Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Sunday, January 10, 2010

Guru oh Guru kasihan dikau kini

Assalamualaikum. Selawat buat Rasul Junjungan SAW.
Selamat menyambut kepulangan ku.. ciwah, mcm balik dari Haji pulak.hahaha.

Ana nak cakap pasal guru, ana tulis guru sebab ia sekaligus memberi makna semua guru. Tak kira la ustaz ke ustazah ke, cikgu ke, orang yang ajar ana tanam pokok ke. Ia dikira guru kan.. Tp kat sini nak khususkan pada guru sekolah.

Apa yang nak ditaip yer??hahaha, blank la..huhuhu.

ok la, mcm ni, zaman mutakhir ni, selalu kita dengar masalah yang keluar dan timbul kat sekolah. Lagi sensasi bila berita tu keluar kat TV, paper. kan??

Contohnya, guru rotan murid, Mak Ayah tak boleh terima, dengan alasan, "saya tak pernah jentik anak saya". Patut la anak kamu kena rotan dek guru. Dah mak ayah tak pernah usik, hanya turut kemahuannya sahaja. Ada pulak, Mak Ayah yang sanggup report Polis sebab cikgu denda anak die. Mak ai.. ape nak jadi la..

Ana nak cerita la, pengalaman sekolah, ana bukan orang atau pelajar baik disekolah, dah tak baik, nak jadi pelajar cemerlang, lagi la jauh. Dengan beberapa orang kawan mmg selalu kena perkara2 berikut:


1. Masa kat sekolah, setakat tangan cikgu, boleh kata tiap minggu, kalau tak pun dalam sebulan mesti ada hinggap kat pipi ni. Fuhhh, pedasnya hanya ana dengan Allah jela tahu.. Kena pulak cikgu tu pakai cincin, perghh, mmg perit.


2. Setakat lari sepuluh round padang bola, perkara rutin kalau tak siap kerja.


3. Kena bersihkan kawasan sekolah, Hmmmm, tak yah citer bape kali.


4. Kalau cubit, tak terhitung dah, mcm makan nasi...

5. Lambat pergi musolla utk solat, kena baling getah paip. Adush, sakitnye kena punggung..huhuhu

6. Rotan, takde tempat kat tapak tangan ni yang tak pernah rotan hinggap.

Bukan nak citer keburukan cikgu kat sini. Nak kata, cikgu takkan lakukan sesuatu tindakan tanpa sebab. Dalam kes2 yang ana lakukan, mmg ana akui ada salah ana, namun ada juga time ana kena belasah dengan cikgu tu sebab orang lain. Namun apakah daya, diri ini hanya seorang pelajar kampung yang selalu jatuh naik basikal, jadi sakit tu dah biasa la kan. Teruskan juga la ape yang dialami tuh. Lagi pun, kat rumah pun selalu kena belasah sebab degil, tak dengar kata. Merosakkan harta benda awam, eh, harta rumah.

Nak bagi tahu, takde sorang pun cikgu ana masa kat sekolah kena tindakan ke, report polis ke. Tak de pun.  Disekolah ana la. Walaupun mase tu dah mula berita-berita itu kedengaran di bandar-bandar besar. Zaman berubah, pelajar makin pandai, guru makin banyak kerja, makin banyak tekanan yang dihadapi.
Tak dinafikan, tindakan guru itu ada kalanya di pengaruhi masalah lain dibelakangnya seperti masalah rumah tangga, masalah bebanannya. dan lain2.

Namun, jika sesuatu yang guru lakukan sekarang salah, apa akan jadi dengan anak2 kita d masa akan datang??

Sekarang, guru kelas dah tak boleh usik pelajar,.. Maknanya pelajar tak siap kerja, cikgu hanya cakap, siapkan yer sayang, nanti kalau tak siap cikgu tak denda, makan bermaharajalela la pelajar.

Sebagai ibu bapa, mesti ingat, cara mendidik anak yang di anjurkan oleh Rasul Muhammad SAW adalah dengan rotan.. ulang sekali lagi dengan ROTAN.

Dan ibu bapa, jangan terlalu manjakan anak sampai guru tak boleh usik anak2 tuh. Jangan pula terlalu kasar mendidik anak dengan rotan tak lepas dr tangan. Dalam apa2 perkara kita ambil sederhana. Sederhana yang di anjurkan oleh Islam...

Kalau guru2 tak ambil tindakan pada anak murid yg tak pernah disentuh Mak Ayahnya, lihatlah sekarang, gejala2 yang berlaku, SALAH SIAPA????????????

p/s: kepada guru2 ana, terima kasih tidak terhingga kerana mendidik ana dengan penuh sabar sehingga kini, ana boleh berdikari, boleh membeza yang baik dan buruk. Walau kadang2 terlintas untuk melakukan dosa, namun dosa yang sy lakukan bukan salah guru2. Namun salah ana sendiri. Terima Kasih Cikgu, Ustaz dan Ustazah

4 comments:

pak long said...

salam,,
baca citer ni rasa banyak beza zaman pak long sekolah dulu..dan skrg lain kan....apapun buat guru kita.moga mereka terus dilimpahi rahmatNYA

amirah said...

kesian ckgu2
cabaran sgt besar masa kini

kurusHitam919 said...

Salam..teringat zaman sekolah dulu..cikgu2,sungguh tegas..sungguh cakna..sanggup berlari dalam semak kejar kiteorang semate2 nak suruh masok kelas..rindu dengan rotan cikgu..rindu dengan bebelan cikgu..zaman skarang xsame,mcm dlu..
dlu,cikgu marah mcm mane pun xbrani nak menjawab..
cikgu rotan macam mane pun xbrani nak bagitau mak ayah..
sebab,dlu cikgu rotan kami sebab kami nakal..
cikgu rotan kami,untuk didik kami..
kami sangat2 bersyukur dapat dirotan dlu dari dirotan sekarang..
alhamdullilah..

Anonymous said...

Ya, mungkin kerana itu