Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Sunday, January 10, 2010

Bukan tudung, Sarung Nangka tu.

Assalamualaikum. Selawat dan Salam kepada Muhammad Rasul Junjungan.

Ade orang kata kubur masing-masing.. Huh, mmg tak patut, yela, kubur asing pun, kalau kubur sebelah sebelah, kena jugak tempiasnya, mcm racun kat sawah jugak, sawah sebelah sembur racun, sawah kite kena tempiasnya juga kan?


Ade ke patut pada zaman ni, bila kite tegur orang, die kata jaga tepi kain orang.. Mmg la kena jaga tepi kain orang, sebabnya, kadang2 kain kite koyak kita tak perasan, orang lain yang perasan, jadi kena la bagi tahu kan? Apa masalah masyarakat hari ni kalau tak boleh lagi ditegur?? Apa guna nya hubungan kejiranan, silatulrahmi yang terbina? Soal tegur pun tak boleh..

Ana tak tahu nak post tajuk ape, yang penting nak cerita pasal aurat, balik2 ana cerita mende yang hampir2 sama je. Sedeh la tengok, orang sekarang, lelaki pakai seluar pendek, perempuan baju ketat.

Kat sini sebab saya lelaki, ana nak bagi tahu la kat perempuan2 sane tu, Bila antum semua pakai ketat, mmg banyak lelaki pandang, banyak yang menggoda, tp harus diingat, lelaki tu buat mcm tu sebab antum pakai ketat, dan jangan ingat lelaki tu nak ambik antum jadi isteri die. Bagi lelaki yang punya akal waras dan boleh berfikir dengan baik, Takkan dia nak ambil orang yang pakaian ketat2 tu, Lelaki tu akan fikir, mcm mana nak didik anak nanti kalau mak dia pun mcm tu kan??


Satu lg, pakaian menutup aurat bukan sahaja bertudung, namun tudung tu kena labuhkan.. PLEASEEEE la antum muslimah semua.
Jangan la kenakan tudung yang melekat2 tu, tudung ape tah, yang mcm selendang tuh. Melekat kat kepala.  Itu mcm sarung nangka je. Ana tak gemar langsung nak tengok, rasa meluat. Maaf, bukan meluat pd perempuan, tp meluat cara antum yang salah tu. Tutup la aurat dengan betul.


Dan jaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ana paling tak suka perempuan yang tak tahu jaga adab. Nak sembang dengan lelaki tu, duduk sebelah, mak ai, geli la. Tolong yer..
Dan bila kite bertudung, jangan lupa image ISLAM yg kita bawa, jangan sesekali merosakkannya. Contoh merosakkannya, DATING, TGK WAYANG, CAKAP TAK SENONOH, hah, antum semua lagi arif kan, sambung la lagi.

Pesan-Memesan sesama kita, sebab kadangkala kita lupa.

12 comments:

ISZA said...

sokong! tapi itulah trend anak muda skrg, sy tgh perbaiki diri..

Azila said...

teguran y ikhlas.
bila da'i sudah marah...:)

Anonymous said...

CONTOH CKP X SENONOH TUH CANE?????????

Neeza Shahril said...

terima kasih diatas peringatan. Betul tu, kita kena ingat mengingati. Tiada istilah jaga tepi kain sebenarnya (kalau benda tu untuk memperbaiki kelemahan). DI akhirat esok, mereka juga akan salahkan kita sebab tak bagi peringatan. Tugas akhi dah selesai. Terpulanglah pada orang lain untuk menerimanya...

Unknown said...

salam...
hehe..terase la plak...1st thing sy xpkai selendang...hehe...sy ondaway nk longgarkn pakaian sy...azam sy thun ni...doakn sy berjaya k...nk tye kit...psl tgk wayg tu...lau xd buat pape pn berdosa gak ke?

amirah said...

suka entry ini
terima kasih berkongsi dan menegur
sama2 kita renungi

FiZZyRo$e said...

salam.. terima kasih ya dia atas peringatan ini..

diri ini kadg2 lupa tggjwab sbagai wanita muslim.. _ _

Pisyek said...

hujah tuk org kata kubur masing2:

sebab kubur masing2 la kite tegur...

kalau kubur skali boleh gak tolong2 nnt dalam kubur...

hehe...

dan aku pun x faham gak la... byk sgt stail bertudung yg muncul skg nih...

aigo2~

Faarihin said...

entry yang menarik.. teguran untuk semua.. teruskan perjuangan mu.. saya sokong apa yang awak katakan tu..

hajarus said...

terima kasih yer bagi teguran kat blog ni... xsalah kita saling nasihat-menasihati untuk kebaikan bersama... :D

Hamiza said...

salam..maaf la sy agak lmbt mengikuti artikel ni kerana kesebokn kejer..entry ni bagus sgt..sy sokong 10%..tp tu la org zmn skrg kalau kita tegur menegur dia kata kita kuno..
Zaman dh berubah katanya..mak bapak aku pun x tegur yg awk menyebok pehal..tu la jwpn yg di terima..
wallahualam

acik ain said...

macam tau2 je aku baru beli tudung tu...blom pakai dah kena...amik!