Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Thursday, October 29, 2009

Dalam class nih...hehehe

assalamualaikum...
sihat semua??lama x menaip kot..hehehe..
Bukan ape, nak online bukan main susah lg..internet terlalu lah laju sgt..tu yg payah tuh.. Mcm mane tah kat sini ni, wireless byk, tp tenet adushhh..huhuhu

Skrg ni dalam class...class IT.. ice-breaking dlu..
aku pon dengan memandai nye, lec tu muda lg..aku online la..laju plak tuh..
tu yg seronok nak menaip..hahaha.. walaupun makmal kompeter ni masih guna pentium 4..kire slow la dr PC yg slalu aku gna d rumah.. aku mmg cemburu dgn helmi yg kat umah dpt melayari internet tanpa gangguan..hahaha

Hari ni aku demam, pg td nak bangun punye la susah.. Aku paksa jgk bangun.. Pastu ade roti dalam laci, aku makan sambil nak turun lift, aku makan roti.... N makan Panadol... bukan pecaya pd ubat, tp sebagai ikhtiar je... Yg menyembuhkan segala penyakit adalah Allah s.w.t....

Malam ni aku rase sejuk balik, yela dalam makmal air-corn kan..huhuhuh
Solat isyak belom lg nih... yela, class start kul 8 td, sampai kul 10.. Kalau Allah nak ambil nyawa, tunggu la sampai aku solat dulu ya Allah...

Kat class ni skrg ni tgh blaja pasal short cut key...
Blaja pasal cut n paste, pasal select all, tah pape lg la..huhuhu..
aku pn buat2 la mcm tah x tau..huhuhu.. email pon xde, lec tu tanye aku..hahaha, nampak sgt koman aku nih..huhuhu.. padahal mase die kat depan, aku menaip..rindu gler nak menaip kat blog nih..huhuhuhu..
K la, lec ni mcm minat kat aku je..hakhakhak(perasan je aku nih)hahaha
ok jumpa lg yah, wassalam..

Friday, October 23, 2009

Hilangnya Ilmu agama

Aku baru je menggodek friendster aku yg aku lama x hiraukan.. Sekadar ade org comment, aku balas..tu jela.. Malam ni terasa nak tgk2.. Dengan kuasa Allah tertarik dgn satu posting bulletin... tajuknya : ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Aku pun bace la dgn tak berapa teliti, tp bile dah bace, aku nak telitikan lg... Ade hadith sohih, maksudnya ni,

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim

Teringatlah akan aku ape yg ustaz aku pernah katakan dulu mase sekolah... Ilmu yg pertama sekali akan ditarik oleh Allah ialah ilmu Fara'id... Korg tahu ilmu Fara'id??ilmu pembahagian harta jika seseorang dalam keluarga meninggal dunia.. Takyah katakan org lain, aku sendiri tak belajar ilmu Fara'id nih..ish ish ish.. Sedehnye.. Mudah2an Allah beri aku peluang utk belajar ilmu nih.. Bukan utk merebut harta, tp sebagai ilmu utk masa hadapan...



Nampak jgk sekarang para ulama' tidak lg d hiraukan oleh segenap lapisan masyarakat.. Ulama dijadikan bahan ejekan sesetengah pihak.. Bukan nak d jadikan idola..Yg d jdkan idola, artis, artis..pelakon.. Aku x la kata aku x tau pasal artis.. Tahu la jgk..tp x tau byk, sket2 je.. minat jgk, ish3, jagalah hatiku ini Ya Allah..jgn kau lalaikan aku...

Sampai sini dulu la aku menaip malam ni..hehehe...

Ni la die time raye pertama..hehehe



Assalamualaikum semua..dah lama nak post video ni sbnrnye..
tp line slow, jd malas nak tunggu..hehehe

Selamat menonton, komen2 la yer..hehehe

Bau Syurga, dptkah kita menghidunya???

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

Maksudnya: Siapa yang mempelajari suatu ilmu agama yang seharusnya ditujukan kepada Allah, tiba-tiba ia tidak mempelajari itu untuk Allah hanya untuk mendapat kedudukan atau kekayaan dunia, maka tidak akan mendapat baunya syurga pada Hari Kiamat.[1]

Sedangkan bau syurga ini dapat dihidu dari jarak- 40 tahun perjalanan; dengan bau tehnya, dengan bau sirapnya. Serupa kita pergi ke tempat kenduri atau masuk restoran, dari jauh sudah terbau masakan. Satu daripada kelebihan syurga ialah ahlinya sudah boleh mengecap kelazatan baunya dari jarak 40 tahun lagi. Jadi orang ini usahkan boleh masuk syurga, menghidu bau pun tidak boleh. Inilah orang yang sudah betul-betul sial di muka dunia iaitu orang yang berbohong dengan Allah taala.

[1] Dari Abu Hurairah, hadis riwayat Abu Dawud.
Dipetik drpd blog http://ipnaa.blogspot.com/

Tolong Ingatkan Saya...

