Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Friday, March 19, 2010

Futsal Perempuan?? Is it??

''':::...Assalamualaikum...:::'''
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan S.A.W
Para Isteri, Sahabat, Auliya, Syuhada' dan Alim Ulama'

Di tengah malam ni, sedang sibuk mencari teks-teks pidato bagi merealisasikan hasrat berpidato dihadapan kelas..hehehe... Sambil menyelam minum air kata org... Sambil memikirkan teks pidato, terfikir soal Wanita.. Aduhai, aku ni, bila posting je, banyak sangat soal wanita kenapa?? Sampaikan ade org kata aku ni anti-perempuan.. Lantak pi la kat dia..hehehe.. Cuma, sepatutnya mereka bangga masih ada yang ingin menegur.. Ish, da melalut la... K, teruskan...........

Soalnya sekarang pasal perempuan..hehe.. Ada org kata lelaki dgn perempuan takde beza.. Ish, mmg gila la yang cakap macam ni... Yang cakap pulak, Hampir2 HAFIZ, tp disebabkan sosail, menurut rakan baiknya, dia semakin ditinggalkan oleh hafalannya...

Allah jadikan lelaki dan perempuan saling melengkapi... Bukannya sama... ok, full stop.. jangan nak bantah, hehehe...

Ni pasal main FUTSAL... Tadi aku terbaca la status seorang wanita, dia kata nak main futsal??? Hah, aku da lama dah nak cakap pasal ni, tp masih lagi tertangguh, sebab apa ya?? sebab ada antara keluargaku kot..hehe.. Keluarga ke ape ke, kite kena cakap yang betul kan??

So, permainan tu hanya layak untuk lelaki.... Sebabnya??

1. Lelaki ni lasak (fitrahnya)..

2. Bola ke Futsal ke, permainan yang dipertontonkan ramai, lelaki, nak tengok ape?? Kalau perempuan?? suka la tengok tang tut...hehehe(maaf ya wanita)

3. Letih, bila main mesti letih, lelaki lebih mudah mengawal emosi berbanding wanita.. Dalam keletihan, wanita cepat sangat naik angin.. Habes la UFO dlm rumah.hehehe

4. Wanita dengan lelaki dah memang perlu dibezakan.. Bila kat padang main bola, lelaki la.. Senang kalau isteri ade urgent nak cari suami yang tengah main bola..

5. Tengah main futsal anak nak makan, kalau ayah yang main, ayah cakap la: pergi la kat Ibu. tp kalau Ibu yang main, anak nak susu, Ibu jwab, Tengah mainla, nantila, tahan dulu la.hahaha

Senang nak kata, tak semua yang lelaki buat perempuan boleh buat walau realitinya boleh, tapi kena la jaga adab dan batas-batas agama....

Kalau lelaki tak boleh pakai sutera, dengan sebab sifat sutera yg lembut itu sesuai bagi wanita...
Kenapa perlu wanita menjadi GANAS untuk menendang bola??

Patut sekarang banyak suami kena QC, sbb banyak perempuan belajar menendang bola, takut pulak laki kena tendang..haha.. melayang laki, kena pulak kurus kering.. wawawawa

Ayam2 ni pun nak main jugak.. Takkan manusia je boleh main kan??

p/s: sape-sape yg ade teks2 pidato tak kire tajuk ape, bg kat aku boley?? please....

38 comments:

NAB's Gallery said...

hihi..giler2 gelak baca nyer~~btw, i'm just lucky cz i'm not one of the girls that playing futsal or whatsoever things yg memerlukan tenaga kuat..haha..so sy tak terasa lah kot..keh3...

NORAIN said...

Entry ni memang buat aku gelak guling2 ko tau tak?
lg2 pasal anak nak makan tu...aduhai,kelakar betul kalo benda tu jadi betul2...
pastu ngn gambar ayam main bola nya,comel je ayam tuh...

gelak, gelak juga...tp yg penting kita muhasabah diri wahai kaum hawa...perkara yg terlarang kpd kaum hawa tu semuanya bersebab...demi kebaikan kaum hawa juga...so fikir2kan lah...jgn fikir seronok je...

