Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Tuesday, October 26, 2010

Bersyukurlah...

..::: Assalamualaikum :::..
Selawat dan Salam buat Rasulullah S.A.W.
Para Sahabat, Isteri-isteri Baginda
Seluruh umat Islam didunia.

Pertamanya bersyukur tidak terhingga kerana Allah masih memberikan nikmatnya pada kita yang sehingga kini masih boleh bernafas, masih boleh melihat, masih boleh makan, masih boleh berkata2. Syukur Alhamdulillah, Namun, adakah nikmat yg sebegini banyaknya kita telah gunakan sebaiknya untuk menjalankan perintah dan suruhan Allah, atau kita gunakan sebaliknya??

Alangkah beruntungnya Orang buta kerana matanya tidak melihat dosa, bukan inginkan buta, tp mulianya si buta drpd kita!

Alangkah bahagianya si pekak kerana telinganya tidak mendengar umpatan dan kejian terhadap sesama makhluk di dunia ini. Bukan ingin nikmat di tarik, tp kita selalu menghina orang yg pekak.

Sungguh seronok si bisu di akhirat kerana mulutnya tak pernah di gunakan untuk menghina, mendusta dan sebagainya, Bukan hendakkan bisu, tp cemburunya dengan kelebihan mereka.

Masihkan kita selalu menghina orang buta, pekak dan bisu...

Bertuahnya si Miskin, tidak banyak yg Allah akan persoalkan tentang hartanya kerana dia memang sudah tidak berharta, bukan minta miskin, tp mudahan aku bersyukur, mudahan ku gunakan ke jalan yang sebenar nikmat yang ALLAH berikan pada kita.

Untungnya anak yatim piatu, tak banyak dosanya pada ayah Ibunya, sedangkan kita, selalu saja tidak berpuas hati dengan ayah dan Ibu bukan?? Bukan ku pinta begitu, tp lumrahnya mereka tidak bahagia seperti kita, namun mereka insyaAllah bahagia di 'sana'...

Bukan bererti kita tidak beruntung, bukan maksudku kita semua akan diazab.
tp adakah kita melakukan yang sewajarnya dengan nikmat2 yang Allah kurniakan kepada kita melebihi dari mereka yang kurang bernasib baik??

Adakah kita telah membantu mereka yang memerlukan bantuan??

"Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima." Bukankah begitu??
Petang ni kelas cancell, so, balik dan terus beronline tanpa haluan... Terkesima melihat status2 fb manusia2 yang ingin menegakkan kebenaran....

itu la buat petang ni.. Tak berapa beridea.. Cuma, nak ingatkan diri sendiri bahawa, setiap yg Allah jadikan tidak sia-sia, Pasti ada hikmah disebaliknya...
Jangan kita mudah berputus asa, sekali pun jangan...

Kita semua berhak bahagia... Kita juga di beri pilihan untuk bahagia atau sengsara,.. Jangan sekali membelakangkan ALLAH dalam membuat pilihan, semoga berjaya!!!

Kadangkala Allah sengaja lambat memakbulkan doa kita kerana Allah suke pada hambanya yg selalu berdoa dan merintih padanya.. Asalkan doa yg kita lakukan doa yang baik-baik.. Untuk ISLAM..

3 comments:

ellieandcarl'sstories said...

penah gak bace pasal citer nih.. :P

Lydia Miza said...

Bila bahagia..manusia selalu lalai..leka dan lupa pd Allah.

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

LIKE !! :)