Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Friday, February 26, 2010

Ketua Jabatan?? Tak yah la, Bagi je Lelaki

Assalamualaikum... Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan... Salam sejahtera kepada semua...
Sempena Maulidul Rasul ini.. Marilah kita perbanyakkan Selawat keatasnya..

Sempena Maulidul Rasul ni, ade suatu perkara penting bg ana nak kena post kan... Yang sedang hangat diperkatakan.. Mengenai Wanita... Ish, banyak entry ana pasal wanita la... Nanti ape kata wanita.. tp isu yang semakin meruncing kini soal wanita kan???hmmmm..

KJ atau ketua Jabatan atau Ketua Unit seorang wanita?? Mcm mana pandangan antum semua??

Kalau menurut Al-Quran, Bermaksud: Kaum lelaki itu adalah PEMIMPIN kpd kaum wanita...

Bukan nak membahas ayat al-Quran ini. tp nak mengkhusus kpd tajuk..

Knp Allah kata lelaki itu pemimpin? Banyak sebabnya..

1. Fitrah semula jadi lelaki mmg layak memimpin.

2. Perempuan mempunyai banyak komitment lain, di rumah terutamanya.

3. Perempuan yang lebih cepat beremosi dan menggelabah(bhsa lembutnye ape erk? bila sesuatu yang di rancang tak mengikut rancangan.

4. Dengan emosi dan Nafsu yang ada pd wanita, senang2 saja akan menjatuhkan maruah lelaki apabila sesuatu yang dilakukan kaum lelaki mencapai kesilapan.hehe.. Ini kenyataan..

5. Susah untuk lelaki menurut perintah(ego lelaki ni).

6. Mudah marah.. Lambat untuk reda..Mengambil masa sgt lama..

Semua ni adalah benar.. Ada yang ana dah lalui masa belajar di Sarawak dulu... Masa hadiri 1 program.. Yang menjadi pengarahnya perempuan.. Hmmmm,

Nak jadi cerita, dalam program tu ada la yang tak dapat dilaksanakan.. so, mula la salah menyalahkan.. tuding menuding jari.. Untuk mengelakkan diri sendiri nampak lemah..itu je. Menggelabahnya, mcm program tu terpaksa di tamatkan.. Wat meeting mlm tu, sampai x tidor.. Hah, nampak bukan??

Lagi 1, bila KJ dpt teguran dr org bawah, lagi2 lelaki yg tegur, ape dia buat?? kebanyakannya kata, dia bukan tahu pun, jawatan rendah.. ha??kan memperkecilkan tuh...

Wanita biasanya akan terbawa setiap masalah kemana2, termasuk ke Pejabat.. lelaki pun ada jgk.. tp mejoriti wanita, boleh katakan semua.

Lagi, nak buat keputusan, wanita sukar membuat keputusan sebab, banyak faktor masalahnya.. rumah lagi, anak2, suami, mak ayah..huh..

Bukan eksploitasi dalam soal ni.. tp itulah keutamaannya, tak dinafikan perempuan semakin pandai menyamai lelaki dan melebihi lelaki dalam akademik, namun dalam hal-hal tertentu, Perempuan masih tidak dapat mengatasi lelaki kerana mmg fitrahnya begitu..

Tahniah kepada wanita2 berjaya di luar sana.. kpd lelaki2 excelent juga tahniah..

Thursday, February 18, 2010

Sayang... Jangan!!!

Assalamualaikum. Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan.

Orang buang bayi, belajar atau tidak, org yang xde belas kasihan pada bayi, mmg layak dipanggil setan!! Makin hari, makin banyak mangsa.. Dalam longkang??tong sampah?? kena bakar?? kena makan gagak, lagi kesian. Bayi... aduhai...

Yang buang bayi ni, mungkin mereka terdesak, jahil, ambil jalan mudah, atau harapkan syurga nanti di akhirat kan??yela, anak kecil yang meninggal akan bawa ibu bapa dia ke syurga kan?? yeke ni??

Kita tak tahu ape yang mereka(pembuang bayi) ni fikirkan, alami dan rasakan, sebab kita nampak dari 1 sudut je.. Nampak dr 1 sudut tak 1 sudut. Dah kamu buang bayi, salah la, etika hidup pun da salah, lagi la undang2 Allah..

Risau anak tu bikin malu??macam kamu bikin malu sama mak ayah kamu ka??belum tentu, silap2 budak yang lahir tu penyelamat ummat, jika betul didikannya. Risau takde makan??Allah dah kata, setiap nyawa yang lahir dah Allah sediakan rezekinya, dan rezeki bayi yang terbunuh itu hanya setakat itu.

