Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Saturday, May 26, 2018

POLITIK WANG DALAM UMNO MEMBARAH

"UMNO & POLITIK WANG"

Pemilihan UMNO bagi penggal depan sedang rancak direncana.Bermula dengan mesyuarat-mesyuarat cawangan untuk menyelamatkan parti UMNO ,suatu agenda perubahan bagi memastikan UMNO masih relevan perlu dimulakan segera.

Selepas kalah terduduk dalam PRU14 , pejuang-pejuang UMNO termasuk saya sendiri sehingga hari ini sangat terkesan dengan kekalahan yang mengejutkan.Ada yang makan tak kenyang, tidur tak lena, demam naik turun dan ada yang tekanan darah menjadi "unstable" dan ada yang sehingga hari ini sukar untuk menerima keadaan dalam kekalahan.

Tapi , amat menyedihkan misi membawa perubahan UMNO dari segi tampuk kepimpinan masih tidak mampu dilakukan dan masih tiada sinar kepada perubahan.Ketua-Ketua Umno Bahagian seluruh Malaysia samaada yang "perform" mahupon yang sudah "gagal" sudah mula menunjukkan "minat" & "taring tumpul" mereka untuk meneruskan tampuk kuasa walaupon tekanan & kesedaran perubahan sedang bergelora dengan kuat.

Pemimpin tertinggi bahagian-bahagian ini dilihat terus  gagah menyusun walaupon BN tumbang diperingkat pusat.Umumnya kita ketahui kesan kekalahan BN diperingkat kepimpinan pusat dan Ketua-Ketua Bahagian tidaklah begitu terkesan dalam kehidupan mereka. Mereka kalah tapi tak tumbang.Sudah tentu tak rebah seperti saya, kita dan anda yg duduk dibawah ini.Mereka kalah masih dilimpahi dengan kesenangan dan kantung yang masih berisi. Seperti biasa yang diceritakan duit pilihanraya biasanya pasti disimpan untuk pemilihan didepan & ianya seakan budaya yang menjijikkan di setiap bahagian.Tetapi ,Saya, kami dan mereka dibawah ini kalah atau menang tetap kena gagahkan diri untuk meneruskan kehidupan.Lebih menyedihkan ada yang hilang sumber pendapatan akibat dari perubahan kerajaan.

Kerana itu , walaupon kita di akar umbi ini masih lemah semangat, hilang kekuatan tetapi jangan sesekali kita mengalah.Jangan sesekali kita jual maruah walaupon kalah.Bersedialah menghadapi agen-agen calon yang bertanding nanti yang pasti datang berjumpa kita dengan membawa kertas berintikan gambar kepala agong bertujuan untuk membeli kepercayaan & keyakinan.Jangan sesekali kita biarkan lagi keyakinan palsu yang hanya dicipta akibat hanyut dengan salaman beserta sampul2 yang penuh pengisian.

Cukup-cukuplah.

Walaubagaimanapon, nasihat saya kepada perwakilan, apabila "mereka" datang memberi dan membeli, kita ambil sahaja kerana itu hak anda yang selama ini dilenyapkan.Tapi pastikan, undi dan kepercayaan anda bukan perkara yang boleh dijual beli.Kuatkan jati diri.Pilihan kepimpinan demi parti bukan kerana agenda peribadi.Bawalah perubahan dengan sejujurnya demi agama bangsa dan negara.

Saya Fariz Hadi tak berganjak walau seinci,
Tak lari dari perjuangan,
Tak gentar dedahkan kerakusan,
Tetap lantang bawa perubahan,
Kerana ini yang kita perlukan,
Dan ini yang rakyat mahukan...

Saya , kami & anda bertanggungjawab mengubahnya.

-Fariz Hadi-
#PerjuanganYangBelumSelesai

No comments: