Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Tuesday, November 24, 2009

Laksanakan tanpa Banyak tanya, tanpa bantahan...

Assalamualaikum... Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia, keluarga, sahabat, tabi'in dan seluruh umat Islam yang hidup dialam ini mahupun d alam lain..

Dalam keheningan malam nih.... teringat d suatu masa pengajian d masjid... seorang ustaz bekas YB menyampaikan ilmu yg d amanahkan oleh Allah... Seronok yg tak terhingga bile mendengar ceramah2 mahupun tazkirah, lebih2 lg bila penyampainya sering menyelitkan gurau senda atau 'lawak'... Majlis ilmu yg 'hidup'..

Tajuk utama adalah tentang ibadah korban... Sbb dah nak dekat Hari Raya Korban kan..
Telah d perintahkan kepada Nabi Ibrahim AS supaya menyembelih anaknya Ismail AS melalui Mimpi benar.. Mimpi para anbiya itu adalah wahyu daripada Allah yg Maha Kuasa...

Setelah mendapat mimpi, Ibrahim sebagai bapa bertanya pendapat kepada Ismail sebagai anaknya... Wahai anakku, aku telah bermimpi diperintahkan kepadaku utk menyembelihmu sebagai korban.. Ismail menjawab, jika itu perintah Allah, laksanakanlah wahai ayahku...

Laksanakanlah ibadah korban bagi yang mampu..dan saya yakin, banyak org yg mampu, tp masih lg memandang remeh ibadah korban atas alasan sunat...

Timbul persoalan d sini,
Nabi Ibrahim adalah seorg yg bertaqwa, dah Allah perintahkan, nak buat apa tanya pendapat Ismail lg???

Jawapannya, Allah nak memberitahu kepada sekalian manusia di mana kedua2 hamba Allah ini adalah yg bertakwa... Nabi Ibrahim sedia melaksanakan perintah Allah, dan Nabi Ismail merelakannya.... Itulah ketakwaan yg d tunjukkan... Tanpa sebarang pertanyaan balas kepada Allah..

Sebelum peristiwa korban ini, satu peristiwa penting d mana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar bersama anaknya Nabi Ismail yg masih kecil d suatu lembah yg tiada tumbuhan dan tiada air...... Namun, atas perintah Allah, Tiada bantahan, walau kwsn itu kering kontang....


Dengan keberkatan dan ketakwaan mereka, tempat yg tiada tumbuhan itu memancarkan mata air yg sehingga kehari ini airnya tidak kering2 lg... Membuktikan suruhan Allah itu ada hikmah d sebaliknya....

Bukti yg sangat2 lah kukuh bahawa, jika sesuatu yg Allah perintahkan itu, laksanakanlah tanpa banyak tanya, tanpa bantahan...
Contohnya, menutup aurat (bukan hanya bertudung), tanpa perlu d persoalkan, tanpa bantahan, tutup sahaja aurat, nescaya selamat dunia akhirat...

Satu lg cerita d zaman Nabi Musa AS.... tentang bani israel(yg byk sgt tanya)
Pasti anda semua lebih faham dan arif tentang cerita Seorg Tua yg d bunuh oleh anak saudaranya utk mendapatkan hartanya.. Dan utk mengetahui pembunuhnya, Allah perintahkan menyembelih seekor lembu betina...
Sepatutnya cukup sekadar lembu betina, namun dgn byk tanyanya bani israel, bertanya kembali, lembu betina warna apa, bagaimana bentuknya, d gna utk bekerja atau tidak?? Dengan persoalan2 yg d timbulkan, Allah memberikan jawapan yg nampak menyusahkan.. Oleh kerana itu, perintah Allah jangan d tanya, dan jangan d persoalkan....

Kepada sesiapa yang ade pandangan atau kritikan, komen je.. xpon email... tinggalkan email anda pd komen post ini...
Maaf dipinta kepada yg terasa atau tangan salah berbicara, tersinggung d mana2.. Bukan memandai2, cuma menyampaikan.. Sabda Nabi Muhammada SAW, Ballighu anni walau ayah... Sampaikanlah drpdku walau sepotong ayah...

Selamat malam dan beristeri rehat bg yg beristeri, selamat sersuami rehat yg ada suami, yg Bujang.. Selamat berehat, cepat2 la kawen, sbb pahala ibadah org yg dah kawen lebih 70 kali ganda drpd org bujang... ish.. melalut dah..hehehe.. okey2 stop!! assalamualaikum...

3 comments:

zakir932 said...

salam dari zakir si fakir nusantara.....;

Manusia dan makhluk itulah yang tertakluk kepada Allah, dan Allah tidak tertakluk kepada manusia dan makhluk. Bahawa setiap sesuatu kejadian atau peristiwa itu ada masanya yang ditentukan dan setiap mara bahaya itu telah ditetapkan tempohnya, tidak boleh ditangguhkah atau dipercepatkan. Masa bahaya tidak boleh ditukar kepada masa aman, dan masa aman pula tidak boleh bertukar kepada masa huru-hara oleh itu hendaklah kita bersopan santun, diam dan jangan banyak cakap, bersabar, berserah dengan sukarela kepada Dia,

zakir932 said...

salam dari zakir si fakir nusantara.....;

Manusia dan makhluk itulah yang tertakluk kepada Allah, dan Allah tidak tertakluk kepada manusia dan makhluk. Bahawa setiap sesuatu kejadian atau peristiwa itu ada masanya yang ditentukan dan setiap mara bahaya itu telah ditetapkan tempohnya, tidak boleh ditangguhkah atau dipercepatkan. Masa bahaya tidak boleh ditukar kepada masa aman, dan masa aman pula tidak boleh bertukar kepada masa huru-hara oleh itu hendaklah kita bersopan santun, diam dan jangan banyak cakap, bersabar, berserah dengan sukarela kepada Dia,

hans said...

yups
owh,nama kita tak sama
hahaha
apa2pun selamat hari raya korban