Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Saturday, January 2, 2010

Ungkit Mengungkit..Boleh ke???


Selawat utk Nabi Muhammad SAW..

Ade suatu perkara aku teringat lepas solat pagi td. Pasal ungkit-mengungkit.. Ade ape dengan ungkit-mengungkit yer?? Mungkin ade org biasa dengan perkara ungkitan ni, sama ada diri sendiri mengungkit, atau org sekeliling mengungkit kpd kita. Salah satu mesti penah rase atau terasa kan??

Dalam Islam itu sendiri dah menyatakan bahawa dilarang mengungkit apa-apa yang telah diberikan. Sebab ape aku kata yg diberi?? Sebab selalunya org mengungkit pasal pemberian la kan?? Mcm2 la, nak balasan la ape la kan??

Ape pun yg kita lakukan, jangan sesekali kita ungkit walau dalam apa keadaan sekali pun.

Kita akan rase cepat nak mengungkit bila mana kite diimpa kesusahan dan tiada orang membantu kan?? Jangan kita terlalu berharap dengan bantuan manusia, yg paling penting mohonlah kepada Allah. Kerana Allah maha mengetahui. Tak da satu perkara pun yang Allah jadikan  sia-sia.. Trust that.

1.Org selalu ungkit pemberian, mcm belanja makan. Bila nak minta kwn belanja, kite cakap kat die, dulu aku da belanje ko.
2.Minta tolong. Kwn kita taknak tolong, kite pon cakap time ko susah aku tolong, time aku susah, ko buat tak tau je yer.
3.Pinjam barang, moto ke, kete ke. Kite ditimpa sesuatu yang memerlukan pinjam kenderaan orang. Orang tak bg, kite pon cakap.. Time aku senang, kesana kemari naik kete aku, time mcm ni, tak de orang pandang.
4.Derma. Bile ade orang minta derma, kite pon kata takde orang lain ke?asyik aku je...
5. Mcm2 la lg.. Korg yg bace ni tolong tambah la erk.

Semua perkara ni kite tak boleh ungkit sebenarnye.. Ade hikmah Allah uji kita sedemikian, antaranya untuk mengetahui sebanyak mana kekuatan iman kita bila di uji, bila di uji bersabar dan tidak mengungkit.


Namun, tetap ade perkara yang boleh diungkit. Ade 2.
1. Ibu bapa boleh ungkit kepada anaknya. Contoh bila mana anaknya susah nak terima nasihat. Si parent boleh cakapla penat lelah di besarkan, dah besar melawan.
2. Cikgu yg mendidik anak murid. Cikgu boleh ungkit, contohnya anak murid nakal. Tak sedar ke kalau saya tak ajar, kamu ni jadi ape?

Dua perkara ni boleh diungkit. namun, sebagai Ibu Bapa dan Guru. kite sebolehnya elakkan ungkitan ni selagi boleh, sebab takot orang yang tak faham agama, semua pon dia ingat boleh diungkit..

Renungan dan peringatan buat diri yang sering lalai.. Juga dikongsi dengan rakan2 dan pengunjung sekalian.

7 comments:

amirah said...

entri menarik
mmg berlaku dlm kehidupan tp kdg2 kita xsedar

KeTika CinTa BerTasbiH said...

hmm..btul jgk 2..psl cikgu 2 sy stju 100%..(^_^)

Syida Shu said...

kadang kadang kita mengungkit tanpa sedar (;

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

tak perlu wujud sebenarnya unkit mengungkit dlm diri mnusia..tpi tu la kehidupan..sentiasa diuji..

Seri said...

sebaik-baiknya jauhkan diri dari bercerita tentang perkara yang tak berfaedah. perkara ungkit-mengungkit ni adalah amalan yang tak berapa sihat dan di larang dalam agama.

Kulanz Salleh said...

Alhamdulillah, sangat senang sebenarnya dapat berkongsi teladan macam ni... banyak ikhtibar yg dapat diambil... Moga ini akan sentiasa jadi ingatan kpd kita semua..

Unknown said...

Baik sesiapa pun Termasuk ibubapa jangan mengungkit apa yg telah diberikan