Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Thursday, October 22, 2009

Kewajipan Bukan Pada Menyayangi Mereka

“Beruntunglah si anak yatim,” saya berbual dengan seorang apprentice yang berkunjung ke rumah.

“Kenapa pula untung ustaz?” beliau nampak sedikit terkejut dengan kenyataan saya.

“Masakan tidak beruntung, derita hidup tidak beribu dan bapa, terlalu kecil berbanding hukuman Allah ke atas anak durhaka!” saya menjawab.

Beliau diam seketika.

“Maksud ustaz, lebih beruntung hidup tanpa ibu bapa?” tanyanya.

“Anak-anak beruntung ada ibu bapa. Tetapi ibu bapa belum tentu beruntung dikurniakan anak-anak. Hari ini ramai anak benci dengan ibu bapa sendiri,” saya menyambung perbualan.

Memang benar.

Saya sudah jadi mangli dengan fenomena anak durhaka. Anak yang memusuhi ibu bapa. Anak yang mengkritik ibu bapa. Anak yang menyakiti ibu bapa.

Tanda-tanda kiamat barangkali.

“Apabila seorang perempuan melahirkan tuannya sendiri” (Petikan Hadith ‘Jibril’)

BIBIT KEMARAHAN

Pengamatan saya, memperlihatkan bahawa anak-anak mula menimbulkan bibit benci atau sekurang-kurangnya tidak berpuas hati dengan ibu bapa sendiri, semasa mereka menempuh beberapa fasa kehidupan.

Seorang bapa, mungkin garangnya hingga tampar dan jentik menjadi makanan harian seorang anak. Di sepanjang masa, anak menerima hakikat bahawa bapanya adalah seorang yang garang. Lalu dia sentiasa berusaha untuk mengelak daripada ‘buat masalah’ dengan bapa yang garang itu.

Tetapi untuk membenci bapa, tidak terlintas di hati dan kepala.

Fasa pertama yang sering menimbulkan rasa benci serta marah anak kepada ibu bapa ialah apabila anak-anak mula meningkat usia, bersekolah dan memulakan tabiat berkunjung ke rumah kawan-kawan malah bermalam di sana. Pada usia inilah anak mula terdedah kepada contoh-contoh lain tentang bagaimana ’sepatutnya’ seorang yang bergelar ibu juga bapa. Anak-anak mula membandingkan ibu bapanya sendiri, dengan ibu bapa kawan.

Rasa takut terhadap kegarangan bapa dan ibu, mula berubah menjadi benci.

Fasa kedua pula ialah apabila berumahtangga.

Dalam sesetengah keadaan, ada ibu atau bapa yang melebihkan anak mereka sendiri berbanding menantu. Tetapi ramai juga menantu yang ‘bertuah’ mendapat mertua yang baik-baik, namun mereka mula secara tidak sedar menyemai suatu fikiran yang jelek bahawa ibu bapaku tidak.

Perbandingan-perbandingan inilah yang menyemai bibit benci dan rasa tidak puas hati si anak kepada ibu bapa mereka sendiri.

SEBURUK MANA PUN MEREKA

Seburuk mana pun ibu bapa kita, janganlah sekali-kali kita lupa pada kebaikan mereka semasa kita belum ada upaya menyimpan ingatan.

Kita menumpang duduk 9 bulan di perut seorang perempuan. Alam itu digelar Alam Rahim. Alam kasih sayang dan alam belas kasihan. Jika tiada sekelumit sayang di naluri seorang ibu, nescaya dibuang sahaja isi perut itu di tandas, di longkang, di tong sampah atau di mana sahaja.

Kerana secebis belas dan ihsan itulah, kita lahir ke dunia.

Lupakah (memang tidak ingat), semasa kita kecil, kita menjerit sesuka hati, memalukan ibu bapa di tengah kenduri? Kita pecahkan pinggan orang, kita curi barang orang, kita kencing dan berak sesuka hati, kita demam tidak bermusim. Bukan kita seorang, malah adik beradik yang lain.

Jika seorang ibu dan seorang bapa, tiada naluri kasih sayang, patah riuk tulang kita dikerjakan mereka. Penat bekerja, tidur entah di mana, bergolok gadai mencari bekal, apakah semuanya semata-mata untuk membesarkan seorang pembenci?

Kita ada ramai kawan, tetapi kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa. Busuk wangi, buruk dan baik, itulah ibu dan itulah bapa.

Pernah suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, memberitahunya bahawa ibu lelaki itu menyuruhnya mentalakkan sang isteri. Lalu Abu Darda’ berkata, aku telah mendengar bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:

“Ibu bapa adalah pintu Syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensesia-siakan pintu itu atau memeliharanya” (Hadith sahih riwayat Ahmad, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Biar pun sandaran dalil Abu Darda’ terhadap soalan lelaki tersebut kepada hadith ini ada perbahasan ulama’ mengenainya, namun persoalan yang terus kekal, Allah menyediakan pintu syurga bukan di tangan kawan yang paling kamceng, atau kekasih yang sejati itu.

Pintu masuk ke syurga yang paling utama, adalah pada memenuhi hubungan kita dengan ibu, juga dengan bapa.

SALAH IBU BAPA

Saya tidak nafikan, bahawa fenomena anak durhaka adalah produk dosa ibu bapa. Kesalahan ibu bapa merupakan faktor terbesar kepada keberhasilan anak durhaka. Malah sejak sekian lama, kita kaum Melayu sudah disedarkan bahawa Sazali adalah produk kesalahan si bapa menterjemahkan kasih sayang sebagai ‘beri semua yang anak inginkan’.

Memang malang di dunia ini bukan malang kerana tidak disayangi. Tetapi malang kerana gagal menyayangi. Sama ada tidak sayang kepada anak-anak, atau menyayangi mereka dengan cara yang salah.

Sudah terlalu biasa, ceramah saya tentang ibu bapa terpaksa diubah suai. Menekan-nekan akan kepentingan anak menghormati dan menjaga ibu bapa, menjadi sebuah sesi yang penuh penyeksaan, kepada si anak yang membenci ibu bapa. Kebanyakannya, adalah akibat sikap ibu bapa sendiri.

DI PIHAK ANAK-ANAK

Tetapi anak-anak perlu sedar.

Allah SWT tidak mewajibkan seorang anak untuk menyayangi ibu dan bapa!

Kasih sayang itu adalah perasaan yang mustahil boleh dipaksa tanpa asasnya. Mana mungkin seorang anak yang dibuang, diabai, disisih, dipinggir malah didera oleh ibu bapa, mampu untuk membuta tuli memaksa diri menyayangi orang yang tidak menyayangi mereka.

Sebaliknya Allah SWT meletakkan kewajipan kita sebagai anak-anak, adalah pada berlaku ihsan, berbuat baik dan menghormati ibu bapa. Ia bukan balasan kebaikan ibu bapa kepada kita, tetapi ia adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai anak, biar bagaimana sekali pun si ibu dan si bapa.

Baik kejam seorang bapa.

Biar cuai seorang ibu.

Mahu pun busuk seorang bapa.

Biar kafir atau sundal sekali pun seorang ibu.

Bukan anak yang bertindak menghukum mereka.

Segala dosa ibu bapa, kecuaian mereka, dan serba serbi kesalahan dan kekurangan mereka, ibu bapa itulah yang akan bersoal jawab dengan Allah tentang tanggungjawab dan peranan mereka terhadap kita.

Namun bagi seorang anak, tugas kita adalah untuk tetap menghormati, menjaga kebajikan, memelihara dan memenuhi keperluan mereka tatkala mereka dalam hajat yang diwajarkan Syariat.

ANDAI TIADA KASIH DAN SAYANG

Kewajipan si anak adalah pada mengekalkan perlakuan baik terhadap ibu bapanya. Bukan bergantung kepada layanan ibu bapanya dahulu, tetapi ialah adalah tanggungjawab anak sebagai seorang anak yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Untuk menyayangi ibu bapa, terpulang kepada anda.

