Thursday, January 5, 2012
Membela POLIS!!!! kononnya,
Assalamualaikum.
Selawat dan Salam buat Rasul Junjngan,
Muhammad s.a.w
Para Isteri, sahabat, tabi'in,
tai' tabi'n dan seluruh umat ISLAM.
Terdahulu saya rasa tidak kelewatan mengucapkan selamat tahun baru masihi pada mereka yang beriman pada al-Masih Isa Ibn Maryam.
Tujuan saya menulis pada hari ini, ingin membuka persoalan dan kekusutan mahasiswa yang kononnya bijak dan pandai dalam isu Mahasiswa dan menyalahkan mahasiswa dalam isu terbaru ini.
Saya sertakan Print Screen ketika berhujah di Facebook.
Rasanya tak perlu di ualas panjang,
Harap tiada lagi antara kita yang menggunakan sumber2 DUSTA sbg rujukan.
"Kanak-kanak" ini menggunakan blog zulkatak sbg rujukan.
Sedangkan kisah saidina Umar pun di DUSTAnya, inikan pula kisah kita mutakhir ini.
Saya katakan budak kerana dewasa atau tidak seseorang bkn pada umur, tp pd kematangan berfikir.
Saya Yakin, empunya Post meminta bantuan dari penyerang (cybertrooper upahan UMNO) untuk menyerang sy, Buktinya, komen2 kanak-kanak tidak matang ini di like, masa seawal permulaan komen cybertrooooperrr ini.
Kononnya posting mengenai kekejaman POLIS atau lebih mudah saya katakan ANJING,
Namun, komen melalut ke mana sahaja dia mahu pergi, samalah semua minda orang UMNO,
Dari Yang berjawatan menteri, hingga ke peringkat bawahan,
*Wanita UMNO yang buat laporan POLIS tu pun sama, dgn Aunty 'BERSIH' pun tak sama taraf.
Ayuh PAKATAN RAKYAT, peluang menguasai PUTRAJAYA lebih cerah,
Anwar terpenjara atau tidak bukan pokoknya,
Yang utama, RAKYAT mesti di bebaskan dari CENGKAMAN DURJANA ini.
Akhirnya di lontarka kononnya sy kepanasan,
waima si cybertrooper ini yang komen seolah kepanasan.
*pesanan, kalau kwn2 mahu tambah, sila komen di bawah, sy akan masukkan dlm posting yang akan dtg.
Posted by Muhammad Hanafi Bin Sulaiman at 11:04 AM 2 comments Links to this post
Saturday, November 12, 2011
Pakai tudung bukan semua BAIK!
::..Assalamualaikum..::
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan
MUHAMMAD s.a.w
Sudah lama rasanya tidk mencoret,
hari ini datang sesuatu idea yang bermain di fikiran. Bab tudung. Untuk perempuan, walaupun aku seorang lelaki. Tiada salah rasanya bagiku mengeluarkan pendapat ini.
Yang baik boleh la di ambil sebagai pengajaran dan ikutan, namun jika ada ayat yang kurang menyenangkan, harap maafkan kerana diriku hanya insan biasa yang hari-hari melakukan dosa.
Sepertimana tajuk, memang benar tidak semua perempuan bertudung itu baik.
Nak di ulas panjang pun, rasanya, semua orang dah mengerti, bahawa memakai tudung tu tidaklah wajib sebenarnya. Yang wajib adalah MENUTUP AURAT.
Tidak kiralah dengan menggunakan guni ke, kertas surat kabar ke, atau tudung saji, atau tudung yang sering di gunakan hari ini. Pokoknya, MENUTUP AURAT.
Yang bertudung tidak semuanya baik, namun yang tidak bertudung bagaimana?????
Pemakaian seseorang melambangkan peribadi.
Memang betullah, bertudung tak semestinya baik,
Ada pulak, yang bertudung, pakai pulak baju ketat, mana nak baiknya, baju ketat tu kan seolah-olah bertelanjang. Kira macam tak berbaju jgk la, sebab menampakkan susuk tubuh. Tidak kira menggiurkan atau tidak. Namun tetap menunjukkan bentuk badan.
Disini bukan saya nak mengulas soal menutup aurat dengan sempurna, sebab sudah terlalu banyak peringatan itu, cumanya tinggal diri kita hendak mengambil pelajaran, atau membaca sekadar menghilangkan boring atau tekanan, atau sekadar suka-suka sahaja.
Persoalan bertudung (saya lebih suka menggunakan ayat menutup aurat) tidak semuanya baik.
Yah, saya setuju, namun yang tidak menutup aurat itu sah-sah TIDAK BAIK!
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-Ahzab, ayat 59)
Sebab apa??
Ok, saya berikan situasi pertama,
Sebatang pokok yang baik,
AKARNYA BAIK, BATANGNYA BAIK, PUCUKNYA JUGA BAIK.
ada 3 elemen di sini. Yang kita dapat lihat hanya 2, iaitu batang dan pucuknya(daun).
