Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Monday, November 23, 2009

Seorang Lelaki dan Seekor Anjing yg Dahaga

Assalamualaikum....
Selawat dan salam utk Rasul junjungan, para anbiya, sahabat, dan pengikut...

Kisah yg akan anda semua baca ini adalah dipetik dr Hadith Sahih Bukhari; 2190 dan Sahih Muslim; 4162

Daripada Abu Hurairrah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: Ada seorang lelaki yang sedang berjalan, tiba2 dia berasa sgt dahaga. Maka dia turun kesebuah telaga lalu meminum air di dalamnya. Apabila dia keluar dr perigi itu, dia melihat seekor anjing yg terjelir lidahnya sedang memakan tanah yg basah lantaran terlalu dahaga. Dia berkata dalam hati 'sesungguhnya anjing ini sgt dahaga seperti yg telah aku rasai'.

Maka dia turun kembali dalam telaga lalu dicedokkannya air dengan kasutnya dan digigit dengan mulutnya. Lalu dia memanjat keatas dan memberi anjing itu minum sepuasnya.

Atas sebab itu, ALLAH SWT telah mengucapkan syukur kepadanya dengan menerima amalannya serta diampunkan dosanya.

Sahabat2 bertanya, " Ya Rasulullah! Adakah kita akan mendapat pahala dengan melakukan kebaikan kepada binatang?"

Rasulullah menjawa, "Berbuat baiklah kepada semua makhluk yang hidup, nescaya ada ganjarannya."

Pengajaran.............
1. Berbuat baik tidak terhad kepada sesama Islam dan manusia sahaja.
2. Perlu ada sifat kasih sayang dan belas. Sabda Nabi SAW "barangsiapa yg tidak mempunyai sifat kasihan belas, nescaya dia tidak akan dikasihani".
3. Allah mengampunkan dosa dengan amalan yg di redgoinya, walaupun amalan itu dipandang kecil oleh segelintir manusia. Dengan itu, "Jangan pandang kecilnya amalan itu, boleh jd dengan amalan yg kecil itu ALLAH redha pada kita, dan Jgn  lihat pada remeh dosa itu, boleh jd ALLAH murka dgn kita sbb dosa itu"


BERBUAT BAIKLAH KEPADA SEMUA MAKHLUK YANG HIDUP, NESCAYA ADA GANJARAN BAGINYA

No comments: