Assalamualaikum.. Selawat dan Salam untuk Nabi kita Muhammad SAW.
Berbesar hati dapat kembali menulis, eh hati aku tetap sama saiznye la..haha
Opss melalut pulak, time duduk kat rumah sewa, aku ambilla paper KOSMO yg di beli oleh salah seorang penghuni rumah sewa tu, tapi ana sendiri tak tahu siapa yang ampunyanya. Ana pun bace la.. Suke bace tang SMS tuh, tah mukasurat bape tah.
Ade 1 SMS paling tak faham diri ana nih. Bunyinya mcm ni BUKANKAH LELAKI WAJIB BERI NAFKAH SARA HIDUP, HANTARA. KENAPA PERLU TETAPKAN HANTARAN MELAMPAU.
Mungkin ini adalah rentetan dari keputusan Majlis Agama Islam Selangor yg menetapkan Mas Kawen rm300. Ha itu la dia, nak buat ape pun sekarang guna duit kan?
hahaha... Korang lebih arif pasal ni kan?? Sekarang, orang ni dah tersalah tafsir... Ada ke patut die kata hantaran tu wajib... Yang wajib Mas Kawen sayang.. Bukan hantaran. Hantaran TIDAK WAJIB.
Ana ingat perkara ni dah habes dah dan semua faham. Itu la jadinya, bile ade majlis penerangan tak nak hadir. Bila ada kuliah agama tak nak hadir, lagi seronok berfoya-foya. Lain kali kalau tak tahu, tanye, jangan pakai cakap je..
Mas Kawen kerajaan tetapkan rm300(selangor). Apa masalah dengan rm300?? Cuba bagi tau masalahnya? Kalau kata mahal, Hantaran orang zaman ni, rm8k, koman2 pun rm6k, itu pun dah jarang2 kita dengar. Jadi apa masalah dengan rm300 utk Pemberian WAJIB suami kepada isteri dengan sebab menikahinya?? Kalau takde duit sangat, ni cadangan ana la, kalau hantaran rm8k tu, kurangkan la rm300, jadikan hantaran rm7700. Okey ape??hehe..
Sebenarnye zaman ni, nak kata rm300 mahal, entah la. Kalau bagi ana la. Orang yang selalunya mengeluh tu, kadang kala handphone die harge mencecah ribuan ringgit. Apalah sangat dengan hanphone dengan mahalnya tuh?? Nak kawen bekira, HUKUM ALLAH pulak tuh. Yang hantaran dibuat oleh manusia, tak pulak dibantah..
Cuba masa datang meminang anak orang, ayah die kata nak hantaran rm8k. Pastu jawab la, ai pakcik mahalnya, jual anak ke? napa tak letak murah2 je.?? rm50 ke rm 100 ke. Jimat sikit. Hah, berani???
Begitu HUKUM ALLAH menyatakan Mas Kawen Wajib.. Walaupun ana tak kawen lagi, tp ana ade belajar pasal mahar ni mase sekolah.
Malu bertanya sesat jalan. Lain la kalau kita dah tahu jalan tu. Untuk semua orang termasuk diri ana yang hina ni. Bila ada sesuatu perkara yang timbul, kalau kita tak tahu, jangan pandai-pandai bagi komen, lagi-lagi soal agama, takut kita jadi SYIRIK.