Allah hantar sekejap bayi tu ke muka bumi, nak bg tunjuk sikap rakus sebenar manusia, Allah ambil balik mereka, mereka juga tak perlukan penjagaan manusia ZALIM seperti ayah ibunya..hanya tahu berseronok, hanya tahu sedap, namun tanggungjawab akan terabai.. Macam mana nak kawen 2 ke 3 ke ni lelaki?? Belum kawen pun x boleh nak jaga apa yang perlu di jaga??ish3.. yang melalut gi ke kawen banyak ni kenapa?hahaha...

Pernah tgk binatanag buang anak dia x??xpernah lagi, kecuali ibu haiwan tu 'syahid' mase lahirkan, atau kena baham pemangsa.. Baru la kalau nk tgk anak2 binatang atau haiwan bersendirian... Eh jap, BABI yg kita jijik konon tuh, dia pun akan jaga anak dia sampai anak dia pandai berdikari.. Kan anak BABI jalan tunduk je belakang ibunya, menurut sahaja ibunya,(sebenarnya dia malu jadi anak BABI)..hahahahaxde lah.. dah itu cara dia..
(tengok sekarang, gajah pun buang bayi, manusia yang ajarkan..hishhh, polis hutan sedang mencari ibu gajah untuk di bicarakan..hahaha)tak sanggup letak gmbr bayi kena buang.
Kenapa insan hari ini terlalu senang mem'letakkan' anak mereka di merata tempat??? Apakah sebabnya??

Ingatlah wahai sahabat sekalian, kesilapan berlaku di setiap sudut yang kita sedari atatu tidak.

Lelaki?? kenapa menjadi pendorong kepada maksiat, nafsu dan keringatmu tu ada jalan yang halal, bukan cara begitu. Kenapa pantang melihat pakaian seksi?? tp biasa la, kucing nampak ikan, xkan di biarkan pergi begitu sahaja kan??

Perempuan?? pun juga pendorong, kedua2nya pendorong... pakaian xcukup benang, ke x cukup kain??ape2 la.. Kepala, x tutup, rambut bagi colourfull, cantik... kalau bertudung, pakai singkat2, bg nampak leher.

Ibu Bapa?? Anak ade buaya friend ke geli friend ke, bangga... dia nak keluar, xpe la. pakwe dia.. Lagi2 mak ayah perempuan.. Ingatlah, menjaga anak perempuan mmg susah, tp jika betul, mutiara yang kau jaga itu, tp jika gagal, pasir pun x de...

Rakyat sekeliling?? Sekarang, dah takde sape nak tegur kalau keluar bawak awek ke, dgn pakwe ke... Biasa la, org kata, jaga kain sendiri??

Diri kita?? Bila ditegur, eh, ko sape nk tegur??kubur lain2 la...mak ayah aku x kata ape pun..hmmm, xleh tegur!!

Senua nenaikan peranan kan??perlu ada kesedaran.. Bila teguran datang, maknanya, si penegur itu sayangkan kita sebagai Islam.. Saidina Ali kata, “undzur ila maa Kaala walaa tandzur ila man Kaala” atau lihat pada apa yang dikatakan dan jangan lihat pada siapa yang mengatakannya.

Kerajaan pulak??? sediakan kelab malam, sediakan kedai2 todi(sopan sket) kasarnye arak.. bile dah khayal semua jalan..

Yang buat hal?? yang ada ilmu agama, yang banyak, yang sikit, yang jahil, sama je.. semua dah terlibat.. dan oleh sebab susu setitik, rosak nila sebelanga, eh silap, tebalik.hahaha

Kita dah di ajar tentang agama, sekolah agama ke sekolah biasa ke, tetap belajar soal aurat, soal perjalanan hukum, soal mahram dan bukan mahram(melayu panggil muhrim). Macam2 ustazah ajarkan.. tp mengapa masih jadi begini?? Ingatlah, syaitan akan goda anak cucu adam sampai kiamat. Tiada yg terkecuali...

Sunday, February 14, 2010

Valentine Day's... Oppssss


Sudah lama tidak menaip di blog ini.. sekian lama meninggalkannya..bukan meninggalkan sebab tak online, tp atas sebab2 lain yg tak munasarawak..hahaha..

Ape nak post ni???