Jika akar pokok itu rosak, kita tidak boleh melihatnya. Namun jika batang dan pucuk itu rosak, kita dengan mudah mengatakan pokok itu rosak, benar atau tidak??
Dan jika akar pokok itu rosak, akar yang banyak itu mungkin akan menggantikan akar yang rosak itu untuk terus memberi yang terbaik untuk batang dan daunnya.
Jika, daun dan batangnya yang mula merosak dengan serangga atau ulat-ulat pemangsa. Lama kelamaan setelah habis kelazatan batang dan daun, ulat dan serangga akan terus masuk merosakkan akar, seterusnya hilang dan tamatlah riwayat pokok itu.
Anggaplah akar itu HATI, batang itu PERIBADI, dan daun itu PEMAKAIAN kita.
Situasi kedua,
Buah durian....
Saya tiada dusun atau kebun durian, hanya membeli di kedai atau pasaraya(malas nak kopek)haha...
Kalau buah durian yang berlubang, sudah tentu kita takkan membelinya, betul kan??
Namun buah yang tidak berlubang, belum tentu dalamnya tidak ada penghuni(ulat).
Begitulah penilaian manusia, menerusi luaran.... dan dengan diri kita memulakan luaran itu, akan dapat mendidik dan mentarbiyah hati supaya menjadi lebih baik.
Ini sahaja dari ku untuk hari ini. Sekian wassalam.
Posted by Muhammad Hanafi Bin Sulaiman at 6:18 PM 0 comments Links to this post
Wednesday, October 12, 2011
PAS politikkan Masjid..!!!!
Assalamualaikum w.b.t.
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.
para isteri, sahabat, dan seluruh mukminin dan mukminat
semoga di Rahmati ALLAH.
Hidup kita semakin hari semakin tua. Semakin tua kita, semakin banyak amal kita samada amal baik atau sebaliknya. Moga-moga amalan baik kita sentiasa betambah.
Bermulanya cuti semester, ni la kali pertama aku bukak blog, haha, nak try blogging lg..
Ni cerita selasa malam rabu di sebuah masjid...
aku memang tak puas hati, orang-orang PAS mempolitikkan masjid... Patut sultan selangor datang, bertitah depan-depan orang PAS ni.. tak reti bahasa...
Boleh pulak, kuliah dwi-mingguan di penuhi orang-orang PAS, mana puas hati aku... aku usha punye usha, tengok punye tengok, ade 3 orang je orang UMNO, tu pun yang umur dah warga emas...ayoooo...
apa nak jadi dengan orang PAS ni?? kenapa nak penuhkan masjid ni.... patut orang UMNO tak suke dengan PAS.....
mana tak bedegak-degak ustaz tu ceramah pasal hukum Islam...
Setahu aku, orang-orang UMNO kata, diorg pembela agama sebenar,tp kenapa kuliah di masjid pun susah nak datang??
Sekali, habes kuliah, aku keluar la kejap.... sekali tekejut monyet jugak aku...
ade sorg orang biasa(UMNO jgk)... lagi sorg, bekas Nazir masjid(yg di lantik UMNO dlu)....
apesal duduk kat luar??? macam ni pembela agama bangsa???
ni namanya BANGSAT....... taman-taman syurga pun taknak masuk. hanya usha dari jauh je...
Bak kata zizan, kalau sayang, lu usha mak lu dari jauh jela???
yang ni, orang tengok taman syurga mesti nak masuk,die boleh dok usha line dari luar je?? tuiiiii...
nama ustaz, tp perosak agama bangsa....
Tu la, lain kali, orang-orang PAS di nasihatkan jangan politikkan masjid lagi.... kalau orang UMNO ade 3 orang, orang PAS kalau boleh sorg ke, 2 ke, cukup la...
hahahahahhaha.....
cuma nak katakan kat sini.... kalau menyokong parti politik tu, jangan la sampai kita di butakan oleh parti itu...
kita perlu ada ilmu, kerana dengan ilmu, kita boleh menggegar dunia.
Orang UMNO ke, PAS ke, PKR ke,DAP ke.. jika ada kuliah atau tazkirah.... Jangan kita abaikan...
lebih buruk lagi, jangan kita halang...
Jika kita tak mampu membawa insan-insan lain ke jalan kebenaran, jangan kita halang orang lain menyampaikan KEBENARAN..
Posted by Muhammad Hanafi Bin Sulaiman at 2:18 PM 0 comments Links to this post
Tuesday, July 19, 2011
Perginya Seorang Serikandi.
Assalamualaikum.
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan Muhammad s.a.w
para mujahid, mujahidah, syuhada, auliya'
dan seluruh umat Islam, Muslim dan Mukmin,
semoga kita semua mendapaat rahmat Allah s.w.t
Pertama sekali, setinggi-tinggi kesyukuran kerana kita masih di beri ruang untuk menghirup udara untuk meneruskan kehidupan di dunia fana penuh pancaroba dugaan ini.
Posting kali ni lebih kepada perasaan hati.
Tanggal 17 Julai 2011, berita menggemparkan saya, perginya seorang Pejuang Islam, sebagai Ahli Parlimen, sebagai seorang yang sangat bertanggunjawab dan konsisten terhadap perjuangan.
Dr. Lo' Lo', (MP Titiwangsa)...
Pada malam kurang lebih 11 malam, saya online menggunakan telefon bimbit dan sangat2 terkejut, bahawa saya dapati banyak laman2 fb yang meng'update' bahawa Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah.
Innalillahi wa inna Ilaihi Raji'un
Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali.
Hibanya hati tak dapat di gambarkan. Sehingga saat menulis ini pun, masih terasa kehilangan. Terasa kehilangan seorang pejuang rakyat, seorang yang menggunakan kehidupannya untuk rakyat, membela nasib rakyat, menegak kebenaran, walau jalan yang kami pilih terlalu banyak onak dan cabaran.
Sedihnya di hati, perginya insan yang di kasihi, keluarga, rakan teman dan ahli, seluruh jemaah Islam di bumi.
Kekuatannya sehingga uzur tetap ingin ke Parlimen dalam menghadiri sesi perbahasan untuk membela nasib Rakyat.
Dalam kesakitan masih mampu bersama rakyat. Masih sudi bertemu, membuka ruang perbincangan.
Dalam masa sama di herdik, di caci, di hina oleh pihak lawan.
Bukan kerana tindakannya salah, tp cuma tindakannya membela rakyat. MEMBELA RAKYAT.
Tanah Kampung Baru di bela, untuk rakyat, di caci si durjana.
Si durjana menyalak kerana dengan kehadiran Allayarhamah, menyukarkan laluan untuk si durjana mengaut kekayaan negara.
Janji Allah itu pasti, Setiap yg bernyawa pasti kan merasai Mati.
Salam Perjuangan, Salam Perpisahan sementara, inshaAllah perjuangan kita sama, kan bertemu di 'sana'
Seorang serikandi pergi bertemu Rabbul Izati,
Membawa bekalan dari dunia ini,
Di sambut riang setiap penghuni,
Kehadiran di sambut riang hati,
Namun yang di tinggalkan sebaknya diri,
Kehilangan seorang serikandi,
Seorang insan yang sanggup mengorbankan diri,
Demi membela rakyat dan parti,
Perjuanganmu tak kenal erti cuti,
ada saja agenda setiap hari,
Membela rakyat penghuni Bumi,
Tak pernah gentar melalui,
Saban hari dirimu di maki,
oleh si durjana pengkhianat bangsa sendiri,
menyalak mengatakan perjuanganmu bukan realiti,
tp Allah lebih mengetahui,
perjuangan yang kita semua lalui,
Musuh kita tak pernah sudi,
menjadi pembela seperti Doktor Lo' Lo' Ghazali,
Hanya suka berjoli sana sini,
amanah rakyat di jadikan harta sendiri,
kalau itu trend pemimpin masa kini,
negara boleh di isytihar Bankrup-C,
Tugasmu menjangkau kekuatan diri,
memberi semangat pada kami,
untuk bersama membangunkan Malaysia ini,
harapan yang memang tinggi,
tp ia takkan mustahil kan di perolehi,
Keterbukaan dalam parti,
keprihatinan pada setiap ahli,
menegur mana yang tak sedap di hati,
berleter sama seperti IBU MITHALI,
Di sayangi semua termasuk Presiden sendiri,
Dalam kehidupan yang kita lalui,
kematian itu lebih pasti,
daripa kita dapat melihat mentari di esok hari,
siapkah amalan dalam diri,
kerana tiba waktu takkan berganjak walau seinchi,
takkan terlewat walau sekaki,
Lumrah kehidupan ada datang, adanya pergi,
adat pinjaman di ambil kembali,
Penat lelah beliau di rehatkan 17 Julai ini,
Tiada lagi tugasannya di dunia ini,
Mungkin yang masih berbaki,
itulah tugas kami sebagai pengganti,
Takkan nak di biar pihak lawan mengeksploitasi,
kita punya jati diri,
dan ukhwah yang kuat dalam perti,
walau tak pernah bertemu diri,
tp kita semua sama dalam hati,
Akan terlaksana segala janji,
dengan izin Rabbul Izati,
masih punya masa tika ini,
hidup kami yang masih berbaki,
Jangan kita ratapi pemergian ini,
adat manusia sedih di hati,
tatkala hilang MUTIARA sejati,
Semoga berbahagia di 'sana' nanti.
Apa yang paling pasti,
kami juga kan turut menjejaki,
cuma berbeza masa dan ketikanya nanti,
apa yang kami harapkan disini,
kan pergi seperti dirimu SERIKANDI,
Takkan kami biarkan perjuangan ini terhenti,
walau kami di ancam akan di gari,
apalah sangat erti gari di dunia ini,
gari akhirat itu yang ingin kami lepasi,
Pemergian kami juga sudah pasti,
Pergimu SERIKANDI,
suatu kehilangan bagi kami,
kami doakan kau bi bawah naungan Ilahi,
Janji Tuhan itu pasti,
tak siapa dapat mungkiri.
