Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Saturday, January 30, 2010

sambungan.. Poligami Best..hehehe

Assalamualaikum, Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan.
Para isteri dan sahabat serta seluruh umat Islam didunia dan akhirat..

Menyambung perbahasan, ciwah perbahasan kunu.. Hahaha.. takde la.. Menyambung posting yang lepas, hanya ini masa dapat diluangkan...

Lelaki yang nak berpoligami, sama ada keperluan, atau kehendak semata?? Perlu direnung dan di fikirkan kembali...
Yang dah ada banyak isteri, jaga lah isteri2 anda sebaiknya.. Didiklah mereka, pimpinlah mereka menuju syurgamu..
Yang belum memadukan isterinya, dan masih dalam perancangan.... banyak perlu difikirkan...
Soal Kemampuan, soal pembahagian waktu, pemberian perbelanjaan....dan mcm2 lagi.

Tugas dan tanggungjawab semakin besar.. Semakin banyak..

Ada pulak suara yang ckp mcm ni, kenapa poligami nk ikut Nabi, soal lain tak ikut Nabi??

Jawapannya mudah saja, sebab persoalan kawen ni yang mudah di ikut, yela, akad nikah je kan??

Ada pulak yang kata, Dia rampas laki aku...

Ish kak, dia bukan rampas, dia nak kongsi laki je dengan akak.. tak pun laki akak yg nak kawen.hehe

Kakak bayangkan, kalau tak boleh kongsi kasih sayang akak tuh, bayangkan perasaan suami yang akak g manjakan kucing la, rabbit la, anak2 lagi..kan kongsi namanya tuh.. sama je benda nya, cuma situasi berbeza...


Mereka yang berhasrat berkahwin lebih dari 1, pastikan diri anda betul2 kuat untuk menempuh segalanya, contohnya,
Ugutan isteri, ada orang kawin yang kedua senyap2, lepas tu, bila ter'kantoi' dengan isteri pertama, tak mengaku... Bukan ke hukumnya terjatuh talak kalau tak mengaku isteri yang sah?? Lepas tu bila yang mengaku, isteri pertama kata ceraikan, sebut depan isteri pertama ceraikan isteri kedua... Tp depan isteri kedua, sebut ceraikan yang pertama pulak.... Kan ke rosak kedua2 perkahwinan tuh...
Tak dilarang berkahwin lebih dari satu, namun perlukan kekuatan dan persediaan secukupnya..
 
Maksudnya:
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak – anak yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

Soal pembahagian waktu, masa dan tempat.. Lagi2 balik ketika RAYA..huhu.. org yg isteri 1 pun gadoh2 nak balik raye..hmmmm
Masa, kena bagi dengan adil... Pakaian, makanan, barang-barang, alatan.. Jangan di sebabkan isteri baru tu masih begetah, bagi apa saja. Yang lama pulak, suruh cari sendiri.. Ish3...

ADIL sangat diutamakan dalam soal poligami ini...

Para isteri pula, jangan terlalu menekan suami semua dikehendaki.. Mengikut kemampuan suami juga la..
Jika sesuatu yang dipinta bukan keperluan dan semata2 memuaskan nafsu, ia menjadi berdosa.. Mesti dengan hikmat yah..

Kebanyakan orang yang mengerti agama akan berfikir panjang sebelum mencarikan madu untuk isteri, namun orang yang terlalu cetek pemikiran agama yang selalunya melulu mengahwini isteri kedua dengan alasan mengikut sunnah... Keperluan atau kehendak?? Fikir-fikirkanlah...

Saturday, January 23, 2010

Poligami Best..hehehe

Assalamualaikum w.b.t... Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan SAW. Para Isteri, Para Sahabat, Tabi'in, Tabi' Tabi'in dan seluruh umat Islam..

Bila baca je tajuk nih, tepuk tangan la lelaki, dan hentak kaki la perempuan..hahaha... yang aku plak seronok apa hal?? mcm ade niat je..hahaha. Ape pulak niatnye?? 1 pun belum, lg nak pologami, hahaha..


Okey la, berbalik pada tajuk, poligami bermaksud, seorang lelaki bernikah lebih dr 1, tidak melebihi 4 dalam 1 masa. Maknanya, orang yang kawen 2, 3 dan 4 tu la dipanggil berpoligami.

Manakala Monogami adalah, seorang perempuan untuk seorang lelaki. Ish, tak adil nih.

