Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Tuesday, October 26, 2010

Bersyukurlah...

..::: Assalamualaikum :::..
Selawat dan Salam buat Rasulullah S.A.W.
Para Sahabat, Isteri-isteri Baginda
Seluruh umat Islam didunia.

Pertamanya bersyukur tidak terhingga kerana Allah masih memberikan nikmatnya pada kita yang sehingga kini masih boleh bernafas, masih boleh melihat, masih boleh makan, masih boleh berkata2. Syukur Alhamdulillah, Namun, adakah nikmat yg sebegini banyaknya kita telah gunakan sebaiknya untuk menjalankan perintah dan suruhan Allah, atau kita gunakan sebaliknya??

Alangkah beruntungnya Orang buta kerana matanya tidak melihat dosa, bukan inginkan buta, tp mulianya si buta drpd kita!

Alangkah bahagianya si pekak kerana telinganya tidak mendengar umpatan dan kejian terhadap sesama makhluk di dunia ini. Bukan ingin nikmat di tarik, tp kita selalu menghina orang yg pekak.

Sungguh seronok si bisu di akhirat kerana mulutnya tak pernah di gunakan untuk menghina, mendusta dan sebagainya, Bukan hendakkan bisu, tp cemburunya dengan kelebihan mereka.

Masihkan kita selalu menghina orang buta, pekak dan bisu...

Bertuahnya si Miskin, tidak banyak yg Allah akan persoalkan tentang hartanya kerana dia memang sudah tidak berharta, bukan minta miskin, tp mudahan aku bersyukur, mudahan ku gunakan ke jalan yang sebenar nikmat yang ALLAH berikan pada kita.

Untungnya anak yatim piatu, tak banyak dosanya pada ayah Ibunya, sedangkan kita, selalu saja tidak berpuas hati dengan ayah dan Ibu bukan?? Bukan ku pinta begitu, tp lumrahnya mereka tidak bahagia seperti kita, namun mereka insyaAllah bahagia di 'sana'...

Bukan bererti kita tidak beruntung, bukan maksudku kita semua akan diazab.
tp adakah kita melakukan yang sewajarnya dengan nikmat2 yang Allah kurniakan kepada kita melebihi dari mereka yang kurang bernasib baik??

Adakah kita telah membantu mereka yang memerlukan bantuan??

"Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima." Bukankah begitu??
Petang ni kelas cancell, so, balik dan terus beronline tanpa haluan... Terkesima melihat status2 fb manusia2 yang ingin menegakkan kebenaran....

itu la buat petang ni.. Tak berapa beridea.. Cuma, nak ingatkan diri sendiri bahawa, setiap yg Allah jadikan tidak sia-sia, Pasti ada hikmah disebaliknya...
Jangan kita mudah berputus asa, sekali pun jangan...

Kita semua berhak bahagia... Kita juga di beri pilihan untuk bahagia atau sengsara,.. Jangan sekali membelakangkan ALLAH dalam membuat pilihan, semoga berjaya!!!

Kadangkala Allah sengaja lambat memakbulkan doa kita kerana Allah suke pada hambanya yg selalu berdoa dan merintih padanya.. Asalkan doa yg kita lakukan doa yang baik-baik.. Untuk ISLAM..

Monday, October 25, 2010

Pakaian MUSLIMAH ape???

..::: Assalamualaikum :::..
Selawat dan Salam utk Rasul Junjungan Muhammad S.A.W
Para Isteri, Para Sahabat, Ulama'2 dan
Seluruh Umat Islam.

Pada kesempatan menulis ini, ingin ku mohon maaf kepada rakan2 sekalian... Bukan kupinta jadi begini, tp da nk jadi, nak buat mcm mana kan??hehehe, ape plak aku mengarut ni..

Lama juga aku menyepi selepas Raya hari tu, tak sempat berblog, tak sempat ape, fb boleh plak, hehe, fb tu kejap2 je, blog nak kena perahan sel2 darah dlm otak, hikhik..

Hari ni daku menulis tanpa haluan, tanpa arah tuju, hehehe...