Sebagai mengakhiri,
terimalah doaku ini,
wahai Rabbi,
doa sahaja dapat ku beri,
saat dan ketika ini,
InshaAllah kan hadir nanti,
penyambung perjuangan ini,
Kuatkan aku wahai pemilik Bumi,
Berjuangan demi agamamu tertegak di dunia ini,
seperti yang di idamkan setiap pemegang panji-panji.
Khas buat Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali
2 Ogos 1957, Kuala Kangsar, Perak - 17 Julai 20011(15 Syaaban 1432 Hijri), Hospital Selayang.
Pesanan yang di sampaikan melalui Dr. Asri:
Jangan jadi Ustaz Sampul:
“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.
![]() | ||
Posted by Muhammad Hanafi Bin Sulaiman at 9:11 AM 1 comments Links to this post
Monday, May 9, 2011
Rakyat kena BOHONG!!!!
Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan
Muhammad s.a.w,
para isteri, sahabat, tabi'in, dan seluruh umat Islam,
Mukmin dan Muslim, semoga dalam lindungan ALLAH sentiasa.
Sungguh bahagia berada di BUMI Malaysia. Keadaan aman dan tenteram pada dasarnya, namun keadaan sebenarnya penuh konspirasi kejahatan syaitan bertopeng manusia.
Tak prlu di nyatakan memang banyak masalah yang di jana oleh otak2 beku bebal pemimpin negara bagi menjatuhkan lawan yang hendak melihat Malaysia di tadbir dengan baik.
Bagi pemimpin bebal agama ini, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA, satu teori politik barat dalam mengatasi lawan.....
Dengan dasar itu, Pemimpin haprak negara mengambil laluan mudah untuk berkuasa dengan melakukan pelbagai konspirasi dan kejahatan, terbaru isu Agama Rasmi negara...
sebelum itu kes video, sebelumnya kes liwat dan pelbagai lagi.
Dalam senyap2, minnyak RON97 dah mencecah RM2.90 seliter... ini adalah harga tertinggi buat masa ini yang pernah berlaku dlm negara....
Nak cerita sikit kisah harga minyak dan kisah minyak nih......
Bila rakyat bising harga minyak naik, Najib kata, biar orang kaya bayar mahal sikit sebab guna RON97.
Ok, korg fikir balik,
sebelum ni, kita semua guna minyak RON97 atau dulu kita kenali sebagai minyak HIJAU.. dan RON92 dulu di kenali dengan minyak MERAH.. Nak tahu?? minyak merah ni selalunya di gunakan oleh pesawah atau pekebun untuk menghidupkan enjin mesin penyembur racun atau baja SAHAJA!!!
. Namun dengan kebijaksanaan KERAjaan membohong rakyat, KERAjaan mengambil langkah "bijak" menukarkan nama RON92 kepada RON95, dan bahan sintetik dalam bahan api tersebut di tukar untuk mengubah warna Petrol tersebut, Kini RON95 (yg dulunya RON92) berwarna HIJAU(dulu MERAH), dan RON97 berwarna MERAH(yg dulunya HIJAU)....
Bila minyak naik je, alasan KERAjaan, Harga minyak dunia semakin tinggi... Korg fikir jgk, BILA HARGA MINYAK DUNIA NAIK, MALAYSIA sebagai PENGELUAR MINYAK lagi tinggi KEUNTUNGAN sebab kita eksport minyak kita... KAN????
tp apalah nasib, rakyat bawahan yang suara takkan di dengar selagi UMNO yg berkuasa....
tulah kisahnya, pandai kan KERAjaan kita menipu rakyat??? itulah untungnya kalau duduk dalam UMNO BN, ada saja idea untuk menipu...
Ni saya bawakan harga Minyak negara2 antara pengeluar minyak mcm MALAYSIA, tp harganya terlalu tinggi...
Harga minyak
di Malaysia RM2.90
Brunei-RM1.29
China-RM2.41
Bahrain-RM0.87
Kuwait-RM0.81
Saudi-RM0.58
Mesir-RM1.03
Libya-RM0.43
Venezuela-RM0.16
Malaysia paling murah skali... berbahagialah anda yang tinggal di Malaysia.
di Malaysia RM2.90
Brunei-RM1.29
China-RM2.41
Bahrain-RM0.87
Kuwait-RM0.81
Saudi-RM0.58
Mesir-RM1.03
Libya-RM0.43
Venezuela-RM0.16
Malaysia paling murah skali... berbahagialah anda yang tinggal di Malaysia.
Oleh itu, kita sebagai rakyat mesti berbangga dengan KERAjaan yg kita ada!!.. Horeee....
Kedua, harga gula, awal tahun kalau tak salah, harga gula naik sebanyak 20sen, dan tgh malam ni harga gula akan naik lagi!, YESSS, berjaya mengayakan kroni dengan MEMBEBANKAN RAKYAT!...
tahniah Bee End....