Namun…

Melaksanakan kewajipan tanpa nilai dan kasih sayang adalah suatu beban. Berat tanggungjawab tanpa kasih sayang, adalah maksud malangnya diri yang gagal menyayangi.

Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “apakah perihalnya kamu ini?”

Perempuan itu menjawab, “yang kudukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku”

Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya”

Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjagaku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku.


Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua, aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”

Binasalah si anak yang lupakan peringatan ini!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Tuesday, October 20, 2009

Sayangnya Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita, Bagaimanakah KITA????

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra. bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur.. mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul." Ibnu Abbas ra berkata: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian pakaian syurga."

Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?"

Bumi akan berkata: "Sesungguhnya Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran.. tanda dan gunung ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW."

Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan tiang tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka empat malaikat berada di atas kubur."

Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!"

Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula.. kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga. ketika Rasulullah SAW berdiri.. baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati.. tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas."

Baginda SAW bertanya "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"

Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala."

Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"

Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"

Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku."

Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"

Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"

Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia sebelummu?"

Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."

Jibril as berkata kepada baginda SAW: "Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta ronta. Jibril as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?"

Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi.. aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini."

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku nescaya aku memberi syafaat kepadamu."

Setelah berpuas hati.. Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih.. malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh tubuh yang telah hancur.. tulang tulang yang telah reput.. rambut rambut yang bertaburan dan urat urat yang terputus putus! Bangkitlah kamu dari perut burung.. dari perut binatang buas.. dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya terbinalah tulang tulang. Urat urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita."

Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai roh roh yang telah hancur. Kembalilah kamu kepada tubuh tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman: "Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh tubuhnya!"

Apabila roh roh mendengar sumpah Allah Taala.. roh roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad jasad mereka. Apabila semuanya sedia.. masing masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis.. melihat makhluk makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk.. datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."

Umat umat datang di dalam keadaan satu satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat.. baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?"

Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis."

Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu.. Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"

Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"

Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!"

Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka.. mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!."

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian.. terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?" Jibril as berkata: "Jibril di hadapan Allah.. Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?"

Jibril as berkata: "Mereka adalah sebaik umat."

Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."




Orang orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: "Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik baik kepadaKu tuduhan apa apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!"

Hamba hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: "Hari ini.. Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini.. Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan.. Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik.. penjaga neraka! Katakanlah kepadanya.. bawakan Jahanam!"

Jibril pergi berjumpa Malik.. penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam."

Malik bertanya: "Apakah hari ini?"

Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan."

Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?"

Jibril menjawab: "Ya!"

Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?"

Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!"

Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?"

Jibril berkata: "Aku tidak tahu!"

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang tiangnya. Neraka mempunyai tiang tiang yang keras.. kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak kanak mula beruban rambut. Ibu ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Sunday, October 18, 2009

Register oh register, jgn resign lg tau..

Assalamualaikum.. harap2 semua shat dan sejahtera...

Esok 19 Oktober 2009, bersamaan hari isnin.... Aku akan melapor diri,(mcm nak keje plak)haha... sebagai pelajar di kolej, KUIS... aku da citer sebelum ni kan.. mudah2an la segala urusnku d mudahkan oleh Allah... Bantulah hambaMu yg hina ini ya Allah..

Aku pon x ingat la kali keberapa aku register utk study,termasuk skola la... yg penting bukan kolej pertama, kolej yg ke3... Rakan2 seangkatan aku, baru sekali register masuk kolej, dan istiqamah pon dorg.. Aku???masih diawangan mencari arah hidup, kenapa aku jadi begini??

Banyak org salahkan aku, dan aku pon x pasti salahnya aku d mana?? Setiap kali aku mendaftar, ada yg mengiringi... Esok dengan hati yg selamber, aku nak g register sendiri, buat semua sendiri... Biar padan muke aku, tula, sampai g ke sarawak pon ada yg hantar.. Ni biar padan muke.. suke sgt nak berenti, nak tukar2 tmpt blaja.. Rasakanla sendiri ye Muhammad Hanafi Bin Sulaiman oi....

