Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Tuesday, October 25, 2016

INGIN PAHALA MENGALIR SELEPAS MATI, INI CARANYA.

Menyumbang SERENDAH RM10 sahaja untuk 1 bahagian.
.
Cuba bayangkan, anak-anak kecil yang dapat manfaat dari Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) yang pembangunannya adalah hasil dari sumbangan anda? PAHALA YANG TIDAK BERHENTI. Seronok kan ?
.
.
======
Pengenalan
======
.
.
Kami dari SRITI sedang menjalankan Kempen Sumbangan Dana Pembangunan SRITI AL-TA'LIM Sungai Besar.
.
.
Harga ANGGARAN untuk pembangunan SRITI tersebut adalah RM228,000.
.
.
======
Berapa untuk menyumbang ?
======
.
Harga ANGGARAN pembangunan SRITI adalah RM228,000. Dengan RM228,000 ini, kami akan gunakan untuk membiayai perbelanjaan  kelas bagi pelajar tahun 1. Spt kos persiapan kelas SRITI,tandas,ruang solat,bilik guru,pejabat dan juga sewa bangunan.
.
.
Jadi kami pecahkan kepada 10,000 bahagian, supaya anda boleh menyumbang SERENDAH RM10 SAHAJA.
.
Terpulang pada anda berapa bahagian untuk anda menyumbang.
.
In sha allah, lagi besar bahagian anda menyumbang, lebih besar 'saham' anda untuk pembangunan SRITI tersebut.
.
.
======
Saya nak menyumbang, bagaimana ?
======
.



1. Boleh buat pindahan wang ke
BIMB BANK(BANK ISLAM)
NAMA AKAUN: DANA PEMBANGUNAN SRITI
NO. AKAUN : 12056010032238

MAYBANK
NAMA AKAUN : DANA PEMB SEK REN INTEGRASI TERAS ISLAM
NO. AKAUN : 562197085609

2. SMS @ WHATSAPP +60 17-616 3298 (PEJABAT) maklumat berikut sebagai rujukan pihak SRITI.

NAMA:
JUMLAH SUMBANGAN:
( Kempen Sumbangan Pembangunan SRITI ini dibawakan kepada anda oleh SRITI AL-TA'LIM).

Info berkenaan SRITI boleh diperolehi melalui pautan ini https://www.facebook.com/Sekolah-Rendah-Integrasi-Teras-Islam-SRITI-Al-Talim-840949942688010/?ref=br_tf

Pautan derma boleh kesini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1109472635835738&substory_index=0&id=840949942688010

Friday, October 21, 2016

Info Tentang Surat FPP Tadi Supaya Ramai Yang Tak Salah Faham

1. Pilot perkhidmatan FPP ni dah lama di lakukan di H. Selayang dan H. Putrajaya. Sekarang ianya berkembang ke beberapa hospital.
2. Ianya melibatkan pesakit luar, dalam dan rawatan harian. Pesakit akan bayar perkhidmatan ini dan mereka berhak memilih siapa doktor yg mahu merawat dan mendapatkan perkhidmatan kelas pertama.
3. Perkhidmatan ini seakan2 "Private Wing" di Hospital university.
4. Mereka akan diberi kaunter khas, bilik khas, ward khas dan staf khas. Tidak ganggu ward kelas pertama dan perkhidmatan sediakala.

Tujuan :
1. Menambah baik perkhidmatan kesihatan kerajaan. Sesiapa yg berkemampuan tapi tidak mahu pergi ke private hospital, boleh dapatkan di hospital kerajaan. Dari segi kos, besar kemungkinan sedikit rendah dari private.
2. Menjaga kebajikan para doktor dan golongan sokongan terutama pakar untuk menambah pendapatan. Sebahagian bayaran akan diberi kepada mereka dan sebahagian akan masuk ke dalam perolehan.
3. Nisbah Pakar Kerajaan dan Swasta kini adalah 1 : 2. Demi utk menjaga kebajikan pakar, dari pergi ke private, perkhidmatan FPP mungkin dapat membantu.
4. Pesakit juga boleh memilih pakar dari private hospital untuk merawat di fasiliti kerajaan, jika mahu mengurangkan kos. Ini setakat yg saya tahu, apa pun saya akan verify kelak. Dengan kata lain, kalau dahulu private hospital "pancing" pakar dari kerajaan, kini vice versa.
5. Saya tak pasti kenapa surat ini diviralkan. Namun besar kemungkinan oleh agen2 insurance. Apapun, dengan adanya FPP, boleh membantu industri insurans.

