik tidak harus dibaca secara tersurat. Ia perlu dibaca secara tersirat iaitu maksud di sebalik peristiwa-peristiwa berlaku. Hubungan Amerika-Iran sering dilihat bertentangan tetapi sebenarnya tidak. Hubungan ini perlu dilihat berlainan kerana Amerika tidak pernah mensasarkan bom di Iran.

Apabila perang Iran-Iraq (1980-1988) berlaku, Amerika dilihat sebagai bersama Iraq dengan menyalurkan senjata kepada Iraq. Namun, hakikatnya bukanlah Iran menjadi sasaran Amerika. Sebaliknya, Iraq menjadi mangsa Amerika. Dua siri perang Teluk berlaku yang akhirnya Presiden Saddam Hussein tersungkur dan dihukum bunuh. Iran juga yang terselamat.

Manakala konflik pengayaan kuasa nuklear Iran bukanlah bertujuan untuk menyekat Iran dari memiliki senjata Nuklear. Ia hanyalah kelulusan kepada Iran untuk memiliki kuasa nuklear dan dapat membendung negara sekitarnya dari bersaing memiliki senjata nuklear.

Perlu difahami, sejak Pakistan mengesahkan mempunyai senjata nuklear pada 1988, Pakistan berhasrat menjual teknologi ini kepada negara-negara Islam di Timur Tengah. Iraq dan Arab Saudi adalah antara negara yang sangat berminat memiliki senjata nuklear. Oleh demikian, dengan sandiwara pengayaan senjata nuklear Iran, ia akan dapat membuat pemimpin-pemimpin Arab berfikir berkali-kali untuk memilikinya.

Dalam kesibukan Amerika melakukan rundingan dengan Iran agar menghentikan pegayaan kuasa nuklear, Amerika berjaya memberi keyakinan kepada pemimpin-pemimpin Arab bahawa usaha Iran adalah selamat. Dalam masa yang sama, Majlis Senat Amerika meluluskan pembayaran kepada Iran sebanyak 1.7 bilion USD yang dibayar kepada Iran secara tunai. Setakat ini, 400 juta USD sudah dibayar secara tunai kepada Iran dengan pengakuan Presiden Barrack Obama.

Kesemua peristiwa-peristiwa ini sepatutnya dapat menunjukkan kepada kita bahawa Iran sebenarnya adalah rakan dan sekutu sebalik tabir Amerika. Amerika membina blok Syiah dengan menubuhkan Republik Islam Iran. Bilangan blok ini semakin kuat dengan menjadi Iraq sebagai satu negara kepimpinan Syiah walaupun majoriti penduduk Iraq adalah Sunni.

Dengan ini, blok Iran telah dapat dibentuk dengan gabungan tenaga Iran, Iraq dan Syria. Sepatutnya, Hezbollah juga menjadi sebahagian dari blok Iran ini tetapi Hezbollah tidak memerintah di Lubnan. Namun, kekuatan Hezbollah sentiasa dipropagandakan sebagai kuat yang mampu mengalahkan Israel.

Blok Iran ini juga telah diusahakan menapak di Selatan Semenanjung Arab terutamanya di Bahrain, Oman dan Yaman. Syiah di Bahrain dan Oman sudah cuba menggembelengkan tenaga menjatuhkan kerajaan Bahrain dan Oman melalui demonstrasi jalanan. Namun, demonstrasi di tengah-tengah bandar-bandar penting dapat dipatahkan. Selanjutnya, tentera Syiah Houthi pula berjaya menawan Yaman.

Kehadiran tentera Syiah Houthi memberi amaran besar terhadap Arab Saudi yang merupakan negara Islam yang paling berpengaruh di rantau ini. Ini juga menunjukkan bahawa blok Syiah sedang mengepung Arab Saudi iaitu utara Arab Saudi wujud Syria dan Iraq, di Timurnya pula wujud Iran dan kini di Selatannya wujud Oman dan Yaman.

Ada keperluan Arab Saudi membentuk Kesatuan Arab yang dianggotai tiga puluh (30) buah negara-negara Islam. Hasilnya, usahasama dapat diwujudkan bagi menghadapi konflik Yaman dan dapat menyatukan negara-negara Islam Sunni di bawah satu arahan iaitu Arab Saudi.