Unknown said...

kakaka...kelakar..
ayam pun main bola ye..haha

kpd kaum hawa..futsal ke bola ke..
same je..xyah ngada2 nak main..
hilang sopan santun nye..
ayam tu pon ayam jantan yg main..
hihi..

ni pon bleh wat bhn pidato..haha

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said...

hahaha... gelak la korg, bila baca balik pun tegelak jugak...

Padahal masa menulis xde pun nak buat klaka.adoyai..

Ape pun, ambilla pengajaran kalau ade la pengajaran

MofizPutra.com said...

hahahah.. rasa mcm nk tergelak pun ada. hemm apa2 pn entry ni bagus, leh wt pengajaran.. bukan ape ramai org pempuan zaman skrg ni ganas2 huhuhu.. semuanye nk cuba, nk keseronokan atau nk lepas tenison kot..sory yea kaum hawa, tk semua cm tu ada yang baik.. hehehe :)

aqamz said...

hehe
good entry..:)

sy pon xsuke men gak.
n antara sbb nye ialah :

1. xsuke peluh.
2. nnt jatuh malu la cz laki nmpk jatuh cium lantai (saham mungkin jatuh di situ) hehe

hehe joke je. mmg sy rs futsal xsesuai utk pmpn la.

agreed !!:p

kita said...

salam...

dik, salam ukhuwah^^
alhamdulillah masih ada yang mahu pedulikan soal ummah...
tapi dik, maaf...
KITA cuma nak betulkan sedikit aja...
i'Allah, wanita lembut itulah yang digalakkan oleh islam...
tapi tidak semestinya perempuan yang lasak itu bukanlah seorang yang tidak baik dan tidak disukai islam...

yup, setuju kata adik bahwa wanita itu tidak seharusnya bermain sambil dipertontonkan oleh golongan lelaki...
namun, seorang muslim termasuk wanita haruslah mempunyai stamina yang kuat kerna Allah lebih sukakan muslim yang kuat dari muslim yang lemah...
yup, sememangnya kudrat wanita lemah dari lelaki secara fitrahnya, namun bukan bermakna wanita harus menjauhi sesuatu yang dapat menaikkan staminanya...
tak salah andai wanita itu punya tubuh badan yang kuat dan sihat..
islam menggalakkan wanita sopan dan lembut bukannya lemah...

ciri-ciri individu muslim juga termasuk lah 'QAWIYYUL JISM' ---> iaitu tubuh badan yang sihat dan kuat...
individu muslim termasuk juga wanita dan bukannya terhad kepada lelaki sahaja^^

i'Allah, bagus andai adik berusaha untuk menulis demi ummah, namun i'Allah andai kita menulis berdasarkan saranan dan tuntutan islam adalah lebih baik berbanding mengutarakan pendapat kita yang tidak semestinya benar...
i'Allah, kita sama2 perbetulkan...

pernah dengar kisah sahabiah khaulah al-azwar???
dialah seorang wanita yang merupakan wanita pertama yang ikut berperang di zaman rasulullah...subhanallah...
sahabiah, seorang WANITA, terbukti islam tidak melarang mana2 wanita untuk menjalankan aktiviti lasak seperti sukan walhal futsal sekalipun asal batas2nya terjaga (bermain hanya dikalangan wanita contohnya)...

dan KITA tak rasa lelaki diharamkan memakai sutera adalah kerna sifat sutera yang lembut tu...maaf, namun andai ada hadis naqli atau aqli yang menyatakan hal ini mungkin boleh disertakan...

Wallahu'alam...

Pieka said...

maen futsal? haha. sya langsung tak pndai maen dan kebanyakan wanita yang maen pon sya tgk buat buat pndai ja tpi tendangnya ke laut jugak. hehe....

mmg bukan fitrah perempuan futsal nih!