Aku sebenarnye sakit hati ni, mcm2 hal, hehe, amek ayat kwn aku kt fb yg baru aku bace, "mcm2 hal" haha..

Tak pela, mudahan segala liku2 dalam kehidupan ini dapat mematangkan lagi kita, memberikan kita menjadi lebih bisa mengatur hidup, berdasarkan pengalaman yang kita ada..

tp xleh jgk tak kate pape la...ade yg dlm fikiran ni... haaaa..

baru teringat, ade ternampak sebahagian kwn di 'mukabuku' meng'like' page busana muslimah ke ape tah, kire nak promo pakaian muslimah la jgk... pastu aku pn dengan kegatalan tangan ni, berani2 klik dan melihat gambar2nya, SUBHANALLAH....

Ape nak jadi dengan dunia kita hari ni, mengiklankan perniagaan dalam facebook tak salah, tp menjual agama itu SALAH!!!!!..

Aku tegaskan menjual agama sebab apa,???
Sebabnya, pakaian yg kununnya Muslimah dalam tu, dengan Tudung Ber'bonggol' Unta... dah berbonggol unta tu satu hal,

Tudung pulak kecil je, sampai nampak bentuk di dada yg membonjol, bukan aku nak bergurau lucah disini, tp nak menegaskan apa yang aku tak puas hati...

Baju yang dikenakan pulak ketat... menampakkan pinggang, menampakkan tubuh badan yang menggiurkan tuh..

Satu lagi, gaya model berposing tu, aduhai, gaya memang gaya menggoda...

BUSANA MUSLIMAH apa ni??

Bila negara kita di gemparkan dengan Penganjuran Festival ape tah oleh Rosmah yg menghina ISLAM, kita marah, tp bile pakaian mcm ni, kita like pulak dalam fb... Sebenarnya kita menentang atau menyokong kemungkaran???

Pada sesiapa yang terasa, harap berhati2 la, dalam berfacebook.... Pada yg berfikiran sama dengan aku, Salurkan pendapat anda sebolehnya bg aku menbetulkan salah silapku..

Pada yg tak berpuas hati, komen, dan hantarkan la kritikan kamu...

Sekian terima kasih sudi membaca.... Maaf segala kata2 yg kurang menyenangkan...

Tuesday, August 24, 2010

Terawih buat, tp Solat Ba'diah tak buat...Hmmm

Assalamualaikum
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan
Para Isteri, Sahabat, Tabi'in, Alim Ulama'
serta seluruh Umat Islam

Di malam ramadhan ni, dah lama rasanya tidak mengupdate blog buruk ni, lama jgk tak merayap ke blog2 pilihan.... Hehehehe, malam ni teringat membaca blog seorg budak yg nak kena pinang dengan ustaznya, hehehe, sempat pulak dia update dalam kesibukan nak SPM..hukhuk, aku ape lg, tercabar la beb....hehehe

Aku selalu teringat sesuatu yg Allah ciptakan PASTI ada hikmahnya... aku ni tak la pandai, agaknya, kalau aku pandai, terealisasi hasrat nak blaja ke Aus...hehehe... Aunty da sibuk2 tanya, bile nak g... Sorry aunty, i'm not a choices person.hukhuk... tp kalau g, aunty nak bg ke dok umah aunty yg kt sane tuh??ghehehe, kalau free, best jgk..hehehe

Malam ke 14 bertarawikh, kalau Upin Ipin kata tawarih...hahaha... Td sekali lg Ustaz Ismail Ibrahim bg tazkirah selepas 8 Rakaat terawikh....

Jibril kata pd Nabi Muhammad SAW. Cilakalah, Cilakalah. Cilakalah org yg tak menilai kedatangan Ramadhan, Org yg Derhaka pada Ibu Bapa. Org yg tak menyebut apa2 bila Nama Nabi di sebut...

Menghidupkan Ramadhan tu termasuklah bertarawikh, berpuasa sudahlah tentu kerana ia WAJIB.....