Kesimpulan
1. Ianya tidak mengganggu perkhidmatan sedia ada kini. Rakyat masih boleh mendapat rawatan ubat, konsultasi, CT, MRI, blood investigation dll dengan pakage RM 1.
2. Jika rakyat yg berkemampuan boleh pergi ke private hospital untuk membuat rawatan, kenapa tidak ke hospital kerajaan?
4. Apa yg ditulis adalah dari pemahaman sy melalui bacaan2 yg sy perolehi. Kenyataan bahawa kerajaan seolah2 "Menswastakan" perkhidmatan kesihatan adalah tidak benar.
5. Ianya telah lama di amalkan di hospital university, cuma KKM baru menuju kearah tersebut. Walaupun begitu saya percaya, pihak hospital/ KKM dapat mengelakkan "abuse" perkhidmatan FPP ini.
6. Jika saya perolehi info yg terkini, saya akan update dari semasa ke semasa.
Harap dapat mengurangkan panic rakan2 sekalian.

Sekian.

SAKIT BAYAR PENUH KOS HOSPITAL

Assalamualaikum w.b.t.
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad s.a.w.

Sekian lama tidak diselenggara, hari ini cuba untuk melihat dan membersihkan laman sesawang ini.

Adakah benar surat ini? JIKA BENAR,
Rakyat miskin, rakyat kampung, rakyat yang tiada medical card, dan seumpamanya,
ANDA DILARANG SAKIT!!!!


Sebelum dikuatkuasakan bayaran penuh ini pun, banyak kita lihat 'viral' nya kisah-kisah rakyat marhein tidak mampu menanggung kos perubatan sendiri mahupun anak-anak.
Sakit yang dialami bukan diminta, namun itulah ujian dari ALLAH, namun kewajipan kerajaan yang sepatutnya memberi khidmat perubatan percuma kepada rakyat sudah tidak digunapakai lagi. Kerajaan lebih selesa mengumumkan projek jutaan dan bilion ringgit berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Kerajaan lebih selesa mengumumkan untuk membina bangunan pencakar langit berbanding memenuhi keperluan rakyat.

Bila Projek jutaan ringgit diumumkan, maka akan ada lobi melobi yang kesudahannya boleh menyebabkan salahguna kuasa dan ketirisan berlaku.

Bila ketirisan berlaku disana sini, wang atau peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk kesejahteraan rakyat hanya berlegar dalam kalangan pembesar sahaja. Contoh mudah, kes Pengarah Air Sabah yang sedang hangat diperkatakan.

Akhir kata, tiada jalan penyelesaian melainkan dengan cara ISLAM sepenuhnya.
Semoga kita semua masih dalam lindungan Allah.

Sunday, June 16, 2013

Penipu yang bertaubat???

Assalamualaikum.
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan, Muhammad s.a.w.

Sekian lama meninggalkan blog ini, hari ni terdetik di hati utk mengisi lagi. Tidak ada cerita baru dan tidaklah terlalu lama.

Di pendekkan cerita, semasa kuliah Ustaz Tuan Haji Mokhtar Bin Kassan hari ini.
Beliau menceritakan kisah keluarga penipu...

Di sebuah kampung, tinggal satu qaryah atau kumpulan penduduk. Disitu juga tinggal sebuah keluarga yang sering mendustai org kampung. Rumahnya pula terletak jauh sedikit dari penduduk lain.

Apa-apa sahaja yang di ceritakan oleh mereka, orang kampung mempercayai pada mulanya, kerana tiada syak wasangka dari ahli qaryah.

