Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Monday, November 16, 2009

Muslimahku Sayang.......



Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, page-page, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog dan page2 muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Lg2 yg tidak menutup aurat. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur "Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan." Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati. Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda.
Mula memburu anda dengan Chating, SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda..Walaupun anda kata tak layan, tp jangan lupa, syaitan akan sedaya upaya menyesatkan anak keturunan Nabi Adam sampai kiamat......Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
Penyelesaiannya
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi- aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa..*maaf, saya bukan pandai2, cuma terpanggil untuk menasihati.. cuba anda tutup aurat kerana barang yg berharga terletak d tempat yg ditutup dan d jaga rapi.
Menutup aurat dalam erti kata sebenar bukan hanya memakai tudung, pada zaman ini, ramai yg terlupa, sedangkan telah di ajar oleh ustaz dan ustazah sejak dr sekolah rendah lg.... Bukankah kalau memakai pakaian ketat itu sama mcm bertelanjang???
Lg satu aku paling x minat tgk org pakai tudung yg jarang tuh, kain selendang.. Hmmm.. mcm biawak aku tgk..bukan hina ciptaan Allah, tp sape2 yg ade tudung2 jarang tuh, elakkan la memakainya.. Byk lg tudung lain kan.. Dan menutup aurat bukan hanya bertudung!!

4 comments:

anakmuaallaf said...

salam anak muda,
umi tak berani le nak kata macam biawak.Tapi senang cakap macam tudung wanita UMNO le senang...ada jambul lagi macam burung kakak tua..

SYAFIQAHSALEH said...

thanx coz m'gingtkan ^_^ but honestly just like your blog title *mudah berkata,susah nak laksanakan*..

FiZZyRo$e said...

salam..
terima kasih atas ingatan ..
selepas ini saya akan lebih berhati2..

ILA HonEyBuNNy said...

salam....Thnx 4 da onfi.....sgt2 hargai info2 bergna mcm ne.......