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said...

terima kasih komentar..
teguran yg baik kita ambil iktibar..

kita belajar dgn guru..guru berlainan.. ada guru kata nak selesaikan masalah matematik cara ni(mudah)... ada pulak ajarkan cara ni(panjang jalannya)


kalau nak kata wanita nak main futsal, Islam benarkan?? ha, g la, pakai kain, pakai jubah, main futsal, banyak bagus... seluar itu dah ada unsur yahudi jika dipakai perempuan, (keterlaluan ayat ini) tp ini yg ditegaskan arwah kiyai aku, mula pakai seluar longgar, pastu ketat sikit, pastu singkat sikit, ala, xpe... sikit je.. bila dah ketat, setokin pon malu nk sarung, kasut pulak tumit tinggi... kaki pulak ade gelang nak tunjuk..hmmm

dlm blog ni, aku lg suka keluarkan pendapat aku, sebab, org dah tau pasal hukum, pasal ayat2 quran, tp masih x nak pakai... sebab????

kpd kita... adakah wanita kuat itu semestinya kuat tubuh badan??

bukankah pena itu lebih tajam dr mata pedang??

muslim yg kuat lebih baik dr muslim yg lemah...

semestinyakah kuat itu mengangkat senjata??? bermain futsal??

main futsal dpt stamina nak g perang?? ke menyusahkan laki??

pasal sutera, kalau bukan soal kelembutan sutera itu sebab apa??? sila nyatakan hujah anda...

setakat ni, aku xnampak wanita lasak ni membantu Islam.. jangan samakan zaman sahabat dan zaman rasul... kalau begitu, jangan naik kereta, naik la unta..ok??

dulu berperang disertai wanita, tp berperang pakai seluat track ke??pakai t-shirt ke??

ada org main futsal pakai purdah??


maaf kerana kata2ku kasar... org tegur terbuka, kita balas terbuka ok??

Unknown said...

adakah futsal semestinya untuk lelaki?tak salah kot main antara perempuan.tapi salahnya bila perempuan campur main dengan laki@dipertonton bersama oleh lelaki.lepak la.perempuan pun nak tunjuk skill diorang gak.

amirah said...

emm betul gak ap yg awk ckp
wanita main futsal xsalah tapi bila dh dipertontonkan depan lelaki dh jd berdosa..
lelaki mesti akan tengok yg xsepatutnya
nice entri~

annadzirah said...

huhu.
xsukalah bola.
ahaha.
sy mmg bukan jenis bersukan.
hu.

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said...

fobia: bagus la ko nye komen..
"lepak la.perempuan pun nak tunjuk skill diorang gak."
tujuan main nak tunjuk skill.. ape ade dgn skill.. bukan ke banyak lg benda lain wanita boleh buuat.. nak ke bini kaki futsal, mane2 game pergi??

amirah: ye xsalah menurut adat, tp tgk pada hakikat penciptaan wanita, menghampiri salah... tgk saja pakaian.. kalau main sam2 pempuan pun, pakai baju mesti la sendat... hmm, aurat tekeluar kn..so, fikir la.

annadzirah: hmmm, xsuke besukan??suka2kan la memasak erk, senang nanti..hehehe
dan xde tmpt main futsal yg tertutup hanya utk wanita, dikelola oleh wanita kan?? semua open. so xyah la

Unknown said...

skill bukan utama.yang penting dapat keluar peluh untuk sihat.sihat itu sebenarnya yang nak dikejar.bukan mesti main futsal cuma futsal tu adalah pilihan.tak salah mencuba sukan baru.takkan la dalam hidup nak main netball semata.kadang kena cuba bowling,badminton,jogging,swimming..blablabla..tapi kalau main takde skill@tak dapat berikan yang terbaik tak best la.macam makan nasi takde kuah.makanmakan gak tapi makan untuk hidup je.tak salah kan kalau nak kasi isteri senam.takkan suami je senam.habis isteri je sakit suami je sihat?diorang ada hak gak.tapi takde la sampai jadi KAKI segala sukan.sekadar secukupnya untuk sihat.takde la nanti isteri stokstok datin je.KEMBANG.@asyik sakit je.duduk hospital.lastlast suami gak parah.

