Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Monday, January 17, 2011

Isteri Berleter

Assalamualaikum.
Selawat dan Salam utk Rasul junjungan,
Para Isteri, sahaba, Tabi'in,
dan seluruh umat Islam.

Jarang sekali mengupdate blog nih, jalan-jalan blog teman-teman pn tak selalu macam dulu. Apa sebabnya ya? Haha, macam biasa, alasan bizi jela kan?? Padahal, tah pape yang di bizikan.huhu.

Nak cerita satu kisah..

Disebuah kampung, tinggal sepasang suami isteri. Suaminya seorang Guru. Isterinya pula suri rumah sepenuh masa. Perkahwinan mereka belum dikurniakan anak walaupun telah lama mendirikan masjid.

Si suami begitu sabar dengan si isteri ini yang mempunyai tabiat yang tak disukai oleh suaminya, namun si suami adalah insan yang paling sabar sekali. Dapat menahan diri daripada kemarahan.
Tabiat isteri yang tak disenangi oleh si suami adalah BERLETER. Isteri tak pernah sunyi mulutnya daripada berleter. Ada saja yang tak kena. Untuk melihatnya sunyi, hanya waktu si isteri tidur sahaja.

Namun, kesabaran suami itu tercabar akhirnya. Maklumlah, manusia sering melakukan kesilapan kan??

Suatu hari, si suami pulang dari bekerja. dan macam selalunya, rutin isterinya akan berleter. Pasti ada sahaja yang tidak kena pada si suami. Walau bagaimanapun, pada hari tersebut, si suami mengalami stress yang amat sangat dan berasa tidak tahan dengan leteran dan ingin keadaan sunyi.

Si suami berkata pada si isteri, Awk tolong diam boleh tak??, kalau awk berleter lagi, saya campak awk ke dalam perigi buta sebelah rumah ni.

Namun si isteri seolah tidak dapat membuang tabiat yang telah sebati itu. Dan dia terus berleter seolah mencabar suaminya.

Dan sudah lumrahnya, lelaki, PANTANG dicabar. Tanpa membuang masa, si suami menarik tangan isteri dan memasukkannya ke dalam perigi buta tersebut. Lalu ditinggalkannya si isteri bersendirian dalam perigi buta itu.

Suami itu ingin mencari ketenangan dalam keadaan sunyi dan selesa. Namun, sudah rutin hariannya mendengar leteran si isteri, si suami berasa tidak selesa kerana tiada leteran di telinganya.

Sehingga waktu subuh tiba, si suami pun bersolat dan mengambil keputusan utk menjenguk si isteri.

Si suami melontarkan tali dengan harapan si isteri memegang tali utk ditarik naik ke atas.

Dan tali akhirnya dipegang, si suami berasa gembira dan menarik tali tersebut.

Sampainya sahaja penghujung tali, alangkah terkejutnya si suami kerana, Yang ditarik naik adalah bukan isterinya, tetapi........................


Satu makhluk berambut panjang, badan dipenuhu bulu-bulu. Dan sangat mengerikan.
Lalu berlaku sedikit perbualan antara mereka.

Suami: Siapa kamu??
Makhluk: aku penunggu perigi buta ini.
Suami: Aku nak tarik isteri aku, kenapa kau yang naik??





Makhluk: Aku tak tahan dengan bini ko. Beleter, sakit dah telinga aku...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Wednesday, January 12, 2011

Pilihan yang Mudah, tp Sukar untuk Memilih

..:: Assalamualaikum ::..
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan S.A.W
Para isteri, para sahabat dan ulama2 sekalian.

Pertama sekali, mohon maaf jika penulisan ini akan menyinggung mana2 pihak yang tersinggung. Bukan niat menyinggung, tp dengan sengaja aku menulis supaya kalian tersinggung, mudahan apabila tersinggung, kalian akan sedarkan sesama sendiri.

Menurut tajuk, untuk memilih. Setiap hari kita perlu memilih.. Dari bangun dari tidur, kita sudah mula memilih, sehingga ingin tidur kembali, masih perlu memilih. Lebih kurang 2000 pilihan perlu dilakukan dalam sehari.

Di sini aku khususkan tentang pemilihan sekolah untuk anak2 yang baru lepas UPSR, PSRA atau apa2 nama ujian sekalipun.. Kira yg abes darjah 6 tu la. Yang nak masuk Tingkatan 1.
Bagi pandangan aku la, anak2 hari ni kalau di bg pilihan, mereka nak yang senang je kan?? So kalau suruh mereka pilih sendiri, kalau boleh, tak nak sekolah dah.

Aku nak tegaskan, ni apa yang aku sendiri alami dari aku habes darjah 6 dulu.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memilih sekolah untuk anak2.

