Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Thursday, November 19, 2009

Yahudi pandai, adakah kebetulan atau ketentuan??

Dalam al-quran ade mengatakan yang bangsa yahudi adalah bangsa yg d kurniakan kepandaian dan kebijaksanaan... Maknanya, mmg Allah dah anugerahkan kepandaian pada mereka...namun, pasti ada asbab musababnya, kerana setiap yg berlaku pasti ada sebabnya

Di Israel, setelah diketahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya ialah si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama.

pemakanan ibu, sejak awal mengandung ibu gemar sekali memakan kacang badam dan buah kurma bersama susu..
Untuk tengah hari makanan utama mereka ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang.

Menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak dalam kandungan.

Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.

Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk, letih dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo. Apabila anda dtg rumah Yahudi jangan sekali-kali merokok. Pasti sekali tanpa segan malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan narkotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA.

Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri.!!! Lagipun merokok telah diisytiharkan HARAM kan??

Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam,
Diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever.).anak-anak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.
Semenjak awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, Ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.

sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang amat diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari.

sekolah tinggi (menengah).  Disini murid-murid ditekan dengan pelajaran  sains dan mereka digalakkan mencipta produk Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, namun ia tetap diteliti dengan serius.
Apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Di akhir tahun di universiti, para penuntut dalam bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan.


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadat mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Bagi mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala.

Agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala. Ia dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Kesimpulannya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung. Galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten tetapi mendengar muzik2, bg saya, patut ditukar dengan mendengar bacaan ayat2 al-Quran, dan membaca al-Quran... Seterusnya ubahlah cara pemakanan. Makanlah makanan elok dan berkhasiat yang baik untuk otak.

Dengan mendengar bacaan al-Quran dan membacanya(baca dengan ertinya sekali).... sudah tentu dapat melatih anak-anak mencergaskan otak mereka.  Demikian juga sukan yang memerlukan konsetrasi yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ia memerlukan perubahan...

Bagi kita umah Islam, tidak menjadi masalah untuk melakukan perubahan...
Makan buah sebelum makan nasi atau makanan berat...
Bila Ibu mengandung,
banyakkan mengaji, dengar alunan ayat al-Quran... bukan dengar lagu yg ntah ape2...
Buat latihan matematik, bukan sahaja baik utk bayi, baik juga untuk diri sendiri, susah untuk di tipu oleh org lain... percaya lah... org pandai math nih slalunya, fikiran lebih matang....

Merokok, mmg membahayakan kesihatan, dah ade fatwa HARAM pon...
Mana yg kite boleh ubah, kite ubah la kan??? untuk kebaikan umat Islam seluruhnya(pinjam ayat Dr. Hasan Ali.)hehehe,
Sapai disini dulu... artikel ni saya ambil dr beruangmadu.com.. dan saya dah edit sedikit sebanyak utk memudahkan pembacaan...

3 comments:

acik ain said...

mudah2an lepas ni org Islam sedar dan cuba perbaiki diri...bkn xboleh cuma sifat malas tu yg tinggi sgt...org Islam kene ubah diri masing2 utk majukan agama Islam

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...
This comment has been removed by the author.
PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Memang betul yahudi pandai..tak pasti sama ada kebetulan atau ketentuan tetapi sebenarnya perancangan..Org yahudi sememangnya bercita-cita untuk menguasai dunia,..

orang yahudi sememangnya menitik beratkan tentang perkara2 yg disebutkan tadi terutama bab makanan...

Mereka juga sebenarnya cukup berpegang kuat kepada agama mereka..Cuba lihat di palestin iaitu masjid Al-Aqsa..Sebenarnya 3 agama smawi ada sejarah di tapak masjid Al-Aqsa..Tapi knapa yahudi yg beriya-iya berusaha untuk merampas tanah tersebut dari tangan org islam...

renung renungkan.