Bila harga gula naik, KERAjaan melalui Menteri2 nya yang skola tinggi tp bebal bertingkat2 berkata, KURANGKAN MAKAN GULA...
Mana ada orang MAKAN gula! sengal!!!!!...
Bukan nak persoalkan kempennye tuh, tp kenapa bila harga GULA naik baru nak bg tau mcm tu?? Nak jaga hati rakyat?? alahaiiii.......
tp apa2 pun, rakyat yang menilai, ada orang yg ana jumpa, mcm mana mak cik, ubah kali ni??? UMNO ni banyak jasa... hahahaha.. JASA ape benda, dia bg la Mak Cik kain pelikat wat bekemban sehelai setahun, Gula sekilo, beras sekampit, mereka sapu, JUTA2.. JUTA2 MAKCIK oi... Kalau tak caye, tgk la rumah pemimpin UMNO, ada tak yang mcm rumah TOK GURU NIK ABDUL AZIZ??
selamat menikmati harga GULA YANG BARU!!!
Posted by Muhammad Hanafi Bin Sulaiman at 9:39 PM 0 comments Links to this post
Kepimpinan dalam Memimpin.....
..:: Assalamualaikum ::..
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan
Muhammad s.a.w.
serta para isteri, sahabat, para ulama,
dan seluruh muslim dam mukmin,
semoga dalam rahmat Allah
Sekian lama ana tidak mencoret di blog ini. Atas alasan tidak berkesempatan. Hmmm, manusia, biasala, ada saja alasan, sama juga mcm ana.
Ok, tak perlu mukaddimah terlalu panjang, sebab rasanya, teman2 nak baca ape yg terbaru kan...
Cuba dalami kisah ini dan ambil pengajaran terhadapnya dalam kehidupan seharian kita.
Sebelum kewafatan Rasulullah SAW, Rasulullah SAW telah meyusun satu angkatan tentera untuk berhadapan dengan tentera Rom. Rasulullah SAW juga telah melantik Usamah Bin Zaid sebagai pemimpin bala tentera Muslim. Antara para sahabat yang terpilih untuk menjadi tentera muslimin untuk ke medan jihad ialah Saidina Omar Al Khattab. Namun ketentuan Allah mendahului segalanya, sebelum tiba tarikh keberangkatan bala tentera tersebut, Allah telah menjemput kekasih-Nya untuk kembali ke sisi-Nya. Kewafatan baginda Rasulullah SAW, meninggalkan jutaan kenangan buat umat Baginda. Perginya Rasulullah SAW dalam linangan air mata sambil melafazkan "Umat Ku, Umat Ku, Umat Ku" sebagai tanda kecintaan Baginda buat umatnya. Begitulah pengorbanan seorang pemimpin.
Setelah jasad Rasulullah SAW diuruskan, maka berhimpunlah ahlul hilli wal aqdi untuk melantik pemimpin. Berikutan syura yang dijalankan, keputusan diambil dan Saidina Abu Bakar As Siddiq telah dilantik oleh ahlul hilli wal aqdi sebagai khalifah. Setelah perlantikan dirasmikan, maka berucaplah Saidina Abu Bakar As Siddiq. Setelah tamat ucapannya, Saidina Abu Bakar As Siddiq telah didatangi oleh Saidina Omar Al Khattab. Maka berlakulah dialog antara kedua orang sahabat sejati RAsulullah SAW yang diredhai Allah itu.
Omar : Wahai Abu Bakar, Rasulullah SAW baru saja meninggalkan kita. Sebelum kewafatan baginda, telah disusun satu angkatan tentera bagi berhadapan dengan tentera Rom. Memandangkan tarikh keberangkatan angkatan tentera kita agak hampir, apakah pandangan mu, andainya kita tangguhkan dulu keberangkatan tentera kita ke suatu tarikh yang lain ? Dengan nada yang tegas, Saidina Abu Bakar As Siddiq menjawab usulan yang dimajukan oleh Saidina Omar Al Khattab.
Abu Bakar : Wahai sahabat ku Omar. Belum berubah pusara Rasulullah(SAW), maka engkau sudah mahu mengubah arahan Rasulullah SAW ? Demi Allah dan Rasul-Nya. Aku akan tetap menghantar tentera muslimin untuk berhadapan dengan tentera musyrikin.
Jawapan Saidina Abu Bakar As Siddiq yang tegas telah menamatkan dialog tersebut. Saidina Omar Al Khattab akur dengan keputusan sahabatnya.
Setelah tarikh keberangkatan tiba, maka berbarislah para tentera muslimin. Antara yang turut berbaris ialah Saidina Omar Al Khattab. Setelah khutbah dan nasihat dibacakan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq selaku khalifah. Saidina Abu Bakar As Siddiq telah turun dari mimbar Masjid Nabi dan berjalan menuju barisan tentera yang bakal bertolak ke medan jihad. Maka berjalanlah Saidina Abu Bakar As Siddiq menemui ketua tentera muslim, Saidina Usamah Bin Zaid rhu. Lalu berkatalah Saidina Abu Bakar As Siddiq dalam nada perlahan, tawaddhuk dan penuh rasa kehambaan kepada Saidina Usamah bin Zaid.