Adil pula, maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya, tak semestinya sama rata itu adil,.. Kalau definisi adil ditakrifkan sama rata, mcm mana soal pembahagian harta pusaka??(FARAID), anak perempuan hanya dapat separuh dr anak lelaki kan??

Ape citer adil nih, ish...
Pologami dalam Islam adalah di benarkan, dengan syarat2 tertentu. Contohnya, Adil, Berkemampuan, Beragama, dan yang seumpamanya.

Bagi lelaki, sebenarnya, bukan semudah disangka berpoligami itu, Tugas dan Tanggungjawabnya sangatlah berat... Mahu tidak mahu, jika yang sudah berpoligami, tunaikanlah tanggungjawab dengan sebaiknya. Nanti ulas kat sambungan la, InsyaAllah...

Bagi perempuan, banyak posisi, Jika Isteri pertama, kebanyakan isteri pertama tidak setuju suaminya menikahi seorang lagi perempuan atas alasan suami itu miliknya. Wahai isteri-isteri pertama, sedarlah kita semua, suami yang kamu miliki itu bukan milik kamu seluruhnya, dia menjafi milik kedua orang tuanya yang paling penting. Tp, isteri adalah milik penuh seorang suami.

Jika perempuan menjadi isteri kedua, Yang baik ok la, yang teruk, hmmm ade ke patut suruh ceraikan isteri pertama la, nak die je la. ape kebenda ni, dah awak nak kawen dengan seorang yang dah beristeri, terima jela MADU tuh, Bukankah MADU itu MANIS??

Dalam pologami pula, mcm2 cerita yang akan tersebar, pihak A akan burukkan pihak B, pihak B burukkan pihak A, kalau ade 3 isteri pulak, saling memburukkan. Gejala ini langsung tidak sihat.. Apa kah salahnya jika berkongsi kasih itu?? MANIS bunyinya, hehehe

Kepada mereka yang dah berpoligami, sebolehnya, jauhkan hasad dengki, jauhkan sikap buruk yang mana sikap buru ini hanya membawa kepada kehancuran diri sendiri. Terima MADU kamu sebagai ahli keluarga, semuanya telah ditentukan oleh ALLAH untuk kamu.. Takkan ALLAH menzalimi hambanya.!!

Kepada isteri yang kini memiliki suaminya seorang(tanpa MADU), bersedialah untuk berkongsi kasih, tetapkanlah iman dan hati kamu yang kamu tetap akan tunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Bukan mendoakan, cuma bersedia sahaja..

Yela, masa akan datang kita tak tahu ape akan berlakukan?? sebab masa kita kecil dulu pun kita tak tahu pun kita akan besar sebegini kan?? Cuma kite bersedia dengan belajar sebanyaknya ilmu untuk menempuh hidup,..


Ramai juga wanita2 yang menyuarakan suara dengan lantang menolak poligami, ade sampai tubuh persatuan 1 suami 1 isteri, disini terangan menentang hukum yang dibenarkan oleh Allah, jangan soal tentang Adil suami, kerana Adil itu akan dipersoalkan kpd suami, bukan isteri.

Banyak kebaikan poligami ni, antaranya.. Tugas melayan kehendak dan karenah suami kurang sedikit kerana suami ada isteri lagi, maknanya, jika 2 isteri suami, beban yang sebelum ini ditanggung isteri berkurang sedikit.. Selain itu, Si Isteri masing-masing berlumba-lumba untuk mendapatkan kasih sayang suami dan berusaha menjadi isteri yang terbaik supaya di kenang sentiasa oleh suami. Kan ke MANIS tuh??
 

Ana bercerita atas pengalaman, kawan2 yang dah dua isteri, ahli keluarga pun ade.hehehe. Boleh ikut jejak ni.hahaha..

Nantikan sambungannya..............

Sunday, January 17, 2010

Aurat, Tudung.. Bukan Trend


Selawat dan Salam Pada Rasul Junjungan Muhammad SAW.
Pertama-tamanya, Syukur kehadrat Ilahi yang Maha Esa yang mana sehingga ke hari ini kita masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam. Itulah nikmat yang paling besar yang kita terima dan tiada tandingannya...

Hari ini dengan tidak ada perkara mahu dibincangkan, ana terus menaip tanpa tujuan. Belum tahu apakah tajuk, apakah isi yang akan ana masukkan. Namun, terus juga menaip.. Menaip dan menaip..