Para ibu memasak untuk keluarga berbuke juga adalah ibadah yg digandakan pahalanya.

Namun, sangat rugi org yg mengejar terawikh tetapi meninggalkan solat sunat Ba'diah isyak... Solat tarawikh sunat muakkad bi zaman.. iaitu pd sesuatu masa.... namun sunat selepas isyak sunat muakkad. Solat sunat yg sangat di tuntut... Masih daku teringat kata2 ustaz Kamal Asyaari semasa di masjid pekan Sabak. Lakukanlah sunnah Nabi kerana Nabi lakukan,
Jangan lakukan kerana apa Nabi lakukan, Jadi, bila Nabi lakukan, kita lakukanlah semampunya..

Dan sudah pasti jika mampu bertarawikh 8 atau 20 rakaat, sunat ba'diah isyak hanya 2 rakaat sahaja!

Seterusnya, Solat sunat Witir.... Sangat sinonim dengan Solat Tarawikh, sebabnya, lepas tarawikh di surau atau masjid, Imam akan teruskan dengan Solat Witir yg biasanya dilakukan dengan 3 rakaar 2 salam...

Solat Witir juga adalah 1 amalan Rasulullah SAW setiap malam. bukan shja malam2 Ramadhan..

Nabi bersabda, Barang siapa meninggalkan Witir, dia bukan dr golongan Nabi.. Lupa la sanad dan matannya, tp Hadithnya Sohih... Nabi tegaskan yg solat witir tu sangat di tuntut.....

Ni jela dulu kot untuk posting pertama di bulan Ramadhan ni..hehehe, lama da tak mengupdate..hehehe

Ape pun, Salam Ramadhan pada semua Pembaca... Terima Kasih sudi melawat... Doakan kemudahan bgku meneruskan kehidupan yg penuh pancaroba dan fitnah dunia ini.........

Friday, April 23, 2010

Aku curi 6 lap top????

Assalamualaikum.
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan pembawa rahmat ke seluruh alam.

Dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar, aku dengan rutin mingguan aku, balik kampung. hahaha, Ade orang boleh lawan?? Tiap minggu balik..hehehe, biasala anak mak kata orang, Ape-ape jela..

Aku nak posting rabu, tp, dalam keadaan sakit hati, marah dan lain-lain, aku rasa tak baik aku post, sebab akan dipenuhi dengan tuntutan nafsu amarah sahaja...

Aku teruskan dengan ape yang aku nak post, Disini, aku nak minta pandangan kawan-kawan bagi yang anggap aku kawan, pandangan dari musuh yang anggap aku ni musuh, dan paling penting, dari ahli keluarga aku sendiri.. Kalau ade la pandangan, tak kira la, nagetif atau positif, salurkan pada jalannya.hehehe

Cerita bermula setibanya aku di rumah sewa di Bangi, senang kata, VISTA, L-4-6.. Seperti biasa, jika aku tiba dirumah balik dari kampung, aku akan bersiap-siap untuk ke kuliah petang itu.. Aku tiba dengan perasaan pelik yang mana pintu pagar rumah tidak bertutup tetapi, rumah tiada berpenghuni ketika itu, cuma pintu rumah sahaja berkunci. Dengan seperti biasa, aku masuk. Aku ada kunci la.

Aku masuk dengan sedikit hairan dimana tiada lap top di meja ruang tamu yang biasanya ada. Cuma aku beranggapan, mereka membawa lap top mereka. Itu saja.

Tak sampai sejam aku di dalam rumah berseorangan, tiba rakan-rakan penyewa lain.. Seperti biasa bertegur sapa. Dan azan berkumandang, kami turun solat zuhur di surau..

Selepas solat zuhur, aku naik semula ke rumah, semasa naik, aku bersama rakan lain yang baru tiba.. Sama-sama naik, dan bertegur sapa. Sampai dalam rumah, aku terdengar riuh mencari lap top masing-masing. Ade yang kata, dia simpan kot, sama-sama beranggapan rakan lain simpan, mereka tak anggap aku sebab aku xde amek tahu sangat, cuma aku penah scan virus utk 2 ke 3 lap top je..