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said...

semakin bernas alasan anda, boleh diterima utk sihat..

adakah hanya bersukan cara keluarkan peluh dan bersukan dan bersukan??

xsalah benarkan isteri bersukan, tp ingt, bila satu2 perkara mula diterokai, dan semakin seronok, ia akan menjadi hobi, dan akan berterusan.. sama je dgn lelaki..

jangan hanya pandang pd zaman ini, pandanglah natijah akan dtg..

bagaimana anak2 yang hendak didik dengan sinar Islam.. Sedangkan PENDIDIK tidak terdidik dgn baik??

Ibu dah seronok sports, anak kat rumah??kwn2 ajak main, JOM...

1 lg, senam dan sukan dua perkara berbeza.. jangan lupa.. tak salah bersenam.... bersukan pon xsalah, tp dua2 boleh jd salah...

hans said...

hahaha
entry yg lucu

tresna said...

bagus bagus :)

pak long said...

salam...
lama dah tak berpidato....

Unknown said...

hah!..amik..kan kne smash..

bnyk lagi sukan yg sesuai utk perempuan..futsal bkn sukan yg sesuai..tgk iklan tv,iklan syampu 2, nmpk x? btape buruknye perempuan tendang bola..mak ana paling xsuke iklan tu..ana pon..perempuan main futsal @pon bola, xsesuai dan perempuan ni bnyk kene jage..
klau jatuh ke terhempas ke patah kaki ke..
lagi merisaukan bila dh kahwin nti..xdpt anak..

nsht ni dtgnye dr cgu ana..
fikir2kanlah..

bnyk lagi game yg bleh main..
badminton ke..tenis ke.. n bnyk lagilah.. tp jgn main sepak takraw dah la..haha..

mimi said...

selalu kalau tengok ppuan yg men futsal, bkn tgk org main sgt pon.. saje dgr komen2 lelaki2 gatal kat situ yg mengomen pasal liuk lentok wanita atas padang. malu -_-''

Unknown said...

tak salah menjadi hobi asal mereka tahu meletakkan prioriti.keluarga adalah utama.kan?takkan mereka tak reti nak membeza.melainkan mereka memang belum cukup ilmu untuk membeza.masalahnya mereka akan menjadi bersalah bermain futsal bila tanggungjawab terabai.tak salah bermain asal tanggungjawab sebagai isteri masih terlaksana sempurna.(bukan takat cukup,OK.)+tak salah kot kalau anak diajak sukan bersama.bilanya lagi anak+ibu nak bermesra dalam suasana yang lebih santai seperti bermain futsal bersama.futsal adalah salah 1 senaman.tak salah untuk bermain sukan lain@senaman lain+tak salah gak untuk perempuan berfutsal.memang sukan bukan je hanya untuk berpeluh.kalau tak nak berpeluh dengan bersukan boleh la bercucuk tanam ke,bersauna ke.peluh gak tu.tapi sukan mempunya banyak geraknya untuk melancarkan peredaran darah,menggerakkan banyak otot+blablabla.sebab tu sukan adalah antara yang digalakkan.kalau tak digalakkan,kenapa tak disuruh je bercucuk tanam@bersauna.SEMATA?bukan anak takkan terdidik dengan sinar islam dengan cara bersukan.bukankah ibu boleh menunjukkan caracara bersukan yang baik yang dituntut islam.cara berpakaian,bergaul dengan masyarakat luar,blablabla.mendidik anak tak mesti kat rumah je.tak ke bosan kalau hanya mendidik anak hanya di rumah.mungkin kita sendiri pun akan merasa kebosanan tu kalau hanya.kat.rumah.nanti bila anak da keluar rumah,culture shock.tak reti nak mengaplikasikan apa yang dipelajari di rumah.kerana kat rumah semua hanya teori.takde pula ibu tunjuk cara aplikasinya bila berhadapan perkara sebenar.kerana selalunya tak semua teori dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar melainkan memerlukan gabungan beberapa teori yang memerlukan guide dari orang tua.iklan syampoo tu nampak salah sebab bercampuran laki+perempuan.so nampak la ketidakelokkannya bila perempuan bermain futsal.cuba kalau semuanya perempuan.mesti rasa tak senang tu takde la sampai rasa macam tu.kerana aksi yang nampak keterlaluan.tapi cuba la kalau perempuan main dengan perempuan.mesti aksinya takde la sampai macam tu sekali.kalau ada pun,hanya untuk pemerhatian antara perempuan dengan perempuan.(so,salahkah dalam keadaan ini?)kalau aksi antara laki dengan laki pun kadang bukan semua perempuan suka tengok kan.cuba aksi tu dipertontonkan antara laki dengan laki,mesti semua tak berapa nak kisah pun.kan?

