Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Sunday, November 8, 2009

Chatting??Call??SMS??Surat Cinta??Boleh ke x??

Assalamualaikum semua....masih belum tidur aku nih... Nak d jdkan cerita, aku ni ade masalah nak tidur. ade la masalah sket..bukan xleh tidur, tp.....hehehehe...adalah...nanti ade mase aku citer kalau aku nak citer la..hehehe.

kita mesti menegakkan sifat HAYA' ataupun malu. Muslimin muslimat tidak diizinkan berchatting, call, sms, tulis2 surat pada yg bukan mahram.... hanya untuk bersosial ataupun sebagai hobi. Adalah haram untuk muslimin muslimat yang bukan muhrim berchatting, call, sms, tulis2 surat kecuali keharusan untuk perniagaan ataupun pendidikan. Semua bentuk interaksi hendaklah sopan.
Al-Qur'an telah mengingatkan kita berulang-ulang kali bahawa semua perkataan akan dicatat oleh para malaikat dan kita akan dipertanggungjawabkan ke atas perkataan yang telah kita gunakan nanti. (sila rujuk AL-AHZAB 33 Aya 70 & QAF 50 ayat 18)
 
Islam mengharamkan Khalwah (duduk bersunyi) di antara muslimin muslimat yang bukan muhrim. Dalam hal ini, khalwah secara virtual boleh terjadi dengan perbualan melalui internet ataupun telefon. Sebagaimana diharamkan bersunyi-sunyian dalam keadaan fizikal, begitu juga bercakap melalui telefon atau chatting, lebih-lebih lagi interaksi itu berkaitan perkara yang peribadi.
 
Kita juga harus berhati-hati sebelum diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu akan faedah yang kononnya wujud dalam berchatting dengan golongan yang bukan muhrim atau seseorang yang entah diketahui siapakah dirinya yang sebenar. Kekadang kita tidak sedar sedang ditipu dan diperdaya dengan nama-nama samaran serta lakonan orang yang sedang berchatting.
Bukankah Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: ( Daripada tanda keelokkan (kesempurnaan) imannya ialah ia meninggalkan apa yang tiada sangkut paut dengan dirinya) Hadis Riwayat Tarmizi.

Dalam hal sebegini, ramai masyarakat masa kini yg menggila bechatting dgn bukan mahram... bertalifon la..sms, lg byk... Sgt menyedihkan kerana aku juga pernah melakukan perkara itu satu ketika kejahilan dan mengabaikan tanggungjawab terhadap ALLAH... Moga2 Allah ampunkan dosa kita semua...


Kepada rakan2, sahabat2 perempuan yg dulunya kite slalu bersms, berchatting... harap maaf... bukan aku ingin menyombongkan diri, tp, sekadar cuba memperbaiki diri yg hina ini... Manusia mulia sebenarnya, cuma manusia sendiri yg menjadikannya hina...dengan tindak tanduk d kawal nafsu... Jika hari ini aku x meng'sms' mu, bukan lg memberi waktu utk kau merindu, tp memberi kesedaran pd semua yg sms bukan pengisi masa lapang yg berfaedah.. bace buku lg berfaedah... Harap sgt2 kepada semua yg mengenali diri, nak terasa hati ke ape ke... kalau aku x sms, n x balas sms..harap maaf sgt... Aku mule sedar dgn seorg perempuan rakanku bertengkar..die marah aku..terima kaseh utk die... Somoga dia juga berterusan dalam membangunkan agama Allah...


Kepada semua rakan2...sama2lah kite cuba perbaiki diri kita... Tak kira lelaki mahupun wanita.. Cuba kira, berapa kali kite call mak ayah kat rumah, dan berapa sms yg lagha kite buat setiap hari?? Jadi bile ade kwn2 call mak ayah die selalu, jgn nak kata die manja..sebab..lebih baik die call mak ayah drpd sms dgn org yg bukan mahram kan?? Sama2 kite perbaiki diri... Semoga Allah bantu kite wahai saudara dan saudari sekalian... Janganlah anggap ini persoalan kecil, sbb nye.... Jangan meremehkan ibadah walaupun kecil, boleh jd ibadah kecil tu la membuatkan Allah Redha dgn kita, dan, jgn meremehkan dosa walaupun kecil dosa tu, boleh jd Allah murka dgn kite sbb dosa itu..

4 comments:

HonEyBuNNy said...

erm...xtau la nak kata 4 dis entry...mb semua xbrane bg koment coz skrg anak remaja kita mmg lalai kalo bab2 sms ,call n cating neh......sori la..ila just skadar nak koment coz ila pn tahu dri ila byk serba kekuragan,,,

Anonymous said...

nanti aku nak carik bakal bini camne?suro mak bapak?kalo aku xberkenan?2 3 bulan dah cerai..kira try and error pnye formula?yela,dh kawin bru nk kenal..basic seciput pn tarak..tau2 mamat@minah tu bnyak hutang..tp aku rasa mak bapak pn xbleh carikkan..sbb bukan muhrim..camne ni?masa berjalan,duit aku tarak hal,masa je..boleh bg balik x?

hanafi said...

Anonymous, sila bg email atau link anda...

Kenapa kah, otak anda berfikir sebegitu??
Bukankah Islam menyuruh bertunang..
Itu sbb ade tempoh bertunang...
Mase tempoh bertunang itulah masa mengenal.
Bukan x boleh keluar, keluar dgn mak ayah sekali.. x salah kan..

Cuba kembangkan otak kamu,..

Sy pinjam perkataan Ustaz sy,
"sekali pandang nampak mcm bodoh,tp bila bercakap, nampak dan jelas kebodohan..
Dah la takot nak serlahkan diri.. Ckp mcm org xde agama, mcm xde panduan hidup.. Dalam Islam semua dah cukup.. Jangan risau..

Rie said...

Bagi saya, tiada halangan sebenarnya bagi lelaki dan perempuan utk berinteraksi melalui apa jua cara. Cuma yang penting dan perlu dijaga ialah tatatertib serta niat ketika berinteraksi. Setakat bertanya khabar tiada salahnya kan. Tapi klu sudah berkahwin eloklah dilaksanakan seperti apa yg diceritakan kerana bimbang berlakunya fitnah.