Aku pun terus ke kuliah pada pukul 2.. Tak sampai setengah jam aku dalam kuliah, ade call masuk, aku dengan selamba jawab, ade class. dan sms masuk, degil jugak aku ni, g open inbox tuh. Aku tengok, minta aku balik ke rumah..

Selepas class habes, kebetulan pulak abes awal, aku balik.

Setibanya dirumah, semua berkumpul seramai 9 orang termasuk aku. Berbincang soal kehilangan lap top. Dan tiada pengakuan yang diterima.

Si 'pengerusi majlis' seolah-olah menuduh aku mencuri atau bersubahat mencuri lap top sebanyak 6 buah... Dengan nada sindiran, aku faham, dia menuduh aku. Aku dengan rasa tidak bersalah diam dan setelah beberapa ketika, aku bersuara, 'KALAU TAKDE PENGAKUAN, REPORT AJE KE POLIS'... lebih kurang begini bunyinya.


Si 'pengerusi berlagak alim tu' kononnya nak selesaikan secara aman tanpa polis, suruh aku mengaku.. Maha Suci Engkau Ya ALLAH yang tahu apa yang aku lakukan hari itu..

Dan dalam keputusan itu, mahukan semua bersumpah. Aku pada mulanya tidak bersetuju untuk bersumpah, sebab sumpah ini bukan perkara main-main, dan aku terfikir, selepas bersumpah adakah mereka akan mempercayainya?? Tanggapan aku benar.

Selesai bersumpah, persetujuan diambil untuk report polis. Semua turun ke Balai berhampiran: BALAI POLIS BANGI..

Report dilakukan oleh si pengerusi. Dalam semasa report, aku ade bersuara, samada si pembuat report dengar atau tidak aku tak pasti, tp aku rasa dia dengar sebab aku dekat je dengan dia. aku kata, MASUKKAN JE NAMA ORANG YANG DISYA'KI DALAM REPORT TUH. Namun, mungkin dia tak dengar atau malu sebab aku ada dalam balai tu, takde nama aku dalam report.

Selepas hampir selesai, aku keluar dari pintu balai polis, Aku pandang ke dalam balai polis, masih ada pengerusi berbicara dengan polis penerima report. Dalam hati aku, nak kata aku, kata la.. Allah maha tahu.

Keadaan seperti tadi, masih memperli aku seolah-olah aku PENCIRU LAP TOP. Aku hanya minum air petang itu. Aku diam dan seperti biasa, apa-apa masalah, mengadu pada Allah, dan orang yang aku bagi tahu kakak aku, NORAIN, tq kak.....

Malam selepas maghrib, SJN Manesh dtg dengan juru gambar dan detektif mungkin. Menyoal aku dan mendesak aku supaya mengembalikan barang yang hilang. Aku dengan seorang yang dianggap bersalah, dengan nada selamba, kata aku tak buat aku tak buat....

3 orang rakan membawa aku berbincang seolah-olah aku masih menyembunyikan fakta. Aku dengan nada serius mengatakan, Kalau aku nak wang, aku call saja abg atau kakak aku, insyaAllah dapat, tak perlu ambil lap top ni.

Sekiranya mempunyai bukti dan saksi, hadapkanlah aku ke Mahkamah, sekiranya itu Fitnah terhadapku, Kita akan bertemu dimahkamah Allah...

Aku dah beri kerjasama, Sepatutnya, setelah seseorang bersumpah, orang sekeliling WAJIB mempercayainya, jika dia berdusta, terpulang dirinya dengan Allah.

Ape ni?? Belajar SYARIAH?? tp??tak guna otak, guna kaki je...


Kata pejuang Islam, pemimpin Mahasiswa, Pemimpin gerakan itu, gerakan ini. tp soal ini pun tak dapat atasi nafsu syaitan kamu.. Kamu berbicara seperti pejuang Islam, tp bila kena pada dirimu, kamu seperti kes DSAI tahun 1999, dah bersumpah, tetap dihukum.

