1. Pilot perkhidmatan FPP ni dah lama di lakukan di H.
Selayang dan H. Putrajaya. Sekarang ianya berkembang ke beberapa
hospital.
2. Ianya melibatkan pesakit luar, dalam dan rawatan harian.
Pesakit akan bayar perkhidmatan ini dan mereka berhak memilih siapa
doktor yg mahu merawat dan mendapatkan perkhidmatan kelas pertama.
3. Perkhidmatan ini seakan2 "Private Wing" di Hospital university.
4. Mereka akan diberi kaunter khas, bilik khas, ward khas
dan staf khas. Tidak ganggu ward kelas pertama dan perkhidmatan
sediakala.
Tujuan :
1. Menambah baik perkhidmatan kesihatan kerajaan. Sesiapa
yg berkemampuan tapi tidak mahu pergi ke private hospital, boleh
dapatkan di hospital kerajaan. Dari segi kos, besar kemungkinan sedikit
rendah dari private.
2. Menjaga kebajikan para doktor dan golongan sokongan
terutama pakar untuk menambah pendapatan. Sebahagian bayaran akan diberi
kepada mereka dan sebahagian akan masuk ke dalam perolehan.
3. Nisbah Pakar Kerajaan dan Swasta kini adalah 1 : 2. Demi
utk menjaga kebajikan pakar, dari pergi ke private, perkhidmatan FPP
mungkin dapat membantu.
4. Pesakit juga boleh memilih pakar dari private hospital
untuk merawat di fasiliti kerajaan, jika mahu mengurangkan kos. Ini
setakat yg saya tahu, apa pun saya akan verify kelak. Dengan kata lain,
kalau dahulu private hospital "pancing" pakar dari kerajaan, kini vice
versa.
5. Saya tak pasti kenapa surat ini diviralkan. Namun besar
kemungkinan oleh agen2 insurance. Apapun, dengan adanya FPP, boleh
membantu industri insurans.
Kesimpulan
1. Ianya tidak mengganggu perkhidmatan sedia ada kini.
Rakyat masih boleh mendapat rawatan ubat, konsultasi, CT, MRI, blood
investigation dll dengan pakage RM 1.
2. Jika rakyat yg berkemampuan boleh pergi ke private hospital untuk membuat rawatan, kenapa tidak ke hospital kerajaan?
3. Boleh baca selanjutnya di sini :
http://hselayang.moh.gov.my/ ms/menu-awam/2013-10-10-09-33- 28/2013-09-26-02-56-11.html
http://hselayang.moh.gov.my/
4. Apa yg ditulis adalah dari pemahaman sy melalui bacaan2
yg sy perolehi. Kenyataan bahawa kerajaan seolah2 "Menswastakan"
perkhidmatan kesihatan adalah tidak benar.
5. Ianya telah lama di amalkan di hospital university, cuma
KKM baru menuju kearah tersebut. Walaupun begitu saya percaya, pihak
hospital/ KKM dapat mengelakkan "abuse" perkhidmatan FPP ini.
6. Jika saya perolehi info yg terkini, saya akan update dari semasa ke semasa.
Harap dapat mengurangkan panic rakan2 sekalian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment