Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Friday, April 23, 2010

Aku curi 6 lap top????

Assalamualaikum.
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan pembawa rahmat ke seluruh alam.

Dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar, aku dengan rutin mingguan aku, balik kampung. hahaha, Ade orang boleh lawan?? Tiap minggu balik..hehehe, biasala anak mak kata orang, Ape-ape jela..

Aku nak posting rabu, tp, dalam keadaan sakit hati, marah dan lain-lain, aku rasa tak baik aku post, sebab akan dipenuhi dengan tuntutan nafsu amarah sahaja...

Aku teruskan dengan ape yang aku nak post, Disini, aku nak minta pandangan kawan-kawan bagi yang anggap aku kawan, pandangan dari musuh yang anggap aku ni musuh, dan paling penting, dari ahli keluarga aku sendiri.. Kalau ade la pandangan, tak kira la, nagetif atau positif, salurkan pada jalannya.hehehe

Cerita bermula setibanya aku di rumah sewa di Bangi, senang kata, VISTA, L-4-6.. Seperti biasa, jika aku tiba dirumah balik dari kampung, aku akan bersiap-siap untuk ke kuliah petang itu.. Aku tiba dengan perasaan pelik yang mana pintu pagar rumah tidak bertutup tetapi, rumah tiada berpenghuni ketika itu, cuma pintu rumah sahaja berkunci. Dengan seperti biasa, aku masuk. Aku ada kunci la.

Aku masuk dengan sedikit hairan dimana tiada lap top di meja ruang tamu yang biasanya ada. Cuma aku beranggapan, mereka membawa lap top mereka. Itu saja.

Tak sampai sejam aku di dalam rumah berseorangan, tiba rakan-rakan penyewa lain.. Seperti biasa bertegur sapa. Dan azan berkumandang, kami turun solat zuhur di surau..

Selepas solat zuhur, aku naik semula ke rumah, semasa naik, aku bersama rakan lain yang baru tiba.. Sama-sama naik, dan bertegur sapa. Sampai dalam rumah, aku terdengar riuh mencari lap top masing-masing. Ade yang kata, dia simpan kot, sama-sama beranggapan rakan lain simpan, mereka tak anggap aku sebab aku xde amek tahu sangat, cuma aku penah scan virus utk 2 ke 3 lap top je..

Aku pun terus ke kuliah pada pukul 2.. Tak sampai setengah jam aku dalam kuliah, ade call masuk, aku dengan selamba jawab, ade class. dan sms masuk, degil jugak aku ni, g open inbox tuh. Aku tengok, minta aku balik ke rumah..

Selepas class habes, kebetulan pulak abes awal, aku balik.

Setibanya dirumah, semua berkumpul seramai 9 orang termasuk aku. Berbincang soal kehilangan lap top. Dan tiada pengakuan yang diterima.

Si 'pengerusi majlis' seolah-olah menuduh aku mencuri atau bersubahat mencuri lap top sebanyak 6 buah... Dengan nada sindiran, aku faham, dia menuduh aku. Aku dengan rasa tidak bersalah diam dan setelah beberapa ketika, aku bersuara, 'KALAU TAKDE PENGAKUAN, REPORT AJE KE POLIS'... lebih kurang begini bunyinya.


Si 'pengerusi berlagak alim tu' kononnya nak selesaikan secara aman tanpa polis, suruh aku mengaku.. Maha Suci Engkau Ya ALLAH yang tahu apa yang aku lakukan hari itu..

Dan dalam keputusan itu, mahukan semua bersumpah. Aku pada mulanya tidak bersetuju untuk bersumpah, sebab sumpah ini bukan perkara main-main, dan aku terfikir, selepas bersumpah adakah mereka akan mempercayainya?? Tanggapan aku benar.

Selesai bersumpah, persetujuan diambil untuk report polis. Semua turun ke Balai berhampiran: BALAI POLIS BANGI..

Report dilakukan oleh si pengerusi. Dalam semasa report, aku ade bersuara, samada si pembuat report dengar atau tidak aku tak pasti, tp aku rasa dia dengar sebab aku dekat je dengan dia. aku kata, MASUKKAN JE NAMA ORANG YANG DISYA'KI DALAM REPORT TUH. Namun, mungkin dia tak dengar atau malu sebab aku ada dalam balai tu, takde nama aku dalam report.

Selepas hampir selesai, aku keluar dari pintu balai polis, Aku pandang ke dalam balai polis, masih ada pengerusi berbicara dengan polis penerima report. Dalam hati aku, nak kata aku, kata la.. Allah maha tahu.

Keadaan seperti tadi, masih memperli aku seolah-olah aku PENCIRU LAP TOP. Aku hanya minum air petang itu. Aku diam dan seperti biasa, apa-apa masalah, mengadu pada Allah, dan orang yang aku bagi tahu kakak aku, NORAIN, tq kak.....

Malam selepas maghrib, SJN Manesh dtg dengan juru gambar dan detektif mungkin. Menyoal aku dan mendesak aku supaya mengembalikan barang yang hilang. Aku dengan seorang yang dianggap bersalah, dengan nada selamba, kata aku tak buat aku tak buat....

3 orang rakan membawa aku berbincang seolah-olah aku masih menyembunyikan fakta. Aku dengan nada serius mengatakan, Kalau aku nak wang, aku call saja abg atau kakak aku, insyaAllah dapat, tak perlu ambil lap top ni.

Sekiranya mempunyai bukti dan saksi, hadapkanlah aku ke Mahkamah, sekiranya itu Fitnah terhadapku, Kita akan bertemu dimahkamah Allah...

Aku dah beri kerjasama, Sepatutnya, setelah seseorang bersumpah, orang sekeliling WAJIB mempercayainya, jika dia berdusta, terpulang dirinya dengan Allah.