*bukan semua dirumah itu menuduh aku, aku tahu siapa orang yang menganggap aku jahat.

Minta pandangan semua, wajarkah aku keluar dari rumah itu mencari rakan sewa lain? Atau apakah tindakan lain yang boleh kulakukan??

Masa aku dalam kesedihan ini, aku sering kali memutarkan lagu, HIJJAZ-KAWAN.. Cubala dengar.
Tp, Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar, cuma aku rasa, tiada perlunya lagi aku tinggal dirumah fitnah itu lagi..

Thursday, April 15, 2010

Khutbah, Khatib, Imam

....Assalamualaikum....
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan Muhammad S.A.W.
Para Isteri, Sahabat, Auliya, dan Seluruh pendukung agama Allah.
Allahu Akbar!!

Sudah lama rasanya meninggalkan blog ini dengan isu futsal wanita yang mana ada kebaikannya tetapi banyak lagi keburukannya. Jadi dengan itu, ana mengambil pendekatan bahawa, futsal wanita tetap tidak sesuai. Bagi mereka yang bersetuju dengan futsal wanita, ingatlah, Allah akan bebankan kamu dengan dosa selama futsal itu di mainkan oleh kaum wanita. Seperti kisah HABIL dan QABIL, selagi ada pembunuhan di muka Bumi, maka dosa itu berpanjangan kan?

Malam ni ana berada di rumah berseorangan. Mana tah kawan-kawan lain. Ada meeting kot.. Biasala, Semua sibuk dengan tugas dan amanah masing-masing. Jauh dah melalut ni. Nak cerita pasal Imam dan Khatib. Hmmm.

Ok, semalam ke kelmarin tah, ana terbaca di sebuah akhbar yang mana menunjukkan ada orang mempolitikkan masjid. Subhanallah, Faham atau Tidak orang yang berkata ini? Politik itu adalah 1 Medan dakwah, Bukan Malaysia je ade 1.

Yang bercakap pulak, orang yang pernaah menghina ulama. Ape dia tahu ape dia cakapkan ni?

Dia kata, ada ahli politik yang membaca khutbah jumaat di negeri kelahiran dan negeri aku menetap sekarang iaitu negeri Selangor. Dulu masa UMNO perintah, Selangor ni hebat, dengan surau dikunci, dengan Nik Aziz tak dibenarkan berceramah dalam masjid. Bukan tu je, Bekas MUFTI sendiri tak di benarkan memberi tazkirah ke, ceramah ke pengajian ke dalam Masjid. Memang ajaib kan Selangor ni.

Alhamdulillah selepas Pakatan Rakyat dapat memerintah Selangor, banyak perubahannya. Pertamanya, para ulama di benarkan menggunakan institusi masjid untuk medan dakwah.

Qalaupun ada mulut busuk kata, Selangor ni orang Islam terancam macam Penang. Ana nak tegaskan, Selangor ke Penang ke, 1 Malaysia umat Islam terancam, sebabnya? Bukan Pakatan Rakyat, tp UMNO. UMNO yang buat umat Islam terancam. Arak Judi, seks bebas, pergaulan, penghapusan tulisan jawi, pengkhianatan kepada agama. Semua ni UMNO yang buat, bukan DAP.. Ingat tuh.

Berbalik pasal Imam dan Khatib Khutbah Jumaat tadi. Orang atasan UMNO ni kata, ahli politik tak di benarkan jadi Imam dan Khatib solat.. Apa gila dia ni?

Yang ana nampak disini seolah-olah, kalau dia Tak Pandai mengimamkan Solat, Tak pandai membaca Khutbah, maka, Orang lain juga jangan. Perghh, memang tinggi maqam dia ni.. Aduyai.

Apa salah Dato Dr. Hasan Ali jadi Khatib? Apa salah Dr. Badrul Amin jadi Imam? Apa salah Dr. Zulkifli menyampaikan tazkirah? Apa salah Ustaz Azrul Hakim memberi peringatan dalam Masjid?
Kalau al-Fadil Ustaz Menteri-menteri nak, dipersilakan, Tiada halangan dari kami, tp apa-apa berlaku, tanggunglah sendiri.