Terlintas untuk meenaip soal WANITA.
Nampak mcm eksploitasi..hehehe, maaf la wanita-wanita sekalian. Tujuan posting ni untuk peringatan kita semua termasuk lelaki, namun wanita itu lebih utama.

Hari ini, bermacam-macam ragam manusia, perangai, pakaian, cara bercakap. Tah ape-ape lagi, memang banyak perbezaan...

Dalam Islam aurat tu sangat penting dijaga. Dengan sebab-sebab tertentu..

1. Menjaga maruah, takla nampak keburukan diri, dengan cara berpakaian. Tak la diganggu oleh kutu-kutu rayau..
2. Barang yang berharga tersimpan dalam bekas yang ditutup Rapi, tgkla kalau kita beli Mutiara asli, ade nak letak atas meja mcm tu je?? Mesti letak dalam bekas baik punya kan??
3. Supaya mengelakkan maksiat, rogol, zina dan lain-lain.
4. Supaya ada felling bila bersama isteri dan suami yang sah. Bayangkan la, kalau dah aurat terdedah  hari2, dah kurang felling bila suami isteri bersama, sebab dah BIASA TENGOK KAN??


Soalan sekarang, mcm mana orang yang pakai tudung baik dan tutup aurat dengan sempurna pun kena kacau, kena rogol??

Tengokla, kalau kucing, kita dah acah dengan ikan, die mesti bengang kan, dia sanggup curi ikan dalam tudung saji walaupun risiko kena baling pinggan dengan tuan rumah.

Mcm tu juga manusia, terlalu ramai yang tak menutup aurat.. Jadi, manusia dah terdedah dengan semua tu yang menyebabkan nafsu syahwat tak dapat dikawal. Manusia yang dah terlalu banyak terdedah dengan maksiat...

TUTUPLAH AURATMU UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH, BUKAN MENGIKUT TREND...

Sunday, January 10, 2010

Bukan tudung, Sarung Nangka tu.

Assalamualaikum. Selawat dan Salam kepada Muhammad Rasul Junjungan.

Ade orang kata kubur masing-masing.. Huh, mmg tak patut, yela, kubur asing pun, kalau kubur sebelah sebelah, kena jugak tempiasnya, mcm racun kat sawah jugak, sawah sebelah sembur racun, sawah kite kena tempiasnya juga kan?


Ade ke patut pada zaman ni, bila kite tegur orang, die kata jaga tepi kain orang.. Mmg la kena jaga tepi kain orang, sebabnya, kadang2 kain kite koyak kita tak perasan, orang lain yang perasan, jadi kena la bagi tahu kan? Apa masalah masyarakat hari ni kalau tak boleh lagi ditegur?? Apa guna nya hubungan kejiranan, silatulrahmi yang terbina? Soal tegur pun tak boleh..

Ana tak tahu nak post tajuk ape, yang penting nak cerita pasal aurat, balik2 ana cerita mende yang hampir2 sama je. Sedeh la tengok, orang sekarang, lelaki pakai seluar pendek, perempuan baju ketat.

Kat sini sebab saya lelaki, ana nak bagi tahu la kat perempuan2 sane tu, Bila antum semua pakai ketat, mmg banyak lelaki pandang, banyak yang menggoda, tp harus diingat, lelaki tu buat mcm tu sebab antum pakai ketat, dan jangan ingat lelaki tu nak ambik antum jadi isteri die. Bagi lelaki yang punya akal waras dan boleh berfikir dengan baik, Takkan dia nak ambil orang yang pakaian ketat2 tu, Lelaki tu akan fikir, mcm mana nak didik anak nanti kalau mak dia pun mcm tu kan??


Satu lg, pakaian menutup aurat bukan sahaja bertudung, namun tudung tu kena labuhkan.. PLEASEEEE la antum muslimah semua.
Jangan la kenakan tudung yang melekat2 tu, tudung ape tah, yang mcm selendang tuh. Melekat kat kepala.  Itu mcm sarung nangka je. Ana tak gemar langsung nak tengok, rasa meluat. Maaf, bukan meluat pd perempuan, tp meluat cara antum yang salah tu. Tutup la aurat dengan betul.


Dan jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ana paling tak suka perempuan yang tak tahu jaga adab. Nak sembang dengan lelaki tu, duduk sebelah, mak ai, geli la. Tolong yer..
Dan bila kite bertudung, jangan lupa image ISLAM yg kita bawa, jangan sesekali merosakkannya. Contoh merosakkannya, DATING, TGK WAYANG, CAKAP TAK SENONOH, hah, antum semua lagi arif kan, sambung la lagi.

