Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Friday, March 19, 2010

Futsal Perempuan?? Is it??

''':::...Assalamualaikum...:::'''
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan S.A.W
Para Isteri, Sahabat, Auliya, Syuhada' dan Alim Ulama'

Di tengah malam ni, sedang sibuk mencari teks-teks pidato bagi merealisasikan hasrat berpidato dihadapan kelas..hehehe... Sambil menyelam minum air kata org... Sambil memikirkan teks pidato, terfikir soal Wanita.. Aduhai, aku ni, bila posting je, banyak sangat soal wanita kenapa?? Sampaikan ade org kata aku ni anti-perempuan.. Lantak pi la kat dia..hehehe.. Cuma, sepatutnya mereka bangga masih ada yang ingin menegur.. Ish, da melalut la... K, teruskan...........

Soalnya sekarang pasal perempuan..hehe.. Ada org kata lelaki dgn perempuan takde beza.. Ish, mmg gila la yang cakap macam ni... Yang cakap pulak, Hampir2 HAFIZ, tp disebabkan sosail, menurut rakan baiknya, dia semakin ditinggalkan oleh hafalannya...

Allah jadikan lelaki dan perempuan saling melengkapi... Bukannya sama... ok, full stop.. jangan nak bantah, hehehe...

Ni pasal main FUTSAL... Tadi aku terbaca la status seorang wanita, dia kata nak main futsal??? Hah, aku da lama dah nak cakap pasal ni, tp masih lagi tertangguh, sebab apa ya?? sebab ada antara keluargaku kot..hehe.. Keluarga ke ape ke, kite kena cakap yang betul kan??

So, permainan tu hanya layak untuk lelaki.... Sebabnya??

1. Lelaki ni lasak (fitrahnya)..

2. Bola ke Futsal ke, permainan yang dipertontonkan ramai, lelaki, nak tengok ape?? Kalau perempuan?? suka la tengok tang tut...hehehe(maaf ya wanita)

3. Letih, bila main mesti letih, lelaki lebih mudah mengawal emosi berbanding wanita.. Dalam keletihan, wanita cepat sangat naik angin.. Habes la UFO dlm rumah.hehehe

4. Wanita dengan lelaki dah memang perlu dibezakan.. Bila kat padang main bola, lelaki la.. Senang kalau isteri ade urgent nak cari suami yang tengah main bola..

5. Tengah main futsal anak nak makan, kalau ayah yang main, ayah cakap la: pergi la kat Ibu. tp kalau Ibu yang main, anak nak susu, Ibu jwab, Tengah mainla, nantila, tahan dulu la.hahaha

Senang nak kata, tak semua yang lelaki buat perempuan boleh buat walau realitinya boleh, tapi kena la jaga adab dan batas-batas agama....

Kalau lelaki tak boleh pakai sutera, dengan sebab sifat sutera yg lembut itu sesuai bagi wanita...
Kenapa perlu wanita menjadi GANAS untuk menendang bola??

Patut sekarang banyak suami kena QC, sbb banyak perempuan belajar menendang bola, takut pulak laki kena tendang..haha.. melayang laki, kena pulak kurus kering.. wawawawa

Ayam2 ni pun nak main jugak.. Takkan manusia je boleh main kan??

p/s: sape-sape yg ade teks2 pidato tak kire tajuk ape, bg kat aku boley?? please....

Monday, March 1, 2010

Nak lain, buat Lain, Haiyoo

Assalamualaikum
Selawat dan Salam pada Rasul Junjungan Muhammad yang sentiasa memikirkan soal umatnya semasa hayatnya.

Hari ini isnin, jarang sekali online hari isnin.. tp hari ni??something happen?hahaha.. biasa2 je.

Terfikir sejenak semasa membaringkan diri diatas tilam tgh hari ni.. Soalnya, Suami Isteri kini dan akan datang menjadi Ayah Ibu yang mempunyai anak dewasa, InsyaAllah.

Sekarang, kita dapat perhatikan, isteri menjadi seolah2 suami dirumah... Membahayakan sikap ini.

Suami yang tegas, seolah2 isteri itu tiada hak apa2 melainkan menjadi isteri. Nampak jahil.

Setelah mencapai hari tua, ana terfikir(mcm la tua sgt,hahaha) apakah kemahuan org tua selepas anak2 berjaya?? Owh, tidak lain, ingin bersama anak2nya..

Pernahkah anda lalui atau terbaca atau terdengar, isteri mengongkong suami?? Suami melakukan isteri seperti binatang?? sungguh menyayat hati... Kalau isteri memperhambakan dirinya untuk suami, itu adalah isteri solehah, kalau suami menghambakan isteri, itu lelaki tak bertanggungjawa.

Apakah kita lakukan apa yang kita inginkan??atau kita lakukan apa yang kita tidak inginkan?? tetapi nafsu membawa kearah itu??

Posting kali ni, mungkin ada org pecah hati membacanya, mungkin ada org sakit kepala, mungkin ada org naik darah kpd ana.. Namun, Berpeganglah kpd hadith, siapa yg melihat kemungkaran, hendaklah ditegur.. mesti ditegur, WAJIB...

Sapa nak marah, tak puas hati, silakan, Talifon, SMS, jumpa.. Anytime, jika ana free, jom saja.. Berikan hujah2 anda.. Hujah2 mana2 buku.. Silakan..

Ibu mahukan anak lelakinya pulang ke rumah untuk bersama memeriahkan keluarga.. Tetapi anak lelaki seolah2 ada perkara lebih penting daripada ibunya... Bagaimana ini berlaku??

Ibu perlukan wang perbelanjaan, bila anak lelaki nak bagi duit pada ibu, terpaksa sorok2 daripada isteri??apa puncanya??

Ayah mahukan anak perempuan yang dah kawen atau belum kawen sentiasa ingat jasa dan pengorbanan ayah ibu.. Bukan mahu merampas kebahagiaan suami isteri..

Sebagai suami, adakah dilaksanakan tanggungjawab sebagai suami dengan baik?? Isteri ingin berjumpa sanak saudara, lagi2 ibu ayah mereka, adakah suami melaksanakannya?
Adakah hanya kemahuan suami perlu di tunaikan si isteri sedangkan isteri menderita?? Benarkah cara ini??

Persoalan yang berlegar, adakah kita sebagai manusia biasa inginkan perkara sebegini? Anak Balik, ingat keluarga, anak lelaki Soleh, Perempuan Solehah?sudah PASTI semua org inginkannya.

Tp, adakah kita lakukan sesuatu yang sama dengan apa yang kita inginkan??

Renung-renungkan.. Bukan sekadar renungan kosong. Renungan perubahan.