Pada semua pengunjung, harap doakan la kemudahan bgku ini... Doa korg semua amat bermakna.. Dan Salah silap aku mintak maaf dr hujung benang kopiah, sampai bawah tapak kasut aku.. Maaf byk2 tau.. Sekian dulu la... Nak mengemas, Esok tak sempat online da kot.. K la ye korg.. Salam Ukhuwah kpd semua...

Saturday, October 17, 2009

PETUA pemakanan SIHAT.. InsyaALLAH selamat..

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?
Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa..... ......... ......... ......... .
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepotong ayat...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya.

Solat witir.....

Daripada Abdullah bin Buraidah daripada bapanya berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Solat witir adalah benar, justeru sesiapa yg tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami. Solat witir adalah benar, justeru sesiapa yg tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami. Solat witir adalah benar, justeru sesiapa yg tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami.
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim)..

Wahai sahabat2 dan keluarga2 sekalian...
Bayangkanlah, sedangkan solat witir itu amat2 d suruh oleh Rasul... inikan pula solat fardu... Apakah solat kita sekadar 5 waktu sehari semalam???tanpa solat sunat rawatib. Solat2 sunat lain?? Sekurangnya..Solat witir dilakukan Setiap hari...renungkanlah yer... dan amalkan..selamat beramal..

Gempa dan Ayat al-Quran....

saya terima email ini dari kakak saya.

Bismillah
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad
Assalamu'alaikum

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’(surah ke 17) ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’(surah ke 17) ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal(surah ke 8) ayat 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Kepada semua yg mengenali diri..

Assalamualaikum,
pagi yang indah ini amat sesuai untuk kite beramah mesra dgn sanak saudara mahupun jiran tetangga... yg ade kuih lebih tu bg la kat aku..hahahaha

Sebenarnye, lama sgt dah tak menulis ni kan.... Nak kata xde mase, facebook, boleh je on.. maybe xde idea kot..hahahaha..

Kawan2 semua, doakan lah kejayaan ku dgn ape yg telah kulalui...
Aku dah menongkah arus utk berhenti dr belajar HRD yg kat UNIMAS...
dan bukan aku saje nak berenti, aku sendiri tak pasti yg aku masuk UNIMAS ni utk aku ke utk org lain.. yg pasti, xde ape yg aku dpt, melainkan keseronokan belaka...

Dengan didikan dr keluarga, guru2 kesayangan...
Aku cuba untuk belajar dgn baik, ku cuba menumpukan perhatian sepenuhny, namun segalanya aku xdpt apa2.... semua assignment aku kwn aku buat, tq Akmal Fikri...
Kalau kwn lain, hmmm hampeh, tp mmg la, sape sanggup buatkan assmnt org kan, hahaha.
ape da aku nih...huh!!

Atas kedatangan bulan ramadhan yg kuat juga aku x sia2kan... aku cuba lg, namun hasilnya masih di takot lama....
Aku pon dengan semangat untuk berjaya, bertekad akan belajar besungguh2, tp bukan dgn kos HRD ni,...

Aku ambil keputusan untuk berhenti sahaja...
Namun, seiap tindakan kita takkan d persetujui oleh semua org, kalau semua org setuju, x mencabar la hidup ni bak kata kwn aku dlm fb..tah pape r..
Tp aku percaya kata2 Luqman al-Hakim... apa2 yg kita buat, pasti ade yg x suka...

Sekarang, aku akan mendaftar sebagai pelajar baru d KUIS... kos pulak Diploma,
sapa tak kata rugi kan?? elok2 amek STPM, dpt masuk U, amek degree..
g Resign, amek plak diploma.. ape ke jadahnye nih??

Terima kasih kepada semua pendorong dan penghalang yg menjadikan aku semakin bersemangat... Terima kasih kpd Ibu tersayang... Terima kasih kpd adik beradik yg mmg semua memahami aku.. walaupun aku ni bukan adik yg baik...tp bukanb jahat kot, tah la..mereka yg menilai...

Ape2 pun, terima kasih semua...