Perseteruan rantau ini tidak pernah lekang dari perang sesama Islam atau digelar perang sesama sendiri kerana negara-negara Islam ini sangat bergantungan dengan kuasa besar Amerika Syarikat. Arab Saudi sangat bergantungan dengan Amerika kerana dari sudut sejarah, Arab Saudi diwujudkan dengan perancangan Barat iaitu Lawrence Arabia.

Begitu juga Iran secara sejarahnya adalah hasil kerjasama CIA. Amerika mempunyai agenda yang tersendiri untuk kepentingannya bukan kepentingan rakan mahupun lawan. Amerika adalah sangat pragmatik yang sanggup merancang jatuh bangun rakan dan lawan sekaligus mengekalkan hagemoni Amerika di rantau Timur Tengah.

Dr. Muhammad Atiullah bin Othman

Thursday, October 27, 2016

BAGAIMANA MENDEPANI MUSUH ISLAM??

Kita perlu sentiasa didedahkan dengan perancangan musuh Islam dari semasa ke semasa. Sikap kita adalah:

⚫ Tidak terlalu memandang tinggi terhadap perancangan musuh. Bimbang kita hilang keyakinan terhadap masa depan Islam dan menganggap kita sudah tiada kesempatan untuk mengalahkan mereka.

⚫ Tidak terlalu memandang rendah terhadap musuh. Seolah-olah musuh terlalu bodoh sehingga kita hilang kewaspadaan terhadap mereka. Akhirnya tanpa sedar menjadi alat musuh.

Jadilah kita umat yang sederhana. Menghidu perancangan musuh untuk memilih susunan langkah yang tepat. Menyedari mereka licik merancang dan mengimani bahawa Allah sehebat-hebat perancang.

Allah menurunkan Surah Bani Israel (nama lain bagi Surah al-Isra') di Makkah, sebelum Nabi benar-benar berdepan dengan gerakan Yahudi di Madinah.

Hati-hati, akhir zaman.



Ustaz Abdul Muiz Muhammad.
Nain Ketua,
Dewan Pemuda PAS Selangor.

Wednesday, October 26, 2016

KETAHUI SIKAP YAHUDI SEBENAR.

ANTARA PERANGAI YAHUDI IALAH SUKA BERALASAN UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM DAN PERINTAH ALLAH

1- Ketika Allah memerintahkan Orang Yahudi menyembelih lembu, mereka bertanya (beralasan) tentang sifat dan warna lembu, sehingga akhirnya menyusahkan mereka sendiri. (AlBaqarah 67-71)

2- Ketika Allah memerintahkan Orang Yahudi makan al-Mann dan Al-Salwa, mereka nak minta tukar dengan bawang dan kekacang. Allah menempelak mereka adalah nak minta tukar perkara yg baik dengan perkara yg buruk. Mereka mendapat kehinaan. (Taha 80-81 / AlBaqarah 61)

3- Ketika Allah memerintahkan Orang Yahudi masuk Palestine, mereka bagi alasan di Palestine itu ada puak Jabbarin. Mereka minta Nabi Musa dan Allah sendiri berperang dengan Jabbarin. Mereka nak duduk relaks sahaja. Allah menyifatkan mereka sebagai orang Fasiq. (AlMaidah 23-26)

4- Ketika Allah memerintahkan mereka agar tidak bekerja pada hari Sabtu, mereka bagi alasan yg mereka tidak bekerja tetapi hanya menutup pintu terusan sahaja. Akhirnya mereka semua jadi kera. (AlBaqarah 65-66)

5- Mereka tidak mahu beriman, melainkan setelah melihat Allah secara berdepan. Allah balas dengan tempikan suara yg mematikan mereka semua. Nabi Musa menyifatkan mereka sebagai orang bodoh.(AlBaqarah 55)

Semua kisah di atas disebutkan di dalam al-Quran. Memberikan alasan, menangguh, mengelak dan yg sewaktu dengannya yg tujuannya untuk mengelak dari melaksakanakan perintah / hukum Allah, adalah mengikut jejak langkah orang Yahudi.


Itu antara sebahagian kisah, kerana di dalam al-Quran banyak lagi kisah yg mendedahkan perangai buruk mereka. Semoga kita berlindung dari Allah dari berjangkit dengan perangai hodoh ini.

👍Orang yg berjaya sering membuktikan kesungguhan, manakala orang yg gagal sering mencipta alasan.
👍Orang yg ikhlas, mencari jalan. Orang yg  ........... mencipta alasan.

Wallahu a'lam.

