Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Thursday, April 15, 2010

Khutbah, Khatib, Imam

....Assalamualaikum....
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan Muhammad S.A.W.
Para Isteri, Sahabat, Auliya, dan Seluruh pendukung agama Allah.
Allahu Akbar!!

Sudah lama rasanya meninggalkan blog ini dengan isu futsal wanita yang mana ada kebaikannya tetapi banyak lagi keburukannya. Jadi dengan itu, ana mengambil pendekatan bahawa, futsal wanita tetap tidak sesuai. Bagi mereka yang bersetuju dengan futsal wanita, ingatlah, Allah akan bebankan kamu dengan dosa selama futsal itu di mainkan oleh kaum wanita. Seperti kisah HABIL dan QABIL, selagi ada pembunuhan di muka Bumi, maka dosa itu berpanjangan kan?

Malam ni ana berada di rumah berseorangan. Mana tah kawan-kawan lain. Ada meeting kot.. Biasala, Semua sibuk dengan tugas dan amanah masing-masing. Jauh dah melalut ni. Nak cerita pasal Imam dan Khatib. Hmmm.

Ok, semalam ke kelmarin tah, ana terbaca di sebuah akhbar yang mana menunjukkan ada orang mempolitikkan masjid. Subhanallah, Faham atau Tidak orang yang berkata ini? Politik itu adalah 1 Medan dakwah, Bukan Malaysia je ade 1.

Yang bercakap pulak, orang yang pernaah menghina ulama. Ape dia tahu ape dia cakapkan ni?

Dia kata, ada ahli politik yang membaca khutbah jumaat di negeri kelahiran dan negeri aku menetap sekarang iaitu negeri Selangor. Dulu masa UMNO perintah, Selangor ni hebat, dengan surau dikunci, dengan Nik Aziz tak dibenarkan berceramah dalam masjid. Bukan tu je, Bekas MUFTI sendiri tak di benarkan memberi tazkirah ke, ceramah ke pengajian ke dalam Masjid. Memang ajaib kan Selangor ni.

Alhamdulillah selepas Pakatan Rakyat dapat memerintah Selangor, banyak perubahannya. Pertamanya, para ulama di benarkan menggunakan institusi masjid untuk medan dakwah.

Qalaupun ada mulut busuk kata, Selangor ni orang Islam terancam macam Penang. Ana nak tegaskan, Selangor ke Penang ke, 1 Malaysia umat Islam terancam, sebabnya? Bukan Pakatan Rakyat, tp UMNO. UMNO yang buat umat Islam terancam. Arak Judi, seks bebas, pergaulan, penghapusan tulisan jawi, pengkhianatan kepada agama. Semua ni UMNO yang buat, bukan DAP.. Ingat tuh.

Berbalik pasal Imam dan Khatib Khutbah Jumaat tadi. Orang atasan UMNO ni kata, ahli politik tak di benarkan jadi Imam dan Khatib solat.. Apa gila dia ni?

Yang ana nampak disini seolah-olah, kalau dia Tak Pandai mengimamkan Solat, Tak pandai membaca Khutbah, maka, Orang lain juga jangan. Perghh, memang tinggi maqam dia ni.. Aduyai.

Apa salah Dato Dr. Hasan Ali jadi Khatib? Apa salah Dr. Badrul Amin jadi Imam? Apa salah Dr. Zulkifli menyampaikan tazkirah? Apa salah Ustaz Azrul Hakim memberi peringatan dalam Masjid?
Kalau al-Fadil Ustaz Menteri-menteri nak, dipersilakan, Tiada halangan dari kami, tp apa-apa berlaku, tanggunglah sendiri.

Institusi agama diisi orang beragama. Dah yang berpolitik secara Islam itu orangnya, apa salah mereka memperjuangkan apa yang dibawa ke masjid dan sebagainya.
Tiada salahnya orang politik menaiki mimbar masjid. Jangan nak tunjuk yang awak tu jahil. Islam tak pernah memisahkan politik dengan agama, jadi jangan nak pandai-pandai memisahkannya.
Dengan itu, tolonglah berfikiran matang wahai sahabat-sahabat sekalian.

Bila timbul isu Islam dipijak kononnya di Pulau Pinang. Hak Melayu semakin hilang.
Siapa yang pijak, dan siapa yang menghilangkan hak Melayu? Adakah DAP?
Jangan lupa, KM P.Pinang pernah merengkok dalam penjara sebab mempertahankan seorang WANITA MELAYU. Apa gunanya dia pertahankan orang Melayu kalau dia nak pijak? Bukan semua Kafir akan masuk neraka, Jika sebelum matinya Allah campakkan Iman, Ke SYURGA dia, dan jangan kita anggap kita akan ke syurga. Belum tentu. Berdoalah agar kita semua dimatikan dalam IMAN..

4 comments:

amirah said...

boleh pulak letak syarat ahli politik xleh jd imam, tak salah lau siapa2 jd imam asalkan orang itu punya ilmu dan sememangnya layak bergelar imam

assyuhada said...

salam...
nk suro pemimpin2 negare berceramah kat mimbar krg kuar 1 Malaysia je..houh!
kdg2 terpikir gak,klu ade yg perasan,betape UMNO sgt perjuangkn bngse Melayu kononnye...(sye Melayu)...bangsa...agama...they prefer bangsa...

"Bukan semua Kafir akan masuk neraka, Jika sebelum matinya Allah campakkan Iman, Ke SYURGA dia, dan jangan kita anggap kita akan ke syurga. Belum tentu. Berdoalah agar kita semua dimatikan dalam IMAN.."
like dis qoute~

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

Rainbow said...

salam...sy pun ade gak terbaca paper psl xleyh politik di masjd...pelik2 mnusia akhir zamn... Gile kuasa smpai ulama tolak tepi..ish2..ustaz sy de bgtaw bala yg menimpa jika kita menolak ulama iaitu:

* Allah x akn memberkati hidupnya.
* Allah akn menguasai mereka dgn perbuatan zalim.
* Keluar drpda dunia tanpa iman.(masa malaikat tiup sangka kala)

di dunia semua nye guna udg2 manusia.bila di pdg msyar ty baru kta tahu siapa btul siapa slh.Jtuh bgn suma lumrah hidup..tp bila kita bykn azab Allah lgi dsyat drpd hukum manusia..nauzubillah..CUbe lihat Tafsir al-quran (surah al-insiqaq 84:juz 30)di dlm surah 2 ada menceritakan bgaiman mnusia menerima amalan nya di dunia..