Namun, segala cerita dan kisah bawaan mulut mereka ini, tiada yang benar melainkan semuanya tipu belaka.
Dari ayah, ibunya, anaknya, semua seronok dengan penipuan mereka. Mereka menjadikan menipu itu kelaziman hidup mereka.

Menipu, menipu, dan terus menipu.... Sehinggakan para penduduk kampung hilang kepercayaan bukan 100%, malah 500%. Bermakna, setelah sekian lama di tipu, apa yang belum di percakapkan oleh betiga ini, memang tidak akan dipercayai oleh orang kampung.

Penduduk kampung ini jenis tidak mahu di tipu berkali-kali. Bukan seperti sebahagian bangsa di Malaysia yg sanggup di tipu berkali-kali.

Tanpa mereka sangka, suatu hari, seorang dari mereka meninggal dunia. Si Ibu pergi dahulu..
Dan si Ayah pun menyuruh anaknya memberi tahu orang kampung perkhabaran itu untuk urusan seterusnya.
Si anak pun pergi untuk mendapatkan orang kampung menyampaikan berita. Satu demi satu rumah di ketuk dan di sampaikan berita ini.

Namun, malang bagi mereka, di atas kedurjanaan menipu sepanjang masa, berita kematian itu juga di anggap mainan penipuan mereka.

Akhirnya, si anakpulang dengan hampa, dan si ayah juga nampak gusar, namun terpaksa menguruskan jenazah berdua.

Selesai urusan, si anak dan ayah pun berbicara. Kata si ayah kepada si anak, "kita ni kene bertaubat, sebab orang kampung dah tak percaya pada kita.."
Jawab si anak, "ya lah, baik kita bertaubat sebelum terlambat."

Dan si anak memberi tahu ayah bahawa si anak pernah mendengar orang bicara, andai ingin bertaubat, perlu pindah dari tempat itu.. Dan mereka pun setuju..
Si anak menambah, untuk bertaubat, kita kene mandi untuk menyucikan diri.

Lalu mereka berdua pun ke sebatang sungai yang tidak jauh dari rumah mereka.
Sampai di sungai, si ayah menyuruh anak masuk dahulu untuk mandi. Namun si anak berkata pada ayah, ayah mandi dahulu, kerana ayah lebih tua dan lebih banyak menipu lalu banyak dosa. Ayah pn bersetuju.

Si ayah pun terjun dengan niat ingin bertaubat. Setelah beberapa lama, si anak hairan, mengapa si ayah tidak timbul-timbul lagi.
Dan kemudian si ayah timbul, lalu si anak bertanya, mengapa ayah lambat timbul.
Dengan spontan si ayah menjawab. Ohhh, kau tak tahu, dalam sungai ni, ada kedai kat bawah tu, ayah makan roti canai dgn teh tarik dulu.

Kini giliran si anak menyucikan diri. Dan terjun ke dasar. Si anak tenggelam lama dan akhirnya timbul dengan dahi berdarah.

Lalu si ayah bertanya, kenapa dahi kau?

Spontan anak menjawab, Tadi ayah kata ayah makan roti canai dan teh tarik, ayah tak bayar, jadi saya terjun, sy kene pukul lah kt bawah tu.


*Tenggelam si ayah lama kerana sangkut di akar kayu, dan anaknya pula dahinya terhantuk di akar kayu.

Lihatlah teman, kebiasaan menipu, dan dalam masa untuk bertaubat pun masih tak dapat elakkan dari menipu kerana itu kelaziman mereka.

Sesuatu yang menjadi kelaziman, adalah sukar untuk di ubah. Oleh itu, lazimkanlah diri pd taat perintah ALLAH.

Selamat beramal.

Saturday, November 12, 2011

Pakai tudung bukan semua BAIK!

::..Assalamualaikum..::
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan
MUHAMMAD s.a.w

Sudah lama rasanya tidk mencoret,
hari ini datang sesuatu idea yang bermain di fikiran. Bab tudung. Untuk perempuan, walaupun aku seorang lelaki. Tiada salah rasanya bagiku mengeluarkan pendapat ini.

Yang baik boleh la di ambil sebagai pengajaran dan ikutan, namun jika ada ayat yang kurang menyenangkan, harap maafkan kerana diriku hanya insan biasa yang hari-hari melakukan dosa.

