Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Sunday, November 29, 2009

Hantar 4 Orang..

Assalamualaikum...

Mohammed Nizar Bin Zainal Abidin, Muhammad Safwan Bin Roslan, Mohd Adib Bin Jamaluddin, dan Ahmad Fahim bin Jamaluddin..

Empat2 nama ni dah pun masuk ke suatu tempat d Ipoh, Berbekalkan duit >< RM 20 sorg, sepatutnya x payah bg duit.. Namun utk menggembirakan hati mereka yg dpt kurasakan sedikit sedeh.. Walau pun aku selalu marah mereka, sayang jgk anak buah, dah nama anak buah kan...



Takpela korg, semua yg kami lakukan bukan utk menyiksa perasaan korg, tp utk kamu semua jd lebih baik dr kami, terutamanya bapak ni ha... Kamu semua dah pandai bawak diri, Semua ni hebat kalau bawak moto, kereta ayah pon dah d sebat kan???hehehe..

Makwe, semua dah ade, hp semua ade, tp skrg korg xde hp.. hp nizar dgn safwan ade kt bapak, tp safwan bawak sim kad g sane, kalau ape2 hal, nak call ayah??harapan jela wan... Hp adib dgn ahmad, ayah ambik kan??hehehe.. Sebenarnye ayah xnak kamu semua rosak.. Bukan ayah x nak bg kamu semua guna teknologi.. Tgk, komputer, ayah bg je korg guna, itu bukan teknologi ke??

Jangan kite tgk kwn ade, kite pon nak ade.. Skrg, bapak pun rase hp x pakai sgt... Cuma, bapak mmg bawak kalau kat kolej tuh, kot2 nenek ke, ayah mak korg nk call, ade ape2 ke.. Kalau kat rumah, jarang sgt hp ade sebelah bapak...

Duduk sane sebulan mudah2an kamu semua akan kembali dgn org yg berbeza dgn ape yg kami hantar pada hari ini.. Bapak sentiasa doakan...

InsyaAllah sampai waktunya kamu semua balik nanti, bapak g ambik jgk.. Kami sambut Kamu semua dgn hati gembira.. Jalankanlah tanggungjawab Sebagai Khalifah d Muka Bumi Allah ini. Lebih2 lg kamu sebagai lelaki yg akan memimpin, setidaknya memimpin keluarga.. Apa yg buruk dlm keluarga jdkan sempadan, yg baik jdkan ikutan.


Salam sayang dr Bapak utk korg semua.. Harapan keluarga, Harapan Agama, Harapan Negara.. Hidupkanlah syiar Allah d Bumi ini...

Terima kasih Ustaz Kazim, kerana banyak menyedarkan saya dengan ceramah2 ustaz.. Mudah2an sy akan menjadi insan berguna...

Tengok Wayang...

Assalamualaikum... Salam sejahtera..
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan Muhammad...
Alhamdulillah sampai hari ini kite masih d kurniakan nikmat Iman dan Islam.. Itulah nikmat Paling Besar yg perlu kite syukuri.. Bukan sbb ade makwe yg cantik, bukan sbb ade pakwe yg hensem.. Bukan sbb kite ade segala yg kite inginkan.. Sebab semua tu akan hilang..

Bila kita mati, ade 3 perkara yg akan mengiringi kite ke perkuburan.. Saudara-mara dan sahabat, Harta, Amal.. Namun 2 drpdnya akan kembali dan hanya 1 sahaja yg akan menemani kita... Aku pasti, korg lebih faham tentang perkara ini..

Sebenarnye aku bukan nak post mende ni malam ni, tp aku bukak je blog, terbace 1 post blogger.. dan aku pon rase kena post mende nih...

Aku terbace tentang panggung wayang.. Takpela, aku rase x payah bg tahu sape punye blog.. Cuma kalau tuannya bace, harap maaf, bukan niat sy utk memalukan, tp utk kesedaran semua org...

