Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Sunday, June 16, 2013

Penipu yang bertaubat???

Assalamualaikum.
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Muhammad s.a.w.

Sekian lama meninggalkan blog ini, hari ni terdetik di hati utk mengisi lagi. Tidak ada cerita baru dan tidaklah terlalu lama.

Di pendekkan cerita, semasa kuliah Ustaz Tuan Haji Mokhtar Bin Kassan hari ini.
Beliau menceritakan kisah keluarga penipu...

Di sebuah kampung, tinggal satu qaryah atau kumpulan penduduk. Disitu juga tinggal sebuah keluarga yang sering mendustai org kampung. Rumahnya pula terletak jauh sedikit dari penduduk lain.

Apa-apa sahaja yang di ceritakan oleh mereka, orang kampung mempercayai pada mulanya, kerana tiada syak wasangka dari ahli qaryah.

Namun, segala cerita dan kisah bawaan mulut mereka ini, tiada yang benar melainkan semuanya tipu belaka.
Dari ayah, ibunya, anaknya, semua seronok dengan penipuan mereka. Mereka menjadikan menipu itu kelaziman hidup mereka.

Menipu, menipu, dan terus menipu.... Sehinggakan para penduduk kampung hilang kepercayaan bukan 100%, malah 500%. Bermakna, setelah sekian lama di tipu, apa yang belum di percakapkan oleh betiga ini, memang tidak akan dipercayai oleh orang kampung.

Penduduk kampung ini jenis tidak mahu di tipu berkali-kali. Bukan seperti sebahagian bangsa di Malaysia yg sanggup di tipu berkali-kali.

Tanpa mereka sangka, suatu hari, seorang dari mereka meninggal dunia. Si Ibu pergi dahulu..
Dan si Ayah pun menyuruh anaknya memberi tahu orang kampung perkhabaran itu untuk urusan seterusnya.
Si anak pun pergi untuk mendapatkan orang kampung menyampaikan berita. Satu demi satu rumah di ketuk dan di sampaikan berita ini.

Namun, malang bagi mereka, di atas kedurjanaan menipu sepanjang masa, berita kematian itu juga di anggap mainan penipuan mereka.

Akhirnya, si anakpulang dengan hampa, dan si ayah juga nampak gusar, namun terpaksa menguruskan jenazah berdua.

Selesai urusan, si anak dan ayah pun berbicara. Kata si ayah kepada si anak, "kita ni kene bertaubat, sebab orang kampung dah tak percaya pada kita.."
Jawab si anak, "ya lah, baik kita bertaubat sebelum terlambat."

Dan si anak memberi tahu ayah bahawa si anak pernah mendengar orang bicara, andai ingin bertaubat, perlu pindah dari tempat itu.. Dan mereka pun setuju..
Si anak menambah, untuk bertaubat, kita kene mandi untuk menyucikan diri.

Lalu mereka berdua pun ke sebatang sungai yang tidak jauh dari rumah mereka.
Sampai di sungai, si ayah menyuruh anak masuk dahulu untuk mandi. Namun si anak berkata pada ayah, ayah mandi dahulu, kerana ayah lebih tua dan lebih banyak menipu lalu banyak dosa. Ayah pn bersetuju.

Si ayah pun terjun dengan niat ingin bertaubat. Setelah beberapa lama, si anak hairan, mengapa si ayah tidak timbul-timbul lagi.
Dan kemudian si ayah timbul, lalu si anak bertanya, mengapa ayah lambat timbul.
Dengan spontan si ayah menjawab. Ohhh, kau tak tahu, dalam sungai ni, ada kedai kat bawah tu, ayah makan roti canai dgn teh tarik dulu.

Kini giliran si anak menyucikan diri. Dan terjun ke dasar. Si anak tenggelam lama dan akhirnya timbul dengan dahi berdarah.

Lalu si ayah bertanya, kenapa dahi kau?

Spontan anak menjawab, Tadi ayah kata ayah makan roti canai dan teh tarik, ayah tak bayar, jadi saya terjun, sy kene pukul lah kt bawah tu.


*Tenggelam si ayah lama kerana sangkut di akar kayu, dan anaknya pula dahinya terhantuk di akar kayu.

Lihatlah teman, kebiasaan menipu, dan dalam masa untuk bertaubat pun masih tak dapat elakkan dari menipu kerana itu kelaziman mereka.

Sesuatu yang menjadi kelaziman, adalah sukar untuk di ubah. Oleh itu, lazimkanlah diri pd taat perintah ALLAH.

Selamat beramal.