Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Monday, February 8, 2010

Keluar Hospital

Assalamualaikum. Selawat dan Salam Buat Rasul Junjungan Muhammad SAW. Para Isteri, Sahabat, dan seluruh umat Islam.

Terdahulu memanjatkan syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, diri ini kembali bertenaga dengan atas ujian yang dijalani melebihi seminggu.. Alhmdulillah masih lagi dikurniakan oleh Allah masa dan kesempatan untuk menghidu udara Allah ini.. Ameen.

Pada minggu ini, sungguh memberi kesan pada diri ku. Pengalaman yang sungguh bermakna. Kegembiraan, kesedihan mudah terasa. Memberi kesan mendalam pada diriku..
Merantau 4 hari meninggalkan rumah, tinggal di tempat yang terjaga makan minumku. Cumanya, bosan sedikit oleh kerana tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, hanya, makan, tidur, solat, jumpa Dr. SN.

Walau apapun, Dr. Ng Tiang Koi dan semua SN dan staff2 di wad 1. Saya berbangga dengan anda semua. Saya rasa terjaga dan selamat bersama kamu semua. Terima Kasih Semua.

Semasa dalam wad, tiada SN yang marah ke apa ke. sebabnya, aku rasa, mereka semua faham, mereka juga manusia. Aku juga beri kerjasama pada mereka. Terima Kasih. Memang Antara SN yang bagus dan Baik la.. Mungkin aku rasa selesa sebab aku nak solat pun mudah. Ambil darah pun mudah,(sehari paling kurang 3 kali).

Air pulak, paling tak pun tak kurang 10 botol yang dah masuk melalui belakang tangan.. Punye hebat, aku minum dari belakang tangan je..hehehehe....

Tak lupa SN K.K Sg Besar, Dr. Wan, Dr. Wani, semuanya ambil berat tentang diri ni.. Terima Kasih semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung.

Pada adik beradikku yang sentiasa hadir menjengah aku semasa terlantar. Membawa aku ke Klinik setiap hari sebelum di masukkan ke wad...

Tak dilupakan, MAK, terima kasih mak..terima kasih yang tak terhingga, tatkala aku demam, EMAK sentiasa berada disamping...

Macam2 pengalaman yang ku timba, macam2 perangai manusia, macam2 gelagak.. Dari yang baik, sampai yang kurang menyenangkan.. Pelbagai ragam..

Kepada semua, jangan lupa hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Tiada Aedes, Tiada Denggi!!

5 comments:

acik ain said...

sihat n sakit semuanya atas kehendak Allah...

bila patient bg kerjasama dgn staff hospital, staff2 pun akan bg kerjasama...x kan ada komplen kata doktor n nurse garang la apa la...

diorg garang bila org yg diorg nk tlg xikut ckp diorg...

tp xdibafikan ada juga segelintir staff2 hospital yg suka naik angin xtentu pasal...ini golongn staff bermasalah slalunya...

Unknown said...

Alhamdulillah..hnya panjatkan syukur pada yg Maha Kuasa menyakitkan dan menyembuhkan..

hajarus said...

alhamdulillah...

Unknown said...

salam kembali
wondering...rupe2nye kt hospital...
semoge Allah memberikan kesihatan yg baek dan moge kesakitan ini jd penghapus dosa2 lalu

hans said...

aku risau kalau kena denggi
skrg demam