Edda said...

rasenye satu hari nnt akan adernye lelaki kena tendang plak ngan pompuan.. hahaha.... rasenye skang pon ader, cume tak tau je.. huhu

Mencari Nur said...

salam ziarah,
ya allah...x habis2 saya gelak baca entry n comment nya sekali.
banyak juga hujjah pasal futsal ni ye.....
saya pun x setuju dgn iklan syampu tuh.tetiba je wanita tu masuk padang dikelilingi al-rijal kick the ball.
kadang2 jelik juga mata al-rijal memandagnya.
ada juga trbaca mengenai kisah seorg wanita ni pergi berperang,dia pergi berperang setelah suami dan anaknya syahid dlm perang tersebut. walau pun para sahabat tlh menghalang nya dgn mengatakn wanita yg merawat luka para jihad hampir sama dgn barisan pertama para mujahidin. dia x jd pergi parang ttp pegi utk merawat.datang pula seorg mujahidin yg cedera parah menarik pedangnya,terpercik,penuh darah pd muka wanita tersebut.lastly, dia ambil pedang tu,dan naik kuda pergi berperang,akhirnya dia syahid.
bila nk kaitkan org main futsal dgn perang ni, agak jauh juga utk d hujahkan.
saya rasa, wanita tersebut pergi berperang mungkin merasakan mempertahankan agama ALLAH adalah segala2nya,dan kehipan dunia ini x lg utk nya.
hmm...nk juga minta pendapat mengenai budak perempuan sekolah agama main hoki.
nk kata, bola hoki lg keras mcm batu, berbnding futsal drpd getah dan angin.

cendool pulut said...

salam...bgus la pompuan2 kt sni yg rate2 xsuke men futsal n xsuke pompuan yg lain menceburi futsal ni...yg pertahan kan boleh mesti sbb die cube defend something sperti mak die ke kakak die ke adik die ke or makwe die yg aktif n komited dlm futsal ni...hehhee..btw bnyk lagi la sukan yg boleh sihatkan bdn+aurat pun xterdedah...aku xpernah tgk org main futsal pakai tudung labuh n baju die yg longgar2...kalu men bodoh2 pun paling kurang ade "something" pde pompuan yg akn terdedah...phm2 je la kn..kalu yg bertudung akn melilit-lilitkn tudungnye da jdi mcm serban punjab jnji rmbut aku xterkeluar knknkn...yg pki bju lgn pnjg pun akn kelepet-lepet lenganye coz pnas+peluh...etc lgi lah...yg dah kawin ni pulak 1 hal la...da xde keje lain ke ape whi isteri2 hyperaktif ni??...suami n anak 2 jge..