Institusi agama diisi orang beragama. Dah yang berpolitik secara Islam itu orangnya, apa salah mereka memperjuangkan apa yang dibawa ke masjid dan sebagainya.
Tiada salahnya orang politik menaiki mimbar masjid. Jangan nak tunjuk yang awak tu jahil. Islam tak pernah memisahkan politik dengan agama, jadi jangan nak pandai-pandai memisahkannya.
Dengan itu, tolonglah berfikiran matang wahai sahabat-sahabat sekalian.

Bila timbul isu Islam dipijak kononnya di Pulau Pinang. Hak Melayu semakin hilang.
Siapa yang pijak, dan siapa yang menghilangkan hak Melayu? Adakah DAP?
Jangan lupa, KM P.Pinang pernah merengkok dalam penjara sebab mempertahankan seorang WANITA MELAYU. Apa gunanya dia pertahankan orang Melayu kalau dia nak pijak? Bukan semua Kafir akan masuk neraka, Jika sebelum matinya Allah campakkan Iman, Ke SYURGA dia, dan jangan kita anggap kita akan ke syurga. Belum tentu. Berdoalah agar kita semua dimatikan dalam IMAN..

Friday, March 19, 2010

Futsal Perempuan?? Is it??

''':::...Assalamualaikum...:::'''
Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan S.A.W
Para Isteri, Sahabat, Auliya, Syuhada' dan Alim Ulama'

Di tengah malam ni, sedang sibuk mencari teks-teks pidato bagi merealisasikan hasrat berpidato dihadapan kelas..hehehe... Sambil menyelam minum air kata org... Sambil memikirkan teks pidato, terfikir soal Wanita.. Aduhai, aku ni, bila posting je, banyak sangat soal wanita kenapa?? Sampaikan ade org kata aku ni anti-perempuan.. Lantak pi la kat dia..hehehe.. Cuma, sepatutnya mereka bangga masih ada yang ingin menegur.. Ish, da melalut la... K, teruskan...........

Soalnya sekarang pasal perempuan..hehe.. Ada org kata lelaki dgn perempuan takde beza.. Ish, mmg gila la yang cakap macam ni... Yang cakap pulak, Hampir2 HAFIZ, tp disebabkan sosail, menurut rakan baiknya, dia semakin ditinggalkan oleh hafalannya...

Allah jadikan lelaki dan perempuan saling melengkapi... Bukannya sama... ok, full stop.. jangan nak bantah, hehehe...

Ni pasal main FUTSAL... Tadi aku terbaca la status seorang wanita, dia kata nak main futsal??? Hah, aku da lama dah nak cakap pasal ni, tp masih lagi tertangguh, sebab apa ya?? sebab ada antara keluargaku kot..hehe.. Keluarga ke ape ke, kite kena cakap yang betul kan??

So, permainan tu hanya layak untuk lelaki.... Sebabnya??

1. Lelaki ni lasak (fitrahnya)..

2. Bola ke Futsal ke, permainan yang dipertontonkan ramai, lelaki, nak tengok ape?? Kalau perempuan?? suka la tengok tang tut...hehehe(maaf ya wanita)

3. Letih, bila main mesti letih, lelaki lebih mudah mengawal emosi berbanding wanita.. Dalam keletihan, wanita cepat sangat naik angin.. Habes la UFO dlm rumah.hehehe

4. Wanita dengan lelaki dah memang perlu dibezakan.. Bila kat padang main bola, lelaki la.. Senang kalau isteri ade urgent nak cari suami yang tengah main bola..

5. Tengah main futsal anak nak makan, kalau ayah yang main, ayah cakap la: pergi la kat Ibu. tp kalau Ibu yang main, anak nak susu, Ibu jwab, Tengah mainla, nantila, tahan dulu la.hahaha

Senang nak kata, tak semua yang lelaki buat perempuan boleh buat walau realitinya boleh, tapi kena la jaga adab dan batas-batas agama....