Abu Bakar : Sahabatku Usamah. Kau dilantik oleh Rasulullah SAW untuk mengepalai bala tentera ini, maka kekalkanlah dirimu di sana. Tidak akan ku ubah apa yang telah diisyaratkan oleh baginda Rasulullah SAW atas mu. Namun aku hanyalah seorang manusia yang lemah. Dan jawatan khalifah yang baru ku sandang ini, amat berat dan merupakan suatu ancaman buat diri ku. Ianya suatu amanah yang haram untuk aku khianati. Tiada daya ku atas usaha ku, melainkan dengan izin Allah. Maka ku harap belas ihsan mu, agar Omar Al Khattab diberi kelonggaran untuk tidak turut serta dalam angkatan perang ini. Agar dapat aku berbincang dengannya tentang hal ehwal pengurusan negara kita.
Kata-kata Abu Bakar As Siddiq itu mengundang linangan air mata keseluruhan umat Islam di Madinah. Manakah dapat dicari, seorang khalifah berjawatan tinggi, tetapi masih mengekalkan sifat tawadduk dan menjaga adab sesama pengikut ? Berkatalah Usamah :
Usamah : Wahai Abu Bakar Amirul Mukminin, jika begitu kehendak mu, Demi Allah dan Rasul-Nya, ku izinkan Saidina Omar untuk tinggal bersama mu di kota Madinah agar dapat dia menjadi pembantu mu, sebagaimana engkau pernah menjadi pembantu kepada Rasul kecintaan ku suatu masa dulu.
Maka tinggallah Sadina Omar Al Khattab di kota Madinah membantu Saidina Abu Bakar menjalankan urusan pentadbiran negara.
sahabat-sahabat sekalian...
Setelah jasad Rasulullah SAW diuruskan, maka berhimpunlah ahlul hilli wal aqdi untuk melantik pemimpin. Berikutan syura yang dijalankan, keputusan diambil dan Saidina Abu Bakar As Siddiq telah dilantik oleh ahlul hilli wal aqdi sebagai khalifah. Setelah perlantikan dirasmikan, maka berucaplah Saidina Abu Bakar As Siddiq. Setelah tamat ucapannya, Saidina Abu Bakar As Siddiq telah didatangi oleh Saidina Omar Al Khattab. Maka berlakulah dialog antara kedua orang sahabat sejati RAsulullah SAW yang diredhai Allah itu.
Omar : Wahai Abu Bakar, Rasulullah SAW baru saja meninggalkan kita. Sebelum kewafatan baginda, telah disusun satu angkatan tentera bagi berhadapan dengan tentera Rom. Memandangkan tarikh keberangkatan angkatan tentera kita agak hampir, apakah pandangan mu, andainya kita tangguhkan dulu keberangkatan tentera kita ke suatu tarikh yang lain ? Dengan nada yang tegas, Saidina Abu Bakar As Siddiq menjawab usulan yang dimajukan oleh Saidina Omar Al Khattab.
Abu Bakar : Wahai sahabat ku Omar. Belum berubah pusara Rasulullah(SAW), maka engkau sudah mahu mengubah arahan Rasulullah SAW ? Demi Allah dan Rasul-Nya. Aku akan tetap menghantar tentera muslimin untuk berhadapan dengan tentera musyrikin.
Jawapan Saidina Abu Bakar As Siddiq yang tegas telah menamatkan dialog tersebut. Saidina Omar Al Khattab akur dengan keputusan sahabatnya.
Setelah tarikh keberangkatan tiba, maka berbarislah para tentera muslimin. Antara yang turut berbaris ialah Saidina Omar Al Khattab. Setelah khutbah dan nasihat dibacakan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq selaku khalifah. Saidina Abu Bakar As Siddiq telah turun dari mimbar Masjid Nabi dan berjalan menuju barisan tentera yang bakal bertolak ke medan jihad. Maka berjalanlah Saidina Abu Bakar As Siddiq menemui ketua tentera muslim, Saidina Usamah Bin Zaid rhu. Lalu berkatalah Saidina Abu Bakar As Siddiq dalam nada perlahan, tawaddhuk dan penuh rasa kehambaan kepada Saidina Usamah bin Zaid.
Abu Bakar : Sahabatku Usamah. Kau dilantik oleh Rasulullah SAW untuk mengepalai bala tentera ini, maka kekalkanlah dirimu di sana. Tidak akan ku ubah apa yang telah diisyaratkan oleh baginda Rasulullah SAW atas mu. Namun aku hanyalah seorang manusia yang lemah. Dan jawatan khalifah yang baru ku sandang ini, amat berat dan merupakan suatu ancaman buat diri ku. Ianya suatu amanah yang haram untuk aku khianati. Tiada daya ku atas usaha ku, melainkan dengan izin Allah. Maka ku harap belas ihsan mu, agar Omar Al Khattab diberi kelonggaran untuk tidak turut serta dalam angkatan perang ini. Agar dapat aku berbincang dengannya tentang hal ehwal pengurusan negara kita.