ak rase isteri yg bukn men aktif main futsal ni memg da xde keje kot 2 yg men bende alah ni...kalu btol2 la die jage suami n ank2 die ak rase da cukup kurus n fitnes mantap punye la..xyah nak berfutsal la bertakrwa la ape2 je...ntah la owg zamn skunk ni... mcm2 hal la...

aku tgk yg laki berbaju merah yg bernama akufobia ni len mcm pulak die tegakkn pompuan bley men futsal...ape kes die ni..yg dibantah pompun futsal ni coz ditakuti rumah tangge terabai n yg penting ni aurat 2 yg terdedah... sekadar nak sihat ade bnyk care len lgi yg cukup terjage batas2 islam...wat kat rumh pun boley dlm bilik lagi boley dpt pahale lagi 2...knknkn...hahaha

yg penting islam da ckp niat x menghalalkan cara...nak sihat tpi xkne gaye memg haram lah...sukan renang antare yg paling sihat di amalkn coz die melibatkan seluruh bdan...why xnak wat whai isteri2 hyperaktif???..coz aurat...cm 2 jgk la dlm hal ni...kalu da kejar bola bgi nak runtuh bumi xkan la yg laki2 sedunia xpandang bende 2...knknkn..fitrah...yg penting yg kite wat 2 pahale..ni penat2 tpi dose je dpt bek xyah..bek layan je la suami n anak2 2...pahala dapat sihat+fitness pun dpt..akhirat kite nak hidup lame wey...k salam xyah men futsal whi isteri2...

nuriz said...

ahahaha!! lawak giler ayam main bola nie penangan w.cup kot

molliesa said...

salam..
wah..futsal perempuan...
siyes, dulu aku tak main futsal, sebab aku salu tengok yang main tu gedik semacam..memang..
suddenly, aku terjebak sebab team tu perlukan keeper...lepas mintak izin suami, aku join futsal. tapi suami pesan jage aurat, maknenye memang aku pakai baju yang saiz sangat besar ok..tudung pakai properly tutup yang sepatutnya, lengan pun pakai baju lengan panjang. bagi aku, tak de salahnye nak main sukan. jangan melebih2 sudah lah...=) setakat perempuan, rembat pun kuat mane lah sangat...

molliesa said...

salam...
"tp jgn lupa, nbyk lg yg kita xsedari, contohnya, pergaulan sesama rakan, lelaki dan perempuan, hiburan. Sukan.. semua tu byk kesalahan nya..

lg2 bersukannya wanita, dipertonton oleh lelaki..

mcm futsal wanita, celah mane yg membenarkannya?? sbb suami benarkan?? kalau mcm tu, apa2 minta kebenaran suami da cukup? xkan? pakai tudung tutup yg mana perlu, 1 soalan, adakah dada anda tertutup?? hanya dgn baju kan, bila lari, tudung terbang kan..

apa2 pun, pilihlah jalan hidup kita sbb Allah bg kita pilih, nak yg baik @ tidak.."

oh, saye sangat pasti dada saye tertutup..=)
sebab saye dah pinkan betoi2, pasti sangat2, takde was2, lagipun saye main keeper...acara berlari tu memang takde lah.. (dah kate futsal perempuan kan...)
saye bukan nak tegakkan ape yang tak baik,tidak..saye ISLAM, pasti masih memilih caa hidup sebagai orang islam, masih belajar,
kamu sebagai pendakwah pula jangan dok menghentam, itu tidak bijak, biarlah dakwah kite tu mengikut situasi..saye ikhlas katekan, cara kamu sangat tidak menarik dalam menyampaikan, saye tidak berminat lagi kepada penyampaian kamu..walhal sebelum ini, saye tertarik untuk mendalami keindahan islam dari penyampaian kamu.sungguh kecewa..wslm. terima kasih. =)
cuba ubah sikap yang suka bersangka buruk...=)

molliesa said...