Tolong ingatkan saya
andai saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah jangan dilupa
taati mereka setiap masa

Tolong ingatkan saya
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan dan ilmu
tapi tarbiyah sepanjang waktu

Tolong ingatkan saya
bacalah dan bertadabburlah al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan saya
andai solat saya lalaikan
jika aurat saya dedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa setia memberi peringatan
sentiasa sedia menerima teguran

Tolong ingatkan saya
kalau bercinta, jangan berlebihan
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
hidup ini satu pengembaraan
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan saya
diri milik Yang Esa
hanya padaNya diserahkan cinta
redha Allah cita utama

Ingatkan saya Ya wahai sahabt, keluarga dan semuanya..

Thursday, October 22, 2009

DOSA..!!!

Dosa Peringkat Pertama..
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesal perbuatannya @ pun lambat bertaubat atas dosanya... Ini adalah peringkat awal bagi orang yg membuat dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka dia akan naik kedosa peringkat kedua..

Dosa Peringkat Kedua..
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya... Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit2 permulaan yg boleh menggugurkan iman seseorang..

Dosa Peringkat Ketiga..

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya... Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana org yg membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak. Contohnya ucapan, "Aku kalau arak setakat sebotol x mabuk lg". Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat..

Dosa Peringkat Keempat..

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dgn perbuatannya dan mula memandang hina atas kebaikan atau kebajikan... Pada peringkat ini org tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadith & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah menguasai diri..

Sebagai manusia biasa seperti kita... Kita sendiri tahu d manakah kita.. Harap2 sgt kita tidak tergolong dalam mana2 peringkat di atas.. Jika melakukan dosa, Cepat2 lah bertaubat.... Astaghfirullah...!!! Subhanallah..!!!

Kewajipan Bukan Pada Menyayangi Mereka

“Beruntunglah si anak yatim,” saya berbual dengan seorang apprentice yang berkunjung ke rumah.

“Kenapa pula untung ustaz?” beliau nampak sedikit terkejut dengan kenyataan saya.

“Masakan tidak beruntung, derita hidup tidak beribu dan bapa, terlalu kecil berbanding hukuman Allah ke atas anak durhaka!” saya menjawab.

Beliau diam seketika.

“Maksud ustaz, lebih beruntung hidup tanpa ibu bapa?” tanyanya.

“Anak-anak beruntung ada ibu bapa. Tetapi ibu bapa belum tentu beruntung dikurniakan anak-anak. Hari ini ramai anak benci dengan ibu bapa sendiri,” saya menyambung perbualan.

Memang benar.

Saya sudah jadi mangli dengan fenomena anak durhaka. Anak yang memusuhi ibu bapa. Anak yang mengkritik ibu bapa. Anak yang menyakiti ibu bapa.

Tanda-tanda kiamat barangkali.

“Apabila seorang perempuan melahirkan tuannya sendiri” (Petikan Hadith ‘Jibril’)

BIBIT KEMARAHAN

Pengamatan saya, memperlihatkan bahawa anak-anak mula menimbulkan bibit benci atau sekurang-kurangnya tidak berpuas hati dengan ibu bapa sendiri, semasa mereka menempuh beberapa fasa kehidupan.

Seorang bapa, mungkin garangnya hingga tampar dan jentik menjadi makanan harian seorang anak. Di sepanjang masa, anak menerima hakikat bahawa bapanya adalah seorang yang garang. Lalu dia sentiasa berusaha untuk mengelak daripada ‘buat masalah’ dengan bapa yang garang itu.

Tetapi untuk membenci bapa, tidak terlintas di hati dan kepala.

Fasa pertama yang sering menimbulkan rasa benci serta marah anak kepada ibu bapa ialah apabila anak-anak mula meningkat usia, bersekolah dan memulakan tabiat berkunjung ke rumah kawan-kawan malah bermalam di sana. Pada usia inilah anak mula terdedah kepada contoh-contoh lain tentang bagaimana ’sepatutnya’ seorang yang bergelar ibu juga bapa. Anak-anak mula membandingkan ibu bapanya sendiri, dengan ibu bapa kawan.

Rasa takut terhadap kegarangan bapa dan ibu, mula berubah menjadi benci.

Fasa kedua pula ialah apabila berumahtangga.

Dalam sesetengah keadaan, ada ibu atau bapa yang melebihkan anak mereka sendiri berbanding menantu. Tetapi ramai juga menantu yang ‘bertuah’ mendapat mertua yang baik-baik, namun mereka mula secara tidak sedar menyemai suatu fikiran yang jelek bahawa ibu bapaku tidak.

Perbandingan-perbandingan inilah yang menyemai bibit benci dan rasa tidak puas hati si anak kepada ibu bapa mereka sendiri.

SEBURUK MANA PUN MEREKA

Seburuk mana pun ibu bapa kita, janganlah sekali-kali kita lupa pada kebaikan mereka semasa kita belum ada upaya menyimpan ingatan.

Kita menumpang duduk 9 bulan di perut seorang perempuan. Alam itu digelar Alam Rahim. Alam kasih sayang dan alam belas kasihan. Jika tiada sekelumit sayang di naluri seorang ibu, nescaya dibuang sahaja isi perut itu di tandas, di longkang, di tong sampah atau di mana sahaja.

