Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Saturday, November 12, 2016

KASIH IBU TIADA PENGHUJUNGNYA.

Setelah ayahnya meninggal dunia, seorang anak telah menghantar ibunya ke rumah orang tua. Dia menziarahi ibunya dari satu waktu ke waktu yang lain.```

Pada satu hari dia menerima panggilan daripada pusat jagaan orang tua berkenaan memaklumkan ibunya dalam keadaan nazak. Dengan pantas dia datang untuk berada di samping ibunya pada saat terakhir begitu.```

```Dia bertanya kepada ibunya: Apakah yang ibu ingin saya lakukan untuk ibu.```
```Ibunya menjawab: Aku mahu kamu sumbangkan kipas angin untuk pusat jagaan ini, kerana tidak punya kipas angin.``` ```Letakkan juga peti sejuk, tukang masak dan makanan kerana sering kali aku tertidur dalam keadaan lapar tidak makan.``

```'Ibu kenapa pada saat seperti ini baru ibu pesankan perkara ini ?' Anak itu bertanya kembali.```

```Ibunya memberi alasan: Tidak apa anakku, ibu sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan panas tanpa kipas dan lapar. CUMA IBU BIMBANG NANTI SAAT ANAK-ANAK KAMU MENGHANTAR KAMU KE SINI KAMU TIDAK DAPAT MENYESUAIKAN DIRI'.

Renung2kanlah
Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?

Anakku.

Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

Anakku.

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"

Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA.



Anakku.

Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

Anakku.

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

Anakku.

Bila aku tua,
Sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

Anakku..
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku.

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku.
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.

🔴 *Menjadi ikhtibar pada kita kalau masih ada ibubapa dan postlah posting diatas kepada WA group keluarga atau WA peribadi keluarga sendiri sebab kita taknak kita atau anak2 kita sentiasa berdosa dengan ibubapa kita atau ibubapa mereka...*

RENUNG2 KAN LAH..
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA  NANTI KITALAH EMAK/AYAH*

Ingatan untuk kita, kalau Ada tersilap terpandang , sila tegur. Kadang-kala kita terlupa....🌹🌹🌹

Saturday, November 5, 2016

SEMENTARA PINTU SYURGA ADA DI RUMAHMU

SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA. BERBAKTILAH!

Menziarah seorang kawan yg kematian ibunya yg dijaga selama ini, dia berbisik kepada saya semasa kami bersalam, "Telah hilanglah pintu syurga dirumah saya."

Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dgn ajakan untuk bersabar.

Apakah maksud pintu syurga dirumahnya telah hilang? Saya tersentuh dgn kata kata sedemikian.

Ini satu perkataan orang berilmu, orang yg mengetahui.

Apa yg disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh sorang tabi’in  Iyas bin Mu’awiyah, yg menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya, maka ditanya pada beliau :
“Mengapa engkau menangis sedemikian rupa?"



Maka beliau menjawab,
“Tidaklah aku menangis kerana kematian, kerana yang hidup pasti akan mati, akan tetapi yang membuatku menangis kerana dahulu aku memiliki dua pintu ke syurga, maka tertutuplah satu pintu pada hari ini dan tidak akan di buka sampai hari kiamat, aku memohon pada Allah Ta’ala agar aku boleh menjaga pintu yang ke dua”.

Apa yg disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda nabi dari Abu Darda Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ
Orang tua adalah pintu syurga paling tengah. Kamu boleh sia-siakan pintu itu, atau kamu menjaganya. (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua ibubapa kita adalah ibarat pintu syurga bagi setiap anak, dgn maksud jika kita berkhidmat kpd keduanya, berbuat baik kpd keduanya, maka Allah akan beri ganjaran syurga. Tetapi sesiapa mensia-siakan peluang ini, tidak berbuat baik kpd ibubapanya, akan terlepas peluang ke syurga bahkan mereka itu celaka. Rasulullah SAW bersabda :"Celaka, celaka, celaka !".  Lalu ditanyakan pada Baginda, siapa (yg celaka) wahai Rasulullah?,
Maka Baginda bersabda :
"Siapa saja yg menjumpai kedua orang tuanya, baik salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia, akan tetapi (perjumpaan tersebut) tidak memasukkannya ke syurga. (HR. Muslim)

Saya nak mengajak anda semua agar tidak mensia-siakan peluang pintu syurga yg ada dirumah anda, lebih lebih lagi jika usia kedua orang tua telah lanjut, melangkahlah ke pintu  itu dgn berbuat baik kpd keduanya. Sebelum kita meninjau keluar untuk mencari syurga, jangan abaikan pintu syurga yg diibarat kpd ibubapa, yg Allah jadikan di rumah kita.



Dalam hidup kita, Allah buka banyak kesempatan untuk ke syurga, samada kita sedar atau tidak, mahu merebutnya atau tidak. Kemudian Allah ambil balik satu demi satu peluang ini, maka tertutuplah satu lepas satu kesempatan untuk ke syurga. Mereka yg lalai dgn dunianya tidak akan terasa apa-apa dgn tertutupnya pintu syurga untuknya, tetapi mereka yg mengetahui, seperti sahabat saya ini, akan melihat kembalinya ibu atau bapa sebagai tertutupnya pintu syurga dirumahnya.

Santunilah ibu bapa kita, hingga kita mati, sementara kita bernyawa.

Friday, November 4, 2016

JOM MASUK POLITEKNIK

❗KEMASUKAN WALK IN PERDANA POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)❗

✅ Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM/Sijil yang layak
➡www.politeknik.edu.my/esemak/index.asp



✅ Program yang ditawarkan
➡Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)
➡Diploma Kejuruteraan Alam Sekirar (DAS)
➡Diploma Kejuruteraan Elektronik Komunikasi (DEP)

✅Akan di adakan diseluruh Politeknik Malaysia termasuk PSIS pada 5.11.2016 (Sabtu), bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSIS

❗Jika anda layak, kami akan terus menawarkan tempat pengajian kepada anda. Jom Masuk Poli!

🌩Jika terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi En Mohammad B. Muda di talian 03-32806200

Thursday, November 3, 2016

GOLONGAN MELAMBATKAN KEMENANGAN

Golongan Ruwaibidhah melambatkan kemenangan Islam.

سيأتي على الناس زمان سنوات خداعات: يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق، ويؤتمن فيها الخائن ويخون فيها الأمين، وينطق فيها الرويبضة. قيل يا رسول الله وما الرويبضة؟ قال: الرجل التافه ينطق في أمر العامة
"Akan datang kepada manusia suatu zaman yang padanya tahun-tahun kekeliruan, Orang-orang yang penipu dipercayai, orang-orang benar dikatakan penipu, Orang-orang yang khianat diberi amanah, orang-orang yang amanah dikhianati, dan manusia menyebut dengan perkataan Ruwaibidhah. dikatakan kepada Raulullah, apakah itu Ruwaibidhah? Nabi berkata : Orang-orang yang bodoh berkata-kata dalam perkara umum (hal-hal pemerintahan)" (HR Imam Ahmad)

Antara tanda kita sedang menghadapi tahun² kekeliruan apabila banyaknya ruwaibidhah. Lebih malang sekali bagi umat ini yang menginginkan kemenangan Islam apabila golongan ini diangkat menjadi pimpinan akibat dan hasil persepsi media dan kelancaran percakapannya sedangkan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit.

Sedangkan antara perkara yang penting dalam menyusun Harakah Islamiyyah adalah pembudayaan ilmu dalam organisasi tersebut. Ilmu yang dimaksudkan disini ialah ilmu yang menjadi jalan untuk memahami sesuatu bermula dari dasar yang menjadi pegangan juga melaksanakan sistem yang diperjuangkan disamping menyampaikan apa yang diperjuangkan.

Ilmu yang sebenarnya ialah daripada Allah SWT, daripada sumbernya dan hendaklah digali oleh pimpinan dan pengikut sehingga jamaah itu dapat mengusai segala peraturan tabi'i dan menggunakan segala kekuatannya. Sebagaimana firman Allah SWT yang menceritakan kepentingan ilmu dalam organisasi :

(وَلَقَدْ آتَيْنَا دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ عِلْمًا ۖ وَقَالَا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَىٰ كَثِيرٍ مِنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ)
[Surat An-Naml 15]

Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".

Begitu juga dalam ayat :

ِ ......قَالَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ ۖ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ)
[Surat Al-Baqarah 247]

........Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Bukan sahaja untuk memahami dasar yang diperjuangkan tetapi juga dapat memahami telatah pengikut, kefahamannya dan apa yang mesti dilakukan. Menterjemahkan situasi, dasar dan tipudaya musuh. [Bab 8 : Kearah Pembentukan Harakah Islamiyyah dan Organisasi. Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah-Tg Haji Abdul Hadi Awang]

Bahkan antara sifat wajib seorang rasul itu mestilah memiliki sifat fatonah bagi memimpin umat Islam dan menyebarkan Islam. Umat Islam dan pemimpin mereka hari ini juga mestilah berusaha memiliki sifat tersebut supaya dapat membawa Islam dan Gerakannya dengan baik

Oleh kerana itu, pimpinan dan kesemua umat Islam mestilah meneliti ungkapan saidina Umar r.a seperti berikut :

ﺗﻔﻘﻬﻮﺍ ﻗﺒﻞ ﺃﻥ ﺗﺴﻮﺩﻭﺍ

Hendaklah kamu mendalami ilmu (agama) sebelum dilantik menjadi pemimpin.