Ape ni?? Belajar SYARIAH?? tp??tak guna otak, guna kaki je...


Kata pejuang Islam, pemimpin Mahasiswa, Pemimpin gerakan itu, gerakan ini. tp soal ini pun tak dapat atasi nafsu syaitan kamu.. Kamu berbicara seperti pejuang Islam, tp bila kena pada dirimu, kamu seperti kes DSAI tahun 1999, dah bersumpah, tetap dihukum.

*bukan semua dirumah itu menuduh aku, aku tahu siapa orang yang menganggap aku jahat.

Minta pandangan semua, wajarkah aku keluar dari rumah itu mencari rakan sewa lain? Atau apakah tindakan lain yang boleh kulakukan??

Masa aku dalam kesedihan ini, aku sering kali memutarkan lagu, HIJJAZ-KAWAN.. Cubala dengar.
Tp, Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar, cuma aku rasa, tiada perlunya lagi aku tinggal dirumah fitnah itu lagi..

Thursday, April 15, 2010

Khutbah, Khatib, Imam

....Assalamualaikum....
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan Muhammad S.A.W.
Para Isteri, Sahabat, Auliya, dan Seluruh pendukung agama Allah.
Allahu Akbar!!

Sudah lama rasanya meninggalkan blog ini dengan isu futsal wanita yang mana ada kebaikannya tetapi banyak lagi keburukannya. Jadi dengan itu, ana mengambil pendekatan bahawa, futsal wanita tetap tidak sesuai. Bagi mereka yang bersetuju dengan futsal wanita, ingatlah, Allah akan bebankan kamu dengan dosa selama futsal itu di mainkan oleh kaum wanita. Seperti kisah HABIL dan QABIL, selagi ada pembunuhan di muka Bumi, maka dosa itu berpanjangan kan?

Malam ni ana berada di rumah berseorangan. Mana tah kawan-kawan lain. Ada meeting kot.. Biasala, Semua sibuk dengan tugas dan amanah masing-masing. Jauh dah melalut ni. Nak cerita pasal Imam dan Khatib. Hmmm.

Ok, semalam ke kelmarin tah, ana terbaca di sebuah akhbar yang mana menunjukkan ada orang mempolitikkan masjid. Subhanallah, Faham atau Tidak orang yang berkata ini? Politik itu adalah 1 Medan dakwah, Bukan Malaysia je ade 1.

Yang bercakap pulak, orang yang pernaah menghina ulama. Ape dia tahu ape dia cakapkan ni?

Dia kata, ada ahli politik yang membaca khutbah jumaat di negeri kelahiran dan negeri aku menetap sekarang iaitu negeri Selangor. Dulu masa UMNO perintah, Selangor ni hebat, dengan surau dikunci, dengan Nik Aziz tak dibenarkan berceramah dalam masjid. Bukan tu je, Bekas MUFTI sendiri tak di benarkan memberi tazkirah ke, ceramah ke pengajian ke dalam Masjid. Memang ajaib kan Selangor ni.

Alhamdulillah selepas Pakatan Rakyat dapat memerintah Selangor, banyak perubahannya. Pertamanya, para ulama di benarkan menggunakan institusi masjid untuk medan dakwah.

Qalaupun ada mulut busuk kata, Selangor ni orang Islam terancam macam Penang. Ana nak tegaskan, Selangor ke Penang ke, 1 Malaysia umat Islam terancam, sebabnya? Bukan Pakatan Rakyat, tp UMNO. UMNO yang buat umat Islam terancam. Arak Judi, seks bebas, pergaulan, penghapusan tulisan jawi, pengkhianatan kepada agama. Semua ni UMNO yang buat, bukan DAP.. Ingat tuh.

Berbalik pasal Imam dan Khatib Khutbah Jumaat tadi. Orang atasan UMNO ni kata, ahli politik tak di benarkan jadi Imam dan Khatib solat.. Apa gila dia ni?

Yang ana nampak disini seolah-olah, kalau dia Tak Pandai mengimamkan Solat, Tak pandai membaca Khutbah, maka, Orang lain juga jangan. Perghh, memang tinggi maqam dia ni.. Aduyai.

Apa salah Dato Dr. Hasan Ali jadi Khatib? Apa salah Dr. Badrul Amin jadi Imam? Apa salah Dr. Zulkifli menyampaikan tazkirah? Apa salah Ustaz Azrul Hakim memberi peringatan dalam Masjid?
Kalau al-Fadil Ustaz Menteri-menteri nak, dipersilakan, Tiada halangan dari kami, tp apa-apa berlaku, tanggunglah sendiri.

Institusi agama diisi orang beragama. Dah yang berpolitik secara Islam itu orangnya, apa salah mereka memperjuangkan apa yang dibawa ke masjid dan sebagainya.
Tiada salahnya orang politik menaiki mimbar masjid. Jangan nak tunjuk yang awak tu jahil. Islam tak pernah memisahkan politik dengan agama, jadi jangan nak pandai-pandai memisahkannya.
Dengan itu, tolonglah berfikiran matang wahai sahabat-sahabat sekalian.

Bila timbul isu Islam dipijak kononnya di Pulau Pinang. Hak Melayu semakin hilang.
Siapa yang pijak, dan siapa yang menghilangkan hak Melayu? Adakah DAP?
Jangan lupa, KM P.Pinang pernah merengkok dalam penjara sebab mempertahankan seorang WANITA MELAYU. Apa gunanya dia pertahankan orang Melayu kalau dia nak pijak? Bukan semua Kafir akan masuk neraka, Jika sebelum matinya Allah campakkan Iman, Ke SYURGA dia, dan jangan kita anggap kita akan ke syurga. Belum tentu. Berdoalah agar kita semua dimatikan dalam IMAN..