Assalamualaikum, Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan.
Para isteri dan sahabat serta seluruh umat Islam didunia dan akhirat..
Menyambung perbahasan, ciwah perbahasan kunu.. Hahaha.. takde la.. Menyambung posting yang lepas, hanya ini masa dapat diluangkan...
Lelaki yang nak berpoligami, sama ada keperluan, atau kehendak semata?? Perlu direnung dan di fikirkan kembali...
Yang dah ada banyak isteri, jaga lah isteri2 anda sebaiknya.. Didiklah mereka, pimpinlah mereka menuju syurgamu..
Yang belum memadukan isterinya, dan masih dalam perancangan.... banyak perlu difikirkan...
Soal Kemampuan, soal pembahagian waktu, pemberian perbelanjaan....dan mcm2 lagi.
Tugas dan tanggungjawab semakin besar.. Semakin banyak..
Ada pulak suara yang ckp mcm ni, kenapa poligami nk ikut Nabi, soal lain tak ikut Nabi??
Jawapannya mudah saja, sebab persoalan kawen ni yang mudah di ikut, yela, akad nikah je kan??
Ada pulak yang kata, Dia rampas laki aku...
Ish kak, dia bukan rampas, dia nak kongsi laki je dengan akak.. tak pun laki akak yg nak kawen.hehe
Kakak bayangkan, kalau tak boleh kongsi kasih sayang akak tuh, bayangkan perasaan suami yang akak g manjakan kucing la, rabbit la, anak2 lagi..kan kongsi namanya tuh.. sama je benda nya, cuma situasi berbeza...
Mereka yang berhasrat berkahwin lebih dari 1, pastikan diri anda betul2 kuat untuk menempuh segalanya, contohnya,
Ugutan isteri, ada orang kawin yang kedua senyap2, lepas tu, bila ter'kantoi' dengan isteri pertama, tak mengaku... Bukan ke hukumnya terjatuh talak kalau tak mengaku isteri yang sah?? Lepas tu bila yang mengaku, isteri pertama kata ceraikan, sebut depan isteri pertama ceraikan isteri kedua... Tp depan isteri kedua, sebut ceraikan yang pertama pulak.... Kan ke rosak kedua2 perkahwinan tuh...
Tak dilarang berkahwin lebih dari satu, namun perlukan kekuatan dan persediaan secukupnya..
Maksudnya:
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak – anak yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
Soal pembahagian waktu, masa dan tempat.. Lagi2 balik ketika RAYA..huhu.. org yg isteri 1 pun gadoh2 nak balik raye..hmmmm
Masa, kena bagi dengan adil... Pakaian, makanan, barang-barang, alatan.. Jangan di sebabkan isteri baru tu masih begetah, bagi apa saja. Yang lama pulak, suruh cari sendiri.. Ish3...
ADIL sangat diutamakan dalam soal poligami ini...
Para isteri pula, jangan terlalu menekan suami semua dikehendaki.. Mengikut kemampuan suami juga la..
Jika sesuatu yang dipinta bukan keperluan dan semata2 memuaskan nafsu, ia menjadi berdosa.. Mesti dengan hikmat yah..
Kebanyakan orang yang mengerti agama akan berfikir panjang sebelum mencarikan madu untuk isteri, namun orang yang terlalu cetek pemikiran agama yang selalunya melulu mengahwini isteri kedua dengan alasan mengikut sunnah... Keperluan atau kehendak?? Fikir-fikirkanlah...