Assalamualaikum w.b.t... Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan SAW. Para Isteri, Para Sahabat, Tabi'in, Tabi' Tabi'in dan seluruh umat Islam..
Bila baca je tajuk nih, tepuk tangan la lelaki, dan hentak kaki la perempuan..hahaha... yang aku plak seronok apa hal?? mcm ade niat je..hahaha. Ape pulak niatnye?? 1 pun belum, lg nak pologami, hahaha..
Okey la, berbalik pada tajuk, poligami bermaksud, seorang lelaki bernikah lebih dr 1, tidak melebihi 4 dalam 1 masa. Maknanya, orang yang kawen 2, 3 dan 4 tu la dipanggil berpoligami.
Manakala Monogami adalah, seorang perempuan untuk seorang lelaki. Ish, tak adil nih.
Adil pula, maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya, tak semestinya sama rata itu adil,.. Kalau definisi adil ditakrifkan sama rata, mcm mana soal pembahagian harta pusaka??(FARAID), anak perempuan hanya dapat separuh dr anak lelaki kan??
Ape citer adil nih, ish...
Pologami dalam Islam adalah di benarkan, dengan syarat2 tertentu. Contohnya, Adil, Berkemampuan, Beragama, dan yang seumpamanya.
Bagi lelaki, sebenarnya, bukan semudah disangka berpoligami itu, Tugas dan Tanggungjawabnya sangatlah berat... Mahu tidak mahu, jika yang sudah berpoligami, tunaikanlah tanggungjawab dengan sebaiknya. Nanti ulas kat sambungan la, InsyaAllah...
Bagi perempuan, banyak posisi, Jika Isteri pertama, kebanyakan isteri pertama tidak setuju suaminya menikahi seorang lagi perempuan atas alasan suami itu miliknya. Wahai isteri-isteri pertama, sedarlah kita semua, suami yang kamu miliki itu bukan milik kamu seluruhnya, dia menjafi milik kedua orang tuanya yang paling penting. Tp, isteri adalah milik penuh seorang suami.
Jika perempuan menjadi isteri kedua, Yang baik ok la, yang teruk, hmmm ade ke patut suruh ceraikan isteri pertama la, nak die je la. ape kebenda ni, dah awak nak kawen dengan seorang yang dah beristeri, terima jela MADU tuh, Bukankah MADU itu MANIS??
Dalam pologami pula, mcm2 cerita yang akan tersebar, pihak A akan burukkan pihak B, pihak B burukkan pihak A, kalau ade 3 isteri pulak, saling memburukkan. Gejala ini langsung tidak sihat.. Apa kah salahnya jika berkongsi kasih itu?? MANIS bunyinya, hehehe
Kepada mereka yang dah berpoligami, sebolehnya, jauhkan hasad dengki, jauhkan sikap buruk yang mana sikap buru ini hanya membawa kepada kehancuran diri sendiri. Terima MADU kamu sebagai ahli keluarga, semuanya telah ditentukan oleh ALLAH untuk kamu.. Takkan ALLAH menzalimi hambanya.!!
Kepada isteri yang kini memiliki suaminya seorang(tanpa MADU), bersedialah untuk berkongsi kasih, tetapkanlah iman dan hati kamu yang kamu tetap akan tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Bukan mendoakan, cuma bersedia sahaja..
Yela, masa akan datang kita tak tahu ape akan berlakukan?? sebab masa kita kecil dulu pun kita tak tahu pun kita akan besar sebegini kan?? Cuma kite bersedia dengan belajar sebanyaknya ilmu untuk menempuh hidup,..
Ramai juga wanita2 yang menyuarakan suara dengan lantang menolak poligami, ade sampai tubuh persatuan 1 suami 1 isteri, disini terangan menentang hukum yang dibenarkan oleh Allah, jangan soal tentang Adil suami, kerana Adil itu akan dipersoalkan kpd suami, bukan isteri.
Banyak kebaikan poligami ni, antaranya.. Tugas melayan kehendak dan karenah suami kurang sedikit kerana suami ada isteri lagi, maknanya, jika 2 isteri suami, beban yang sebelum ini ditanggung isteri berkurang sedikit.. Selain itu, Si Isteri masing-masing berlumba-lumba untuk mendapatkan kasih sayang suami dan berusaha menjadi isteri yang terbaik supaya di kenang sentiasa oleh suami. Kan ke MANIS tuh??
Ana bercerita atas pengalaman, kawan2 yang dah dua isteri, ahli keluarga pun ade.hehehe. Boleh ikut jejak ni.hahaha..
Nantikan sambungannya..............