Dalam kehidupan ini, utk menuju ke syurga abadi, perlu melalui jalan penuh liku dan duri, namun utk mendapat neraka penuh dengan nikmat....

Bagi aku, menonton wayang tetap x boleh, mudah2an aku dipelihara drpd perkara2 itu...

Dalam blog tuh, die bg tips menonton wayang:
  1. mandi..buleh? (ingat lagi masa tu ktOrang tgk 10,000 BC..dah la cite mcm hampeh! orang kat sblah plak ya rabbi punya hapak! xke spoil moOd?)
  2. kasut penting jgk ( sila la jangan suka² hati nak bukak kasut time mOvie.. tau x..bau cekam?busuukkkkkkkkkk)
  3. bawak anak kecik (kalau korang rasa anak korang baik buleh dOk diam dalam hall..xlari² sana..lari² sini.. sila la bawak)
  4. ade ke skang ni orang xde henfOn? xdak kot no?so fOr those yg ada henfOn- silent mOde please =)
  5. be early (kalau korang tau yang mOvie kOrang tu jenis yang pecah panggung..seat fOr sure penuh la kan? korang plak beli tiket yg seat tengah².. sila la mai awai! kOrang berdiri nak cari seat tu dah kacau ramai orang yg kat blakang kOt?)
  6. sila jangan buat mOvie sendiri kat tempat kOrang
  7. sila jangan buat synopsis sendiri
  8. sila jangan tanya orang sblah lepas ni nak jadi apa
  9. sila jangan gelak mengada²
  10. sila jangan bsembang! (hat ni la yang paling pantang!!!!) actually sume yang tersenarai la saya pantang..hehehe
Hehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehe.... Seronok skali bace, tp bila kita amati betul2, wayang byk melalaikan manusia.... Tidakkah rasa bersalah kepada diri kita menonton wayang???

Banyak lg benda lain boleh buat kan dr tgk wayang..
Dalam Islam, Matlamat tidak meghalalkan cara @ niat yg baik x boleh d lakukan dgn perkara buruk.. Sedangkan utk menyelamatkan nyawa kita, dgn mengorbankan nyawa org lain pon x boleh..

Tp tips2 d atas tu boleh d guna, semasa menghadiri seminar, ceramah dan apa2 yg sewaktu dgnnya... Ada antara kita, panggung wayang sebulan sekali mesti pegi, atau seminggu sekali, tp kenduri kendara d taman perumahan, d kampung susah sgt nak g.. kenapa mcm tuh??? Lg la masjid.. ade pengajian pun susah nak g..

Panggung wayang bercampur antara lelaki dan wanita, setahu aku xde lg panggung yg asingkan tmpt lelaki dan wanita... so di situ dah jelaslah haram.. sedangkan bercakap dgn bukan mahram pun d tegah kalau xde sbb yg d haruskan syarak...

D sini bukan nak singgung sape2. cuma ckp ape yg aku rase perlu. Kepada anak2 buah aku yg suke g panggung wayang.. Please la, buang sifat tuh.. Kamu semua mengaji agama. Mana hilang semua tuh?? Kalau markah exam sikit, kamu merungut, tp akhlak kamu makin luntur kamu x bising pon..

Pakaian begitu juga, Aurat jaga.. Jangan pakai baju yg ketat2... Yg lelaki, jgn keluar pakai short pants.. Menggoda u..hehehe. K la. nak post mende lain plak.

Thursday, November 26, 2009

Hari Raya...Sorry semua.. Bacala

Assalamualaikum.. selawat dan salam buat rasul junjungan, para isteri, sahabat, auliya', tabi'in dan seluruh umat Islam...

Memanjatkan kesyukuran di malam hari raya yang indah ini...

Sebelum terlewat... Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha....

Mengikut tradisi, hari raya ini juga d sebut hari raya qurban.. So qurban la sape yg mampu...

Menurut kebiasaan.. bila malam raya, aku akan bertemu dgn rakan2 sekampungku.. Malam ni pon aku rase nak kuar.. bukan kemana pon.. jumpa kwn2 kat surau.. sembang2 sket.. citer2.. pastu makan minum.. balik la...