muhammad hanafi bin sulaiman: budak ini, tak puas hati tu...ok,
ish, mesti lah kesian, tapi mesti kesian dulu kat diri sendiri, jadi kene jage diri sendiri dulu dalam ape jua, baru jage saudara sekeliling, pasal kawan2 tu tanak sentuh, sebab dorang sama ada main futsal ke tak, tetap dah terdedah auratnye, jadi titik lah disitu.
so, hanya akak jadikan diri sendiri kayu pengukur semasa membaca tulisan awak.
ya, memang awak dan akak jahil, same2 lah kite belajar tapi, lain padang lian belalangnya...jangan nak samekan sebab satu perkara tertentu...
akak cume tak suke tulisan yang banyak sangat tanda soal dibelakangnya, bila dibaca bunyinya seperti menengking.jadi, samada adik ni pendakwah atau org yg jahil sedang belajar, elok lah berhemah..baru org terima.. suka atau tak terpulanglah. dah, sudah lah.. tak payah kejar ke blog akak lagi, sebab akak tidak seronok membaca tulisan mu..=)

MofizPutra.com said...

"akak cume tak suke tulisan yang banyak sangat tanda soal dibelakangnya, bila dibaca bunyinya seperti menengking"

apa yang akak tu ckp, tentang tanda baca nih, ada betul, sb sesetengah org yang prihatin mengenai tanda baca nih, memg terasa apabila membaca tulisan yang banyak tanda baca.. salah satu daripda ilmu Allah gak, kehemahan dalam penulisan dan termsuk dalam kesopanan berbahasa... sory kalu ada yang terasa tkade niat.. nk tegur sape2 sb sakrg nih sy sedang mengkaji benda tuh..huhuh...

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said...

salam.. eh sorry erk, sapa yg kejar blog sape??

kalau xnak bg masuk block jela.. ape masalahnya..

Kalau betulkan diri sendiri je, kwn2 xnak sentuh, kalau xsmpt tegur kwn, kita pergi dulu.. ape jadi?
kalau ayat tanye takde tande soal mcm mana??

utk renunganku.. Ada 1 kawasan yg bergeluman dgn dosa, Allah suruh malaikat hancurkan tmpt tuh, tp malaikat bertemu Allah semula, dan kata, Masih ada org yg beribadah kpdMu.. Allah kata hancurkan mereka yg beribadah dulu.. Sbb apa??sbb pentingkan diri sendiri, x ambil tahu masalah umat Langsung...

sorry sket, sape2 xsuke blog ni, silakan dgn segala hormatnya.. Blog ni bukan ade pintu, jd faham2 la yer...

Sapa yang rasa mmg blog ni xperlu ada, silakan buat ape2 yg patut..

bila menegakkan kebenaran, takkan nak ckp lemah gemalai.. bila menangkis serangan... Cara yg lemah lembut di pijak, cthnya, tgk sendiri ko punya komen yg mula2... xde akak2nye dah.. ko tanya la laki ko.. mane yg baik bg dia, ko ikut jela.. Ikut ckp laki lg bagus kot dr ikut ajaran Islam

cendool pulut said...

jgn emosi sgt kak molie...smpi nak memutuskn hubungn sbgi sedara sesama islam....bukn kah itu sgt dibenci Allah dan rasulnya...xkan disebbkan berbeza pendpat smpai memutuskn yang wajib dijalin...ulama'-ulama' muktabar dlu pn ade beza pendapat tpi xde smpai putus hubngan...imam malik pun kne tegur ngn anak muridnye syafi'e..tpi ttp syafi'e menyanjungi gurunya itu... ni kan kita umat terkemudian yg ilmunya bak rumput di bumi berbanding salji di puncak gunung... ilmu xde tpi judgenye xtepat...