Kata-kata Abu Bakar As Siddiq itu mengundang linangan air mata keseluruhan umat Islam di Madinah. Manakah dapat dicari, seorang khalifah berjawatan tinggi, tetapi masih mengekalkan sifat tawadduk dan menjaga adab sesama pengikut ? Berkatalah Usamah :
Usamah : Wahai Abu Bakar Amirul Mukminin, jika begitu kehendak mu, Demi Allah dan Rasul-Nya, ku izinkan Saidina Omar untuk tinggal bersama mu di kota Madinah agar dapat dia menjadi pembantu mu, sebagaimana engkau pernah menjadi pembantu kepada Rasul kecintaan ku suatu masa dulu.
Maka tinggallah Sadina Omar Al Khattab di kota Madinah membantu Saidina Abu Bakar menjalankan urusan pentadbiran negara.
sahabat-sahabat sekalian...
Walaupun kisah ini amat singkat. Namun disebalik kisah ini terdapat banyak suri teladan yang mampu kita pelajari. Namun tetap ada pengajaran yg besar pada kita.
Pentingnya kita bergerak dalam JEMAAH, atau saf kepimpinan.
Pentingnya kita bergerak dalam JEMAAH, atau saf kepimpinan.
Seterusnya, perlunya kita bergerak dalam JEMAAH yg mengambil SUNNAH RASUL sebagai panduan dalam pergerakan.
Peranan jemaah Ahlul Hilli Wal Aqdi dalam menentukan kepimpinan.
Sifat seorang pemimpin dan hamba Allah yang tawadduk dan dengan rasa kehambaan sebagaimana ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq kepada umat Islam di kala itu, juga Saidina Omar Al Khattab yang menjadi sahabat utama Rasulullah SAW, bersedia menjadi tentera biasa di bawah pimpinan Saidina Usamah Bin Zaid rhu.
Ketegasan dan kelembutan dalam melaksanakan titah perintah dari Rasulullah SAW sebagaimana ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq.
Pentingnya syura dalam mencari sesuatu keputusan sebagaimana ditunjukkan oleh Ahlul Hilli Wal Aqdi, Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Omar Al Khattab dan Saidina Usamah Bin Zaid rhu.
Pentingnya sahabat yang sejati dalam melaksanakan sesuatu mekanisme menuju matlamat.
Jawatan pemimpin bukanlah tiket untuk memperhambakan rakyat, tetapi merupakan suatu amanah yang HARAM untuk dikhianati.
Pentingnya mempunyai sahabat-sahabat yang sama-sama bersatu dari segi aqidah, ibadah, akhlak, hal khilafiah dan penentuan kawan/lawan dalam pentadbiran sebagai mana di tunjukkan oleh Saidina Abu Bakar AsSiddiq, Sasidina Omar Al Khattab dan Saidina Usamah Bin Zaid.
Sifat seorang pemimpin dan hamba Allah yang tawadduk dan dengan rasa kehambaan sebagaimana ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq kepada umat Islam di kala itu, juga Saidina Omar Al Khattab yang menjadi sahabat utama Rasulullah SAW, bersedia menjadi tentera biasa di bawah pimpinan Saidina Usamah Bin Zaid rhu.
Ketegasan dan kelembutan dalam melaksanakan titah perintah dari Rasulullah SAW sebagaimana ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq.
Pentingnya syura dalam mencari sesuatu keputusan sebagaimana ditunjukkan oleh Ahlul Hilli Wal Aqdi, Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Omar Al Khattab dan Saidina Usamah Bin Zaid rhu.
Pentingnya sahabat yang sejati dalam melaksanakan sesuatu mekanisme menuju matlamat.
Jawatan pemimpin bukanlah tiket untuk memperhambakan rakyat, tetapi merupakan suatu amanah yang HARAM untuk dikhianati.
Pentingnya mempunyai sahabat-sahabat yang sama-sama bersatu dari segi aqidah, ibadah, akhlak, hal khilafiah dan penentuan kawan/lawan dalam pentadbiran sebagai mana di tunjukkan oleh Saidina Abu Bakar AsSiddiq, Sasidina Omar Al Khattab dan Saidina Usamah Bin Zaid.
Semoga kita semua di berikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan Para Rasul ini.
Telah ALLAH pilih kita sebagai PEMIMPIN, wajarkah kita menjunamkan diri kelembah HINA setelah ALLAH mengangkat darjat kita melebihi MALAIKAT??
mutiara kata:
"beruntunglah mereka yang ALLAH jemput kerumahNya(masjid) semasa hidupnya, kerana mereka yang ALLAH tidak jemput kerumahNya waktu hidupnya, Tidak malukah kita mahu memasuki SYURGA kelak?"
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.


Posted by Muhammad Hanafi Bin Sulaiman at 12:30 AM 2 comments Links to this post
Monday, February 14, 2011
Valentine Day...... History n Solution
Assalamualaikum
Selawat dan Salam utk Rasul junjungan
Paa isteri, sahabat, tabi' tabi'in
seluruh ulama', fuqaha' dan umat Islam.
Terdapat beberapa versi yang boleh dikaitkan dengan sambutan merayakannya:
Pertama::
Salah satunya untuk memperingati hari kematian paderi Kristian yang bernama Pedro Saint Valentine.
Beliau aktif dalam menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom di bawah Raja Claodius II yang telah menangkap dan memenjarakan penganut-penganut Kristian termasuklah Paderi Pedro Saint Valentine.
Semasa dalam penjara beliau tetap menyebarkan ajaran Kristian kepada banduan-banduan.
Raja Claudius II mengetahui kegiatan itu dan mengeluarkan dihukum bunuh pada 14 Februaru.
Bagi penganut agama Kristian mereka memandang mulia kepada Pedro Saint Valentine kerana sanggup mengorbankan nyawa demi kecintaannya kepada agama Kristian.
Di samping itu Pedro Saint Valentine juga telah jatuh cinta dengan anak seorang pegawai penjara. Sebelum di hukum bunuh beliau sempat kad kepala kekasihnya dengan menulis " daripada Valentine mu"
Kedua::
Saint Valentine dibunuh kerana beliau sebagai paderi telah mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia.
Undang-undang Rom pada waktu itu menghalang pemuda-pemuda berkahwin dan berkeluarga. Golongan pemuda perlu berkhidmat untuk negara dari serangan musuh. Perbuatan Saint Valentine ini telah menimbulkan kemarahan Raja Rom lalu dia ditangkap lalu dijatuhi hukuman gantung pada 14 Februaru 269 masihi.
Ketiga::
Dikaitkan dengan perayaan yang disambut sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol.
Saint Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Pada 14 Februari 1492 adalah kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap hari itu hari berkasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Keempat::
Hari Valentine dimulai pada zaman purbakala vertepatan dengan "Feast of Lupercalia" (Pesta Lupercalia) pada 15 Februari untuk memperingati dewa kesuburan bangsa Romawi.
Manakala 14 Februari adalah hari "Penulisan Nama", iaitu seorang anak lelaki menulis nama seorang anak perempuan pada daftar undian yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Perayaan ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh masyarakat Kristian Rom kepada England. Pihak Gereja telah menukar perayaan Saint Valentine kepada "Valentine Day" sebagai menyesuaikan adat ini dengan amalan agama Kristian.
Kelima::
Zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai hari burung mencari pasangannya. Akhirnya mereka mengikut perbuatan burung tersebut dengan menjadikan tarikh tersebut sebagai hari mencari pasangan atau jodoh.
Golongan remaja pada hari ini khususnya yang beragama Islam agak GHAIRAH menyambut hari kekasih. Sebaliknya ada antara mereka melakukan perbuatan di luar batasan Islam seperti mengadakan parti dengan pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan. Keadaan ini adalah dilarang dalam Islam.
Penyelesaian.......
Menurut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-71 pada 22-24 November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine Day adalah HARAM! kerana tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan ISLAM.
Golongan remaja Islam pada hari ini perlu diberi peringatan bahawa menyambut Hari Valentine ini bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan aqidah mereka. Lebih-lebih lagi situasi sekarang terdapat pelbagai bentuk promosi dan iklan diadakan bagi meraikan hari tersebut. Cenderahati-cenderahati yang berbentuk hati dan jambangan bunga ros terdapat di kedai dan pasaraya di jual untuk di hadiahkan kepada pasangan kekasih masing-masing.
Pihak hotel juga turut memainkan peranan dengan mempromosikan hari tersebut menerusi mengadakan parti dan makan malam bersama kekasih dalam suasana cahaya yang samar-samar sambil mendengar lagu-lagu romantik dan mengasyikkan. Remaja-remaja Islam tidak ketinggalan menyertainya. Orang dewasa juga tidak jauh bezanya, sambil berpeluk-pelukan bersama pasangan masing-masing.
Sekiranya tidak di bendung, aktiviti ini akan menyumbang kepada berleluasanya maksiat yang lebih besar iaitu ZINA!
Budaya bukan Islam ini tidak sepatutnya ada dalam agenda kehidupan seorang Muslim kerana disebalik itu tersembunyi muslihat KAFIR untuk menghancurkan ISLAM.
Allah S.W.T berfirman yang maksudnya::
""Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu(Wahai Muhammad) sehinggalah engkau menurut agama mereka(yg telah terpesong itu). Katakanlah(kpd mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah(ISLAM) itu adalah yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi peringatan epadamu tentang kebenaran) maka tiadalah engkau peroleh dari Allah S.W.T (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.""
al-baqarah ayat 120.
Posted by Muhammad Hanafi Bin Sulaiman at 10:19 PM 1 comments Links to this post
Subscribe to:
Posts (Atom)

