Pesan-Memesan sesama kita, sebab kadangkala kita lupa.

Guru oh Guru kasihan dikau kini

Assalamualaikum. Selawat buat Rasul Junjungan SAW.
Selamat menyambut kepulangan ku.. ciwah, mcm balik dari Haji pulak.hahaha.

Ana nak cakap pasal guru, ana tulis guru sebab ia sekaligus memberi makna semua guru. Tak kira la ustaz ke ustazah ke, cikgu ke, orang yang ajar ana tanam pokok ke. Ia dikira guru kan.. Tp kat sini nak khususkan pada guru sekolah.

Apa yang nak ditaip yer??hahaha, blank la..huhuhu.

ok la, mcm ni, zaman mutakhir ni, selalu kita dengar masalah yang keluar dan timbul kat sekolah. Lagi sensasi bila berita tu keluar kat TV, paper. kan??

Contohnya, guru rotan murid, Mak Ayah tak boleh terima, dengan alasan, "saya tak pernah jentik anak saya". Patut la anak kamu kena rotan dek guru. Dah mak ayah tak pernah usik, hanya turut kemahuannya sahaja. Ada pulak, Mak Ayah yang sanggup report Polis sebab cikgu denda anak die. Mak ai.. ape nak jadi la..

Ana nak cerita la, pengalaman sekolah, ana bukan orang atau pelajar baik disekolah, dah tak baik, nak jadi pelajar cemerlang, lagi la jauh. Dengan beberapa orang kawan mmg selalu kena perkara2 berikut:


1. Masa kat sekolah, setakat tangan cikgu, boleh kata tiap minggu, kalau tak pun dalam sebulan mesti ada hinggap kat pipi ni. Fuhhh, pedasnya hanya ana dengan Allah jela tahu.. Kena pulak cikgu tu pakai cincin, perghh, mmg perit.


2. Setakat lari sepuluh round padang bola, perkara rutin kalau tak siap kerja.


3. Kena bersihkan kawasan sekolah, Hmmmm, tak yah citer bape kali.


4. Kalau cubit, tak terhitung dah, mcm makan nasi...

5. Lambat pergi musolla utk solat, kena baling getah paip. Adush, sakitnye kena punggung..huhuhu

6. Rotan, takde tempat kat tapak tangan ni yang tak pernah rotan hinggap.

Bukan nak citer keburukan cikgu kat sini. Nak kata, cikgu takkan lakukan sesuatu tindakan tanpa sebab. Dalam kes2 yang ana lakukan, mmg ana akui ada salah ana, namun ada juga time ana kena belasah dengan cikgu tu sebab orang lain. Namun apakah daya, diri ini hanya seorang pelajar kampung yang selalu jatuh naik basikal, jadi sakit tu dah biasa la kan. Teruskan juga la ape yang dialami tuh. Lagi pun, kat rumah pun selalu kena belasah sebab degil, tak dengar kata. Merosakkan harta benda awam, eh, harta rumah.

Nak bagi tahu, takde sorang pun cikgu ana masa kat sekolah kena tindakan ke, report polis ke. Tak de pun.  Disekolah ana la. Walaupun mase tu dah mula berita-berita itu kedengaran di bandar-bandar besar. Zaman berubah, pelajar makin pandai, guru makin banyak kerja, makin banyak tekanan yang dihadapi.
Tak dinafikan, tindakan guru itu ada kalanya di pengaruhi masalah lain dibelakangnya seperti masalah rumah tangga, masalah bebanannya. dan lain2.

Namun, jika sesuatu yang guru lakukan sekarang salah, apa akan jadi dengan anak2 kita d masa akan datang??

Sekarang, guru kelas dah tak boleh usik pelajar,.. Maknanya pelajar tak siap kerja, cikgu hanya cakap, siapkan yer sayang, nanti kalau tak siap cikgu tak denda, makan bermaharajalela la pelajar.

Sebagai ibu bapa, mesti ingat, cara mendidik anak yang di anjurkan oleh Rasul Muhammad SAW adalah dengan rotan.. ulang sekali lagi dengan ROTAN.

Dan ibu bapa, jangan terlalu manjakan anak sampai guru tak boleh usik anak2 tuh. Jangan pula terlalu kasar mendidik anak dengan rotan tak lepas dr tangan. Dalam apa2 perkara kita ambil sederhana. Sederhana yang di anjurkan oleh Islam...

