Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Monday, August 31, 2009

Amalan Di Bulan Ramadan

بسم الله الرحمن الرحيم


Nabi saw telah memerintahkan untk mmperbanyakkan 4 perkara dlam bulan Ramadhan..pertamanya ialah..kalimah syahadah..telah dnyatakan dlam beberapa hadis,bhawa kalimah ini adalh kalimah zikiryg paling utama..(afdal zikru)..dlam kitab Misykat,terdapat hadis yg driwayatkan 0leh Hazrat Abu Sa'id al-Khudri ra bhawa sekali Hazrat Musa as telah mem0hon dr Allah swt...

"ya Allah ! beritahulah kpdku 1 d0a yg dgannya aku dpat mngingatiMu dan berd0a kpdMu.." maka Allah swt telah memerintahkanya untk mngucapkan "Lailahaillallah.." Hazrat Musa as brkata, "kalimah ini telah d ucapkan 0leh smua hambaMu..sy ingin 1 d0a atau 1 zikir yg khusus..lau Allah berfirman, " Wahai Musa,jika 7 petala langit dan segala penduduknya (malaikat2) kecuali Aku dan 7 petala bumi dletakkan d sbelah dacing dan d sebelah lg dletakkan "Lailahaillallah",maka dacing itu akan lebih berat...dinyatakan dlam 1 hadis bhawa apabila sese0rg mnyebut kalimah itu dgan ikhlas maka pintu2 langit akan segera terbuka untknya dan ia akan smpai ke 'Arasy tanpa ada ape2 bntuk halangan pn dgan syarat pnyebut kalimah itu mnjauhkan drinya dgan d0sa besar...



perkara kedua ialah istighfar...terdapat bnyak juga kelebihan istighfar yg d nyatakan dlam bnyak hadis..dlam1 hadis d nyatakan bhawa sesiapa yg mmperbanyak kelebihan istighfar,maka Allah akan mmbukakan untknya jalan kelepasan dr segala kesempitan dan melepaskannya drpd segala kebimbangan, dan akanmngurniakan rezeki kpdnya dr sumber yg tdak d jangka2...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



selepas itu rasulullah saw telah memerintahkan supy mem0hon 2 perkara yg tdak dapat tdak,msti dlakukan..d0a untk mndapatkan Jannah dan d0a untk kelepasan drpd api neraka..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sem0ga Allah swt dgan limpahNya mngurniakan kpd ana dan juga kalian...

dipetik dan disesuaikan dr buleten
http://www.tagged.com/humaira88

Kehidupan Seharian

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dikeheningan subuh setelah bersahur dan menunaikan Ibadat wajib... tergerak hati untuk mencoret lg, hari ni cuti sempena ulang tahun Kemerdekaan negaraku Malaysia tercinta yg ke-52.. 52 tahun negaraku merdeka dr penjajah...

Kesempatan ini aku rasa nak menaip, jd aku taip la apa yg terasa nak taip....
Benarkah negaraku sudah merdeka??kalau aku kata belom, marahlah pejuang2 yg menuntut kemerdekaan negara.. mau kena kejar dgn parang aku..

Aku sekadar ingin memberi pandangan peribadi dr pengalaman dan penglihatanku.
Yang mana aku lihat, negara kita ini hanya merdeka dr segi penjajah yg nyata (British, Belanda, Jepun).
Tp hakikatnya negara kita ni x merdeka lg dgn mentaliti rakyat yg masih di takok lama. Susah nak terima teguran, susah nak terima kebenaran, tak boleh nak nilai mana baik mana buruk, tak tau nak nilai untuk jangka pendek dan jangka panjang...



