Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Friday, April 23, 2010

Aku curi 6 lap top????

Assalamualaikum.
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan pembawa rahmat ke seluruh alam.

Dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar, aku dengan rutin mingguan aku, balik kampung. hahaha, Ade orang boleh lawan?? Tiap minggu balik..hehehe, biasala anak mak kata orang, Ape-ape jela..

Aku nak posting rabu, tp, dalam keadaan sakit hati, marah dan lain-lain, aku rasa tak baik aku post, sebab akan dipenuhi dengan tuntutan nafsu amarah sahaja...

Aku teruskan dengan ape yang aku nak post, Disini, aku nak minta pandangan kawan-kawan bagi yang anggap aku kawan, pandangan dari musuh yang anggap aku ni musuh, dan paling penting, dari ahli keluarga aku sendiri.. Kalau ade la pandangan, tak kira la, nagetif atau positif, salurkan pada jalannya.hehehe

Cerita bermula setibanya aku di rumah sewa di Bangi, senang kata, VISTA, L-4-6.. Seperti biasa, jika aku tiba dirumah balik dari kampung, aku akan bersiap-siap untuk ke kuliah petang itu.. Aku tiba dengan perasaan pelik yang mana pintu pagar rumah tidak bertutup tetapi, rumah tiada berpenghuni ketika itu, cuma pintu rumah sahaja berkunci. Dengan seperti biasa, aku masuk. Aku ada kunci la.

Aku masuk dengan sedikit hairan dimana tiada lap top di meja ruang tamu yang biasanya ada. Cuma aku beranggapan, mereka membawa lap top mereka. Itu saja.

Tak sampai sejam aku di dalam rumah berseorangan, tiba rakan-rakan penyewa lain.. Seperti biasa bertegur sapa. Dan azan berkumandang, kami turun solat zuhur di surau..

Selepas solat zuhur, aku naik semula ke rumah, semasa naik, aku bersama rakan lain yang baru tiba.. Sama-sama naik, dan bertegur sapa. Sampai dalam rumah, aku terdengar riuh mencari lap top masing-masing. Ade yang kata, dia simpan kot, sama-sama beranggapan rakan lain simpan, mereka tak anggap aku sebab aku xde amek tahu sangat, cuma aku penah scan virus utk 2 ke 3 lap top je..

Aku pun terus ke kuliah pada pukul 2.. Tak sampai setengah jam aku dalam kuliah, ade call masuk, aku dengan selamba jawab, ade class. dan sms masuk, degil jugak aku ni, g open inbox tuh. Aku tengok, minta aku balik ke rumah..

Selepas class habes, kebetulan pulak abes awal, aku balik.

Setibanya dirumah, semua berkumpul seramai 9 orang termasuk aku. Berbincang soal kehilangan lap top. Dan tiada pengakuan yang diterima.

Si 'pengerusi majlis' seolah-olah menuduh aku mencuri atau bersubahat mencuri lap top sebanyak 6 buah... Dengan nada sindiran, aku faham, dia menuduh aku. Aku dengan rasa tidak bersalah diam dan setelah beberapa ketika, aku bersuara, 'KALAU TAKDE PENGAKUAN, REPORT AJE KE POLIS'... lebih kurang begini bunyinya.


Si 'pengerusi berlagak alim tu' kononnya nak selesaikan secara aman tanpa polis, suruh aku mengaku.. Maha Suci Engkau Ya ALLAH yang tahu apa yang aku lakukan hari itu..

Dan dalam keputusan itu, mahukan semua bersumpah. Aku pada mulanya tidak bersetuju untuk bersumpah, sebab sumpah ini bukan perkara main-main, dan aku terfikir, selepas bersumpah adakah mereka akan mempercayainya?? Tanggapan aku benar.

Selesai bersumpah, persetujuan diambil untuk report polis. Semua turun ke Balai berhampiran: BALAI POLIS BANGI..

Report dilakukan oleh si pengerusi. Dalam semasa report, aku ade bersuara, samada si pembuat report dengar atau tidak aku tak pasti, tp aku rasa dia dengar sebab aku dekat je dengan dia. aku kata, MASUKKAN JE NAMA ORANG YANG DISYA'KI DALAM REPORT TUH. Namun, mungkin dia tak dengar atau malu sebab aku ada dalam balai tu, takde nama aku dalam report.