Nampaknya aku x ber'blog', xber'facebook' la malam ni... So harap kwn2 nuff tuh... tulun la klik2 kat aku yer.. Kepada semua.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...

Sekadar pesanan buat diri sendiri.. Jadikan iktibar dan pengajaran Hari Raya Qurban bersempena Hari Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah.. walaupun berat.. namun bilamana itu perintah Allah, laksanakan sahaja tanpa d persoalkan..

Perempuan dan Lelaki, tutuplah aurat..dan fahamilah definisi aurat itu sebenarnye..
Suami, jalankanlah tanggungjawab sebagai suami dan ayah yg memegang amanah Allah...
Isteri, jalankan tanggungjawabmu sebagai isteri dan Ibu yang merindui syurga Allah...

Dalam banyak perkara, kite boleh saja utk marah atau melenting, namun, sabar itulah yg paling bernilai.. Renung2kanlah.........

Tuesday, November 24, 2009

Laksanakan tanpa Banyak tanya, tanpa bantahan...

Assalamualaikum... Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia, keluarga, sahabat, tabi'in dan seluruh umat Islam yang hidup dialam ini mahupun d alam lain..

Dalam keheningan malam nih.... teringat d suatu masa pengajian d masjid... seorang ustaz bekas YB menyampaikan ilmu yg d amanahkan oleh Allah... Seronok yg tak terhingga bile mendengar ceramah2 mahupun tazkirah, lebih2 lg bila penyampainya sering menyelitkan gurau senda atau 'lawak'... Majlis ilmu yg 'hidup'..

Tajuk utama adalah tentang ibadah korban... Sbb dah nak dekat Hari Raya Korban kan..
Telah d perintahkan kepada Nabi Ibrahim AS supaya menyembelih anaknya Ismail AS melalui Mimpi benar.. Mimpi para anbiya itu adalah wahyu daripada Allah yg Maha Kuasa...

Setelah mendapat mimpi, Ibrahim sebagai bapa bertanya pendapat kepada Ismail sebagai anaknya... Wahai anakku, aku telah bermimpi diperintahkan kepadaku utk menyembelihmu sebagai korban.. Ismail menjawab, jika itu perintah Allah, laksanakanlah wahai ayahku...

Laksanakanlah ibadah korban bagi yang mampu..dan saya yakin, banyak org yg mampu, tp masih lg memandang remeh ibadah korban atas alasan sunat...

Timbul persoalan d sini,
Nabi Ibrahim adalah seorg yg bertaqwa, dah Allah perintahkan, nak buat apa tanya pendapat Ismail lg???

Jawapannya, Allah nak memberitahu kepada sekalian manusia di mana kedua2 hamba Allah ini adalah yg bertakwa... Nabi Ibrahim sedia melaksanakan perintah Allah, dan Nabi Ismail merelakannya.... Itulah ketakwaan yg d tunjukkan... Tanpa sebarang pertanyaan balas kepada Allah..

Sebelum peristiwa korban ini, satu peristiwa penting d mana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar bersama anaknya Nabi Ismail yg masih kecil d suatu lembah yg tiada tumbuhan dan tiada air...... Namun, atas perintah Allah, Tiada bantahan, walau kwsn itu kering kontang....


Dengan keberkatan dan ketakwaan mereka, tempat yg tiada tumbuhan itu memancarkan mata air yg sehingga kehari ini airnya tidak kering2 lg... Membuktikan suruhan Allah itu ada hikmah d sebaliknya....

Bukti yg sangat2 lah kukuh bahawa, jika sesuatu yg Allah perintahkan itu, laksanakanlah tanpa banyak tanya, tanpa bantahan...
Contohnya, menutup aurat (bukan hanya bertudung), tanpa perlu d persoalkan, tanpa bantahan, tutup sahaja aurat, nescaya selamat dunia akhirat...