Contohnya, bile kita tegur pemimpin melalui parti pembangkang, dgn angkuhnya pemimpin yg ,menerajui negara kata parti pembangkang dengki, hasad. Kalau mcm tu, tak guna ada pembangkang, baik jadikan negara komunis je, bile tak setuju, pancung.kan??
Lg nak nilai kebaikan dgn keburukan juga susah, terutama rakyat yg telah digula-gulakan UMNO la senang citer,, mcm kawan aku nak berhujah dgn aku, die kata DS Anwar tu cakap tak pakai otak, mmg btl die cakap guna mulut la..
Die kata mustahil boleh turunkan harga minyak, boleh bankrup negara, die tiru ayat pemimpin UMNO..hahahaha...
bapak bangang budak tuh,nak kata budak dah masuk U...
Die mmg d butekan oleh pemimpin mereka, yg rasuah puluhan juta, puluhan bilion, negara akan terus maju??terus berkembang???mmg la aku x faham...
Bg aku negara kita masih belum merdeka, dan itulah kerja pemimpin UMNO selama 50 tahun memerintah. Bila rakyat bodoh, mudah bg mereka membahagikan harta kekayaan negara sesama sendiri.
tp mereka lupa, bahawa semakin hari rakyat semakin terbuka mata..
wahai bangsaku, bangunlah segera, tiada masa lagi utk lena,
dihadapanmu sudah hampir mencapai kejayaan yang hanya perlukan sedikit ruang dan masa. Teruskanlah agenda perjuangan untuk membela agama dan negara yg tercinta ini.

Merdeka, bukan sahaja bebas dr penjajah, mentaliti juga perlu bebas dr anasir2 luar.
Pemakaian juga perlu merdeka, bukan ikut2an pemakaian barat yg telah hilang tamadun berpakaiannya. Kehidupan ini perlukan Kebebasan yg sebenar, bukan bererti boleh buat apa sahaja, tertakluk kepada ajaran dan aturan Islam..
org kata susah nak ikut, itu tak boleh ini x boleh, ok, tgk kalau nak masuk parlimen, cuba pakai seluar pendek, pakai singlet, ha dapat masuk x??
kalau parlimen yg kat dunia pn ada peraturan, lg la Islam yg mmg syumul,
sebenarnya bukan Islam menyusahkan umatnya, tp umat Islam memandangnya Susah.
Hidupkanlah syariat Islamiah Allah di bumi Malaysia,
Malaysia bebas dr penjajahan keseluruhannya..




ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! Merdeka!!!!!!!

Friday, August 28, 2009

Ape nak tulis ye nih??

Assalamualaikum,
harap semua shat sahaja.....

malam ni td aku dapat satu sms, bunyi lebih kurang kata ustaz Ismail Kamus meninggal dunia..
tekejut monyet aku.....
terus call kakak aku, tanya die..
die kata Ismail lain bukan kamus, mungkin Ismail buku kot, atau Ismail pen ke..hehehe

Paling aku bengang time siang nak surfing tenet mmg lembap..
semua pn nak main internet...
tah pape yg dorg buat pon aku tak tau...
byk aku tgk main game je...
tak matang langsung main game tah pape.. CS la, ape tah lg namenye..
mmg aku tgk org2 tak matang main tu...

Alhamdulillah aku tak main lagi mende2 mengarut tuh..
yela, patut ke main game sampai tak tidor...
pastu siang mengantuk la ape la...
Kalau setakat main nak tenangkan fikiran lain..
bukan hari2 godam game tuh jer...

Lagi satu mase aku nak lelap, ade je lagu yg tah pape berkumandang dr bilik atas...
malam ni td paling aku bengang. roomate aku, selalu die kata mcm2 org atas pasang lagu kuat...skali malam ni td die pn sama pasang lagu linkin park....kuat plak tu pasang... aku tegur pandai jawab...aku nak tidorrr laaaa.....
lastnya aku pasang ngaji surah al-Insaan, baru senyap....

K la sahabat2 sekalian, jumpa lg ya. Assalamualaikum

Wednesday, August 26, 2009

Puasa ke-5

Assalamualaikum kepada semua yg mengenali diri ini mahupun yg tidak mengenali diriku.
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dgn limpah dan kurnia-Nya dapat meneruskan ibadah puasa dgn baik, Alhamdulillah....
Sudah beberapa hari tak menulis d blog ini..
Faktor masa dan connection internet yg amat lembap disini...

Pada semua rakan2 doakan lah supaya aku dapat membuat keputusan yang terbaik.
Sekali lagi aku dilanda sesuatu perkara yg aku sendiri tidak pernah terfikir untuk melaluinya...
Masalah yang hampir sama dgn Puasa 2 tahun lepas, namun situasi yang berbeza,
keadaanku juga berbeza...

Aku taknak menyinggung perasaan sesiapa pun..tp haruskah aku terus menjadi apa yg org lain nak???