Selepas hampir selesai, aku keluar dari pintu balai polis, Aku pandang ke dalam balai polis, masih ada pengerusi berbicara dengan polis penerima report. Dalam hati aku, nak kata aku, kata la.. Allah maha tahu.

Keadaan seperti tadi, masih memperli aku seolah-olah aku PENCIRU LAP TOP. Aku hanya minum air petang itu. Aku diam dan seperti biasa, apa-apa masalah, mengadu pada Allah, dan orang yang aku bagi tahu kakak aku, NORAIN, tq kak.....

Malam selepas maghrib, SJN Manesh dtg dengan juru gambar dan detektif mungkin. Menyoal aku dan mendesak aku supaya mengembalikan barang yang hilang. Aku dengan seorang yang dianggap bersalah, dengan nada selamba, kata aku tak buat aku tak buat....

3 orang rakan membawa aku berbincang seolah-olah aku masih menyembunyikan fakta. Aku dengan nada serius mengatakan, Kalau aku nak wang, aku call saja abg atau kakak aku, insyaAllah dapat, tak perlu ambil lap top ni.

Sekiranya mempunyai bukti dan saksi, hadapkanlah aku ke Mahkamah, sekiranya itu Fitnah terhadapku, Kita akan bertemu dimahkamah Allah...

Aku dah beri kerjasama, Sepatutnya, setelah seseorang bersumpah, orang sekeliling WAJIB mempercayainya, jika dia berdusta, terpulang dirinya dengan Allah.

Ape ni?? Belajar SYARIAH?? tp??tak guna otak, guna kaki je...


Kata pejuang Islam, pemimpin Mahasiswa, Pemimpin gerakan itu, gerakan ini. tp soal ini pun tak dapat atasi nafsu syaitan kamu.. Kamu berbicara seperti pejuang Islam, tp bila kena pada dirimu, kamu seperti kes DSAI tahun 1999, dah bersumpah, tetap dihukum.

*bukan semua dirumah itu menuduh aku, aku tahu siapa orang yang menganggap aku jahat.

Minta pandangan semua, wajarkah aku keluar dari rumah itu mencari rakan sewa lain? Atau apakah tindakan lain yang boleh kulakukan??

Masa aku dalam kesedihan ini, aku sering kali memutarkan lagu, HIJJAZ-KAWAN.. Cubala dengar.
Tp, Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar, cuma aku rasa, tiada perlunya lagi aku tinggal dirumah fitnah itu lagi..

19 comments:

Hafizah said...

Selagi tak salah.. xperlu takut... hanya selesa atau tidak je hendak menghadapi pandangan orang lain...

hans said...

ntah
berani kerana benar
jangan takut

NORAIN said...

kalau benar lah si hanafi ni yg mencuri, tgn saya sendiri yg akan sumbat dia masuk lokap...sia2 belajar agama tapi tak praktikkan apa yg dipelajari...Allah Maha Mengetahui...

nak kongsi sikit kat sini...utk org yg menuduh dan org yg tertuduh...sama2 muhasabah diri...


عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله e قال: (( لو یعطى الناس بدعواهم لادعى
رجال أموال قوم ودماءهم، لكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر )) حدیث حسن
رواه البيهقي وغيره هكذا وبعضه في الصحيحين.


Daripada lbnu 'Abbas r.a.( رضي الله عنهما ) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut harta dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku.

NORAIN said...
This comment has been removed by the author.
NORAIN said...

Dalam Al-Quran juga menyebut tentang fitnah...surah Al-Baqarah ayat 191 yg bermaksud....dan memfitnah itu lebih kejam drpd membunuh....

hadith lain...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:
”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?”
Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan.” (Muslim)

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.” (Muslim)

cemomoi said...

belum masa undur klua kerana akan dianggap bersalah.. berjuang terus berjuang, berjuang sampai menang... lambat atau cepat kebenaran akan terserlah.. sementara ini hadapi ujian Allah dengan sabar dan tabah adukan rasa hati kepada-Nya

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said...

terima kasih semua. Mudah2an nasihat kalian dapat kugunakan.

Aku nak keluar rumah tu sebab, takde makna apa-apa aku disitu, seperti sampah yang menjadikan pemandangan disitu buruk. Lebih baik kufikir aku keluar daripada duduk menjadi sampah.