Kalau guru2 tak ambil tindakan pada anak murid yg tak pernah disentuh Mak Ayahnya, lihatlah sekarang, gejala2 yang berlaku, SALAH SIAPA????????????

p/s: kepada guru2 ana, terima kasih tidak terhingga kerana mendidik ana dengan penuh sabar sehingga kini, ana boleh berdikari, boleh membeza yang baik dan buruk. Walau kadang2 terlintas untuk melakukan dosa, namun dosa yang sy lakukan bukan salah guru2. Namun salah ana sendiri. Terima Kasih Cikgu, Ustaz dan Ustazah

Friday, January 8, 2010

Mcm Tahu, tp??

Assalamualaikum.. Selawat dan Salam untuk Nabi kita Muhammad SAW.

Berbesar hati dapat kembali menulis, eh hati aku tetap sama saiznye la..haha

Opss melalut pulak, time duduk kat rumah sewa, aku ambilla paper KOSMO yg di beli oleh salah seorang penghuni rumah sewa tu, tapi ana sendiri tak tahu siapa yang ampunyanya. Ana pun bace la.. Suke bace tang SMS tuh, tah mukasurat bape tah.
Ade 1  SMS paling tak faham diri ana nih. Bunyinya mcm ni BUKANKAH LELAKI WAJIB BERI NAFKAH SARA HIDUP, HANTARA. KENAPA PERLU TETAPKAN HANTARAN MELAMPAU.


Mungkin ini adalah rentetan dari keputusan Majlis Agama Islam Selangor yg menetapkan Mas Kawen rm300. Ha itu la dia, nak buat ape pun sekarang guna duit kan?

hahaha... Korang lebih arif pasal ni kan?? Sekarang, orang ni dah tersalah tafsir... Ada ke patut die kata hantaran tu wajib... Yang wajib Mas Kawen sayang.. Bukan hantaran. Hantaran TIDAK WAJIB.

Ana ingat perkara ni dah habes dah dan semua faham. Itu la jadinya, bile ade majlis penerangan tak nak hadir. Bila ada kuliah agama tak nak hadir, lagi seronok berfoya-foya. Lain kali kalau tak tahu, tanye, jangan pakai cakap je..

Mas Kawen kerajaan tetapkan rm300(selangor). Apa masalah dengan rm300?? Cuba bagi tau masalahnya? Kalau kata mahal, Hantaran orang zaman ni, rm8k, koman2 pun rm6k, itu pun dah jarang2 kita dengar. Jadi apa masalah dengan rm300 utk Pemberian WAJIB suami kepada isteri dengan sebab menikahinya?? Kalau takde duit sangat, ni cadangan ana la, kalau hantaran rm8k tu, kurangkan la rm300, jadikan hantaran rm7700. Okey ape??hehe..

Sebenarnye zaman ni, nak kata rm300 mahal, entah la. Kalau bagi ana la. Orang yang selalunya mengeluh tu, kadang kala handphone die harge mencecah ribuan ringgit. Apalah sangat dengan hanphone dengan mahalnya tuh?? Nak kawen bekira, HUKUM ALLAH pulak tuh. Yang hantaran dibuat oleh manusia, tak pulak dibantah..

Cuba masa datang meminang anak orang, ayah die kata nak hantaran rm8k. Pastu jawab la, ai pakcik mahalnya, jual anak ke? napa tak letak murah2 je.?? rm50 ke rm 100 ke. Jimat sikit. Hah, berani???

Begitu HUKUM ALLAH menyatakan Mas Kawen Wajib.. Walaupun ana tak kawen lagi, tp ana ade belajar pasal mahar ni mase sekolah.

Malu bertanya sesat jalan. Lain la kalau kita dah tahu jalan tu. Untuk semua orang termasuk diri ana yang hina ni. Bila ada sesuatu perkara yang timbul, kalau kita tak tahu, jangan pandai-pandai bagi komen, lagi-lagi soal agama, takut kita jadi SYIRIK.

Saturday, January 2, 2010

Ungkit Mengungkit..Boleh ke???


Selawat utk Nabi Muhammad SAW..

Ade suatu perkara aku teringat lepas solat pagi td. Pasal ungkit-mengungkit.. Ade ape dengan ungkit-mengungkit yer?? Mungkin ade org biasa dengan perkara ungkitan ni, sama ada diri sendiri mengungkit, atau org sekeliling mengungkit kpd kita. Salah satu mesti penah rase atau terasa kan??