Sepertimana tajuk, memang benar tidak semua perempuan bertudung itu baik.
Nak di ulas panjang pun, rasanya, semua orang dah mengerti, bahawa memakai tudung tu tidaklah wajib sebenarnya. Yang wajib adalah MENUTUP AURAT.

Tidak kiralah dengan menggunakan guni ke, kertas surat kabar ke, atau tudung saji, atau tudung yang sering di gunakan hari ini. Pokoknya, MENUTUP AURAT.

Yang bertudung tidak semuanya baik, namun yang tidak bertudung bagaimana?????

Pemakaian seseorang melambangkan peribadi.


Memang betullah, bertudung tak semestinya baik,
Ada pulak, yang bertudung, pakai pulak baju ketat, mana nak baiknya, baju ketat tu kan seolah-olah bertelanjang. Kira macam tak berbaju jgk la, sebab menampakkan susuk tubuh. Tidak kira menggiurkan atau tidak. Namun tetap menunjukkan bentuk badan.

Disini bukan saya nak mengulas soal menutup aurat dengan sempurna, sebab sudah terlalu banyak peringatan itu, cumanya tinggal diri kita hendak mengambil pelajaran, atau membaca sekadar menghilangkan boring atau tekanan, atau sekadar suka-suka sahaja.


Persoalan bertudung (saya lebih suka menggunakan ayat menutup aurat) tidak semuanya baik.
Yah, saya setuju, namun yang tidak menutup aurat itu sah-sah TIDAK BAIK!
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”



(Surah al-Ahzab, ayat 59)
Sebab apa??

Ok, saya berikan situasi pertama,

Sebatang pokok yang baik,
AKARNYA BAIK, BATANGNYA BAIK, PUCUKNYA JUGA BAIK.

ada 3 elemen di sini. Yang kita dapat lihat hanya 2, iaitu batang dan pucuknya(daun).

Jika akar pokok itu rosak, kita tidak boleh melihatnya. Namun jika batang dan pucuk itu rosak, kita dengan mudah mengatakan pokok itu rosak, benar atau tidak??

Dan jika akar pokok itu rosak, akar yang banyak itu mungkin akan menggantikan akar yang rosak itu untuk terus memberi yang terbaik untuk batang dan daunnya.

Jika, daun dan batangnya yang mula merosak dengan serangga atau ulat-ulat pemangsa. Lama kelamaan setelah habis kelazatan batang dan daun, ulat dan serangga akan terus masuk merosakkan akar, seterusnya hilang dan tamatlah riwayat pokok itu.

Anggaplah akar itu HATI, batang itu PERIBADI, dan daun itu PEMAKAIAN kita.

Situasi kedua,

Buah durian....

Saya tiada dusun atau kebun durian, hanya membeli di kedai atau pasaraya(malas nak kopek)haha...

Kalau buah durian yang berlubang, sudah tentu kita takkan membelinya, betul kan??

Namun buah yang tidak berlubang, belum tentu dalamnya tidak ada penghuni(ulat).

Begitulah penilaian manusia, menerusi luaran.... dan dengan diri kita memulakan luaran itu, akan dapat mendidik dan mentarbiyah hati supaya menjadi lebih baik.

Ini sahaja dari ku untuk hari ini. Sekian wassalam.

Monday, May 9, 2011

Kepimpinan dalam Memimpin.....

..:: Assalamualaikum ::..
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan
Muhammad s.a.w.
serta para isteri, sahabat, para ulama,
dan seluruh muslim dam mukmin,
semoga dalam rahmat Allah

Sekian lama ana tidak mencoret di blog ini. Atas alasan tidak berkesempatan. Hmmm, manusia, biasala, ada saja alasan, sama juga mcm ana.

Ok, tak perlu mukaddimah terlalu panjang, sebab rasanya, teman2 nak baca ape yg terbaru kan...

Cuba dalami kisah ini dan ambil pengajaran terhadapnya dalam kehidupan seharian kita.

