Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Saturday, December 18, 2010

Kalau Ayah Mati, tak nangis??

..::: Assalamualaikum :::..
Salam sejahtera,
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad S.A.W
para isteri, sahabat dan seluruh umat Islam.

Pertamanya, mohon maaf jika setiap perkataan dalam tulisan serba kekurangan ini akan menyakitkan hati si pembaca. Mohon maaf terlebih dahulu kerana selalunya semasa menulis atau menaip, kita akan terlajak bila meneruskan kata2.

Lagi satu, cerita ni aku dapat masa Kuliah subuh.. dan yang aku ingat, mungkin ada penambahan dari diriku juga, yang baik ambillah sbg pengajaran, yang buruk tegurlah ye..

Kisah seorang budak lelaki bawah umur, sekolah rendah lagi.

Di sekolah agama, ustazah mengajar solat, di mana wajib bersolat, dan tuntutan bagi solat berjemaah bagi lelaki. Dan kebiasaannya, solat berjemaah dilakukan di masjid.

Dengan penuh tekun pelajar mendengar dan menghayati. Dengan sungguh2 jugalah pelajar ingin menunaikan solat subuh di masjid.

Ustazah mengajar hikmah2 dan kelebihan2 yang boleh didapati dengan solat berjemaah. Lebih2 lagi waktu subuh iaitu pada awalnya permulaan hidup pada hari itu.

Pada keesokan paginya, pelajar bangun dengan awal dan bersiap2 untuk ke masjid. Dengan harapan yang meninggi dengan apa yang telah didengarnya dari ustazahnya.

Setelah bersiap2, pelajar tersebut pun membuka pintu rumahnya, alangkah TERKEJUT! nya budak itu kerana apa??

Kerana kegelapan yang menyelubungi keadaan, dengan keadaan gelap begitu, bagaimana mungkin seorang insan kecil boleh melalui jalan untuk menuju kemasjid. Terus sahaja titis2 air matanya gugur. Semakin laju aliran air matanya itu. Pada siapa ingin dia mengadu. Ayahnya sedang lena diulit mimpi. Adik beradiknya juga sama..

Tiba2, setelah beberapa ketika berlalu, kelihatan satu bayang2 yang samar2. Seorang tua sedang berjalan lambat dengan pakaian seolah2 untuk kemasjid. Dengan tidak membuang masa, budak kecil itu terus mengiringi orang tua itu tanpa disedari oleh orang tua itu yang berbekalkan lampu picit yang tidak seberapa terang.

Tibanya dimasjid, pelajar dapat merasakan seronoknya beribadah dan apa yang di bincangkan oleh ustazahnya memang benar...

Dan begitulah saban hari rutinnya, mengiringi orang tua yang akan lalu dihadapan rumahnya sekitar pukul 5.30 pg untuk ke masjid.

Sampai suatu ketika, ayah budak ini membawa berita seorang tua yang tinggal di hujung tjalan empat tinggal mereka itu meninggal dunia. Mendengar sahaja berita itu, terus si anak mengalirkan air mata sambil teresak-esak menangis.

Lalu, si ayah berasa sangat2 kehairanan. Mengapakah anaknya menangis seperti sesuatu tidak kena.

Si ayah bertanya pada si anak.

Ayah : Kenapa kamu menangis ni??

Anak : Orang tua di hujung jalan sana itu meninggal kan ayah??

Ayah : Ya, benar, jadi sebab itu kamu menangis??

Anak : Ya, Ayah..

Ayah : Orang tua itu bukan ada kaitan kekeluargaan dengan kita pun. Kenapa kamu menangis??

Anak : Sebab orang tua itu tiada kaitan kekeluargaan lah saya menangis. Kalau ayah yang meninggal, mungkin saya tidak akan menangis begini.

Dari cerita ini, dapatlah kita ambil pengajaran yang sangat2 berguna.

Berapa ramaikah antara kita yang mengejutkan anak-anaknya untuk bersolat subuh??
Berapa ramaikah kita yang bersolat, mengajak orang lain juga bersolat??
Bagaimana kita menjalankan hidup seharian jika solat itu tidak menjadi yang utama??

Sehingga hari ini, berapa kalikah kita menunaikan solat, dan berapa kalikah kita meninggalkannya selama kita hidup yang Allah kurniakan ini.

Berapa banyakkah khidmat kita pada agama, berapa banyakkah khidmat kita pada orang lain??

Dan adakah mati kita di tangisi atau perginya kita menjadikan orang lain gembira??

*kalau setiap sedutan oksigen itu perlu di bayar dengan 1 sen/sedutan, berapa harganya sehari??
*jika setiap tapak kaki kita berjalan itu dikira hutang 1 sen/tapak kaki, berapa hutang kita sekarang??

1 comment:

muhamadsufian89 said...

rasanya terlalu banyak yang saya berhutang dengan Allah..kecil sangat rasa diri ni..