Dalam Islam itu sendiri dah menyatakan bahawa dilarang mengungkit apa-apa yang telah diberikan. Sebab ape aku kata yg diberi?? Sebab selalunya org mengungkit pasal pemberian la kan?? Mcm2 la, nak balasan la ape la kan??

Ape pun yg kita lakukan, jangan sesekali kita ungkit walau dalam apa keadaan sekali pun.

Kita akan rase cepat nak mengungkit bila mana kite diimpa kesusahan dan tiada orang membantu kan?? Jangan kita terlalu berharap dengan bantuan manusia, yg paling penting mohonlah kepada Allah. Kerana Allah maha mengetahui. Tak da satu perkara pun yang Allah jadikan  sia-sia.. Trust that.

1.Org selalu ungkit pemberian, mcm belanja makan. Bila nak minta kwn belanja, kite cakap kat die, dulu aku da belanje ko.
2.Minta tolong. Kwn kita taknak tolong, kite pon cakap time ko susah aku tolong, time aku susah, ko buat tak tau je yer.
3.Pinjam barang, moto ke, kete ke. Kite ditimpa sesuatu yang memerlukan pinjam kenderaan orang. Orang tak bg, kite pon cakap.. Time aku senang, kesana kemari naik kete aku, time mcm ni, tak de orang pandang.
4.Derma. Bile ade orang minta derma, kite pon kata takde orang lain ke?asyik aku je...
5. Mcm2 la lg.. Korg yg bace ni tolong tambah la erk.

Semua perkara ni kite tak boleh ungkit sebenarnye.. Ade hikmah Allah uji kita sedemikian, antaranya untuk mengetahui sebanyak mana kekuatan iman kita bila di uji, bila di uji bersabar dan tidak mengungkit.


Namun, tetap ade perkara yang boleh diungkit. Ade 2.
1. Ibu bapa boleh ungkit kepada anaknya. Contoh bila mana anaknya susah nak terima nasihat. Si parent boleh cakapla penat lelah di besarkan, dah besar melawan.
2. Cikgu yg mendidik anak murid. Cikgu boleh ungkit, contohnya anak murid nakal. Tak sedar ke kalau saya tak ajar, kamu ni jadi ape?

Dua perkara ni boleh diungkit. namun, sebagai Ibu Bapa dan Guru. kite sebolehnya elakkan ungkitan ni selagi boleh, sebab takot orang yang tak faham agama, semua pon dia ingat boleh diungkit..

Renungan dan peringatan buat diri yang sering lalai.. Juga dikongsi dengan rakan2 dan pengunjung sekalian.

Orang Buat.. Kita Tak Payah???

Dah lama nak post mende nih, tp tak jugak post.. Selambe la pg nih..hehehe

Fardu Kifayah... Ni la yang nak di bicaraan tuan blog yg serba serbi dalam kekurangan ini.

Semasa mendengar siri2 ceramah kegemaran. Tersentuh hati apabila mendengar kata2 penceramah tentang fardhu kifayah.. Apakah yg dimaksudkan dgn Fardu Kifayah??

Dah tentu semua tahu, Fardu Kifayah iaitu memadai jika dalam satu masyarakat ade seorang yang melaksanakannya, contohnya berniaga, bercucuk tanam, menjadi arkitek, menjadi peguam, dan lain2. Bukan itu sahaja, seperti contoh terdekat, waktu kematian, Ia menjadi Fardu Kifayah kpd masyarakat untuk menguruskan Jenazah.
Mcm Surau, perlu ada org yang mengurus, bukan maksud mengurus disini mcm pengurus syarikat tuh, mengurus tentang kebersihan dan lain2 la. Mengurus itu Fardu Kifayah.

Namun, dalam masyarakat kita hari ini terlalu sinonim dgn maksud Fardu Kifayah dgn sorg buat yg lain tak payah, Sepatutnya semua buat bukan ke lebih mudah dan ringan???? Jdi hidup lebih mesra dan harmoni, tak gitu??hehehe


Dalam ceramah tuh mengatakan, cuba kita robah persepsi ini kepada, saya buat, org lain tak payah. Untuk menjadi muslim sejati...

Namun bukanlah maksud disini kita perlu buat semua mcm belajar medic, enginering, tukang n mcm2 lg.. Maksud kat sini yang kita boleh buat, mcm membantu orang susah, Solat Jenazah, Baiki Surau yang rosak sikit2. Ha, yang simple2 dan mudah dibuat la...