Satu lg cerita d zaman Nabi Musa AS.... tentang bani israel(yg byk sgt tanya)
Pasti anda semua lebih faham dan arif tentang cerita Seorg Tua yg d bunuh oleh anak saudaranya utk mendapatkan hartanya.. Dan utk mengetahui pembunuhnya, Allah perintahkan menyembelih seekor lembu betina...
Sepatutnya cukup sekadar lembu betina, namun dgn byk tanyanya bani israel, bertanya kembali, lembu betina warna apa, bagaimana bentuknya, d gna utk bekerja atau tidak?? Dengan persoalan2 yg d timbulkan, Allah memberikan jawapan yg nampak menyusahkan.. Oleh kerana itu, perintah Allah jangan d tanya, dan jangan d persoalkan....

Kepada sesiapa yang ade pandangan atau kritikan, komen je.. xpon email... tinggalkan email anda pd komen post ini...
Maaf dipinta kepada yg terasa atau tangan salah berbicara, tersinggung d mana2.. Bukan memandai2, cuma menyampaikan.. Sabda Nabi Muhammada SAW, Ballighu anni walau ayah... Sampaikanlah drpdku walau sepotong ayah...

Selamat malam dan beristeri rehat bg yg beristeri, selamat sersuami rehat yg ada suami, yg Bujang.. Selamat berehat, cepat2 la kawen, sbb pahala ibadah org yg dah kawen lebih 70 kali ganda drpd org bujang... ish.. melalut dah..hehehe.. okey2 stop!! assalamualaikum...

Monday, November 23, 2009

Seorang Lelaki dan Seekor Anjing yg Dahaga

Assalamualaikum....
Selawat dan salam utk Rasul junjungan, para anbiya, sahabat, dan pengikut...

Kisah yg akan anda semua baca ini adalah dipetik dr Hadith Sahih Bukhari; 2190 dan Sahih Muslim; 4162

Daripada Abu Hurairrah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: Ada seorang lelaki yang sedang berjalan, tiba2 dia berasa sgt dahaga. Maka dia turun kesebuah telaga lalu meminum air di dalamnya. Apabila dia keluar dr perigi itu, dia melihat seekor anjing yg terjelir lidahnya sedang memakan tanah yg basah lantaran terlalu dahaga. Dia berkata dalam hati 'sesungguhnya anjing ini sgt dahaga seperti yg telah aku rasai'.

Maka dia turun kembali dalam telaga lalu dicedokkannya air dengan kasutnya dan digigit dengan mulutnya. Lalu dia memanjat keatas dan memberi anjing itu minum sepuasnya.

Atas sebab itu, ALLAH SWT telah mengucapkan syukur kepadanya dengan menerima amalannya serta diampunkan dosanya.

Sahabat2 bertanya, " Ya Rasulullah! Adakah kita akan mendapat pahala dengan melakukan kebaikan kepada binatang?"

Rasulullah menjawa, "Berbuat baiklah kepada semua makhluk yang hidup, nescaya ada ganjarannya."

Pengajaran.............
1. Berbuat baik tidak terhad kepada sesama Islam dan manusia sahaja.
2. Perlu ada sifat kasih sayang dan belas. Sabda Nabi SAW "barangsiapa yg tidak mempunyai sifat kasihan belas, nescaya dia tidak akan dikasihani".
3. Allah mengampunkan dosa dengan amalan yg di redgoinya, walaupun amalan itu dipandang kecil oleh segelintir manusia. Dengan itu, "Jangan pandang kecilnya amalan itu, boleh jd dengan amalan yg kecil itu ALLAH redha pada kita, dan Jgn  lihat pada remeh dosa itu, boleh jd ALLAH murka dgn kita sbb dosa itu"


BERBUAT BAIKLAH KEPADA SEMUA MAKHLUK YANG HIDUP, NESCAYA ADA GANJARAN BAGINYA

Thursday, November 19, 2009

Yahudi pandai, adakah kebetulan atau ketentuan??