Dr. Faisal Asaari
Pensyarah Kanan,
Fakulti Pengajian Islam,
UKM.

Tuesday, October 25, 2016

DEMI MEMPERJUANGANKAN ISLAM, BACALAH PENGORBANAN INI.

Orang muda kena belajar dari pejuang seperti Ustaz Sidek Nor.
Ada sekolah pondok dan Ketua Dewan Ulama PAS Perak.

Budak-budak mengaji percuma sahaja di pondoknya. Beras untuk pelajar pondok diberi percuma. Nak masak lauk, dia ada pelihara ikan keli. Ambik je kalau nak masak.

Pergi kuliah dia tak malu bawak kuih baulu untuk dijual di tempat kuliah yang diusahakan sendiri oleh isteri-isterinya. Pelihara itik telor untuk cari dana biaya pondok dia.

Pendek kata dia buat apa sahaja demi kelangsungan perjuangan.



Dalam usia 65 tahun, kuliah jihadnya lebih bersemangat dari orang muda. Penuh dengan keyakinan kepada janji kemenangan Islam.

Dia cerita, hatinya amat tersentuh bila suatu masa dulu PR Perak pimpinan Nizar bersama DAP dan PKR buat resolusi tak akan laksanakan syariat Islam sekiranya PR menang di Perak.

Akhirnya, bab ni memang ambe surrender. Ustaz ada 4 isteri dan 24 orang anak. Anak yang paling kecil umur 1 tahun. Keempat-empat isterinya saling membantu dalam kerja jihadnya. Orang lain ada sorang isteri saja tapi tak berapa nak sampai kat mesyuarat doh.


Dipetik dari facebook,
Dr Azman Ibrahim.

INGIN PAHALA MENGALIR SELEPAS MATI, INI CARANYA.

Menyumbang SERENDAH RM10 sahaja untuk 1 bahagian.
.
Cuba bayangkan, anak-anak kecil yang dapat manfaat dari Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) yang pembangunannya adalah hasil dari sumbangan anda? PAHALA YANG TIDAK BERHENTI. Seronok kan ?
.
.
======
Pengenalan
======
.
.
Kami dari SRITI sedang menjalankan Kempen Sumbangan Dana Pembangunan SRITI AL-TA'LIM Sungai Besar.
.
.
Harga ANGGARAN untuk pembangunan SRITI tersebut adalah RM228,000.
.
.
======
Berapa untuk menyumbang ?
======
.
Harga ANGGARAN pembangunan SRITI adalah RM228,000. Dengan RM228,000 ini, kami akan gunakan untuk membiayai perbelanjaan  kelas bagi pelajar tahun 1. Spt kos persiapan kelas SRITI,tandas,ruang solat,bilik guru,pejabat dan juga sewa bangunan.
.
.
Jadi kami pecahkan kepada 10,000 bahagian, supaya anda boleh menyumbang SERENDAH RM10 SAHAJA.
.
Terpulang pada anda berapa bahagian untuk anda menyumbang.
.
In sha allah, lagi besar bahagian anda menyumbang, lebih besar 'saham' anda untuk pembangunan SRITI tersebut.
.
.
======
Saya nak menyumbang, bagaimana ?
======
.



1. Boleh buat pindahan wang ke
BIMB BANK(BANK ISLAM)
NAMA AKAUN: DANA PEMBANGUNAN SRITI
NO. AKAUN : 12056010032238

MAYBANK
NAMA AKAUN : DANA PEMB SEK REN INTEGRASI TERAS ISLAM
NO. AKAUN : 562197085609

2. SMS @ WHATSAPP +60 17-616 3298 (PEJABAT) maklumat berikut sebagai rujukan pihak SRITI.

NAMA:
JUMLAH SUMBANGAN:
( Kempen Sumbangan Pembangunan SRITI ini dibawakan kepada anda oleh SRITI AL-TA'LIM).

Info berkenaan SRITI boleh diperolehi melalui pautan ini https://www.facebook.com/Sekolah-Rendah-Integrasi-Teras-Islam-SRITI-Al-Talim-840949942688010/?ref=br_tf

Pautan derma boleh kesini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1109472635835738&substory_index=0&id=840949942688010

Friday, October 21, 2016

Info Tentang Surat FPP Tadi Supaya Ramai Yang Tak Salah Faham

1. Pilot perkhidmatan FPP ni dah lama di lakukan di H. Selayang dan H. Putrajaya. Sekarang ianya berkembang ke beberapa hospital.
2. Ianya melibatkan pesakit luar, dalam dan rawatan harian. Pesakit akan bayar perkhidmatan ini dan mereka berhak memilih siapa doktor yg mahu merawat dan mendapatkan perkhidmatan kelas pertama.
3. Perkhidmatan ini seakan2 "Private Wing" di Hospital university.
4. Mereka akan diberi kaunter khas, bilik khas, ward khas dan staf khas. Tidak ganggu ward kelas pertama dan perkhidmatan sediakala.

