Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Sunday, November 15, 2009

Ketahuilah oleh mu

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
Allah SWT sudah menghitung air matamu.

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja. Allah SWT sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah SWT sudah punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon.
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang..
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya
dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas.
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan.
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.
Allah SWT telah memberkahimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap.
Allah SWT tahu.

Saturday, November 14, 2009

Boleh Sembelih guna mekanikal???biar betul???

Assalamualaikum... d pg2 hening yg slalunya aku tidur...  kalau cuti la.hehehe.. pg ni x pulak... Tengah menonton kartun d tv3, aku tgk ade buku Halal Haram dekat dgn tv tuh, aku amek, bukak je muka surat mane2, tetiba tgk tajuknya, 'Penyembelihan secara mekanikal'.........



Penyembelihan mekanikal ialah penyembelihan yg menggunakan sistem elektrik, pisaunya d gerakkan oleh mesin... Yang aku tak puas hati bace, JAKIM luluskan penyembelihan secara mekanikal nih... ish.... biar benar?
atas hujah berikut
1. siapakah yg melakukan penyembelihan?
2. apakah alatan menepati syarat sembelihan?
3. ada niat atau qasad.

Pertama, siapa yg melakukan penyembelihan, dah tentu mesin, kalau mesin yg buat, sama je ayam tu mati kena langgar... ape boleh makan ayam kena langgar???
ataupun, kalau die kata mesin tu d kendalikan org Islam, kalau mcm tu, kalau org Islam yg langgar ayam tuh, boleh la makan??

Kedua, alat yg d gunakan menepati syarat sembelihan...
syarat sembelihan tajam supaya tidak menyakiti haiwan... Kalau pun pisau yg d guna tu tumpun, ayam tu tetap mati, sbb bile guna mesin, lepas je ayam d sembelih, mesin akan hantar ayam tu ke kolam air panas pulak.. tepat ke tidak syarat nih??

Ketiga, niat atau qasad... dalam sembelihan menggunakan mesin ni, siapa yg niatkan?? pengendali mesin tu niat?? cukup ke menyembelih beratus ekor ayam mungkin beribu dengan sekali niat sahaja??? mcm mana ayam2 yg die x niatkan semasa ayam d sembelih?? ataupun, pengendali mesin akan duduk sahaja semasa mesin berfungsi dengan tanpa henti berniat???dengan tidak menyembelih, tp niat... Kalau niat haji, tp x pergi menunaikan haji, mcm ayah pin jer... sama jgk, niat sembahyang dah cukup ke utk cover sembahyang tuh???

Patutpun masalah semakin meruncing dalam kalangan masyarakat saban hari.. Masalah HALAL HARAM yg sepatutnya d atasi dengan betul pon masih mengelirukan...
Cuba adakan forum round 1 malaysia... bg org boleh tanya, boleh nilai mcm mana, ini tidak, jom heboh, sua rasa, tah ape2 lg karnival boleh pulak d bawa seluruh negara.. Soal HALAL HARAM yg penting ni tak d pandang pun..

Kepada sesiapa yang arif tentang hal ini, tolong jelaskan pada aku, dan kalau hujah aku, aku x setuju dengan ape yg JAKIM luluskan nih... selagi aku x dapat hujah yg btl2 boleh aku terima...
Kalau boleh sertakan nas2 yg menyokong tindakan JAKIM ni.........

Alahai bangla tol la..hahaha


assalamualaikum...
Nak posting mende berat2, rase idea x cukup la.hehehe.. aku nak post mende ni jela malam ni..  Sampai2 je rumah, aku bukak la kompeter, cek email, ade 2 dr abgku yg slalu antar email.. 1 drpd itu adalah al kisah bangla jd wireman.. pasang kipas syiling.. Korg tgk sendiri la..pastu komen erk..hehehe.
Boleh plak controler tuh pasang btl2 dekat dgn kipas tu..wakakakaka

Sunday, November 8, 2009

Chatting??Call??SMS??Surat Cinta??Boleh ke x??

Assalamualaikum semua....masih belum tidur aku nih... Nak d jdkan cerita, aku ni ade masalah nak tidur. ade la masalah sket..bukan xleh tidur, tp.....hehehehe...adalah...nanti ade mase aku citer kalau aku nak citer la..hehehe.

kita mesti menegakkan sifat HAYA' ataupun malu. Muslimin muslimat tidak diizinkan berchatting, call, sms, tulis2 surat pada yg bukan mahram.... hanya untuk bersosial ataupun sebagai hobi. Adalah haram untuk muslimin muslimat yang bukan muhrim berchatting, call, sms, tulis2 surat kecuali keharusan untuk perniagaan ataupun pendidikan. Semua bentuk interaksi hendaklah sopan.
Al-Qur'an telah mengingatkan kita berulang-ulang kali bahawa semua perkataan akan dicatat oleh para malaikat dan kita akan dipertanggungjawabkan ke atas perkataan yang telah kita gunakan nanti. (sila rujuk AL-AHZAB 33 Aya 70 & QAF 50 ayat 18)
 
Islam mengharamkan Khalwah (duduk bersunyi) di antara muslimin muslimat yang bukan muhrim. Dalam hal ini, khalwah secara virtual boleh terjadi dengan perbualan melalui internet ataupun telefon. Sebagaimana diharamkan bersunyi-sunyian dalam keadaan fizikal, begitu juga bercakap melalui telefon atau chatting, lebih-lebih lagi interaksi itu berkaitan perkara yang peribadi.
 