Dalam al-quran ade mengatakan yang bangsa yahudi adalah bangsa yg d kurniakan kepandaian dan kebijaksanaan... Maknanya, mmg Allah dah anugerahkan kepandaian pada mereka...namun, pasti ada asbab musababnya, kerana setiap yg berlaku pasti ada sebabnya

Di Israel, setelah diketahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya ialah si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama.

pemakanan ibu, sejak awal mengandung ibu gemar sekali memakan kacang badam dan buah kurma bersama susu..
Untuk tengah hari makanan utama mereka ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang.

Menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak dalam kandungan.

Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.

Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk, letih dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo. Apabila anda dtg rumah Yahudi jangan sekali-kali merokok. Pasti sekali tanpa segan malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan narkotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA.

Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri.!!! Lagipun merokok telah diisytiharkan HARAM kan??

Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam,
Diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever.).anak-anak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.
Semenjak awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, Ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.

sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang amat diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari.

sekolah tinggi (menengah).  Disini murid-murid ditekan dengan pelajaran  sains dan mereka digalakkan mencipta produk Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, namun ia tetap diteliti dengan serius.
Apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Di akhir tahun di universiti, para penuntut dalam bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan.


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadat mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Bagi mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala.

Agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala. Ia dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Kesimpulannya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung. Galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten tetapi mendengar muzik2, bg saya, patut ditukar dengan mendengar bacaan ayat2 al-Quran, dan membaca al-Quran... Seterusnya ubahlah cara pemakanan. Makanlah makanan elok dan berkhasiat yang baik untuk otak.

Dengan mendengar bacaan al-Quran dan membacanya(baca dengan ertinya sekali).... sudah tentu dapat melatih anak-anak mencergaskan otak mereka.  Demikian juga sukan yang memerlukan konsetrasi yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ia memerlukan perubahan...

Bagi kita umah Islam, tidak menjadi masalah untuk melakukan perubahan...
Makan buah sebelum makan nasi atau makanan berat...
Bila Ibu mengandung,
banyakkan mengaji, dengar alunan ayat al-Quran... bukan dengar lagu yg ntah ape2...
Buat latihan matematik, bukan sahaja baik utk bayi, baik juga untuk diri sendiri, susah untuk di tipu oleh org lain... percaya lah... org pandai math nih slalunya, fikiran lebih matang....

Merokok, mmg membahayakan kesihatan, dah ade fatwa HARAM pon...
Mana yg kite boleh ubah, kite ubah la kan??? untuk kebaikan umat Islam seluruhnya(pinjam ayat Dr. Hasan Ali.)hehehe,
Sapai disini dulu... artikel ni saya ambil dr beruangmadu.com.. dan saya dah edit sedikit sebanyak utk memudahkan pembacaan...

Monday, November 16, 2009

Muslimahku Sayang.......



Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, page-page, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog dan page2 muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Lg2 yg tidak menutup aurat. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur "Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan." Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati. Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda.
Mula memburu anda dengan Chating, SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda..Walaupun anda kata tak layan, tp jangan lupa, syaitan akan sedaya upaya menyesatkan anak keturunan Nabi Adam sampai kiamat......Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
Penyelesaiannya
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi- aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa..*maaf, saya bukan pandai2, cuma terpanggil untuk menasihati.. cuba anda tutup aurat kerana barang yg berharga terletak d tempat yg ditutup dan d jaga rapi.
Menutup aurat dalam erti kata sebenar bukan hanya memakai tudung, pada zaman ini, ramai yg terlupa, sedangkan telah di ajar oleh ustaz dan ustazah sejak dr sekolah rendah lg.... Bukankah kalau memakai pakaian ketat itu sama mcm bertelanjang???
Lg satu aku paling x minat tgk org pakai tudung yg jarang tuh, kain selendang.. Hmmm.. mcm biawak aku tgk..bukan hina ciptaan Allah, tp sape2 yg ade tudung2 jarang tuh, elakkan la memakainya.. Byk lg tudung lain kan.. Dan menutup aurat bukan hanya bertudung!!