Sebelum kewafatan Rasulullah SAW, Rasulullah SAW telah meyusun satu angkatan tentera untuk berhadapan dengan tentera Rom. Rasulullah SAW juga telah melantik Usamah Bin Zaid sebagai pemimpin bala tentera Muslim. Antara para sahabat yang terpilih untuk menjadi tentera muslimin untuk ke medan jihad ialah Saidina Omar Al Khattab. Namun ketentuan Allah mendahului segalanya, sebelum tiba tarikh keberangkatan bala tentera tersebut, Allah telah menjemput kekasih-Nya untuk kembali ke sisi-Nya. Kewafatan baginda Rasulullah SAW, meninggalkan jutaan kenangan buat umat Baginda. Perginya Rasulullah SAW dalam linangan air mata sambil melafazkan "Umat Ku, Umat Ku, Umat Ku" sebagai tanda kecintaan Baginda buat umatnya. Begitulah pengorbanan seorang pemimpin.

Setelah jasad Rasulullah SAW diuruskan, maka berhimpunlah ahlul hilli wal aqdi untuk melantik pemimpin. Berikutan syura yang dijalankan, keputusan diambil dan Saidina Abu Bakar As Siddiq telah dilantik oleh ahlul hilli wal aqdi sebagai khalifah. Setelah perlantikan dirasmikan, maka berucaplah Saidina Abu Bakar As Siddiq. Setelah tamat ucapannya, Saidina Abu Bakar As Siddiq telah didatangi oleh Saidina Omar Al Khattab. Maka berlakulah dialog antara kedua orang sahabat sejati RAsulullah SAW yang diredhai Allah itu.

Omar : Wahai Abu Bakar, Rasulullah SAW baru saja meninggalkan kita. Sebelum kewafatan baginda, telah disusun satu angkatan tentera bagi berhadapan dengan tentera Rom. Memandangkan tarikh keberangkatan angkatan tentera kita agak hampir, apakah pandangan mu, andainya kita tangguhkan dulu keberangkatan tentera kita ke suatu tarikh yang lain ? Dengan nada yang tegas, Saidina Abu Bakar As Siddiq menjawab usulan yang dimajukan oleh Saidina Omar Al Khattab.

Abu Bakar : Wahai sahabat ku Omar. Belum berubah pusara Rasulullah(SAW), maka engkau sudah mahu mengubah arahan Rasulullah SAW ? Demi Allah dan Rasul-Nya. Aku akan tetap menghantar tentera muslimin untuk berhadapan dengan tentera musyrikin.

Jawapan Saidina Abu Bakar As Siddiq yang tegas telah menamatkan dialog tersebut. Saidina Omar Al Khattab akur dengan keputusan sahabatnya.

Setelah tarikh keberangkatan tiba, maka berbarislah para tentera muslimin. Antara yang turut berbaris ialah Saidina Omar Al Khattab. Setelah khutbah dan nasihat dibacakan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq selaku khalifah. Saidina Abu Bakar As Siddiq telah turun dari mimbar Masjid Nabi dan berjalan menuju barisan tentera yang bakal bertolak ke medan jihad. Maka berjalanlah Saidina Abu Bakar As Siddiq menemui ketua tentera muslim, Saidina Usamah Bin Zaid rhu. Lalu berkatalah Saidina Abu Bakar As Siddiq dalam nada perlahan, tawaddhuk dan penuh rasa kehambaan kepada Saidina Usamah bin Zaid.

Abu Bakar : Sahabatku Usamah. Kau dilantik oleh Rasulullah SAW untuk mengepalai bala tentera ini, maka kekalkanlah dirimu di sana. Tidak akan ku ubah apa yang telah diisyaratkan oleh baginda Rasulullah SAW atas mu. Namun aku hanyalah seorang manusia yang lemah. Dan jawatan khalifah yang baru ku sandang ini, amat berat dan merupakan suatu ancaman buat diri ku. Ianya suatu amanah yang haram untuk aku khianati. Tiada daya ku atas usaha ku, melainkan dengan izin Allah. Maka ku harap belas ihsan mu, agar Omar Al Khattab diberi kelonggaran untuk tidak turut serta dalam angkatan perang ini. Agar dapat aku berbincang dengannya tentang hal ehwal pengurusan negara kita.

Kata-kata Abu Bakar As Siddiq itu mengundang linangan air mata keseluruhan umat Islam di Madinah. Manakah dapat dicari, seorang khalifah berjawatan tinggi, tetapi masih mengekalkan sifat tawadduk dan menjaga adab sesama pengikut ? Berkatalah Usamah :

Usamah : Wahai Abu Bakar Amirul Mukminin, jika begitu kehendak mu, Demi Allah dan Rasul-Nya, ku izinkan Saidina Omar untuk tinggal bersama mu di kota Madinah agar dapat dia menjadi pembantu mu, sebagaimana engkau pernah menjadi pembantu kepada Rasul kecintaan ku suatu masa dulu.

Maka tinggallah Sadina Omar Al Khattab di kota Madinah membantu Saidina Abu Bakar menjalankan urusan pentadbiran negara.

sahabat-sahabat sekalian...
 Walaupun kisah ini amat singkat. Namun disebalik kisah ini terdapat banyak suri teladan yang mampu kita pelajari. Namun tetap ada pengajaran yg besar pada kita.

Pentingnya kita bergerak dalam JEMAAH, atau saf kepimpinan.

Seterusnya, perlunya kita bergerak dalam JEMAAH yg mengambil SUNNAH RASUL sebagai panduan dalam pergerakan.

Peranan jemaah Ahlul Hilli Wal Aqdi dalam menentukan kepimpinan.

Sifat seorang pemimpin dan hamba Allah yang tawadduk dan dengan rasa kehambaan sebagaimana ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq kepada umat Islam di kala itu, juga Saidina Omar Al Khattab yang menjadi sahabat utama Rasulullah SAW, bersedia menjadi tentera biasa di bawah pimpinan Saidina Usamah Bin Zaid rhu.

Ketegasan dan kelembutan dalam melaksanakan titah perintah dari Rasulullah SAW sebagaimana ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq.

Pentingnya syura dalam mencari sesuatu keputusan sebagaimana ditunjukkan oleh Ahlul Hilli Wal Aqdi, Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Omar Al Khattab dan Saidina Usamah Bin Zaid rhu.

Pentingnya sahabat yang sejati dalam melaksanakan sesuatu mekanisme menuju matlamat.

Jawatan pemimpin bukanlah tiket untuk memperhambakan rakyat, tetapi merupakan suatu amanah yang HARAM untuk dikhianati.

Pentingnya mempunyai sahabat-sahabat yang sama-sama bersatu dari segi aqidah, ibadah, akhlak, hal khilafiah dan penentuan kawan/lawan dalam pentadbiran sebagai mana di tunjukkan oleh Saidina Abu Bakar AsSiddiq, Sasidina Omar Al Khattab dan Saidina Usamah Bin Zaid.

Semoga kita semua di berikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan Para Rasul ini.

Telah ALLAH pilih kita sebagai PEMIMPIN, wajarkah kita menjunamkan diri kelembah HINA setelah ALLAH mengangkat darjat kita melebihi MALAIKAT??

mutiara kata: 
"beruntunglah mereka yang ALLAH jemput kerumahNya(masjid) semasa hidupnya, kerana mereka yang ALLAH tidak jemput kerumahNya waktu hidupnya, Tidak malukah kita mahu memasuki SYURGA kelak?"

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.


Monday, February 14, 2011

Valentine Day...... History n Solution

Assalamualaikum
Selawat dan Salam utk Rasul junjungan
Paa isteri, sahabat, tabi' tabi'in
seluruh ulama', fuqaha' dan umat Islam.