Tujuan :
1. Menambah baik perkhidmatan kesihatan kerajaan. Sesiapa yg berkemampuan tapi tidak mahu pergi ke private hospital, boleh dapatkan di hospital kerajaan. Dari segi kos, besar kemungkinan sedikit rendah dari private.
2. Menjaga kebajikan para doktor dan golongan sokongan terutama pakar untuk menambah pendapatan. Sebahagian bayaran akan diberi kepada mereka dan sebahagian akan masuk ke dalam perolehan.
3. Nisbah Pakar Kerajaan dan Swasta kini adalah 1 : 2. Demi utk menjaga kebajikan pakar, dari pergi ke private, perkhidmatan FPP mungkin dapat membantu.
4. Pesakit juga boleh memilih pakar dari private hospital untuk merawat di fasiliti kerajaan, jika mahu mengurangkan kos. Ini setakat yg saya tahu, apa pun saya akan verify kelak. Dengan kata lain, kalau dahulu private hospital "pancing" pakar dari kerajaan, kini vice versa.
5. Saya tak pasti kenapa surat ini diviralkan. Namun besar kemungkinan oleh agen2 insurance. Apapun, dengan adanya FPP, boleh membantu industri insurans.

Kesimpulan
1. Ianya tidak mengganggu perkhidmatan sedia ada kini. Rakyat masih boleh mendapat rawatan ubat, konsultasi, CT, MRI, blood investigation dll dengan pakage RM 1.
2. Jika rakyat yg berkemampuan boleh pergi ke private hospital untuk membuat rawatan, kenapa tidak ke hospital kerajaan?
4. Apa yg ditulis adalah dari pemahaman sy melalui bacaan2 yg sy perolehi. Kenyataan bahawa kerajaan seolah2 "Menswastakan" perkhidmatan kesihatan adalah tidak benar.
5. Ianya telah lama di amalkan di hospital university, cuma KKM baru menuju kearah tersebut. Walaupun begitu saya percaya, pihak hospital/ KKM dapat mengelakkan "abuse" perkhidmatan FPP ini.
6. Jika saya perolehi info yg terkini, saya akan update dari semasa ke semasa.
Harap dapat mengurangkan panic rakan2 sekalian.

Sekian.

SAKIT BAYAR PENUH KOS HOSPITAL

Assalamualaikum w.b.t.
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad s.a.w.

Sekian lama tidak diselenggara, hari ini cuba untuk melihat dan membersihkan laman sesawang ini.

Adakah benar surat ini? JIKA BENAR,
Rakyat miskin, rakyat kampung, rakyat yang tiada medical card, dan seumpamanya,
ANDA DILARANG SAKIT!!!!


Sebelum dikuatkuasakan bayaran penuh ini pun, banyak kita lihat 'viral' nya kisah-kisah rakyat marhein tidak mampu menanggung kos perubatan sendiri mahupun anak-anak.
Sakit yang dialami bukan diminta, namun itulah ujian dari ALLAH, namun kewajipan kerajaan yang sepatutnya memberi khidmat perubatan percuma kepada rakyat sudah tidak digunapakai lagi. Kerajaan lebih selesa mengumumkan projek jutaan dan bilion ringgit berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Kerajaan lebih selesa mengumumkan untuk membina bangunan pencakar langit berbanding memenuhi keperluan rakyat.

Bila Projek jutaan ringgit diumumkan, maka akan ada lobi melobi yang kesudahannya boleh menyebabkan salahguna kuasa dan ketirisan berlaku.

Bila ketirisan berlaku disana sini, wang atau peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk kesejahteraan rakyat hanya berlegar dalam kalangan pembesar sahaja. Contoh mudah, kes Pengarah Air Sabah yang sedang hangat diperkatakan.

Akhir kata, tiada jalan penyelesaian melainkan dengan cara ISLAM sepenuhnya.
Semoga kita semua masih dalam lindungan Allah.