Kalau lelaki tak boleh pakai sutera, dengan sebab sifat sutera yg lembut itu sesuai bagi wanita...
Kenapa perlu wanita menjadi GANAS untuk menendang bola??

Patut sekarang banyak suami kena QC, sbb banyak perempuan belajar menendang bola, takut pulak laki kena tendang..haha.. melayang laki, kena pulak kurus kering.. wawawawa

Ayam2 ni pun nak main jugak.. Takkan manusia je boleh main kan??

p/s: sape-sape yg ade teks2 pidato tak kire tajuk ape, bg kat aku boley?? please....

Monday, March 1, 2010

Nak lain, buat Lain, Haiyoo

Assalamualaikum
Selawat dan Salam pada Rasul Junjungan Muhammad yang sentiasa memikirkan soal umatnya semasa hayatnya.

Hari ini isnin, jarang sekali online hari isnin.. tp hari ni??something happen?hahaha.. biasa2 je.

Terfikir sejenak semasa membaringkan diri diatas tilam tgh hari ni.. Soalnya, Suami Isteri kini dan akan datang menjadi Ayah Ibu yang mempunyai anak dewasa, InsyaAllah.

Sekarang, kita dapat perhatikan, isteri menjadi seolah2 suami dirumah... Membahayakan sikap ini.

Suami yang tegas, seolah2 isteri itu tiada hak apa2 melainkan menjadi isteri. Nampak jahil.

Setelah mencapai hari tua, ana terfikir(mcm la tua sgt,hahaha) apakah kemahuan org tua selepas anak2 berjaya?? Owh, tidak lain, ingin bersama anak2nya..

Pernahkah anda lalui atau terbaca atau terdengar, isteri mengongkong suami?? Suami melakukan isteri seperti binatang?? sungguh menyayat hati... Kalau isteri memperhambakan dirinya untuk suami, itu adalah isteri solehah, kalau suami menghambakan isteri, itu lelaki tak bertanggungjawa.

Apakah kita lakukan apa yang kita inginkan??atau kita lakukan apa yang kita tidak inginkan?? tetapi nafsu membawa kearah itu??

Posting kali ni, mungkin ada org pecah hati membacanya, mungkin ada org sakit kepala, mungkin ada org naik darah kpd ana.. Namun, Berpeganglah kpd hadith, siapa yg melihat kemungkaran, hendaklah ditegur.. mesti ditegur, WAJIB...

Sapa nak marah, tak puas hati, silakan, Talifon, SMS, jumpa.. Anytime, jika ana free, jom saja.. Berikan hujah2 anda.. Hujah2 mana2 buku.. Silakan..

Ibu mahukan anak lelakinya pulang ke rumah untuk bersama memeriahkan keluarga.. Tetapi anak lelaki seolah2 ada perkara lebih penting daripada ibunya... Bagaimana ini berlaku??

Ibu perlukan wang perbelanjaan, bila anak lelaki nak bagi duit pada ibu, terpaksa sorok2 daripada isteri??apa puncanya??

Ayah mahukan anak perempuan yang dah kawen atau belum kawen sentiasa ingat jasa dan pengorbanan ayah ibu.. Bukan mahu merampas kebahagiaan suami isteri..

Sebagai suami, adakah dilaksanakan tanggungjawab sebagai suami dengan baik?? Isteri ingin berjumpa sanak saudara, lagi2 ibu ayah mereka, adakah suami melaksanakannya?
Adakah hanya kemahuan suami perlu di tunaikan si isteri sedangkan isteri menderita?? Benarkah cara ini??

Persoalan yang berlegar, adakah kita sebagai manusia biasa inginkan perkara sebegini? Anak Balik, ingat keluarga, anak lelaki Soleh, Perempuan Solehah?sudah PASTI semua org inginkannya.

Tp, adakah kita lakukan sesuatu yang sama dengan apa yang kita inginkan??

Renung-renungkan.. Bukan sekadar renungan kosong. Renungan perubahan.