Terdapat beberapa versi yang boleh dikaitkan dengan sambutan merayakannya:

Pertama::
Salah satunya untuk memperingati hari kematian paderi Kristian yang bernama Pedro Saint Valentine.
Beliau aktif dalam menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom di bawah Raja Claodius II yang telah menangkap dan memenjarakan penganut-penganut Kristian termasuklah Paderi Pedro Saint Valentine.
Semasa dalam penjara beliau tetap menyebarkan ajaran Kristian kepada banduan-banduan.
Raja Claudius II mengetahui kegiatan itu dan mengeluarkan dihukum bunuh pada 14 Februaru.
Bagi penganut agama Kristian mereka memandang mulia kepada Pedro Saint Valentine kerana sanggup mengorbankan nyawa demi kecintaannya kepada agama Kristian.
Di samping itu Pedro Saint Valentine juga telah jatuh cinta dengan anak seorang pegawai penjara. Sebelum di hukum bunuh beliau sempat kad kepala kekasihnya dengan menulis " daripada Valentine mu"

Kedua::
Saint Valentine dibunuh kerana beliau sebagai paderi telah mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia.
Undang-undang Rom pada waktu itu menghalang pemuda-pemuda berkahwin dan berkeluarga. Golongan pemuda perlu berkhidmat untuk negara dari serangan musuh. Perbuatan Saint Valentine ini telah menimbulkan kemarahan Raja Rom lalu dia ditangkap lalu dijatuhi hukuman gantung pada 14 Februaru 269 masihi.

Ketiga::
Dikaitkan dengan perayaan yang disambut sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol.
Saint Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Pada 14 Februari 1492 adalah kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap hari itu hari berkasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Keempat::
Hari Valentine dimulai pada zaman purbakala vertepatan dengan "Feast of Lupercalia" (Pesta Lupercalia) pada 15 Februari untuk memperingati dewa kesuburan bangsa Romawi.
Manakala 14 Februari adalah hari "Penulisan Nama", iaitu seorang anak lelaki menulis nama seorang anak perempuan pada daftar undian yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Perayaan ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh masyarakat Kristian Rom kepada England. Pihak Gereja telah menukar perayaan Saint Valentine kepada "Valentine Day" sebagai menyesuaikan adat ini dengan amalan agama Kristian.

Kelima::
Zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai hari burung mencari pasangannya. Akhirnya mereka mengikut perbuatan burung tersebut dengan menjadikan tarikh tersebut sebagai hari mencari pasangan atau jodoh.
Golongan remaja pada hari ini khususnya yang beragama Islam agak GHAIRAH menyambut hari kekasih. Sebaliknya ada antara mereka melakukan perbuatan di luar batasan Islam seperti mengadakan parti dengan pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan. Keadaan ini adalah dilarang dalam Islam.


Penyelesaian.......
Menurut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-71 pada 22-24 November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine Day adalah HARAM! kerana tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan ISLAM.

Golongan remaja Islam pada hari ini perlu diberi peringatan bahawa menyambut Hari Valentine ini bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan aqidah mereka. Lebih-lebih lagi situasi sekarang terdapat pelbagai bentuk promosi dan iklan diadakan bagi meraikan hari tersebut. Cenderahati-cenderahati yang berbentuk hati dan jambangan bunga ros terdapat di kedai dan pasaraya di jual untuk di hadiahkan kepada pasangan kekasih masing-masing.

Pihak hotel juga turut memainkan peranan dengan mempromosikan hari tersebut menerusi mengadakan parti dan makan malam bersama kekasih dalam suasana cahaya yang samar-samar sambil mendengar lagu-lagu romantik dan mengasyikkan. Remaja-remaja Islam tidak ketinggalan menyertainya. Orang dewasa juga tidak jauh bezanya, sambil berpeluk-pelukan bersama pasangan masing-masing.

Sekiranya tidak di bendung, aktiviti ini akan menyumbang kepada berleluasanya maksiat yang lebih besar iaitu ZINA!
Budaya bukan Islam ini tidak sepatutnya ada dalam agenda kehidupan seorang Muslim kerana disebalik itu tersembunyi muslihat KAFIR untuk menghancurkan ISLAM.

Allah S.W.T berfirman yang maksudnya::
""Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu(Wahai Muhammad) sehinggalah engkau menurut agama mereka(yg telah terpesong itu). Katakanlah(kpd mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah(ISLAM) itu adalah yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi peringatan epadamu tentang kebenaran) maka tiadalah engkau peroleh dari Allah S.W.T (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.""
al-baqarah ayat 120.