(Ibn Abu Shaybah, Kitab al-Musannaf, jil. 8, hal. 540)

Jangan sampai dengan sebab kejahilan kita Islam mengalami kerugian.Semoga Allah membebaskan kita dari belenggu kejahilan dan kesesatan. Amin


Nukilan dan adaptasi oleh,
Mohamad Bazli Badarudin

Tuesday, November 1, 2016

BANYAK HUKUM ISLAM YANG DI PAKAI OLEH BUKAN ISLAM.

BANYAK HUKUM ISLAM YANG NON-MUSLIM GUNA, KENAPA MASALAH DENGAN HUDUD.

NOTA: Terdapat suara2 yang menakutkan2 masyarakat non-Muslim dengan hukum hudud. Mereka mempropagandakan bahawa hukum hudud akan memberikan ketidakselesaan kepada non-Muslim dan ia bakal akan dilaksanakan untuk semua rakyat Malaysia. Biarpun buat masa ini, enakmen yg diluluskan di Kelantan dan Trengganu itu hanya untuk orang Islam sahaja, tetapi lama kelamaan ia akan dilaksanakan di seluruh negara termasuk  non-Muslim.  "Mahukah berada di bawah hukum agama?" Ini di antara kata-kata yang berunsur hasutan yang diajukan kepada non-Muslim untuk menakutkan mereka dengan hudud. Isu ini dimainkan bagi memastikan non-Muslim tidak menyokong sebarang usaha yang berjuang untuk melaksanakan Hudud.



JAWAPAN:
Buat masa ini kekeliruan banyak sangat berlaku tentang Hudud. Ia bukanlah sesuatu untuk ditakutkan tetapi untuk lebih dihargai lagi kerana ia menjaga keamanan rakyat. Oleh kerana banyak kekeliruan yang sengaja ataupun tidak sengaja, Hukum ini dianggap negatif. Dengan pelaksanaan ini yg dimulakan untuk orang Islam sahaja akan menampilkan contoh yang terbaik dalam menegakkan keadilan kepada rakyat.

Sebenarnya, banyak hukum Islam yang dilaksanakan dan diterima dengan baik oleh semua masyarakat di Malaysia, sama ada Muslim dan non-Muslim. Antaranya:

Bank Islam dan bank compatible dengan prinsip Islam. Pengurusan kewangan yang tidak berteraskan kepada riba merupakan hukum Islam. Setelah 30 tahun ia dilaksanakan di Malaysia, ia diterima dengan baik, malahan sangat ramai  non-Muslim menggunakan khidmat bank ini. Barangkali lebih ramai dari orang Islam.
Berkhatan adalah sebahagian dari hukum Islam. Ia telah diterima sebagai cara untuk menjamin kesihatan lelaki, malah keenakan dalam hubungan suami isteri. Bukan sekadar orang Islam berkhatan, tetapi juga  non-Muslim pun berkhatan. Kalau makan pisang, monyet pun pandai buang kulit.
Koc komuter khusus untuk wanita - Sejak dahulu lagi, Islam menginginkan hubungan lelaki dan perempuan ada sedikit batasan. Ia bukan berbentuk diskriminasi tetapi ia adalah untuk menjaga kesejahteraan semua pihak. Rakyat Malaysia selesa apabila ada koc yang khusus untuk perempuan sahaja dan pemisahan ini adalah menepati kehendak Islam kerana boleh mengelakkan dari perkara yang buruk.
Sembelihan adalah hukum Islam dan ia merupakan cara yang terbaik untuk mematikan haiwan. Mengeluarkan darah menerusi sembelihan akan menyebabkan daging yang lebih sihat kerana memakan darah bukanlah suatu yang baik dari sudut kesihatan. Sebelihan bukan sahaja diterima oleh orang Islam, tetapi juga oleh non-Muslim.

Empat contoh di atas merupakan antara hukum Islam yang turut diterima oleh non-Muslim kerana semua itu perkara yang membawa kemaslahatan kepada manusia. Sekiranya hukum Islam membawa kesejahteraan kepada masyarakat, kenapa kita tidak boleh terima hudud? Pelaksanaannya mungkin ada kelemahan pada peringkat awal, tetapi dalam masa lima tahun, ia akan menjadi semakin baik. Seperti mana bank Islam, di peringkat awal dahulu memang ada masalah, tetapi selepas 10 tahun ia stabil dan bertambah baik selepas 30 tahun (1985-2015).

Kenapa masalah dengan hudud, kerana hudud adalah hukum untuk orang yang sangat jahat. Berzina yang boleh dilihat oleh 4 orang saksi, agaknya mereka berzina di mana? Kalaulah perzinaan itu sehingga boleh dilihat oleh 4 orang, maknanya mereka memang orang jahat dan melawan hukum Allah.

Dr. Muhamad Faisal Ashaari.
Pensyarah Kanan,
Jabatan Dakwah,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
1 November 2015.