Kita juga harus berhati-hati sebelum diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu akan faedah yang kononnya wujud dalam berchatting dengan golongan yang bukan muhrim atau seseorang yang entah diketahui siapakah dirinya yang sebenar. Kekadang kita tidak sedar sedang ditipu dan diperdaya dengan nama-nama samaran serta lakonan orang yang sedang berchatting.
Bukankah Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: ( Daripada tanda keelokkan (kesempurnaan) imannya ialah ia meninggalkan apa yang tiada sangkut paut dengan dirinya) Hadis Riwayat Tarmizi.

Dalam hal sebegini, ramai masyarakat masa kini yg menggila bechatting dgn bukan mahram... bertalifon la..sms, lg byk... Sgt menyedihkan kerana aku juga pernah melakukan perkara itu satu ketika kejahilan dan mengabaikan tanggungjawab terhadap ALLAH... Moga2 Allah ampunkan dosa kita semua...


Kepada rakan2, sahabat2 perempuan yg dulunya kite slalu bersms, berchatting... harap maaf... bukan aku ingin menyombongkan diri, tp, sekadar cuba memperbaiki diri yg hina ini... Manusia mulia sebenarnya, cuma manusia sendiri yg menjadikannya hina...dengan tindak tanduk d kawal nafsu... Jika hari ini aku x meng'sms' mu, bukan lg memberi waktu utk kau merindu, tp memberi kesedaran pd semua yg sms bukan pengisi masa lapang yg berfaedah.. bace buku lg berfaedah... Harap sgt2 kepada semua yg mengenali diri, nak terasa hati ke ape ke... kalau aku x sms, n x balas sms..harap maaf sgt... Aku mule sedar dgn seorg perempuan rakanku bertengkar..die marah aku..terima kaseh utk die... Somoga dia juga berterusan dalam membangunkan agama Allah...


Kepada semua rakan2...sama2lah kite cuba perbaiki diri kita... Tak kira lelaki mahupun wanita.. Cuba kira, berapa kali kite call mak ayah kat rumah, dan berapa sms yg lagha kite buat setiap hari?? Jadi bile ade kwn2 call mak ayah die selalu, jgn nak kata die manja..sebab..lebih baik die call mak ayah drpd sms dgn org yg bukan mahram kan?? Sama2 kite perbaiki diri... Semoga Allah bantu kite wahai saudara dan saudari sekalian... Janganlah anggap ini persoalan kecil, sbb nye.... Jangan meremehkan ibadah walaupun kecil, boleh jd ibadah kecil tu la membuatkan Allah Redha dgn kita, dan, jgn meremehkan dosa walaupun kecil dosa tu, boleh jd Allah murka dgn kite sbb dosa itu..

Saturday, November 7, 2009

ROKOK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Jom bace...


Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:
* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK


1. Rokok menjejaskan akal (mental)

2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal

3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain

4. Rokok membahayakan keturunan

5. Rokok mengganggu manusia lain

6. Rokok menimbulkan akhlak buruk

7. Rokok mensia-siakan waktu hidup

8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman

9. Rokok membazirkan harta (wang)

10. Rokok mengandungi dadah (nikotin)

Jadi, dengan ternyatanya pengharaman ini, wahai sahabat dan saudara ku yg masih mengamalkan rokok sebagai gaya hidup anda... tolong la berenti, bukan utk siapa2, utk diri kita dan masa depan anak2 kita juga... Bayangkan, kalau kita sudah berkeluarga... si ayah atau emak merokok, kemudian, si anak di tangkap kerana merokok di sekolah, si ayah serba salah utk menegur kesalahan yang anak lakukan... Maka, dengan bermula pada saat dan ketika ini.. kita hentikanla... Ingat, membeli rokok adalah membazir, Allah akan tanya pd kita, pd jalan mana kita gunakan rezeki yg Allah berikan pd kita.... Sama2 kita muhasabah diri yah....

Dosa dengan Anjing....

Assalamualaikum....

Sekian lama aku masih lg diulit mimpi2 indah dengan khayalan dek syaitan penghasut bersama nafsu yg menguasai diri....
Sekian lama aku berkekalan dalam melakukan dosa...Mudah2an Allah akan mengampunkan dosa2ku..aminnn...

Kepada semua yg mengenali diri ini, dengan kesalahan yg aku lakukan yg tak dapat dihitung..Maafkan lah sekiranya kamu sekalian menganggap aku adalah saudaramu...Jika tak d maafkan kesalahanku, bagaimana Allah akan meredhaiku...

Aku sekarang tengah dan masih belajar untuk menghormati setiap makhluk d sekelilingku.. Masih byk yg aku dahulu lakukan sampaikan rasa bersalah kini menghantui diri.. Kalau aku nampak anjing, rasa bedosa sgt dgn dia, walaupun pada zahirnya anjing tu nampak mcm hina d mata manusia, tp ia adalah makhluk Allah.. Tiada suatu pun ciptaan Allah yg sia2..cuma manusia sahaja yg mensia2kannya... Dulu, mase zaman kejahatan aku, aku suke benor mengganggu ketenteraman anjing2 ni nak cari makan waktu malam..kejar la..baling batu la...ish3, jahat btl aku... Sekali aku bejalan sorg2, kena kejar dgn anjing, baru tahu...takot jgk mase tuh..huhuhu... Korg yg membace ni, jgn sesekali lakukan kesilapan yg telah aku lakukan... Sekian dulu, nanti plak cite..kang xde modal plak..hehehe..

Semoga kita semua mendapat berkat dan rahmat Allah... Mudah2an amalan kite d terima Allah...jgn ada riak dlm amalan..bantulah kami ya ALLAH....

Tuesday, November 3, 2009

Sunnah Nabi yg sedia kita Tahu, Namun masih d abaikan....

Salam sahabat2ku...
Aku amek dr senior aku kat UNIMAS..member bilik la senang citer..tq abg zarul..


“Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.