Kalau korg ingt, mase puasa 2 tahun lepas, yg aku berpindah dr sekolah menengah biasa, pergi ke sekolah menengah agama untuk STPM, walaupun aku rasa hampir setengah tahun aku tertinggal kalau masuk sekolah menengah agama tuh.
namun ku teruskan juga hasrat hati kerana keinginan hati yg membuak2 untuk meneruskan menuntut ilmu agama Islam...

Kali ini,hampir sama dgn peristiwa itu..haruskah aku berterus terang? bagaimana untuk tidak menyinggung mereka?? bagaimana pula aku??



last day STPM SAMT Bt 38

Sunday, August 23, 2009

Sahur..

Assalamualaikum....
Puasa pada hari kedua, rasa amat gembira berada di samping keluarga...
Tak nak balik rasanya... tp apa kan daya.. ada tugas yg belum selesi, ciwah..hahaha.
hari ni kena balik jgk, nantikan la kepulanganku di hari lebaran, InsyaAllah,
nudah2an di permudahkan oleh Allah...

Kepada semua yang mengenali diri ini, diri ini byk melakukan kesalahan,
maafkan lah segala kesilapan yang telah aku lakukan,
Doakan segala urusanku dipermudahkan ALLAH.

Dengan rahmat Allah kita bertemu dan berpisah..
Lepas ni kurang la sikit masa online, insyaAllah kalau ada mase aku online..
kena jgk tgk2 berita,
tp tak tau la dpt edit ke tak blog nih..



Anak-anak buahku sy...pulang la ke kampung selalu ya...
Abdul Qayyum, nanti raya bapak balik, qayyum tunggu kat airport tau..


Kepada yang ingat pada diri ini, maaf lama tak berhubung,
kalau terbace, n teringat nak berhubung, sms la erk korang..
Salam syg dari diri ku...

Dari Rumah, tak lama lagi nak berangkat, mungkin tgh hari sket...
Salam Ramadan buat semua..
Teruskan perjuangan wahai sahabat-sahabat.

Saturday, August 22, 2009

Permulaan yang Baik

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua....

Awal pagi,awal ramadan ni. bayu dingin menyapa..
Terasa amat bahagia dapat bertemu dgn Ramadan kali ini,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...
seronok rasanya dapat bersahur bersama ibuku yang ku sayang..

Kepada semua yang mengenali diri ini, Selamat Berpuasa, Salam Ramadan.
Ikhlas dari diri yang hina ini...




Kepada kawan2 ku, jgn memonteng puasa, jgn sekali, walau pun pada zahirnya org lain x nampak,tp Allah ttp nampak..

Kepada anak2 buahku, yg dah besar tu puasa penuh yer..
yang berumur bawah 6 tahun, belajar2 la puasa..hehehe..
Qayyum, Izzah, Nurin belajar puasa tau...



Lepas ni aku akan berpuasa ditempat org...
mcm mana lah agaknya puasa kat sane erk..
pengalaman pertama yang akan ditempuh....

Doakan la aku dikuatkan iman, mudah2an Allah bantu aku utk membela agama Islam

Friday, August 21, 2009

ulama' disisihkan,

Assalamualaikum, d tgh hari jumaat sebelum berangkat ke masjid,
sy terpanggil untuk mencoret sedikit tentang ulama dan goolongan artis..
Sy tersentak dgn Media arus perdana yg masih tak habes2 menyiarkan soal yasmin ahmad,
tak taula nak kata allayarham ke allayarhamah...
masalahnye, kenapa begitu hangat di perkatakan tentang jasa dan tah pape lg...

Sedangkan satu ketika dahulu, pada awal 2008,
kita semua dikejutkan dgn Pemergian seorang ulama terkenal, Almarhum Dato' Ishak Baharom..Bekas Mufti Selangor yg dipecat kerana mempertahankan hujah iaitu org Islam tak bleh masuk pertandingan ratu cantik..

Kenapakah kita tidak di khabarkan dgn berita2 kebaikan, ketegasan Beliau...
Sanggup di pecat demi mempertahankan akidah umat Islam...
Selepas pemergiannya, TV, Radio, paper..hmmmmm senyap je...
takde pape pon..