1. Kalau anak2 memilih untuk ke Sekolah Agama Menengah atau Sekolah Berasrama penuh Integrasi, atau Sekola Menengah Kebangsaan Agama atau apa2 sekolah yang bertunjangkan agama. Maka, ibu bapa janganlah sibuk2 nak bantah anak tu, nak suruh masuk Sekolah Sains ke, atau mana2 pusat pendidikan.

2. Kalau anak kata, taknak sekolah agama la Ibu.. Sebab bahasa arab susah..
Ok fine, jika situasi mcm ni. Mak ayah kena la bantah anak2 tuh.... Cuba la nasihatkan untuk meyakinkan bahawasanya, sekolah agama ni untuk akhirat, dalam hidup ni kita tak lama, yang penting jalan menuju akhirat.

Kalau mak ayah kata, nk bg anak buat pilihan sendiri. Boleh, tp bukan pada semua tempat. Kalau untuk melihat anak berjaya semata2, teruskanlah. tp kalau mak ayah nk lihat anaknya berjaya dunia akhirat, ikutilah ajaran Islam...

Bukanlah Sekolah Kebangsaan tu tak bagus, Bukan MRSM tu tak baik. tp banyak perkara dan masalah2 hari ini bersebabkan ajaran Islam itu di tinggalkan.. Bala yang menimpa umat pada hari ini dengan tiada penghayatan agama sebaiknya.

Aku sendiri tak la pandai... semakin kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu.

Tu sebabnya menuntut ilmu agama itu fardhu ain. Maka, sebaiknya. anak2 yang akan masuk ke alam sekolah menengah ni, pimpinlah tangan mereka, bukan lepaskan mereka.

Pengalaman aku masa masuk tingkatan 1, nak jgk masuk SMK, sebab kawan ramai ma kt situ, tp alhamdulillah Allah pilih utk sekolah agama, walau takde kwn. tp kuatkan jgk hati.
kalau ikutkan dekat, dekat lg SMK, penat oo kayuh beskal ke hujung pantai tu nak skola pg2 bute plak tuh. kalau SMK, dekat je.
Tak kesah la, skola jgk.. sampai PMR, PMR aku hampeh jgk la. main banyak...
Mase PMR bahasa arab aku C, haha. aku pun nak angkat kaki g SMK la. kwn2 lain da banyak g SMK, sbb bhsa arab lingkup mcm aku.haha

Semua yang nk pindah lepas, kecuali aku. Sebab ape??
aku lewat sket mohon nak blah tuh, member lain da skola kt SMK tu, baru aku nk mintak pindah.
Elok plak time nak mohon tu, ade ustaz ni dok ajak aku besembang (penolong kanan) Ustaz Khirul Anuar. Ustaz ni sembang mmg mcm member dah.

Dia tarbiyahnya aku.. smpi aku yg bersungguh2 nak pindah ni dengan harapan dpt sokongan, kena blame.. wahh, menyirap darah kot mase tuh... Yela, member2 dah blah kot.. Dia siap ckp lg, ko nak g SMK tu nape, nak amek Sains subjek sgt?? Ko tu boleh ke bawak? mak aih, kena perli kot, padahal Sains aku top kot kat kelas, cume mase exam mcm hampeh je jwb.hahaha....Adoi, pastu mmg setahun tu aku x belajar, yang aku follow Matematik Tambahan je, tu pun hampeh, sbb x paham.haha

Smpi exam petengahan thn, semua subjek hampeh, pastu ape lg, aku pun kena marah la dengan abg2 aku semua.. Aku diam je, x melawan ko, baik la konon, padahal dlm hati, sapa yang tau masalah aku. aku x minat la kunun nak blaja kt situ..

Pastu, ade la sedar sikit, cube la nk blaja, tp yela, bayangkan, semua nak kejar dlm mase bape bulan je, hahaha, SMA lg.. Mmg hampeh, tp Alhamdulillah SMA aku lulus, mmg betol2 lulus je.. Fuh, selamat aku..
Exam akhir thn, smpikan perdagangan yang senang pun aku fail kot... Hah, siap kena denda salin 1 BUKU TEKS tu.. Perghhh, sakit kot tgn... tu pun buat time awal thn tingkatan 5.. haha..

Cuma aku nak bg tau, mase mule2 aku bengang sebab tak dapat pindah tu, memang aku taknak belajar.. Yang aku nampak, ustaz yang halang aku nk pindah ni dia sibuk sket, yela GPK kn.. mana ade masa  sgt nk ade dengan pelajar, pelajar plak ramai..

Yang orang lain bukan ade nak dtg kt aku tanya masalah ke ape ke.. Yang tau nk marah, nak marah. Ingat semua benda bile di marah boleh bejalan ke.. Kesedaranku agak terlewat, bukan agak, mmg lewat sungguh..

Orang sekeliling kena support kalau anak2 tak minat tu, bagi dia minat, insyaAllah. Yang aku memang xde sape nk support. Mak mmg bg aku wat pilihan sendiri mase ni, sebab tgk da besar kot. tp Mak kata, blaja jela elok-elok, nanti ade la rezeki kat mana-mana.

Pastu aku ingat pesan Tok Su, Belajar je agama, Ilmu ni Allah punya, Allah tahu la nak letak kita kat mana nanti.

Anak2 kalau di bagi pilihan, mmg nak yang senang je.
Mcm aku jgk, kalau bg pilihan skrg, nak belajar ke nak makan, mmg aku pilih makan la..haha..
Tu sebabnya, Ibu bapa kena tolong anak2 tu pilih.. Tolong kat sini maksud aku, tolongla pimpin ke jalan yang benar. Bukan tak boleh utk anak jadi doktor, nak jadi engineer, nak jd angkasawan.. semua boleh.

Bukan sekolah agama tak boleh jadi semua tu. Bukan kah Doktor yang beragama tu lebih baik, sekurangnya dapat nasihatkan pesakit dengan pesanan2 al-Quran.
Sapa kata kalau sekolah agama tak boleh jadi doktor, sapa kata skolah Asrama penuh semua jadi manusia?

Jangan salah, banyak yang sekolah pandai tp maruah dah tergadai. Banyak yang sekolah bagus, tp bile outing, mencuri kat shopping mall... Bukan aku nak hina sapa2, bukan nak burukkan mana2 sekolah. Cuma nak tegaskan la, banyak orang tersalah tafsir, banyak org tersalah pilih....

Kalau dulu, mase mule2 masuk skola, aku nak jd akauntan la kononnya.. Smpi makcik aku siap tanya lg, nak sambung blaja mana pas SPM, aku relax je jwb, nak g australia la.. haha, gile demand..kahkah.. mmg nk sgt, tp alhamdulillah rezeki aku kt malaysia lg buat masa ni...

Dan Alhamdulillah, ustaz aku berjaya menyelamatkan aku, terima kasih ustaz.
Bukan nak kata sekolah SMK tu tak bagus, tp banyak implikasi nagetifnya drpd positif. Dan bukan semestinya aku nak kata yang sekolah agama tu baik. Ada jugak masalah, tp kes-kes terpencil la.

Sekadar renungan untuk yang sedang dilema membuat pemilihan, tak kira anak-anak yang membaca atau Ibu Bapa. Semoga pemilihan kita di berkati Allah.

Dan 1 lagi, solat istiharahlah sebelum membuat pilihan tu.

Nantikan sambungan dengan............

Sekian, Wassalam. Sayonara.

Wednesday, January 5, 2011

Nasib Pengawas.....

Assalamualaikum
Selawat dan Salam buat Rasul S.A.W
Para isteri, dan Sahabat.
Seluruh umat Islam.

Aku tersentap tgk satu kejadian tadi. Dekat sangat dengan rumah aku nih, eh, rumah sewa la.hehe
Mende ni jadi kat sekolah rendah...

Macam ni ceritanya, aku memang selalu keluar around kul 1 mcm tu la... Tadi time aku keluar tu, elok plak budak2 sekolah ni pun keluar, yela da tamat sesi persekolahan kan.

Yang aku tgk, budak2 ni memang berdisiplin la, keluar dari kelas, sampai ke pagar sekolah, memang teratur, Beratur je...

Disebalik tu, rupenye, ade pengawas yang jaga.... sepanjang jalan dari bangunan sekolah tu, sampai pagar tu, ade pengawas yang jaga, lebih kurang satu meter sorg..

Aku memang tak puas hati pasal ni.. Ape ke pandai sangat pengurusan sekolah ni??
Sekolah ke tak sebelum ni?? Belajar kat reban ayam ke??

Ade ke patut, dalam kul 1 tgh hr yang panas terik tu, para pengawas nak kena jaga budak2 beratur nak balik. Aku tengok, budak2 tu kesian sangat, terkedip2 mata, tertahan2 panas mentari....

Serius, kalau aku jadi guru kat sekolah tu, aku suruh budak2 tu balik je,biar aku yang jawab dgn Guru Besar (GB).... Aku ni memang la nampak langsi je, tp kalau budak2 comel sekolah rendah tu di lakukan macam tu, Aku tak tahan tgk. Aku smpi rasa nk masuk sekolah jmpa GB, nak je aku maki... Perghhh...

Ni aku nk tegaskan, kalau guru2 berkempen nak hapuskan BULI, ni ape kes?? Guru2 dok senang lenang dalam bilik berhawa Dingin, Pelajar kepanasan....

Nak habeskan kes BULI takkan berjaya, sebab GURU2 sendiri mengamalkan BULI ni...

