KEMUNCULAN BLOK IRAN
Ramai menyangka bahawa kewujudan Republik Islam Iran adalah hasil dari kejayaan Revolusi Iran 1978. Kejayaannya adalah hasil dari konsep kepimpinan Syiah yang disebut al-Imamah dan juga hasil dari ijtihad Presiden Khomeini yang membawa 'Wilayah Ulama' iaitu gandingan padu para ulama Syiah. Kebanyakan cerita banyak diselangi retorik sehingga tidak tahu benar ataupun salah.
Namun, pendedahan Foreign Affair dalam tulisan Ray Takeyh (2014) mengenai peristiwa sebalik pembentukkan negara Iran itu adalah perancangan Central Intelligent Agency (CIA). Berita yang dipaparkan menunjukkan kemegahan CIA bagi mengawal hubungan antarabangsa dunia. Tujuan pendedahan secara tersurat adalah perancangan Amerika bagi membendung negara Sosialis Iran ke arah pro-Amerika.
Pendedahan Foreign Affair ini juga menunjukkan secara tersurat bahawa Amerika-Iran berkonflik panjang kerana Iran menunjukkan sikap tidak bersama Amerika sejak
awal penubuhan Republik Islam Iran. Namun, itu secara tersurat adakah secara tersirat sedemikian?
Henry Kissinger (2015) dalam 'World Order' pernah menyebut bahawa negara-negara Timur Tengah meminta bantuan Amerika untuk menjadi rakan sekutu. Adakah Iran bukan rakan sekutu Amerika? Hanya Arab Saudi sahaja yang disebut rakan sekutu. Tetapi, benarkah?
Pembacaan strategi politik tidak harus dibaca secara tersurat. Ia perlu dibaca secara tersirat iaitu maksud di sebalik peristiwa-peristiwa berlaku. Hubungan Amerika-Iran sering dilihat bertentangan tetapi sebenarnya tidak. Hubungan ini perlu dilihat berlainan kerana Amerika tidak pernah mensasarkan bom di Iran.
Apabila perang Iran-Iraq (1980-1988) berlaku, Amerika dilihat sebagai bersama Iraq dengan menyalurkan senjata kepada Iraq. Namun, hakikatnya bukanlah Iran menjadi sasaran Amerika. Sebaliknya, Iraq menjadi mangsa Amerika. Dua siri perang Teluk berlaku yang akhirnya Presiden Saddam Hussein tersungkur dan dihukum bunuh. Iran juga yang terselamat.
Manakala konflik pengayaan kuasa nuklear Iran bukanlah bertujuan untuk menyekat Iran dari memiliki senjata Nuklear. Ia hanyalah kelulusan kepada Iran untuk memiliki kuasa nuklear dan dapat membendung negara sekitarnya dari bersaing memiliki senjata nuklear.
Perlu difahami, sejak Pakistan mengesahkan mempunyai senjata nuklear pada 1988, Pakistan berhasrat menjual teknologi ini kepada negara-negara Islam di Timur Tengah. Iraq dan Arab Saudi adalah antara negara yang sangat berminat memiliki senjata nuklear. Oleh demikian, dengan sandiwara pengayaan senjata nuklear Iran, ia akan dapat membuat pemimpin-pemimpin Arab berfikir berkali-kali untuk memilikinya.
Dalam kesibukan Amerika melakukan rundingan dengan Iran agar menghentikan pegayaan kuasa nuklear, Amerika berjaya memberi keyakinan kepada pemimpin-pemimpin Arab bahawa usaha Iran adalah selamat. Dalam masa yang sama, Majlis Senat Amerika meluluskan pembayaran kepada Iran sebanyak 1.7 bilion USD yang dibayar kepada Iran secara tunai. Setakat ini, 400 juta USD sudah dibayar secara tunai kepada Iran dengan pengakuan Presiden Barrack Obama.
Kesemua peristiwa-peristiwa ini sepatutnya dapat menunjukkan kepada kita bahawa Iran sebenarnya adalah rakan dan sekutu sebalik tabir Amerika. Amerika membina blok Syiah dengan menubuhkan Republik Islam Iran. Bilangan blok ini semakin kuat dengan menjadi Iraq sebagai satu negara kepimpinan Syiah walaupun majoriti penduduk Iraq adalah Sunni.
Dengan ini, blok Iran telah dapat dibentuk dengan gabungan tenaga Iran, Iraq dan Syria. Sepatutnya, Hezbollah juga menjadi sebahagian dari blok Iran ini tetapi Hezbollah tidak memerintah di Lubnan. Namun, kekuatan Hezbollah sentiasa dipropagandakan sebagai kuat yang mampu mengalahkan Israel.
Blok Iran ini juga telah diusahakan menapak di Selatan Semenanjung Arab terutamanya di Bahrain, Oman dan Yaman. Syiah di Bahrain dan Oman sudah cuba menggembelengkan tenaga menjatuhkan kerajaan Bahrain dan Oman melalui demonstrasi jalanan. Namun, demonstrasi di tengah-tengah bandar-bandar penting dapat dipatahkan. Selanjutnya, tentera Syiah Houthi pula berjaya menawan Yaman.
Kehadiran tentera Syiah Houthi memberi amaran besar terhadap Arab Saudi yang merupakan negara Islam yang paling berpengaruh di rantau ini. Ini juga menunjukkan bahawa blok Syiah sedang mengepung Arab Saudi iaitu utara Arab Saudi wujud Syria dan Iraq, di Timurnya pula wujud Iran dan kini di Selatannya wujud Oman dan Yaman.
Ada keperluan Arab Saudi membentuk Kesatuan Arab yang dianggotai tiga puluh (30) buah negara-negara Islam. Hasilnya, usahasama dapat diwujudkan bagi menghadapi konflik Yaman dan dapat menyatukan negara-negara Islam Sunni di bawah satu arahan iaitu Arab Saudi.
Perseteruan rantau ini tidak pernah lekang dari perang sesama Islam atau digelar perang sesama sendiri kerana negara-negara Islam ini sangat bergantungan dengan kuasa besar Amerika Syarikat. Arab Saudi sangat bergantungan dengan Amerika kerana dari sudut sejarah, Arab Saudi diwujudkan dengan perancangan Barat iaitu Lawrence Arabia.
Begitu juga Iran secara sejarahnya adalah hasil kerjasama CIA. Amerika mempunyai agenda yang tersendiri untuk kepentingannya bukan kepentingan rakan mahupun lawan. Amerika adalah sangat pragmatik yang sanggup merancang jatuh bangun rakan dan lawan sekaligus mengekalkan hagemoni Amerika di rantau Timur Tengah.
Dr. Muhammad Atiullah bin Othman
No comments:
Post a Comment