Cuma, insyaAllah kebenaran akan hadir kelak.

amirah said...

ada hikmah di sebalik semua ni.Allah nak tunjukkan kpd kamu siapa kawan yang sebenar.
Berpindah keluar lebih baik tapi biar kebenaran membuka mata mereka dulu.
Berani kerana benar

ana aliya said...

sabar banyak2..
tawakkal a'lallah!!

assyuhada said...

salam...
ade gak mmber cam nie...
aperpown,agak setuju supaya angkut je brg keluar dr umah tue...
drpd nnti hati bikin sakit ngn mmber2 sndiri...
jd masalah pulak utk ursan2 laen...
aperpun mohon petunjk Allah Yang Maha Mengetahui kejadian nie...

naza said...

knp laa kwan2 ko tu..aduyai...doa2laa byk2 ea...mudh2 han sgalanya akan selesai dgn baik..insyaallah...
ak fham perasaan ko...
tp nk wt cm ne..
sush btul nk wt org percye...:(
psal bersumpah tu..tu lg 1...
knp laa kwan2 ko tu xpercye...kn dh bljr..emm...ap2 pon..berani kerana benar..ok:)

NuR KaSiH aTieQaH said...

en. hanafi..itu semua ujian dr Allah utk hambanya..Die mahu menguji sama ada hambanya itu mampu bersabar dgn ujian itu atapon sebaliknya..saya harap en.hanafi boleh sabar n perbykkanlah mujahadah kpd Nya..Dia maha mendengar dan maha Pengasih..insyaallah,segala yg benar akan tersinggakap jua. Semoga Allah memberikan kekuatan kpd en.hanafi..=)

meeranamera said...

jangan keluar dari rumah tu.. kite tak salah.. knape nak takut kan

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said...

terima kasih sahabt2 sekalian..

mmg kalau xterjadi pada kita, kita tak tahu situasinya.

Kalau aku masih duduk dirumah tu, nampak yang aku masih terhegeh-hegeh nak duk umah tu,

walau ade kwn yang tidak menuduh.

Dan bila aku keluar, seolah-olah aku bersalah, sehingga terbukti aku tidak bersalah,
mcm undang-undang komunis lak kan..

kalau dlm Islam, seseorg tidak bersalah selagi tak terbukti dia bersalah.

Ni ikut undang-undang rimba.hahahaha

KeTika CinTa BerTasbiH said...

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir :ayat 60)

Petikan dari buku La Tahdzan (Don't be SAD) - - Chapter 79:
JGN BERSEDIH BILA SESEORANG MENYAKITI ANDA1. Tanyakan diri anda: Apa kemungkinan terburuk yg akan terjadi?2. Persiapkan diri anda utk menerima dan menghadapinya3. Kemudian, hadapi dgn tenang utk menjadikan kemungkinan terburuk itu menjadi lbh baik."...Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." (Ali Imran:173)

"Ktenangan itu milik hati2 yg b'iman agr b'cmbah benih hikmah dlm p'lakuan..org yg byk m'derita,jiwanya akn p'kasa & org yg dtimpa ksusahan akn slalu ingt ALLAH S.W.T..B'tuahlah apabila Iman diuji krn jika sbr& tabah m'hadapinya psti ada kmenangan yg mnanti.."B'sbrlah dgn stiap ujian & dgaan. Dan yakinlah dgn bntuan ALLAH.."

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.Ana rse enta xperlu keluar.Nanti mereka lg fikir enta mmg buat perkara itu.

Anonymous said...

bapak,kalo lu nk tau,kwn lu ar yg kaki kelepet laptop tu...tu besok luse ade la 2 balasan nye...HAHAHAHAHAHAHA....
~~kak epy~~

Ringgo said...

Allah itu Maha Mengetahui , Insyaallah.. berdoalah pada DIA , yang Maha Adil , Tuhan sekalian Alam.. kalau dirumah tu lebih memburukkan keadaan dan menambah fitnah , menambah kebencian.. eloklah keluar .. berundur bukan bererti kalah @ mengaku salah .. tapi boleh menbuka lembaran baru dalam hidup kita untuk lebih teratur

Anonymous said...

Hardly I can believe that.