Ni memang melampau, Aku harap, kalau ade org Kementerian yang Bace blog ni, Tolong la amek perhatian, Melampau2 la nak didik pelajar,...

Ni namanya BULI, bukan didik.

Nak didik pelajar berdisiplin, tp menyusahkan... Kalau dah ade kes, pengsan ke ape ke tgh panas tu... dah GB takkan bertanggungjawab punye, nanti guru disiplin yg kena tanggung sendiri... Sedarlah wahai pendidik sekalian... Anda di beri amanah, bukan pembuli!!!

لا ضرار ولا ضرار
Maksudnya: Dilarang mengelakkan kemudaratan, dengan melakukan kemudaratan lain.
Cthnya, Kalau nyawa kita dalam bahaya, jika ada pilihan utk selamat dengan mengorbankan nyawa lain, itu adalah dilarang.

Sama la mcm ni, nak bg budak2 berdisiplin, tp menyusahkan orang lain. TAK BOLEH!!

Aku cadangkan, cikgu bediri dulu jaga budak2 tu sebulan ke dua bulan, kalau nak suruh para pengawas tuh... Kesian diorg!!

Tu sebab aku dulu antara orang yang WANTED kt skola, aku memang suke membantah, kalau mende tu nampak aku tak minat sikit, aku bantah la.... Tp aku akui jgk la, ada kalanya mengikut emosi, yela, mase tu tak berapa matang lg...

Sekian

Saturday, January 1, 2011

Sedarkan diri sendiri.

Assalamualaikum
Selawat dan Salam buat Rasul junjungan
Para Isteri, sahabat,
seterusnya seluruh umat Islam
yg telah pergi, atau sedang menjalani kehidupan,
mahupun yang bakal mendatang.

Kejap aku datang blog sendiri, kejap aku pergi tgk blog orang lain. Rasa seronok jugak, tp tu la, nak update blog sndiri punye la susah.. Mcm tak de mase, tp sebenarnye, diri sendiri je tak pandai mengurus masa,haha..

Ok la, hari ni aku nak nulis pasai apa eh??

Tahun baru, boleh la.. Tak kesah la telewat sket ka apa ka.

Selamat tahun baru pada semua.

Aku rasa terkilan, bile buka facebook malam td, ucapan tahun baru bukan main memenuhi home fb. Yela, posting dr friends semua kan.
bukan nak kata salah,

Yang menyedihkan, ucapan tahun baru masihi, tak semeriah ucapan tahun baru HIJRAH.

apa2pun, aku suke ucapan tahun baru dr kwn aku Om,

"Selamat tahun baru kepada yang beriman kepada al-masih"

ha, tersentap jgk la aku bace...tak pe Om, teruskan usaha dakwah kita.

Satu yang aku sangat2 kecewa, bila saja sambutan tahun baru, pasti konsert dan sambutan di sana sini.. Banyak nukilan2 ku lakar dalam facebook dalam minggu ini. Aku cuma nak berkongsi.

1.
"Ambang meniti, tahun di nanti,
Tiba saatnya, bunga api di sana sini,
Sudah smpi masanya kini,
Ada pula perempuan lelaki,
peluk2 mcm suami isteri, 
...Hiburan melampau punca semua ni terjadi, 
Selain itu, Pemimpin jgk penyumbang identiti."

2. 
Mereka sibuk menyambut tahun baru,
biar kita sibuk membilang waktu,
Kemana mereka selepas ini,
biar kita menyendiri,
Sibuk mereka bersenda gurau, 
...biar kita menangis kerana dosa lampau,
Jangan di ikut perangai Yahudi, 
kelak kita sendiri yg akan rugi.

3. 
Tahun silih berganti,
Pesta tahun baru banyak sekali,
Ku harap, Bulan 9 nanti,
tiada anak luar nikah lahir ke Bumi... 
...Semoga kita semua di lindungi Allah dari godaan syaitan, 
Dengan syarat kita tidak membelakangkan Tuhan.

4. 
Jangan salahkan kaki andai diri tersalah langkah,
Jangan salahkan tangan andai melukakan sahabat,
Jangan salahkan mulut andai punda perkelahian,
Jangan sekali salahkan takdir Ilahi jika diri tak menjadi,
Namun cari kembali, kesilapan diri. Untuk memperbaiki, 
...Untuk menjadi sebagai yang dikehendaki Ilahi

Rasanya, ni jela yang berkaitan, yang lain banyak, tp kt facebook, malas nk copy,
ade lg, dlm blog kakchik, dia siap post lg...

Ok la kakchik, pape pn tq melakarkannya dlm blog ko.

Sekian dariku, yang serba kekurangan.. Ku menantimu dipintu Syurga. ahaks..

Sekian Wassalam.