Di Mulakan Dengan

Di Mulakan Dengan

Surah An-Nur ayat 35

Surah An-Nur ayat 35
Amalkanlah ayat ini..insyaAllah urusan seharian dipermudahkan Allah

Friday, December 18, 2009

Lakukan sahaja!!!!

Assalamualaikum.. Selamat sore..hehehe
Selawat dan Salam Buat Rasulullah SAW.
Selamat menyambut maal hijrah.

Sudah beberapa hari meninggalkan blog ini..hehehe.. almaklumla bizi sket..hihihihi.. bizi ape erk??sebenarnye susah nak dapat internet..huhuhu..

Rabu Malam Khamis, aku hadir dua program... Pertama Ceramah Maah Hijrah oleh Profesor Dato' Dr Haron Din Al-Hafiz. Dan satu lg, forum yg bertajuk 'aku di bius cinta' yg di anjurkan oleh MPM.. Tq MPM..

Sungguh terpegun mendengar ceramah di masjid al-azhar pd malam itu, hati ku tersentak.. Kenapa aku selalu mempertikaikan kewajipan.. Sedangkan Nabi Muhammad kekasih Allah itu, insan paling mulia, tak pernah membantah kehendak Allah..

Lihat saja waktu diminta beliau berhijrah, Dengan keadaan rumah di kepung oleh kafir laknatullah.. Bila mana Allah perintahkan Nabi keluar dr rumah.. Dengan yakin Nabi keluar tanpa rasa ragu walaupun kalau nak ikut logik akal, Sape nak keluar dgn kawasan rumah dah dikepung untuk tunggu masa keluar untuk di bunuh??kan?

Namun, oleh kerana itu adalah perintah Allah, Rasul kita dengan tanpa bantahan terus saja melaksanakannya. Allah takkan menyuruh hambanya membuat sesuatu yg Allah tak tahu. Jd, semua perintah Allah laksanakanlah tanpa persoalan...

Ke dua, mengapa Nabi tidak minta kepada Allah BURAK seperti berlaku pd malam israk mikraj??? Ini menunjukkan, Kita perlukan pertolongan manusia juga untuk melakukan sesuatu.. Tiada manusia dapat hidup bersendirian.. Tidak hanya bertawakkal sepenuhnya tanpa ikhtiar..

Semua yang berlaku ade himahnya, ade pengajaran yg perlu kita ambil...
Sama2 kite perbaiki diri.. Buat je ape yg Allah suruh dan Tinggalkan saja apa yg dilarang, banyakkan amalan sunnat, jauhkan perkara makruh..

Sekian dulu... Wassalam...

1 comment:

UstazCahaya said...

Salam Maal Hijrah 1431. Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik. Saya juga berdoa, semoga anda dan keluarga selalu disayangi Allah (SWT). Amin;-)