Ha, teringat aku time hari ni 14 feb... yg kununnya hari kekasih.. Hmmmm.. ni la masalahnya anak bangsa kita nih.. Hari valentine boleh ingat, boleh bawak awek keluar, keluar dgn jantan yang dr hutan belantara mana tah munculnya, tp maulidul Rasul, Hari Tasyrik, hari Asyura.. ada korg ingat??

Aku ingat jgk 14 feb nih, hari lahir kawan aku, kawan sekolah rendah.. Fateen.. Happy bithday Fateen.. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah..

Nak bagi tau kat korg yang sambut atau yang tak sambut Valentine Day ni.. ade 2 versi cerita Valentine nih, 1, versi Greek yang pasal Tuhan mereka nih.. lagi 1 versi Paderi Valentino.. Walau apa pun versi cerita nih, apa2 pun, kita umat Islam sama sekali tak di benarkan menyambutnya.. HARAM!!!!!..

Mungkin ada yang tahu, tp saja buat tak tahu sebab sayang kekasih sangat.. Mcm orang syg kjekasih dia, cakap mak ayah pun dah taknak ikut kan?? Hukum yang tak nampak impak ni lg la dipandang remeh.

Pasal cerita memperingati kekasih nih.. Sudah2 la.. berenti la dari ikut budaya yahudi...

Ada kawan aku kata, jangan sambut hari valentine, tp berkasih mcm nak rak.. alahai... Berpacaran sebelum kawen tu pun budaya yahudi la sayang... Aku post kan mende ni sebab sayang kawan2 aku semua.. bukan sambut valentine je x leh.. berpacaran yang akan menjerumus kepada zina tu pun tak leh..

Lagi pulak, kalau dah bertunang, boleh ke keluar sama2?tgk wayang??jalan2??boleh ke??

Apa2 pun, kembalilah kepada ajaran Islam sepenuhnya, nak buat apa pun, tgk balik, Islam bagi atau larang?? setakat adat melayu, tak payah nak dibanggakan... Carilah keredhaan Allah, walau dengan jalan di benci manusia.. Semoga semua mendapat rahmat Allah..

Monday, February 8, 2010

Keluar Hospital

Assalamualaikum. Selawat dan Salam Buat Rasul Junjungan Muhammad SAW. Para Isteri, Sahabat, dan seluruh umat Islam.

Terdahulu memanjatkan syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, diri ini kembali bertenaga dengan atas ujian yang dijalani melebihi seminggu.. Alhmdulillah masih lagi dikurniakan oleh Allah masa dan kesempatan untuk menghidu udara Allah ini.. Ameen.

Pada minggu ini, sungguh memberi kesan pada diri ku. Pengalaman yang sungguh bermakna. Kegembiraan, kesedihan mudah terasa. Memberi kesan mendalam pada diriku..
Merantau 4 hari meninggalkan rumah, tinggal di tempat yang terjaga makan minumku. Cumanya, bosan sedikit oleh kerana tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, hanya, makan, tidur, solat, jumpa Dr. SN.

Walau apapun, Dr. Ng Tiang Koi dan semua SN dan staff2 di wad 1. Saya berbangga dengan anda semua. Saya rasa terjaga dan selamat bersama kamu semua. Terima Kasih Semua.

Semasa dalam wad, tiada SN yang marah ke apa ke. sebabnya, aku rasa, mereka semua faham, mereka juga manusia. Aku juga beri kerjasama pada mereka. Terima Kasih. Memang Antara SN yang bagus dan Baik la.. Mungkin aku rasa selesa sebab aku nak solat pun mudah. Ambil darah pun mudah,(sehari paling kurang 3 kali).

Air pulak, paling tak pun tak kurang 10 botol yang dah masuk melalui belakang tangan.. Punye hebat, aku minum dari belakang tangan je..hehehehe....

Tak lupa SN K.K Sg Besar, Dr. Wan, Dr. Wani, semuanya ambil berat tentang diri ni.. Terima Kasih semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung.

Pada adik beradikku yang sentiasa hadir menjengah aku semasa terlantar. Membawa aku ke Klinik setiap hari sebelum di masukkan ke wad...

Tak dilupakan, MAK, terima kasih mak..terima kasih yang tak terhingga, tatkala aku demam, EMAK sentiasa berada disamping...

Macam2 pengalaman yang ku timba, macam2 perangai manusia, macam2 gelagak.. Dari yang baik, sampai yang kurang menyenangkan.. Pelbagai ragam..

Kepada semua, jangan lupa hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Tiada Aedes, Tiada Denggi!!