utarakan pendpat boleh diterima tpi jgn smpai kesimpulannya kita melakukan yang sia-sia n x bertegur sapa....mungkin ap yg diutarakan oleh hanafi adlah ape yg dia tegok n perhati...akak ade hak untuk membangkang ape yg dikatakan tpi kesimpulan akak yang "tak payah kejar ke blog akak lagi, sebab akak tidak seronok membaca tulisan mu..=)"...seakan-akan memutuskn hubngan antara sedara islam...


menegur umat islam yang lain adlah wajib kerana salah tetap salah n yg betul kite sokong... jgn lah smpai akak mngatakan "jadi kene jage diri sendiri dulu dalam ape jua, baru jage saudara sekeliling"...umat islam yg slah kne dibetulkn krn yg rosak akn terus merosakkn yg lain spt kayu yg reput.... jika tegurn xdibuat...ap fungsi allah mengutuskn rasulnya bukan kah utk menyempurnakn akhlak yg rosak... hanafi ni bkn lah rasul tpi legasi dakwah rasul itu mesti diteruskan utk maslahah umt islam.... jgn jadi kubur masing2...

dlm bidang penulisan ni kne hati2...jgn gune bnyk sgt penanda baca..coz org yg bace xsame dgn ap yg kita nak sampaikan sebanrnya...kalu boley stret to the point...ni gara2 salah faham tanda baca tlah berlaku konflik....k...

setlekn hal ni sbgi org yg matang bertikam lidah tiade gune....islam adalah jemaah bukn individu....tertegaknye islam skarang adlh kerna bersatunye umat islam dahulu..dan runtuhnye islam krn perpechan sbb spt hal remeh2 ni...

beri pendpat dengan ilmu jgn emosi...k salam

Akif Mazlan said...

saya terasa..
hafiz quran ttp makin meninggalkan dan dtinggalkan alquran,,
sob3,,
hope, dapat kembali kearah jalan yg benar

Unknown said...

adeyh...yep wanita lg...
bole je kalo nk men,tp pndai2la pilih port...sumer game same je...kne pndai2 cari tmpt,mase dn kenalan yg baik...besela wanita tue kt mane2 pon fitnah..lg plak kalu kt tgh pdg..adeyh!

strengenge said...

lawak2

SheqienRoslan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aslm tuan punya blog, komen2 bnyk buat assumption. jgn biar jadi fitnah. (anda pendakwah?) Agak keras bila laki2 dlm blog ini komen isteri layan shj suami.Benar. tp PENYAMPAIAN anda sgt mengecewakan, lets improve. Sekiranya ada anak2 yg tidak dididik dgn sinar Islam, kerana ibunya bermain futsal, maka kamu lah PENDIDIK yg perlu didik anak2 ini. Sekiranya itulah ketentuan Allah, maka laksanakan seikhlas, tidak perlu tohmahan pada kaum wanita/isteri yg berfutsal ini. Sahut cabaran ini. Igt, dlm sekelip mata perkara ini boleh terjadi pada diri masing2. Pada adik2 perempuan di sini,adakah jatuhnya seorg perempuan itu kerna kasar bermain futsal boleh menyebabkan beliau tiada peluang mengandung nanti? igt..Allah yg tentukan segalanya.Hentikan post sebegini. Tuan blog kata tidak nmpk wanita lasak membantu Islam..astagfirullah. Mungkin kerana Allah tidak nmpkkan di mata anda..

Anonymous said...

hehehehe...hadoilaaa...come on la blog owner...tegur menegur kan bagus...baru boleh betulkan keadaan, ni awak je rasa awak betul...hehehe...kna improve tu dari segi penyampaian, ape kata awak try print screen ape yg awk dh tulis kt cni n tunjuk kat mana2 pendakwah, tengok diorang setuju tak dengan cara awak.hehe.gud luck.

Anonymous said...

Tak setuju langsung pasal pendapat awak . Rasanya cara menegur awak buat perempuan yang main futsal lain terkilan . Ape salahnya main futsal asal kita tak tinggakkan tanggungjawab kita