Lagi satu, paling sy ingat,semasa Beliau menjadi Mufti di Selangor,
Beliau telah mengeluarkan fatwa penting iaitu merokok HARAM...
atas sebab memudaratkan kesihatan...
Sebenarnya rokok dah di haramkan di Selangor,
tp dgn Fatwa oleh Mufti sahaja tidak cukup kerana penguatkuasaan terletak pada kerajaan Persekutuan, terutama Polis... Kenapa Negara kita langsung tak endah perkara2 yang di perkatakan orang alim, lebih2 lg mufti, sedangkan mereka sendiri yang melantik mufti.

Byk yg disanjung golongan artis..
sampai budak2 sekolah rendah pon dah pandai cium2,
ikut sgt perkembangan semasa pasal yg tak elok..
ape nak jd la Malaysia ku Syg...

Selamat Bertarawikh dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum kepada semua..
Pertama sekali Selamat Datang Bulan Ramadan yg sentiasa dinanti kehadirannya.
Kepada semua yg beragama Islam, Selamat bertarawikh dan selamat berpuasa..
Mudah-mudahan puasa kali ini lebih baik dr yg lepas.. Semoga dalam Rahmat Allah..

Setiap insan dikurniakan akal dan fikiran untuk menentukan tindakan benar atau salah.
Akal dan fikiran yang dipimpin Iman akan menjurus kearah kebenaran,
dan sebaliknya,... Kepada semua, jgn tinggal puasa yer...

Kepada anak2 buahku, puasa penuh tau...jgn curi2 makan,
yg besar ke yg kecik ke, sama je...jgn tinggal puasa yer..
Selamat berpuasa Bapak ucapkan..
Tambahkan la amalan-amalan sunat yang lain,
dan jgn lupa mengaji anak-anak ku..Sayang Semua


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Penulisan dari Rumah, tp dah nak balik Sarawak, sedeh la..huhuhu
Anak-anak, rajin-rajin la ajak ayah balik rumah nenek yer...
Yang dah besar tu, balik la kampung sendiri kalau ayah tak dapat balik,
bukan susah pon, dekat je kan...buat masa ni, bapak dgn acik jauh kan...

Puasa, Iman dan Ketaqwaan


Kalau solat menjadi tanda aras dan kayu ukur penganut ajaran Tauhid, nescaya hal ini sukar kita bincangkan. Ini kerana, sukar kita melihat penganut agama, selain Islam melakukan solat.

Walaupun sesekali kita pernah terdengar dan membaca bahawa di sana, ada beberapa penganut agama Yahudi misalnya pernah bersolat seperti penganut Islam juga. Tetapi, dalam realiti sekarang, sulit untuk kita perhatikan gerak laku solat penganut agama lain yang mirip kepada Islam.

Al-Qur'an yang merincikan solat penganut agama lain dengan penganut Islam terletak pada surah Ali Imran ayat 43.

"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan solat) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

Ada riwayat yang menyatakan bahawa solat yang mempunyai rukun rukuk di dalam solat ialah solat penganut Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana solat penganut Nasrani tidak mempunyai rukuk. Wallahu'alam..

Menurut sesetengah pendakwah dan penceramah yang dahulunya Kristian Nasrani, pernah menyatakan bahawa Nabi Isa a.s menunaikan solat; suatu upacara keagamaan, ajaran Tauhid yang berasal daripada Ibrahim a.s.

Bagaimanapun, ciri-cirinya yang asli telah luput ditelan gelombang putaran ganas dan keasliannya rupa parasnya telah pudar dilapah arus masa.

Puasa, lambang amalan agama samawi

Oleh kerana, dialog mengenai agama di negara kita belum mencapai tahap yang baik, maka ada beberapa hal perbincangan yang tidak dapat kita lanjutkan di sini.

Bagaimanapun, tetap sahaja ada amalan agama Islam yang masih sama dan mirip kepada ibadat penganut Islam, iaitu puasa.

Manakala, amalan-amalan lain seperti solat, zakat dan menunaikan fardhu haji tidak mirip kepada amalan penganut lain.

Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.

Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.

Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana, orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan. Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan berada dalam Islam. (Ali Imran: 102)

Juga kepada orang yang beriman itu, Allah s.w.t meminta mereka bertaqwa dengan cara menyatakan perkara yang benar walaupun pahit didengar. Ini kerana, orang yang beriman pun belum tentu dapat menyatakan perkara yang benar.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, maka Allah memperbaiki bagi amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.." (Al-Ahzab: 70 - 71)

Maka, hendaklah orang-orang yang beriman itu berjuang mendapatkan tempat di martabat ketaqwaan. Ini kerana, hanya yang mampu menyatakan kebenaran itulah yang layak digelar mencapai darjat ketaqwaan.

"Wahai orang-orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan setiap orang hendaklah perhatikan apa yang telah diperbuatkan untuk hari esok (akhirat).." (Al-Hasyr: 18)

Orang-orang yang beriman turut diseru mencapai darjat ketaqwaan dengan menyediakan amalan sebagai bekalan untuk hari akhirat mereka. Ini kerana, ramai orang beriman, tetapi seperti tidak mengendahkan amalan mereka untuk akhirat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan segala kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfal: 29)

Kita biasa berdepan dengan kebuntuan hidup dalam kehidupan. Seolah-olahnya mereka gagal mengenal mana satu berlian dan permata, yang mana intan dan yang mana kaca. Mana yang betul dan salah.

Dan, kita seperti tidak berupaya mencari penyelesaiannya. Kenapa jadi begitu, walhal kita telah mengaku beriman kepada Tuhan? Mustahil Tuhan akan meninggalkan orang-orang yang beriman itu teraba-raba dalam mencari jawapan terhadap setiap permasalahannya itu.

Maka, jawapannya ialah - orang yang beriman yang ditimpa permasalahan tadi, masih tidak mencapai darjat ketaqwaan. Dan jika orang yang beriman itu bertaqwa, maka nescaya Tuhan menunaikan janjinya dengan cara memberikannya petunjuk.

Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

Perbezaan lain antara orang yang beriman dan bertaqwa itu ialah insan yang beriman itu masih lagi tidak membebas diri daripada sikap prasangka, mengumpat dan mencela saudara mereka, mencari-cari keaiban orang lain untuk dihebah.

Maka, orang yang beriman dan telah sempurna jiwanya kerana kerohaniannya melompat ke darjat ketaqwaan itu, akan bersih lidahnya daripada mengumpat dan telinganya dibersihkan daripada mendengar keaiban orang lain.

Ada banyak lagi perbezaan sikap antara orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dan, seperti yang termaklum, amalan puasa itulah antara salah satu daripada amalan yang mampu meletakkan kerohanian seseorang ke darjat ketaqwaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan dan kewaspadaan.

Orang yang berpuasa, digalakkan untuk tidak mencampuri urusan mendengar keaiban orang lain, selalu menyibukkan dirinya dengan zikrullah dan wirid.

Jika semua ini tercapai, maka lahirlah sikap suka menegakkan kebenaran, menyatakan yang benar di depan pihak berkuasa, kerap muhasabah tentang bekalan akhirat dan lain-lain ciri ketaqwaan yang lain.

Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.

Amalan berwirid dan berzikir di bulan Ramadhan akan menyebabkan kita kembali kepada fitrah yang suci dan asal, jika dilakukan dengan sempurna dan ikhlas menuju rahmat Allah.

Thursday, August 20, 2009

Assalamualaikum

Pertama sekali, saya memohon ribuan kemaafan dr semua yang mengenali diri ini...
Bersempena dgn kehadian Ramadan yang di nanti, tidak sabar rasanya untuk bertemu dgn Ramadan kali ini.. 'Ya ALLAH, temukanlah daku dgn Ramadan yang akan dtg ini'.

Maaf kepada semua rakan dan taulan mahupun musuh kalau ada,
kerana saya tidak mengkhabarkan kepada semua saya kini telah berangkat ke Borneo,
melanjutkan pengajian di sana..(UNIMAS) dalam jurusan Pengurusan Sumber Manusia. Kalau kat UNIMAS budak2 panggil HRD, (Human Resource Development) betul ke tak entah ejaan ni.hehehe




Maaf sgt2 sbb tak sempat bg tau kat semua.. Mungkin ada yang rasa kecil hati sebab dapat tahu dr kawan lain atau org lain.... Maafkan lah daku...



ni jambatan cinta (budak2 UNIMAS panggil)