Kerana secebis belas dan ihsan itulah, kita lahir ke dunia.

Lupakah (memang tidak ingat), semasa kita kecil, kita menjerit sesuka hati, memalukan ibu bapa di tengah kenduri? Kita pecahkan pinggan orang, kita curi barang orang, kita kencing dan berak sesuka hati, kita demam tidak bermusim. Bukan kita seorang, malah adik beradik yang lain.

Jika seorang ibu dan seorang bapa, tiada naluri kasih sayang, patah riuk tulang kita dikerjakan mereka. Penat bekerja, tidur entah di mana, bergolok gadai mencari bekal, apakah semuanya semata-mata untuk membesarkan seorang pembenci?

Kita ada ramai kawan, tetapi kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa. Busuk wangi, buruk dan baik, itulah ibu dan itulah bapa.

Pernah suatu ketika, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, memberitahunya bahawa ibu lelaki itu menyuruhnya mentalakkan sang isteri. Lalu Abu Darda’ berkata, aku telah mendengar bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:

“Ibu bapa adalah pintu Syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensesia-siakan pintu itu atau memeliharanya” (Hadith sahih riwayat Ahmad, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Biar pun sandaran dalil Abu Darda’ terhadap soalan lelaki tersebut kepada hadith ini ada perbahasan ulama’ mengenainya, namun persoalan yang terus kekal, Allah menyediakan pintu syurga bukan di tangan kawan yang paling kamceng, atau kekasih yang sejati itu.

Pintu masuk ke syurga yang paling utama, adalah pada memenuhi hubungan kita dengan ibu, juga dengan bapa.

SALAH IBU BAPA

Saya tidak nafikan, bahawa fenomena anak durhaka adalah produk dosa ibu bapa. Kesalahan ibu bapa merupakan faktor terbesar kepada keberhasilan anak durhaka. Malah sejak sekian lama, kita kaum Melayu sudah disedarkan bahawa Sazali adalah produk kesalahan si bapa menterjemahkan kasih sayang sebagai ‘beri semua yang anak inginkan’.

Memang malang di dunia ini bukan malang kerana tidak disayangi. Tetapi malang kerana gagal menyayangi. Sama ada tidak sayang kepada anak-anak, atau menyayangi mereka dengan cara yang salah.

Sudah terlalu biasa, ceramah saya tentang ibu bapa terpaksa diubah suai. Menekan-nekan akan kepentingan anak menghormati dan menjaga ibu bapa, menjadi sebuah sesi yang penuh penyeksaan, kepada si anak yang membenci ibu bapa. Kebanyakannya, adalah akibat sikap ibu bapa sendiri.

DI PIHAK ANAK-ANAK

Tetapi anak-anak perlu sedar.

Allah SWT tidak mewajibkan seorang anak untuk menyayangi ibu dan bapa!

Kasih sayang itu adalah perasaan yang mustahil boleh dipaksa tanpa asasnya. Mana mungkin seorang anak yang dibuang, diabai, disisih, dipinggir malah didera oleh ibu bapa, mampu untuk membuta tuli memaksa diri menyayangi orang yang tidak menyayangi mereka.

Sebaliknya Allah SWT meletakkan kewajipan kita sebagai anak-anak, adalah pada berlaku ihsan, berbuat baik dan menghormati ibu bapa. Ia bukan balasan kebaikan ibu bapa kepada kita, tetapi ia adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai anak, biar bagaimana sekali pun si ibu dan si bapa.

Baik kejam seorang bapa.

Biar cuai seorang ibu.

Mahu pun busuk seorang bapa.

Biar kafir atau sundal sekali pun seorang ibu.

Bukan anak yang bertindak menghukum mereka.

Segala dosa ibu bapa, kecuaian mereka, dan serba serbi kesalahan dan kekurangan mereka, ibu bapa itulah yang akan bersoal jawab dengan Allah tentang tanggungjawab dan peranan mereka terhadap kita.

Namun bagi seorang anak, tugas kita adalah untuk tetap menghormati, menjaga kebajikan, memelihara dan memenuhi keperluan mereka tatkala mereka dalam hajat yang diwajarkan Syariat.

ANDAI TIADA KASIH DAN SAYANG

Kewajipan si anak adalah pada mengekalkan perlakuan baik terhadap ibu bapanya. Bukan bergantung kepada layanan ibu bapanya dahulu, tetapi ialah adalah tanggungjawab anak sebagai seorang anak yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Untuk menyayangi ibu bapa, terpulang kepada anda.

Namun…

Melaksanakan kewajipan tanpa nilai dan kasih sayang adalah suatu beban. Berat tanggungjawab tanpa kasih sayang, adalah maksud malangnya diri yang gagal menyayangi.

Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “apakah perihalnya kamu ini?”

Perempuan itu menjawab, “yang kudukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku”

Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya”

Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjagaku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku.


Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua, aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”

Binasalah si anak yang lupakan peringatan ini!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG